Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2011

Menjawab buku "101 Bukti Yesus (Nabi Isa) Bukan Tuhan" - bukti 5

Adalah disarankan untuk anda membaca dahulu buku "101 Bukti Yesus (Nabi Isa) Bukan Tuhan" atau membaca respon ini bersama-sama dengan buku tersebut. Bukti berikutnya mengatakan, "Lalu terdengarlah suara dari sorga yang mengatakan : "Inilah Anak-Ku yang Kukasihi, kepada-Nyalah AKu berkenan." (Matius 3:17). Suara yang terdengar dari langit itu adalah suara Tuhanyang mengasihi dan berkenan terhadap anak-Nya yaitu Yesus. Jika Yesus itu Tuhan, suara Tuhan yang mana lagi yang ia dengar? Bukankah Tuhan itu hanya satu? Setiap yang mendengar suara Tuhan, pasti bukan Tuhan.  Yesus mendengar suara Tuhan, berarti Yesus bukan Tuhan.  Setiap yang dikasihi Tuhan, pasti bukan Tuhan.  esus dikasihi oleh Tuhan, berarti Yesus bukan Tuhan. ( Kesalahan ejaan yang ada dikekalkan seperti yang terdapat di dalam buku tersebut ) Dengan jelas ayat ini mengatakan 'Anak-Ku yang Kukasihi'. Bukankah itu jelas menunjukkan Yesus adalah Tuhan? Pasti ada yang berkata, &qu

Kristianiti dan Pengetahuan Bukan-Empirik

Artikel ini diterjemahkan dari laman web J.P. Moreland dan artikel asal boleh di baca di sini . Sebelum ini , kita telah melihat sifat pengetahuan dan kita mendefinisikannya seperti berikut: Ia mewakili (seperti pengalaman atau pemikiran) realiti yang sebenarnya berdasarkan dasar yang mencukupi, berdasarkan bukti yang kukuh, pengalaman, intuisi, kesaksian dan lain-lain . Kita juga telah melihat bahawa terdapat tiga jenis pengetahuan: 1) Pengetahuan melalui pengalaman :  Ia berlaku apabila kita menyedari sesuatu secara terus, contohnya, apabila saya melihat sebiji epal di hadapan saya atau mengambil perhatian terhadap perasaan dalaman saya, saya mengetahui semua ini melalui pengalaman. 2) Pengetahuan melalui usul :  Ini adalah pengetahuan bahawa keseluruhan sesuatu usul itu adalah benar. Pengetahuan melalui usul adalah kepercayaan benar yang wajar; ia adalah mempercayai sesuatu bersandarkan dasar yang mencukupi. 3) Tahu-bagaimana :   Ini adalah pengetahuan atau kemahiran, selalunya ber

Menjawab buku "101 Bukti Yesus (Nabi Isa) Bukan Tuhan" - bukti 4

Adalah disarankan untuk anda membaca dahulu buku "101 Bukti Yesus (Nabi Isa) Bukan Tuhan" atau membaca respon ini bersama-sama dengan buku tersebut. Bukti keempat pula adalah tentang baptisan, hujah berikut diberikan, "Maka datanglah Yesus dari Galilea ke Yordan kepada Yohanes untuk dibabtis olehnya." (Matius 3:13). Kalau Yesus itu Tuhan, mestinya Yesus yang membaptis Yohanes, bukan sebaliknya. Setiap orang baru memasuki wilayah suatu agama, pintu pertama yang harus dia lewati yaitu "pembabtisan", yang kalau dalah Islam "Bersyahadat". Jika Yesus itu Tuhan, tentu tidak perlu Tuhan harus dibabtis. Setiap yang dibabtis, pasti bukan Tuhan.  Yesus dibabtis, berarti Yesus bukan Tuhan. Ini adalah salah satu contoh bagaimana konteks keseluruhan peristiwa tidak diambil kira dalam mentafsir ayat tersebut.

Menjawab buku "101 Bukti Yesus (Nabi Isa) Bukan Tuhan" - bukti 3

Adalah disarankan untuk anda membaca dahulu buku "101 Bukti Yesus (Nabi Isa) Bukan Tuhan" atau membaca respon ini bersama-sama dengan buku tersebut. Bukti seterusnya mempunyai hujah yang agak tidak logik, dikatakan, "Dan engkau Betlehem, tanah Yehuda, engkau sekali-ali bukanlah yang terkecil di antara mereka yang memerintah Yehuda, karena daripadamulah akan bangkit seorang pemimpin, yang akan menggembalakan umatKu Israel." (Matius 2:6). Yesus dinubuatkan Tuhan untuk menjadi seorang pemimpin yang akan menggembalakan umatnya Israel. Setiap yang dinubuatkan Tuhan, pasti bukan Tuhan. Yesus dinubuatkan Tuhan, berarti Yesus bukan Tuhan. Setiap yang dijadikan penggembala bagi umat Israel, pasti bukan Tuhan. Yesus dijadikan penggembala bagi Israel, berarti Yesus bukan Tuha. ( kesilapan ejaan di atas dikekalkan seperti yang terdapat di dalam buku tersebut )

