Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel soalan

Adakah homoseksual/gay dibenarkan di dalam kepercayaan Kristian?

Mungkin anda sudah membaca pelbagai komen tentang berita baru-baru ini, berkenaan dengan 'perkahwinan' seorang pastor dengan temannya, yang mana juga lelaki sepertinya. Ada pelbagai komen yang bersifat menyokong, membantah, mengkritik, memuji, menghina, dan banyak lagi di dalam internet, khusus memperkatakan berita ini. Satu masalah dalam memperkatakan hal ini, apabila pendapat yang diberikan adalah bersifat tidak bersetuju, kita akan dianggap sebagai " Homophobic ". Gelaran ini membawa maksud yang negatif. Ia membawa maksud bahawa kita takut atau benci kepada mereka yang berorientasi homoseksual. Dan jika anda seorang Kristian, dan tidak bersetuju dengan perbuatan ini, anda akan mendapat gelaran tambahan, Bible thumping Fundie (untuk  fundamentalist ) dan konservatif . Semua ini gelaran bersifat negatif. Persoalannya, adakah perbuatan ini sesuai dengan kepercayaan Kristian? Jawapannya: Kamu tentu tahu bahawa orang yang tidak melakukan kehendak Allah tidak akan meni...

Salah anggap umum terhadap kepercayaan Kristian

Baru-baru ini, saya mendengar satu persoalan daripada seorang bukan Kristian terhadap kepercayaan Kristian. Soalan yang diberikan adalah: "Mengapa Tuhan Kristian mempunyai 3 peringkat?" Berdasarkan soalan ini, agak jelas si penyoal belum pernah menyelidiki tentang Tuhan yang dipercayai oleh Kristian. Soalan ini berkait secara langsung dengan Doktrin Triniti. Beberapa masalah yang dapat dikesan dari soalan ini. 1. Penyoal melihat setiap peribadi di dalam Triniti sebagai peringkat. Hal ini sebenarnya bukanlah sesuatu yang baru. Menganggap 3 Peribadi di dalam Triniti, Bapa, Anak dan Roh Kudus, sebagai peringkat dikenali sebagai Modalism . 2. Maka, jawapan yang ringkas untuk persoalan ini ialah, "Tidak, Tuhan Kristian tidak mempunyai 3 peringkat". Untuk lebih lanjut, sila lihat topik Triniti/Tritunggal di dalam blog ini.