Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Roh Kudus

Mark Mittelberg: tentang peranan Roh Kudus semasa kita berkongsi tentang iman kita

Ketika kita berada di dalam pengembaraan luar biasa iaitu mengongsikan iman kita dengan orang lain, Roh Kudus merupakan pembimbing kita yang tidak kelihatan. Dia menarik minat orang, menghangatkan hati mereka, memberikan penjelasan kepada minda mereka, membuka mata mereka, dan kadang-kala menyemai imaginasi mereka dengan mimpi-mimpi dan idea-idea yang bersifat menyelamatkan--dan kemudian Dia membuka peluang-peluang dan memimpin kita untuk menggunakan peluang tersebut sebaik mungkin. Itulah sebabnya kita dapat berdoa, bersedia, dan melangkah dengan berani. Kita sebenarnya menyertai Tuhan di dalam perusahaan-Nya untuk mencapai orang-orang dunia ini untuk mengenal siapakah Dia yang sebenarnya, " sabar...tidak ingin sesiapa pun binasa. Dia mahu semua orang bertaubat daripada dosa. " (2 Petrus 3:9)* Dipetik dan diterjemahkan dari buku The Unexpected Adventure , m/s 230. * Ayat Alkitab yang digunakan adalah terjemahan Alkitab Berita Baik Bahasa Malaysia.

Siri Dasar Kristian - Roh Kudus dan PekerjaanNya

Siri Dasar Kristian ini diterjemah dari laman web Christian Basics dan boleh di baca di  sini . Penerangan di dalam tanda [..] dan berwarna  perang  adalah tambahan dari saya untuk menjelaskan istilah tertentu yang memerlukan penjelasan lanjut. Topik -  Pengenalan  1. Alkitab  2. Tuhan yang Hidup  3. Yesus Kristus  4. Manusia   5. Penyelamatan   6. Kematian dan Kebangkitan Kristus Pembelajaran 7 - Roh Kudus: Peribadi dan PekerjaanNya Ini hanyalah garis besar yang ringkas. Sebelum kita bermula, tuliskan senarai tentang apa yang anda fikirkan apabila mendengar perkataan 'Roh Kudus'. Pembelajaran ini tertumpu kepada ciri-ciri utama pekerjaan Roh Kudus.