Menjawab buku "101 Bukti Yesus (Nabi Isa) Bukan Tuhan" - bukti 2

"Adalah disarankan untuk anda membaca dahulu buku "101 Bukti Yesus (Nabi Isa) Bukan Tuhan" atau membaca respon ini bersama-sama dengan buku tersebut. Bukti kedua adalah tentang kelahiran Yesus. Hujah yang diberikan adalah seperti berikut, "Ia akan melahirkan anak laki-laki dan engkau akan menamakan Dia Yesus, karena Dialah yang akan menyelamatkan umat-Nya dari dosa mereka." (Matius 1 : 21). Ayat tersebut merupakan nubuat Allah buat Maryam bahwa ia akan melahirkan anak laki-laki yang bernama Yesus, sebagai penyelamat Umat yaitu Bani Israel. Setiap yang dilahirkan, pasti bukan Tuhan.  Yesus dilahirkan, berarti Yesus bukan Tuhan.  Yesus menjadi penyelamat umatnya (Bani Israel) berarti Yesus hanya seorang utusan Tuhan, manusia biasa dan bukan Tuhan. Jika anda sudah membaca jawapan untuk bukti 1, pasti anda dapat mengagak apa jawapan untuk hujah di atas. 1. Yesus memang dilahirkan, tetapi kewujudanNya bukan bermula dari kelahiranNya. 2. Yesus masuk ke da

Menjawab buku "101 Bukti Yesus (Nabi Isa) Bukan Tuhan" - bukti 1

"Adalah disarankan untuk anda membaca dahulu buku "101 Bukti Yesus (Nabi Isa) Bukan Tuhan" atau membaca respon ini bersama-sama dengan buku tersebut. Bukti pertama ini adalah mengenai silsilah Yesus. Hujah yang diberikan adalah seperti berikut, Yang namanya Tuhan (Allah), mustahil bersilsilah, Dia tidak berawal dan tidak berakhir. Maka kesimpulannya adalah sebagai berikut : Setiap yang bersilsilah, pasti dia bukan Tuhan !  Yesus bersilsilah, berarti Yesus bukan Tuhan !! Masalah hujah ini adalah ia memberikan suatu kepercayaan yang mana bukan kepercayaan yang dipercayai oleh Kristian, kemudian menidakkan kepercayaan tersebut seolah-olah itu adalah kepercayaan Kristian. Setelah menidakkan kepercayaan yang mana tidak dipercayai oleh Kristian, ia diisytiharkan sebagai "bukti".

Menjawab buku "101 Bukti Yesus (Nabi Isa) Bukan Tuhan" - Pengenalan

Benarkah? Update   [31/1/2014] : Siri ini sudah agak lama terbengkalai. Bukan kerana tidak dapat memberikan respon, cuma masa tidak begitu mengizinkan. Akan saya usahakan untuk menyelesaikan siri ini. Namun, jika anda mahu dengan segera menemukan respon untuk dakwaan-dakwaan di dalam buku ini, saya sarankan agar anda melayari laman forum  Sarapan Pagi Biblika , khususnya pada ruangan " APOLOGETIK & TANGGAPAN ATAS TUDUHAN ". Kesemua dakwaan di dalam buku ini telah diberikan respon di sana. ----------------------------------- Terdapat sebuah buku yang bertajuk "101 Bukti Yesus (Nabi Isa) Bukan Tuhan". Ia boleh dimuat turun di sini . Ia sebuah buku yang menarik. Pelbagai persoalan timbul sebelum saya membaca buku ini. Adakah benar terdapat 101 bukti? Adakah bukti-bukti yang diberikan ini sahih? Adakah bukti-bukti yang diberikan adalah suatu bukti yang baru? Saya membaca buku ini dengan penuh rasa ingin tahu. Apa yang saya dapati? Mungkin terlalu awal

Apa itu Pengetahuan?

Artikel ini diterjemahkan dari laman web J.P. Moreland . Artikel asal boleh di baca di sini . Adakah kita, sebagai pengikut Yesus, melalui Kitab Suci atau kaedah lain, memiliki sumber pengetahuan tentang realiti yang boleh dipercayai atau tidak? Kita tahu ini adalah soalan yang penting. Memiliki pengetahuan - terutamanya pengetahuan agama dan moral - adalah penting untuk hidup yang berkembang. Untuk menjawab persoalan ini, terlebih dahulu, kita perlu menjawab soalan berikut: Apa sebenarnya pengetahuan dan apa maksudnya apabila kita mengatakan pengajaran Kristian menyediakannya? Mari kita mulakan dengan sungguh-sungguh dan melihat sama ada kita dapat mencari jawapan kepada persoalan kedua ini.

