Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel manusia

Persoalan tentang Kedaulatan Tuhan

Artikel ini diterjemah dari laman web Answer For Atheists dan boleh dibaca di sini . BANTAHAN: Kristian percaya bahawa Tuhan itu berdaulat (Dia mempunyai kuasa pemerintahan penuh), dan hanya Tuhan yang dapat memanggil orang percaya untuk bertaubat. Mereka yang memilih untuk percaya dan menerima Yesus sebagai Juruselamat mereka telah ditentukan oleh Tuhan yang Mahakuasa ini. Jika ini benar, maka manusia hanyalah boneka di bawah arahan Tuhan yang Mahakuasa yang mengawal semua pilihan dan menentukan kesudahan akhir. Tuhan yang disembah Kristian tidak memberikan manusia kebebasan untuk membuat pilihan bagi diri mereka sendiri.

Siri Dasar Kristian - Manusia, sifat kita yang sebenar

Siri Dasar Kristian ini diterjemah dari laman web Christian Basics dan boleh di baca di sini . Penerangan di dalam tanda [..] dan berwarna perang adalah tambahan dari saya untuk menjelaskan istilah tertentu yang memerlukan penjelasan lanjut.  Topik - Pengenalan 1. Alkitab 2. Tuhan yang Hidup 3. Yesus Kristus Pembelajaran 4 - Manusia, sifat kita yang sebenar   'Pengetahuan sebenar tentang diri kita memusnahkan segala keyakinan diri' - John Calvin Bagaimana anda melihat manusia?Adakah secara dasarnya baik, atau jahat? Mungkin salah satu perkara terpenting yang kita perlu tahu ialah kebenaran tentang diri kita sendiri.