Menjawab "Asal Usul Kristian Katholik-Paul si Pembohong!" (I) Menjawab "Asal Usul Kristian Katholik-Paul si Pembohong!" (II) Pada beberapa minggu yang lalu, saya terjumpa dengan sebuah blog yang memperkatakan tentang Kristianiti. Terdapat sebuah post yang bertajuk “Asal Usul Kristian Katholik-Paul si Pembohong!” Anda boleh membaca post tersebut di sini . *Untuk memudahkan penulisan, saya akan menamakan ‘penulis blog tersebut’ sebagai TUR, singkatan kepada nama blognya, takusahrisau. TUR menulis, 2. Inkarnasi (kelahiran semula) Menurut Paul, Nabi Isa as telah melakukan inkarnasi di bumi melalui benih Daud as (Rujuk Rom 1:3-4; Galatians 4:4-5; Colossians 1:15; dan Hebrews 1:3). Dengan demikian, Paul telah melahirkan doktrin bahawa Nabi Isa adalah anak lelaki kepada Joseph(bukan Nabi Yusuf as) dan Maryam sebagaimana salasilah yang ditulis oleh Matius (Mat. 1:1-16). Ia sekaligus menuduh Joseph bersetubuh dengan Maryam dan melahirkan Isa as. Ia sangat mengeliruk...
Pertimbangkan semuanya; ikutlah apa yang baik.