Fakta segera - Mormon

Menurut mereka... - Alkitab adalah Firman Tuhan selagi ia diterjemahkan dengan betul. Terdapat tiga kitab suci lain selain Alkitab: Kitab Mormon , Doktrin dan Perjanjian , dan Mutiara yang sangat berharga . - Bumi adalah salah satu dari beberapa planet berpenghuni yang diperintah oleh dewa-dewa dan dewi-dewi, yang mana juga adalah manusia pada suatu ketika dahulu di planet yang lain. Teras kepercayaan Mormon adalah bersifat politeistik. - Trinity adalah terdiri daripada tiga tuhan yang dilahirkan pada masa dan tempat yang berbeza; Bapa melahirkan Anak dan Roh Kudus melalui seorang isteri tuhan di dalam syurga. - Manusia adalah spesies yang sama dengan tuhan. Tuhan melahirkan semua manusia di dalam syurga sebagai anaknya bersama dengan isterinya atau isteri-isterinya, yang kemudian dihantar ke bumi untuk melihat potensi mereka untuk ditinggikan sebagai tuhan. - Keselamatan adalah kebangkitan, namun ditinggikan menjadi tuhan, untuk kehidupan kekal di dalam syurga raya, mesti dip

Apakah definisi Alkitabiah untuk Mukjizat?

Artikel ini diterjemahkan dari laman web Probe Ministries dan boleh di baca di sini . Istilah "mukjizat" telah kehilangan banyak dari kegemilangannya pada zaman ini. Dan ia bukan kerana kita selalu menyaksikan mukzijat sehingga kita menjadi kurang sensitif kepada maksudnya. Ia kerana bahasa kita hari ini telah mengalami perubahan, sehinggakan jika kita datang kerja tepat pada masanya pagi ini, "Adalah mukjizat saya dapat datang kerja hari ini, sedangkan trafik sangat sesak."

Tsunami: jika Tuhan sangat baik... mengapa?

Artikel ini diterjemahkan dari laman web BeThinking.org dan artikel asal boleh dibaca di sini . 2004 adalah tahun yang suram, puak tidak bersalah diserang dengan ganas di Sudan; beratus orang kanak-kanak dibunuh dengan kejam di Beslan; Iraq dicerobohi dan kumpulan-kumpulan pengganas bertindak balas menggunakan kematian dan kekacauan. Perkara-perkara ini sukar ditanggung, namun tidak sukar dijelaskan, Kristian tahu bahawa orang jahat boleh bertindak di luar kawalan; kita sudah biasa melihat manusia melakukan perkara tidak berperikemanusiaan ke atas manusia sendiri. Namun bencana yang berlaku di Lautan Pasifik pada Boxing Day  adalah di luar jangkaan kita. Setiap hari, apabila jumlah mangsa meningkat terlalu tinggi, orang percaya kepada Tuhan yang berfikir mendapati diri mereka berhadapan dengan soalan yang sukar dijawab... mengapa Dia membenarkan semua ini terjadi? Pada hari-hari biasa saya akan berjalan-jalan di sebuah tanah lapang di belakang rumah saya, ia memberikan saya lebih kur

Fakta segera - Saksi Yehovah (Jehovah Witness)

Menurut mereka... - Yesus bukan Tuhan Yehovah; Dia adalah yang pertama dan satu-satunya ciptaan secara terus oleh Tuhan dan melaluiNya Yehovah menciptakan semua yang lain. - Pengikut sebenar Yesus dikenali melalui penyembahan mereka kepada Tuhan yang sebenar dan berkuasa, iaitu Yehovah, yang mana bukanlah Triniti. - Yesus dibangkitkan dari kematian, bukan dengan tubuh fizikal, tetapi sebagai mahkluk roh yang berkuasa. - "Kedatangan" kali kedua Yesus merupakan kehadiran roh yang tidak kelihatan pada tahun 1914. - Mereka yang telah mati hanya wujud di dalam memori Tuhan: mereka yang jahat tidak akan dihukum dengan penyeksaan selama-lamanya tetapi akan dilenyapkan sama sekali. diterjemah dari buku The Kingdom of the Cults , muka surat 48.

Siri Dasar Kristian - Langkah seterusnya...

Siri Dasar Kristian ini diterjemah dari laman web Christian Basics dan boleh di baca di  sini . Penerangan di dalam tanda [..] dan berwarna  perang  adalah tambahan dari saya untuk menjelaskan istilah tertentu yang memerlukan penjelasan lanjut. Topik -  Pengenalan  1. Alkitab  2. Tuhan yang Hidup  3. Yesus Kristus  4. Manusia  5. Penyelamatan  6. Kematian dan Kebangkitan Kristus  7. Roh Kudus: Peribadi dan PekerjaanNya   8. Iman  9. Menjalani kehidupan Kristian   10. Syurga dan neraka   11. Gereja   12. Baptisan dan Perjamuan Tuhan Pembelajaran 13 - Ke mana saya perlu pergi selepas ini? Jika anda telah menyelesaikan kesemua 12 siri pembelajaran ini, tanya diri anda:  "Adakah saya seorang Kristian?" Adakah saya terlibat di dalam gereja yang mengajar berdasarkan Alkitab? Sebagai Kristian, anda seharusnya terlibat. Gereja seperti itu akan membantu anda bertumbuh di dalam pemahaman dan membantu anda melayani Tuhan. Jika anda bukan seorang Kristian. Adalah penting untuk menyed

