Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Yesus

Apakah panggilan dan gelaran yang diberikan kepada Yesus?

Diterjemahkan dari artikel ini . Terdapat lebih 200 panggilan dan gelaran yang diberikan kepada Yesus di dalam Alkitab. Berikut adalah yang lebih terkenal, disusun dalam tiga bahagian yang mencerminkan sifat semulajadi Kristus, posisi-Nya di dalam kesatuan Triniti Allah, dan pelayanan yang telah dilakukan-Nya di bumi bagi pihak kita.

Menjawab buku "Jesus adalah Muslim?": #28: Kitab-kitab Apokripa lagi?

Senarai penuh siri ini di sini . Pada muka surat 46 hingga 49, penulis sekali lagi cuba menggunakan kitab-kitab apokripa untuk menyokong kesnya. Namun, seperti yang telah diperkatakan pada poin 9 sebelum ini, kitab-kitab apokripa ini adalah kitab-kitab palsu yang ditulis pada zaman di mana semua nama-nama yang kononnya menulis kitab-kitab apokripa tersebut sudah lama meninggal dunia. Lebih teruk lagi, semua kitab-kitab apokripa yang diberikan penulis sebenarnya menidakkan dakwaan penulis sendiri. Kita hanya perlu membaca sendiri kitab-kitab apokripa tersebut. Mungkin, itulah sebabnya penulis hanya memetik ayat-ayat dan bahagian-bahagian tertentu sehingga konteks sebenar ayat dan bahagian tersebut "dapat disembunyikan" oleh penulis. Penulis telah menterjemahkan bahagian/ayat kitab-kitab apokripa tersebut ke dalam Bahasa Melayu. Dan terjemahan yang diberikan penulis agak mengelirukan. Ditambah dengan terjemahan nama kitab yang diberikan penulis tanpa memberikan nama ...

Menjawab buku "Jesus adalah Muslim?": #30: Bukan Jesus yang disalib?

Senarai lengkap siri ini di sini . Pada muka surat 56 hingga 58, penulis sekali lagi cuba mengatakan bukan Jesus yang disalibkan. Kali ini, penulis cuba memetik ayat Matthew 27:46 berikut: "Kira-kira jam tiga berserulah Yesus dengan suara nyaring: "Eli, Eli, lama sabakhtani?" Artinya: Allah-Ku, Allah-Ku, mengapa Engkau meninggalkan Aku?" (Matthew 27:46, TB) Namun, apa yang tidak dijelaskan penulis, Jesus sebenarnya sedang mengungkapkan semula ayat dari kitab Mazmur 22:1, "Untuk pemimpin biduan. Menurut lagu: Rusa di kala fajar. Mazmur Daud. Allahku, Allahku, mengapa Engkau meninggalkan aku? Aku berseru, tetapi Engkau tetap jauh dan tidak menolong aku." (Mazmur 22:1, TB) Mengapa Jesus berseru menggunakan ayat Mazmur 22:1 tersebut? Ia untuk menarik perhatian terhadap Mazmur 22 yang mana pada ayat 11 hingga 18 adalah seperti berikut:

Menjawab buku "Jesus adalah Muslim?": #29: Percanggahan perincian kebangkitan Jesus?

Senarai lengkap siri ini di sini . Pada muka surat 50 hingga 53, penulis cuba menimbulkan keraguan kepada peristiwa kebangkitan Jesus dengan mendakwa terdapat percanggahan pada perincian kisah kebangkitan tersebut. Berapa orang wanita? Penulis cuba mengatakan wujud percanggahan kerana " Wanita-wanita yang diceritakan datang ke kubur tidak sama dalam ketiga-tiga Gospel Sinoptik ". Penulis mendakwa percanggahan ini wujud kerana " Gospel of John hanya menyebut seorang wanita bernama Maria Magdalena ". Namun, penulis sendiri kemudian memberikan penjelasan kepada percanggahan tersebut apabila berkata " Namun, dalam Gospel of John wanita itu menggunakan kata ganti nama 'kami' semasa bercakap, seolah-olah dia mempunyai teman ". 

