Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel masalah kejahatan

Tsunami: jika Tuhan sangat baik... mengapa?

Artikel ini diterjemahkan dari laman web BeThinking.org dan artikel asal boleh dibaca di sini . 2004 adalah tahun yang suram, puak tidak bersalah diserang dengan ganas di Sudan; beratus orang kanak-kanak dibunuh dengan kejam di Beslan; Iraq dicerobohi dan kumpulan-kumpulan pengganas bertindak balas menggunakan kematian dan kekacauan. Perkara-perkara ini sukar ditanggung, namun tidak sukar dijelaskan, Kristian tahu bahawa orang jahat boleh bertindak di luar kawalan; kita sudah biasa melihat manusia melakukan perkara tidak berperikemanusiaan ke atas manusia sendiri. Namun bencana yang berlaku di Lautan Pasifik pada Boxing Day  adalah di luar jangkaan kita. Setiap hari, apabila jumlah mangsa meningkat terlalu tinggi, orang percaya kepada Tuhan yang berfikir mendapati diri mereka berhadapan dengan soalan yang sukar dijawab... mengapa Dia membenarkan semua ini terjadi? Pada hari-hari biasa saya akan berjalan-jalan di sebuah tanah lapang di belakang rumah saya, ia memberikan saya lebih...