Siri Dasar Kristian - Baptisan dan Perjamuan Tuhan

Siri Dasar Kristian ini diterjemah dari laman web Christian Basics dan boleh di baca di  sini . Penerangan di dalam tanda [..] dan berwarna  perang  adalah tambahan dari saya untuk menjelaskan istilah tertentu yang memerlukan penjelasan lanjut. Topik -  Pengenalan  1. Alkitab  2. Tuhan yang Hidup  3. Yesus Kristus  4. Manusia  5. Penyelamatan  6. Kematian dan Kebangkitan Kristus  7. Roh Kudus: Peribadi dan PekerjaanNya   8. Iman  9. Menjalani kehidupan Kristian   10. Syurga dan neraka   11. Gereja Pembelajaran 12 - Baptisan dan Perjamuan Tuhan Dua perkara yang diperintahkan oleh Yesus sebagai melambangkan dan meterai untuk pelayananNya ialah Baptisan dan Perjamuan Tuhan. Setiap satu dipanggil sebagai ordinan (sesuatu yang diperintahkan oleh Kristus) atau sakramen (janji atau ikrar). Baptisan - tanda perbuatan luaran untuk perubahan dalaman. Air tersebut tidak mencapai apa-apa; ia hanya melambangkan apa yang telah terjadi. Perkataan baptisan adalah perkataan Yunani yang di-I

Menjawab mereka yang menyokong perkahwinan sejenis (bahagian I)

Artikel ini diterjemah dari laman web Please Convince me.com . Artikel asal bertajuk Responding to Those Who support Same Sex Marriage  dan boleh di baca di sini . Artikel ini dibahagikan kepada beberapa bahagian. Mengapa Kita Perlu Berdebat Tentang Hal Ini? Ramai Kristian yang tidak mengerti mengapa kita perlu terlibat dengan membincangkan tentang perkahwinan sejenis. Ada di kalangan kita, sebagai pengikut Kristus, tidak pernah menyelidiki isu ini dengan teliti dan belum mencapai kesimpulan berkaitan kebaikan dan kelemahannya. Selain daripada mereka yang belum mempunyai keputusan, ada yang menyokong perkahwinan sejenis dan ada juga yang menolak perkara ini. Dari perspektif Kristian, terdapat sebab yang baik untuk mengatakan perkahwinan sejenis melanggar pengajaran Tuhan seperti yang dinyatakan di dalam Alkitab (lebih lanjut di sini ); ada sebab yang baik untuk mengatakan bahawa Tuhan di dalam Alkitab TIDAK menyokong perkahwinan sejenis. Namun, jika kita melihat hal ini melalui pemah

Kristianiti bukan sumber keganasan

Artikel ini diterjemah dari laman web Evangelical Philosophical Society . Artikel asal bertajuk Christianity Not a Source of Violence  dan boleh di baca di sini . Kenyataan dari EPS Selepas tragedi pembunuhan di Oslo, Norway baru-baru ini, terdapat beberapa perdebatan hangat sama ada tertuduh yang melakukan pembunuhan beramai-ramai ini, Anders Breivik, adalah Kristian. The New York Times  menggambarkan Breivik sebagai "pelampau Kristian", William Saletan di Slate  telah menggunakan istilah "Terorisme Kristian", dan ramai wartawan dan blogger terus menerus menggunakan istilah yang sama (walaupun media sendiri selalunya menolak penggunaan terminologi seperti ini terhadap Islam).

Kapernaum Kuno

Artikel ini diambil dari laman web All For God . Tajuk asal artikel ini ialah Ancient Capernaum dan boleh di baca di sini . Kapernaum kuno adalah sebuah perkampungan nelayan dan tempat perdangangan yang terletak di pantai barat laut Laut Galilea pada abad pertama selepas masihi. Di dalam Alkitab, Kapernaum dijelaskan sebagai perkampungan yang terletak di sepanjang sempadan Zebulon dan Naftali di mana Yesus tinggal selepas meninggalkan Nazareth dan memulakan pelayananNya ( Matius 4:13 ). Di Kapernaum kuno inilah kita mempunyai kisah penceritaan awal tentang Yesus mengajar kaum Yahudi di dalam rumah ibadat dan juga orang Rom di rumah mereka. Yesus memanggil empat orang nelayan (Petrus, Andreas, Yakobus dan Yohanes) dan seorang pemungut cukai (Matius) sebagai murid-muridNya di Kapernaum. ( gambar-gambar ini diambil artikel asal )