Menjawab buku "Jesus adalah Muslim?": #27: Injil Barnabas?

Senarai siri ini lengkap di sini . Pada muka surat 39 hingga 46, penulis sekali lagi menggunakan Injil Barnabas sebagai "bukti" bahawa Judas yang disalibkan menggantikan Jesus. Injil Barnabas sudah saya perkatakan di dalam poin 9 sebelum ini . Ia bukanlah Injil asli dan sudah terbukti palsu. Bukan di dalam siri ini sahaja, Injil Barnabas juga telah diperkatakan beberapa kali di dalam blog ini . Malah, terdapat sarjana Muslim yang mengakui Injil Barnabas adalah injil palsu. [1] Apa yang menariknya, penulis telah memberikan terjemahan Bahasa Melayu kepada Injil Barnabas. Setakat ini, tidak ada terjemahan Bahasa Melayu bagi Injil Barnabas. Mungkin ia terjemahan penulis sendiri? Sudah banyak yang diperkatakan tentang kepalsuan Injil Barnabas ini, Tindakan penulis menggambarkannya sebagai injil "benar" menunjukkan penulis sama ada tidak tahu atau sengaja menggunakan tipu helah untuk menyokong dakwaannya. Penulis mencatatkan Injil Barnabas disusun pada abad...

Menjawab buku "Jesus adalah Muslim?": #26: Bagaimana Judas mati?

Senarai lengkap siri ini di sini . Pada muka surat 36 hingga 39 buku ini, penulis cuba memberikan beberapa "kemungkinan" bagaimana Judas mati. Apa yang menariknya, penulis sendiri tidak pasti dan mengakhiri setiap "kemungkinan" dengan ungkapan hanya Allah mengetahuinya . Penulis cuba menggambarkan cara kematian Judas yang diceritakan di dalam Alkitab bercanggah. Penulis memetik Matthew 27:3-8 yang mengatakan Judas membunuh diri dengan menggantung dirinya. Kemudian, penulis memetik Acts 1:18-19 yang menceritakan Judas jatuh dan tubuhnya terbelah sehingga semua isi perutnya terkeluar. Penulis kemudian menulis, Melalui kedua-dua versi cerita ini, yang mana kita dapat jadikan pegangan? Judas membunuh diri dengan cara menggantung diri ataupun Judas mati tersungkur dan isi perutnya terkeluar. (m/s 38) Perhatikan ungkapan yang digariskan pada kenyataan penulis. Beliau mengatakan "mati tersungkur" sedangkan jika kita membaca Acts 1:18-19, tid...

Menjawab buku "Jesus adalah Muslim?": #25: Jesus berubah wajah?

Senarai lengkap siri ini di sini . Pada muka surat 34-35, penulis cuba memberikan hujah bahawa " Jesus mempunyai mukjizat mengubah wajah " sehingga Dia " dapat mengaburi mata tentera Rom, Yahudi, dan murid-murid beliau ". Dan untuk menyokong hujahnya, penulis memetik Luke 24:13-18 dan Matthew 27:3-6. Kemudian, berdasarkan ayat-ayat ini, penulis cuba mengatakan bahawa Jesus telah mengubah wajahnya menyerupai Judas! Penulis menulis, Sekiranya kita mendakwa orang yang disalib adalah Judas, maka orang yang kelihatan seperti Judas tadi sebenarnya adalah Jesus. Ketika saya membaca dakwaan penulis ini, saya benar-benar terkejut betapa terdesaknya penulis ini sehingga sanggup memutar belitkan ayat Bible yang begitu jelas tidak menyokong dakwaannya! Jika kita membaca kisah selanjutnya Luke 24:13-18 yang cuba digunakan penulis, kita akan serta merta mengetahui bahawa penulis memberikan dakwaan yang tidak berasas. Perhatikan kisah selanjutnya,

Menjawab buku "Jesus adalah Muslim?": #24: Siapakah Judas?

