Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2012

Fakta segera: Pernahkan Yesus berkata di dalam Alkitab, "Aku bukan Tuhan, jangan sembah Aku"?

Pernahkah anda disoal seperti berikut, "Pernahkah Yesus berkata di dalam Alkitab, 'Aku adalah Tuhan, sembahlah Aku'?" - Soalan ini diberikan dengan tujuan untuk menunjukkan bahawa Yesus bukan Tuhan kerana Dia tidak pernah menyatakan ungkapan sedemikian. Saya pasti ramai yang pernah mendengar soalan ini. Apa jawapan anda apabila disoal sedemikian? Adakah anda terkedu? Sebenarnya, agak mudah untuk menjawab soalan ini. Kita hanya perlu bertanya semula, "Pernahkah Yesus berkata di dalam Alkitab, 'Aku bukan Tuhan, jangan sembah Aku'?" Melalui soalan balas ini, kita dapat menunjukkan bahawa tuntutan untuk wujudnya suatu kenyataan daripada Yesus yang berbunyi "Aku adalah Tuhan, sembahlah Aku" adalah tidak munasabah. Tuntutan tersebut hanyalah muslihat untuk memerangkap individu yang disoal. * Jika anda mempunyai sebarang pendapat, sila tulis di ruangan komen post ini.