Open letter to Ou Yang Wen Feng

I usually use Bahasa Malaysia when posting in this blog, yet, it seems in writing this open letter, it's best written in English. Dear sir, When I first heard of your marriage, even though I don't know you personally, I was sad. This sadness comes from the bottom of my heart. As a Christian, I do respect your right to choose whatever you wish to do. But, it seem that you are doing more than just practicing your rights. You are sending the message that homosexuality is not a sin and should be accept by us as a norm even though you claimed you are not promoting gay culture [1] . As pastor, I'm sure you yourself know it better. Do I despise you? or hate you for you sexual orientation? No. Yet, for speaking my mind,  I'll be labeled as homophobic, closed minded, bigot, but when it comes to our faith as Christian, I can't compromise. A sin is a sin. I'm sorry. I wish I can wish you well for your marriage, but I can't. May the Holy Spirit guide you back h

Penyembuh Iman atau Penyembuh Palsu?

Artikel ini diterjemah dari laman web Apologetics Resource Center . Tajuk asal artikel ini adalah  Faith Healer or Fake Healer?  dan boleh dibaca di sini . Penulis asal artikel ini ialah Rev. Keith Gibson . Di antara selebriti-selebriti di dalam pergerakan Word Faith, tiada yang lebih terkenal daripada Benny Hinn. Dari gaya hidupnya yang mewah sehingga persembahannya di atas pentas, Benny Hinn telah menjadi stereotaip moden bagi para penyembuh iman, malah memberikan inspirasi kepada karakter yang dilakonkan oleh Steve Martin di dalam filem Leap of Faith . Hinn mendakwa beribu-ribu orang telah disembuhkan di dalam kempennya. Terdapat dakwaan bahawa orang mati dibangkitkan. Namun apabila diminta memberikan bukti dokumentasi, dengan menyedihkan, pelayanan ini tidak dapat memberikan apa-apa, walau sedikit bukti untuk dakwaan-dakwaan ini. Walaupun telah bertahun-tahun didedahkan oleh sumber-sumber Kristian dan sekuler, pelayanannya kekal menarik beribu pengikut setia. Dianggarkan oleh pel

Adakah homoseksual/gay dibenarkan di dalam kepercayaan Kristian?

Mungkin anda sudah membaca pelbagai komen tentang berita baru-baru ini, berkenaan dengan 'perkahwinan' seorang pastor dengan temannya, yang mana juga lelaki sepertinya. Ada pelbagai komen yang bersifat menyokong, membantah, mengkritik, memuji, menghina, dan banyak lagi di dalam internet, khusus memperkatakan berita ini. Satu masalah dalam memperkatakan hal ini, apabila pendapat yang diberikan adalah bersifat tidak bersetuju, kita akan dianggap sebagai " Homophobic ". Gelaran ini membawa maksud yang negatif. Ia membawa maksud bahawa kita takut atau benci kepada mereka yang berorientasi homoseksual. Dan jika anda seorang Kristian, dan tidak bersetuju dengan perbuatan ini, anda akan mendapat gelaran tambahan, Bible thumping Fundie (untuk  fundamentalist ) dan konservatif . Semua ini gelaran bersifat negatif. Persoalannya, adakah perbuatan ini sesuai dengan kepercayaan Kristian? Jawapannya: Kamu tentu tahu bahawa orang yang tidak melakukan kehendak Allah tidak akan meni

Salah anggap umum terhadap kepercayaan Kristian

Baru-baru ini, saya mendengar satu persoalan daripada seorang bukan Kristian terhadap kepercayaan Kristian. Soalan yang diberikan adalah: "Mengapa Tuhan Kristian mempunyai 3 peringkat?" Berdasarkan soalan ini, agak jelas si penyoal belum pernah menyelidiki tentang Tuhan yang dipercayai oleh Kristian. Soalan ini berkait secara langsung dengan Doktrin Triniti. Beberapa masalah yang dapat dikesan dari soalan ini. 1. Penyoal melihat setiap peribadi di dalam Triniti sebagai peringkat. Hal ini sebenarnya bukanlah sesuatu yang baru. Menganggap 3 Peribadi di dalam Triniti, Bapa, Anak dan Roh Kudus, sebagai peringkat dikenali sebagai Modalism . 2. Maka, jawapan yang ringkas untuk persoalan ini ialah, "Tidak, Tuhan Kristian tidak mempunyai 3 peringkat". Untuk lebih lanjut, sila lihat topik Triniti/Tritunggal di dalam blog ini.

Adakah kisah tentang Yesus dicuri dari kisah Dewa Alcides (Hercules)?