Senarai lengkap siri ini di sini . Pada muka surat 31 buku ini, penulis berkata, Agama Islam mempunyai konsep sendiri iaitu orang yang disalib bukan Jesus, tetapi orang lain yang wajahnya ditukar supaya menyerupai Jesus. Siapakah "orang lain" tersebut? Pada muka surat 32-34, penulis memberikan penjelasan yang panjang lebar tentang Judas, iaitu murid yang mengkhianati Jesus menurut Bible. Penulis sangat menekankan tentang Judas. Mengapa? Kerana ini merupakan poin penting untuk beliau meneruskan dakwaannya yang seterusnya, iaitu: Jesus dikatakan berubah wajah menjadi Judas dan Judas pula berubah wajah menjadi Jesus (m/s 36). Siapakah Judas? Bible dengan jelas menyatakan bahawa dia adalah. 1. Salah seorang daripada 12 murid Jesus ( Matius 10:2-4 ). 2. Yang akan mengkhianati Jesus ( Markus 14:10-11 ). 3. Mati menggantung diri dan perutnya terbelah ( Matius 27:5; Kisah Para Rasul 1:18 ). Apa yang menarik, sumber penjelasan yang diberikan oleh penulis tent...

Siri Good Friday & Easter: Misteri 500

Diterjemahkan dari buku The Case for Christ  muka surat 231-233. *Senarai lengkap siri ini di sini . -------------------------------------------------------------------------------- Pengakuan iman di dalam 1 Korintus 15 adalah satu-satunya penulisan kuno yang mendakwa Yesus telah menampakkan diri-Nya kepada 500 orang sekaligus. Keempat-empat Injil tidak menyebutkan hal ini. Tidak ada seorang pun penulis sejarah yang mencatatkannya. Bagi saya, hal ini menimbulkan keraguan.     "Jika hal ini benar-benar terjadi, mengapa tiada sesiapa pun yang memperkatakannya?" Saya bertanya kepada Habermas. "Para rasul pastinya akan memperkatakan hal ini sebagai bukti ke mana pun mereka pergi. Seperti yang dikatakan oleh seorang Ateis, Michael Martin, 'kita perlu menyimpulkan bahawa adalah sangat tidak mungkin untuk hal ini benar-benar terjadi' dan maka dengan itu, 'secara tidak langsung menimbulkan keraguan ke atas Paulus.'"

Menjawab buku "Jesus adalah Muslim?": #23: Mengapa Jesus disalibkan?

Senarai lengkap siri post ini di sini . Pada muka surat 31 buku ini, penulis berkata, " bukti Jesus disalib, direkodkan dalam empat gospel iaitu Gospel of Matthew , Gospel of Mark , Gospel of Luke dan  Gospel of John . " Apabila membaca kenyataan ini, saya tertanya-tanya: Jika bukti Jesus disalib ada direkodkan di dalam keempat-empat gospel (Injil), maka, mengapa penulis cuba memetik ayat-ayat dari keempat-empat gospel ini untuk mengatakan Jesus tidak disalibkan? Bukankah perbuatan itu jelas menunjukkan penulis memetik ayat-ayat tersebut di luar konteks asal?  Dengan kata lain, penulis tahu dan sedar bahawa keempat-empat gospel ini memang mengajarkan tentang penyaliban Jesus!  Penulis kemudian melontarkan persoalan berikut: Adakah Jesus seorang penjahat sehingga dihukum salib? Ataupun beliau disalib kerana selama ini beliau melawan hakim Pilatus dengan mengaku dirinya sebagai 'raja orang Yahudi' dan penyelamat bangsa Yahudi? Namun, bila dan di mana Je...

Menjawab buku "Jesus adalah Muslim?": #22: Agama Kristian adalah agama ketika Jesus masih hidup?

