Pada 2 Januari 2014 yang lalu, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah melakukan serbuan (tanpa waran) ke pejabat Bible Society of Malaysia (BSM) di Petaling Jaya. JAIS kemudian merampas kira-kira 321 buah Alkitab Bahasa Melayu dan 16 buah Alkitab Bahasa Iban. Alkitab-Alkitab ini dirampas kerana dikatakan mengandungi perkataan "Allah" yang mana adalah dilarang dari digunakan oleh bukan-Muslim di dalam Negeri Selangor. sumber gambar Dan esok, iaitu pada 5 Januari 2014, beberapa pertubuhan NGO Islam dan juga sebuah parti politik merancang untuk melakukan demonstrasi "aman" di hadapan gereja-gereja seluruh Selangor bagi membantah penggunaan istilah "Allah" oleh orang-orang Kristian yang menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar di dalam ibadah mereka. [Update: Parti politik tersebut baharu sahaja membatalkan rancangan untuk melakukan demonstrasi tersebut .] Namun, apakah sebenarnya yang dilarang? Istilah "Allah" dalam tul...
Pertimbangkan semuanya; ikutlah apa yang baik.