Artikel ini diterjemahkan dari laman web  Tektonic  dan boleh dibaca di  sini . Ditulis oleh  J.P Holding .  Penerangan di dalam tanda [..] dan berwarna  perang  adalah tambahan dari saya untuk menjelaskan istilah tertentu yang memerlukan penjelasan lanjut. Anda pernah dengar tentang Alcides dari Thebes, tahu atau tidak: Alcides adalah nama lain bagi Hercules. Dakwaan yang dibuat ialah Alcides adalah "tuhan juruselamat yang dilahirkan oleh seorang perawan pada tahun 1200 sebelum Masihi." Dari sebuah laman web yang kini sudah tidak berfungsi, kita mendapati hal berikut (yang mana telah saya pastikan dari sumber-sumber lain): Ibu Hercules ialah Alcmene, isteri kepada Raja Amphitryon dari Troezen. Ayahnya ialah pemimpin kepada Olympian, Zeus. Dia menyamar sebagai Amphitryon dan melawat Alcmene selama tiga malam. Isteri Zues, Hera, marah apabila mengetahui Alcmene mengandung anak Zeus. Dia menghantar ahli-ahli sihir ke Troezen untuk menghalang Alcmene dari melahirkan, namun ahli

Adakah kisah tentang Yesus dicuri dari kisah Dewa Greek, Adonis?

Artikel ini diterjemahkan dari laman web Tektonic dan boleh dibaca di sini . Ditulis oleh J.P Holding .  Penerangan di dalam tanda [..] dan berwarna  perang  adalah tambahan dari saya untuk menjelaskan istilah tertentu yang memerlukan penjelasan lanjut. Sumber utama kita untuk artikel ini adalah buku Origin of Biblical Monotheism  oleh Smith [116]. Adonis dianggap sebagai dewa kuno, namun satu-satunya penceritaan tentang kematiannya datang dari sebuah teks yang ditulis pada abad kedua -- terlalu lewat untuk mempengaruhi kisah tentang Yesus -- yang mana mengisahkan bagaimana kematiannya yang disebabkan oleh seekor babi hutan diratapi oleh para pemuja di Byblos. Selepas meratap, keesokan harinya para pemujanya kemudian "menisytiharkan bahawa dia hidup dan menghantarnya ke udara."

Siri Dasar Kristian - Gereja

Siri Dasar Kristian ini diterjemah dari laman web Christian Basics dan boleh di baca di  sini . Penerangan di dalam tanda [..] dan berwarna  perang  adalah tambahan dari saya untuk menjelaskan istilah tertentu yang memerlukan penjelasan lanjut. Topik -  Pengenalan  1. Alkitab  2. Tuhan yang Hidup  3. Yesus Kristus  4. Manusia  5. Penyelamatan  6. Kematian dan Kebangkitan Kristus  7. Roh Kudus: Peribadi dan PekerjaanNya   8. Iman  9. Menjalani kehidupan Kristian   10. Syurga dan neraka Pembelajaran 11 - Gereja Apa itu gereja? Bincangkan (tulis pada papan tulis/kertas). Bagaimana perkataan ini digunakan oleh kita? Perkataan gereja membawa maksud perkumpulan (perkumpulan mereka yang percaya. Ia merujuk kepada jemaat, bukan bangunan atau organisasi). Ia digunakan dalam dua cara di dalam PB: (1) Gereja setempat. Kis 11:25-26 ; 14:23 ; 15:41 (2) Gereja secara universal (orang percaya di merata tempat dan sepanjang zaman). Ef 3:21 Gereja dipanggil sebagai tubuh Kristus, perkumpulan orang-o

Siri Dasar Kristian - Syurga dan neraka

Siri Dasar Kristian ini diterjemah dari laman web Christian Basics dan boleh di baca di  sini . Penerangan di dalam tanda [..] dan berwarna  perang  adalah tambahan dari saya untuk menjelaskan istilah tertentu yang memerlukan penjelasan lanjut. Topik -  Pengenalan  1. Alkitab  2. Tuhan yang Hidup  3. Yesus Kristus  4. Manusia  5. Penyelamatan  6. Kematian dan Kebangkitan Kristus  7. Roh Kudus: Peribadi dan PekerjaanNya   8. Iman  9. Menjalani kehidupan Kristian Pembelajaran 10 - Syurga dan neraka Kita akan melihat 3 perkara berikut: (1) Kedatangan kali kedua Kristus. (2) Syurga. (3) Neraka.

Siri Dasar Kristian - Menjalani kehidupan Kristian

Siri Dasar Kristian ini diterjemah dari laman web Christian Basics dan boleh di baca di  sini . Penerangan di dalam tanda [..] dan berwarna  perang  adalah tambahan dari saya untuk menjelaskan istilah tertentu yang memerlukan penjelasan lanjut. Topik -  Pengenalan  1. Alkitab  2. Tuhan yang Hidup  3. Yesus Kristus  4. Manusia  5. Penyelamatan  6. Kematian dan Kebangkitan Kristus  7. Roh Kudus: Peribadi dan PekerjaanNya   8. Iman Pembelajaran 9 - Menjalani kehidupan Kristian Tujuan kehidupan Kristian adalah kekudusan 1 Ptr 1:15-16 [ 1 Tes 4:3 ] Caranya adalah melalui pekerjaan Roh Kudus di dalam peribadi Kristian. 1 Ptr 1:2 Buktinya adalah hidup yang penuh ketaatan. Yoh 14:15 [ 2 Kor 10:5 ]