Senarai lengkap siri post ini di sini . Pada muka surat 30, penulis memberikan kenyataan berikut: Terdapat dua persepsi berbeza berkaitan peristiwa Jesus disalib iaitu antara Islam dan Kristian. Agama Kristian adalah agama ketika Jesus masih hidup manakala Islam, agama yang wujud selepas kematian Jesus. Islam membawa maklumat yang berbeza berkaitan cerita Jesus disalib. Perhatikan bahagian yang saya tebalkan, penulis mendakwa agama Kristian adalah agama KETIKA Jesus masih hidup! Namun, di awal buku ini, penulis berkata, Menurut sejarah, agama Kristian diperkenalkan dan dikembangkan oleh Paul, iaitu 40 tahun selepas Jesus tiada . (m/s xi) Di sini, penulis mengatakan agama Kristian diperkenalkan 40 tahun SELEPAS Jesus tiada![ 1 ] Mungkinkah penulis terlupa apa yang ditulisnya sendiri? Bukan itu sahaja, penulis juga berkata, Oleh itu, penulis percaya Jesus atau Isa Al-Masih adalah Muslim, bukan Kristian. (m/s xi) Tetapi, di muka surat 30 ini pula, penulis sendiri m...

Menjawab buku "Jesus adalah Muslim?": #21: Lebih dari sekadar nabi?

Senarai lengkap siri post ini di sini . Pada muka surat 23 buku ini, penulis memberikan dakwaan berikut:  Kristian memandang Jesus sebagai anak Allah yang diberanakkan . Kemudian, penulis memberikan dalil berikut: Allah tidak beranak dan diperanakkan . Walaupun tidak dinyatakan oleh penulis, dalil tersebut sebenarnya dipetik dari Al-Quran, surah Al-Ikhlaas ayat 3 . Apa maksud penulis dengan "beranak dan diperanakkan"? Untuk memahami pemahaman penulis (dan juga Muslim) tentang frasa ini, saya petik tafsiran surah Al-Ikhlaas ayat 3 yang diberikan oleh Muslim sendiri: "Maksudnya ialah hakikat Allah itu adalah hakikat yang wujud abadi dan azali lagi. Hakikat Allah tidak dipengaruhi oleh keadaan demi keadaan. Dia mempunyai sifat yang sempurna dalam segala keadaan. Makna peranakan ialah kelahiran dan lanjutan keturunan . Peranakan merupakan satu kewujudan yang lebih selepas kurang atau selepas tidak ada dan semuanya ini mustahil pada Allah. Peranakan juga memerluk...

Menjawab buku "Jesus adalah Muslim?": #20: Apakah maksud "Anak Allah"?

Senarai lengkap siri post ini di sini . Pada muka surat 22, penulis cuba mendefinisikan maksud "Anak Allah" sebagai bermaksud " rasul atau pun nabi ". Beliau memetik penulisan Kiyai Haji Bahaudin Mudhary untuk menyokong definisi tersebut. Masalahnya, penulis tidak menjelaskan dengan lebih lanjut hal ini. Malah, beliau tidak memetik mana-mana sumber penulisan Kristian yang menjelaskan apakah maksud sebenar "Anak Allah" yang digunakan ke atas Jesus. Akibatnya, pembaca yang tidak tahu penggunaan sebenar istilah "Anak Allah" ini ke atas Jesus mungkin akan keliru dengan dakwaan tanpa penjelasan yang diberikan penulis.  Maka, apakah maksud sebenar penggunaan "Anak Allah"  ke atas Jesus ini menurut Bible/Alkitab?

Menjawab buku "Jesus adalah Muslim?": #19: Bukan kehendak Jesus sendiri?

Senarai lengkap siri post ini di sini . Pada muka surat 20 dan 21 buku ini, penulis memberikan kenyataan berikut: "Dan Aku iaitu Jesus bukan datang atas kehendakku sendiri, tetapi Dia yang mengutus aku." ( John : 8:42) Ayat ini menunjukkan Jesus hanyalah utusan Allah dan dia menjadi Rasul bukan atas kehendaknya tetapi atas kehendak Allah. Sekiranya Jesus adalah anak Allah ataupun Allah, pasti Jesus menjadi rasul mengikut kehendaknya sendiri, bukan kerana kehendak tuhan. Ini kerana tuhan dan Jesus adalah satu dalam tiga ataupun triniti. Penulis sekali lagi memetik ayat Alkitab di luar konteks, dan kali ini, penulis tidak memetik keseluruhan ayat John 8:42. Saya berikan ayat tersebut: "Kata Yesus kepada mereka: "Jikalau Allah adalah Bapamu, kamu akan mengasihi Aku, sebab Aku keluar dan datang dari Allah. Dan Aku datang bukan atas kehendak-Ku sendiri, melainkan Dialah yang mengutus Aku." (Yohanes 8:42, TB) Jesus dengan jelas mengatakan Dia k...

