Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel heresy/bidaah

10 Fakta Utama tentang kepercayaan Mormon

Artikel asal boleh dibaca di sini . Berikut adalah 10 kepercayaan utama Mormon. Perlu ditekankan, Mormon adalah sebuah kepercayaan bidaah yang sangat bercanggah dengan kepercayaan sebenar Kristian. Oleh Jill Martin Rische 1. Penganut Mormon boleh menjadi tuhan lelaki dan tuhan wanita. 2. Tuhan wanita akan menghabiskan masa selama-lamanya tunduk kepada suami-tuhan mereka. 3. Penganut Mormon wanita akan melahirkan bayi-bayi-rohani "selama-lamanya". 4. Penganut Mormon lelaki boleh mempunyai ramai isteri di syurga—poligami selama-lamanya. 5. Bapa Surgawi  adalah manusia yang telah ditinggikan dan tinggal bersama-sama dengan isterinya yang juga adalah tuhan, iaitu Ibu Surgawi , di sebuah planet berhampiran bintang besar bernama Kolob. 6. Kaum American-Indian adalah keturunan bangsa Lamanites yang jahat, yang mana suatu ketika dahulu adalah bangsa Isreal yang dikutuk oleh Tuhan dengan menjadikan kulit mereka berwarna gelap. 7. Allah Bapa telah...

Panggilan Untuk Menilai sesi 1 - Doktrin Merbahaya (Bahagian 1)

Ini merupakan sebuah siri video yang memperkatakan tentang 'Word of Faith' yang mana sangat mempengaruhi gereja masa kini. Disampaikan oleh Justin Peters . Bahagian pertama ini memperkatakan serba sedikit tentang asal-usul fahaman 'word of faith' ini yang mana sebenarnya bersifat 'cult' atau bidaah dan sangat bercanggah dengan ajaran Alkitab yang sebenar. Bahagian seterusnya akan dimuat naik pada masa akan datang. Jika anda fasih berbahasa Inggeris, anda boleh terus menonton keseluruhan siri video ini di sini (Sesi 1) , sini (Sesi 2) , dan di sini (Sesi 3) .

Istilah/Terminologi: Heresy (atau Bidaah)

αιρεσις, Heresy (Bidaah) Perkataan  Heresy  adalah berasal dari bahasa Yunani yang bererti: (1) pilihan, atau (2) pendapat yang dipilih, dan (3) mahzab yang berpegang kepada suatu pendapat. Di dalam Kisah Para Rasul ( Kis 5:17 ; 15:5 ), ia menyebut tentang mahzab ( αιρεσις diterjemah sebagai mahzab ) tanpa penerangan terhadap kepercayaan mahzab tersebut. Namun, di bahagian lain di dalam Perjanjian Baru, ia mempunyai pengertian yang berbeza. Paulus menyamakan heresy  dengan jenayah dan hasutan ( perkataan αιρεσις di dalam ayat  Gal 5:20  membawa maksud roh pemecah ). Perkataan ini juga membawa maksud perpecahan dan perbalahan di dalam gereja ( perkataan αιρεσις di dalam ayat  1 Kor 11:19  diterjemah sebagai perpecahan ). Di dalam Titus 3:10 , seorang yang heretical  (pengikut bidaah) adalah seorang yang menurut persoalannya sendiri, dan perlu dijauhi. Maka heresy  adalah mempercayai doktrin yang dipilih sendiri dan bukan dari Tuhan (...