Siri Dasar Kristian - Iman yang menyelamatkan

Siri Dasar Kristian ini diterjemah dari laman web Christian Basics dan boleh di baca di  sini . Penerangan di dalam tanda [..] dan berwarna  perang  adalah tambahan dari saya untuk menjelaskan istilah tertentu yang memerlukan penjelasan lanjut. Topik - Pengenalan 1. Alkitab 2. Tuhan yang Hidup 3. Yesus Kristus 4. Manusia 5. Penyelamatan 6. Kematian dan Kebangkitan Kristus 7. Roh Kudus: Peribadi dan PekerjaanNya Pembelajaran 8 - Iman yang menyelamatkan Kita telah melihat kasih Tuhan yang memilih kita, pekerjaan penebusan Kristus, dan tugas Roh Kudus untuk menerapkan pekerjaan itu ke atas kita. Sekarang kita perlu melihat apa kesan semua ini ke atas kita. Kita akan melihat iman yang menyelamatkan. Iman adalah karunia utama Roh Kudus. Melalui iman kita disatukan dengan Kristus dan segala faedah dari perbuatan Kristus menjadi milik kita. Menjadi Kristian mempunyai kesan yang sangat mendalam. Ia sering dipanggil sebagai 'bertukar kepercayaan'.

Siri Dasar Kristian - Roh Kudus dan PekerjaanNya

Siri Dasar Kristian ini diterjemah dari laman web Christian Basics dan boleh di baca di  sini . Penerangan di dalam tanda [..] dan berwarna  perang  adalah tambahan dari saya untuk menjelaskan istilah tertentu yang memerlukan penjelasan lanjut. Topik -  Pengenalan  1. Alkitab  2. Tuhan yang Hidup  3. Yesus Kristus  4. Manusia   5. Penyelamatan   6. Kematian dan Kebangkitan Kristus Pembelajaran 7 - Roh Kudus: Peribadi dan PekerjaanNya Ini hanyalah garis besar yang ringkas. Sebelum kita bermula, tuliskan senarai tentang apa yang anda fikirkan apabila mendengar perkataan 'Roh Kudus'. Pembelajaran ini tertumpu kepada ciri-ciri utama pekerjaan Roh Kudus.

Siri Dasar Kristian - Kematian dan Kebangkitan Kristus

Siri Dasar Kristian ini diterjemah dari laman web Christian Basics dan boleh di baca di  sini . Penerangan di dalam tanda [..] dan berwarna  perang  adalah tambahan dari saya untuk menjelaskan istilah tertentu yang memerlukan penjelasan lanjut. Topik -  Pengenalan  1. Alkitab  2. Tuhan yang Hidup  3. Yesus Kristus  4. Manusia   5. Penyelamatan Pembelajaran 6 - Kematian dan Kebangkitan Kristus Kedua-dua peristiwa sejarah ini adalah dasar kepada iman Kristian. Peristiwa ini diramalkan oleh penulis-penulis Perjanjian Lama dan oleh Yesus sendiri. [Lihat Yes 53 dan Mrk 8:31-32 ]

Siri Dasar Kristian - Pekerjaan Tuhan di dalam penyelamatan

Siri Dasar Kristian ini diterjemah dari laman web Christian Basics dan boleh di baca di sini . Penerangan di dalam tanda [..] dan berwarna perang adalah tambahan dari saya untuk menjelaskan istilah tertentu yang memerlukan penjelasan lanjut. Topik -  Pengenalan  1.  Alkitab  2.  Tuhan yang Hidup  3.  Yesus Kristus  4. Manusia Pembelajaran 5 - Pekerjaan Tuhan di dalam penyelamatan Frasa yang mengatakan 'Tuhan menyelamatkan orang berdosa', merumuskan pengajaran Alkitab tentang bagaimana Tuhan menyelamatkan mereka yang terperangkap di dalam dosa. Tuhan menyelamatkan. Dia mengutus Kristus. Dia memanggil manusia kepada Kristus. Dia tidak hanya menyediakan jalan agar orang berdosa diselamatkan, tetapi Dia sendiri yang menyelamatkan lelaki dan wanita.

Siri Dasar Kristian - Manusia, sifat kita yang sebenar

Siri Dasar Kristian ini diterjemah dari laman web Christian Basics dan boleh di baca di sini . Penerangan di dalam tanda [..] dan berwarna perang adalah tambahan dari saya untuk menjelaskan istilah tertentu yang memerlukan penjelasan lanjut.  Topik - Pengenalan 1. Alkitab 2. Tuhan yang Hidup 3. Yesus Kristus Pembelajaran 4 - Manusia, sifat kita yang sebenar   'Pengetahuan sebenar tentang diri kita memusnahkan segala keyakinan diri' - John Calvin Bagaimana anda melihat manusia?Adakah secara dasarnya baik, atau jahat? Mungkin salah satu perkara terpenting yang kita perlu tahu ialah kebenaran tentang diri kita sendiri.