Menjawab buku "Jesus adalah Muslim?": #18: Tidak tahu bila kiamat akan terjadi?

Senarai lengkap siri post ini di sini . Pada muka surat 18 buku ini, penulis memberikan dakwaan berikut: Allah yang mengajarkan kepada Jesus perihal kebijaksanaan, Taurat, dan Injil. Jesus tidak mengetahui apa-apa berkaitan perkara ghaib, perkara yang sudah terjadi dan akan terjadi seperti hari kiamat. Jesus hanya manusia biasa. Sekiranya tidak diberitahu oleh Allah, dia tidak akan tahu segala hal. Sebagai bukti Jesus bukan Allah dan tidak sama dengan Allah adalah, Jesus tidak mengetahui bila kiamat akan berlaku. Jesus berkata, "Tidak ada seorang pun yang tahu, malaikat-malaikat di syurga tidak tahu, dan anak pun tidak, hanya Bapa yang tahu." ( Matthew:  24:36) Sebelum itu, berikut saya berikan terjemahan sebenar ayat Matius 24:36. "Tetapi tentang hari dan saat itu tidak seorangpun yang tahu, malaikat-malaikat di sorga tidak, dan Anakpun tidak, hanya Bapa sendiri." (TB) "Meskipun demikian, tidak seorang pun mengetahui hari atau waktunya, s...

Menjawab buku "Jesus adalah Muslim?": #17: "Melengkapkan" Taurat?

Senarai lengap siri post ini di sini . Pada muka surat 18 buku ini, penulis memberikan kenyataan berikut: Seiring dengan misi dan dakwah Jesus selepas dewasa, beliau diangkat menjadi rasul bagi menyampaikan risalah Allah, iaitu mengembalikan ajaran Taurat Nabi Musa kepada Bani Israel. Oleh itu, dalam Injil Jesus disebut "melengkapkan" Taurat. Maksudnya, Jesus bukan pembawa risalah baru tetapi melengkapi Taurat sesuai dengan zamannya. Perkara yang diharamkan dalam Taurat juga dilarang oleh Jesus dan perkara yang diperintahkan dalam Taurat juga diamalkan Jesus. Tidak ada yang diubah Jesus dalam Taurat. Penulis telah memberikan suatu tafsiran kepada apa yang disebutnya sebagai " Jesus 'melengkapkan' Taurat ". Penulis juga mengatakan bahawa " dalam Injil , Jesus disebut 'melengkapkan' Taurat ". Namun, penulis tidak memberikan ayat yang memperkatakan hal tersebut. Maka, saya berikan ayat tersebut, yang dapat ditemui pada Injil M...

Menjawab buku "Jesus adalah Muslim?": #16: Burung daripada tanah?

Senarai lengkap siri post ini di sini . Pada muka surat 14 buku ini, penulis memberikan ayat Al-Quran berikut sebagai renungan dan juga kesimpulan untuk bab 1 buku tersebut. Penulis memetik ayat dari surah Al-Maidah, ayat 110 . Apa yang menarik adalah ayat tersebut menyebut bagaimana Jesus (Nabi Isa menurut Muslim) telah membentuk tanah seperti burung, kemudian meniupnya, lalu terbentuk menjadi burung yang sebenar. Mukjizat ini langsung tidak disebut di dalam keempat-empat Gospel. Dan ia tidak disebut kerana suatu sebab yang munasabah. Sebenarnya, kisah ini hanya terdapat di dalam dua buah kitab Gospel apocrypha, iaitu " The Arabic Gospel of the Infancy of the Saviour " dan " Infancy Gospel of Thomas ". Dan seperti yang telah dijelaskan sebelum ini , kedua-dua Gospel apocrypha ini sebenarnya adalah palsu!