Siri Dasar Kristian - Yesus Kristus

Siri Dasar Kristian ini diterjemah dari laman web  Christian Basics  dan boleh di baca di  sini .  Penerangan di dalam tanda [..] dan berwarna  perang  adalah tambahan dari saya untuk menjelaskan istilah tertentu yang memerlukan penjelasan lanjut. Topik -  Pengenalan   1.   Alkitab  2. Tuhan yang Hidup Pembelajaran 3 - Yesus Kristus Kristian adalah pengikut Kristus (Dia adalah dasar utama kepada iman kita maka adalah penting untuk kita memahami siapa Dia).

Siri Dasar Kristian - Tuhan yang Hidup

Siri Dasar Kristian ini diterjemah dari laman web  Christian Basics  dan boleh di baca di  sini .  Penerangan di dalam tanda [..] dan berwarna  perang  adalah tambahan dari saya untuk menjelaskan istilah tertentu yang memerlukan penjelasan lanjut. Topik -  Pengenalan  1.  Alkitab Pembelajaran 2 - Tuhan yang Hidup Mengapa mengenal Tuhan itu penting? Di dalam kumpulan, tanyakan soalan ini dan dengar jawapan yang diberikan. Jika anda mengikuti pembelajaran ini secara peribadi, tuliskan sebab mengapa ia penting. Kemudian lihat Yoh 17:3 dan perhatikan apa yang dikatakan Yesus.

Siri Dasar Kristian - Pengenalan

Siri Dasar Kristian ini diterjemah dari laman web  Christian Basics  dan boleh di baca di sini .  Penerangan di dalam tanda [..] dan berwarna  perang  adalah tambahan dari saya untuk menjelaskan istilah tertentu yang memerlukan penjelasan lanjut. Pengenalan Siri pelajaran ringkas menjelaskan tentang Iman Kristian. Tujuannya adalah untuk menunjukkan apa yang diajarkan oleh Alkitab. Ia boleh digunakan untuk pembelajaran sendiri, satu dengan satu, atau di dalam kumpulan kecil dengan seorang pemimpin. Adalah penting untuk anda membaca Rujukan Alkitab dan merenungkan apa yang diperkatakan, supaya anda boleh melihat sendiri apa yang diajarkan oleh Alkitab. Jika anda bukan seorang Kristian, apabila anda melihat apa yang dikatakan di dalam Alkitab, terdapat panggilan untuk menerima Yesus Kristus sebagai Juruselamat dan Tuhan anda. Jika anda seorang Kristian, ia akan memberi pengenalan kepada dua belas topik asas dan memberikan suatu dasar untuk anda dalam membaca dan mengetahui mesej yang d

Siri Dasar Kristian - Alkitab

Siri Dasar Kristian ini diterjemah dari laman web Christian Basics dan boleh di baca di sini . Penerangan di dalam tanda [..] dan berwarna perang adalah tambahan dari saya untuk menjelaskan istilah tertentu yang memerlukan penjelasan lanjut. Topik - Pengenalan Pembelajaran 1 - Alkitab Mengapa bermula di sini? Jawapan yang ringkas adalah Alkitab mendakwa ia adalah perkataan Tuhan kepada kita. Apabila kita mahu memutuskan apa yang benar kita dikelirukan dengan banyak dakwaan yang bersaing dan kita pun mulai meragui samada 'kebenaran' itu wujud atau tidak. Kita berkata, 'Bukankah ia sekadar pendapat?' Dalam menentukan apa yang benar, kita boleh: Percaya kepada 'minda' kita atau minda mereka yang bijak pandai. Percaya apa yang telah dilakukan dan difikirkan oleh orang pada masa lalu. Percaya dengan perasaan anda, apa yang anda alami. Atau gabungan ketiga-tiganya. Pilihan lain selain tiga di atas ialah Tuhan boleh menyatakan kebenaran kepada anda.

Apa itu Injil? (terjemahan)

Artikel ini diambil dari laman web Monergism . Tajuk asal adalah  What is the Gospel?  dan boleh dibaca di  sini .  Penerangan di dalam tanda [..] dan berwarna  perang  adalah tambahan dari saya untuk menjelaskan istilah tertentu yang memerlukan penjelasan lanjut. Apa itu Injil? Injil bukanlah perubahan tingkah laku, menjadi peribadi yang lebih baik atau belajar untuk menjadi lebih bermoral. Ia bukan tentang mengikut gaya hidup Yesus sebagai tauladan kehidupan atau mengubah/menebus kehidupan duniawi. Ia bukan menjadikan hidup berkomuniti dengan orang lain sebagai kehidupan yang utama dan berkongsi secara murah hati dengan komuniti yang mempraktikan cara kehidupan Yesus di dalam budaya setempat.