Menjawab buku "Jesus adalah Muslim?": #15: Parthenogenesis?

Senarai lengkap siri post ini di sini . Pada muka surat 12 buku ini, penulis cuba menunjukkan bahawa Al-Quran selari dengan sains dengan mengaitkan kelahiran Jesus tanpa ayah bukanlah perkara luar biasa menurut sains. Penulis cuba mengaitkan proses Parthenogenesis dengan kisah kelahiran Jesus. Namun, ini bukanlah sesuatu yang menghairankan, kerana, Alkitab juga menyatakan Yesus dilahirkan tanpa ayah. Malah, teori mengaitkan kelahiran Jesus tanpa ayah dengan proses Parthenogenesis ini bukanlah sesuatu yang asing di dalam kepercayaan Kristian. [1] Maka, cubaan penulis untuk menggambarkan seolah-olah hanya Al-Quran yang selari dengan proses ini agak pelik. Dalam keghairahan penulis memperkatakan hal ini, beliau telah melakukan satu lagi kesilapan fakta di dalam penulisannya. Penulis mendakwa: Perkara serupa ini hanya diceritakan dalam Gospel of Luke  sahaja. Mungkin Gospel-gospel lain seperti Matthew, Mark, dan John menganggap peristiwa Maryam didatangi oleh malaikat Jib...

Menjawab buku "Jesus adalah Muslim?": #14: Salasilah Jesus?

Senarai lengkap siri post ini di sini . Pada muka surat 10 buku ini, penulis cuba mempersoalkan salasilah Jesus: Luke menerangkan secara meleret dan tidak selari dengan salasilah keturunan Jesus iaitu daripada keturunan ayah. Kemudian, Luke memperincikan salasilah Jesus sehingga Adam dan 'Anak Tuhan'. Luke menegaskan Jesus dan Yusuf (Jospeh) adalah daripada keturunan Daud (David). Salasilah ini penuh dengan kontroversi. Sekiranya Luke mengatakan Jesus bukan anak Yusuf iaitu seorang tukang kayu dan juga suami Maryam, maka beliau bukan anak hasil hubungan zina mereka. Bermakna, Jesus adalah roh suci yang datang daripada Allah. Oleh itu, Jesus tidak mempunyai salasilah daripada sebelah bapa, tetapi mempunyai keturunan sebelah ibunya, iaitu Maryam binti Imran. Namun, salsasilah sebelah ibu ini tidak ditulis dalam keempat-empat Gospel kerana bagi mereka, ayah kepada Maryam bernama Imran dan bukan daripada keturunan Nabi Daud. Luke bertegas mengatakan Jesus daripada...

Yesus, Anak Allah

Petikan ayat-ayat Alkitab diambil daripada Alkitab terjemahan Today Malay Version (TMV). -------------------------------------------------------------- Ayat-ayat di mana Yesus secara terang-terangan mengaku sebagai Anak Allah. Yohanes 5:25 , " Percayalah: Akan tiba masanya, malah sudah tiba, apabila orang mati akan mendengar suara Anak Allah, dan orang yang mendengarkan apa yang dikatakan-Nya akan hidup. " Yohanes 10:36 , " Aku ini dipilih dan diutus oleh Bapa ke dunia. Dapatkah kamu katakan Aku mengkufuri Allah kerana Aku mengaku sebagai Anak Allah? " Yohanes 11:4 , " Apabila Yesus mendengar khabar itu, Dia berkata, "Penyakit ini tidak akan menyebabkan kematian Lazarus; hal ini berlaku untuk memuliakan Allah. Melalui hal ini Anak Allah akan dimuliakan." " Yohanes 17:1 , " Setelah berkata demikian, Yesus menengadah ke langit lalu berkata, "Ya Bapa, sekarang tibalah saatnya. Muliakanlah Anak-Mu, supaya Anak pun bole...