Terdapat pelbagai laman web yang memperkatakan isu-isu berkaitan dengan Kristianiti, terutamanya apologetik. Berikut adalah beberapa laman web yang menurut pandangan peribadi saya sangat baik dalam mengembangkan lagi pemikiran kita. Jika anda juga mengetahui laman web lain tentang Kristianiti, saya sangat menghargai jika anda memberikan pautan/link laman web tersebut di dalam ruangan komen di bawah.
Senarai ini tidak bertujuan memberikan 'senarai muktamad' dan tidak semestinya saya bersetuju dengan kesemua isi kandungan yang terdapat di dalam laman web yang disenaraikan. Saya hanya memberikan saranan untuk kita selidiki bersama. Sesuai dengan tema blog ini.
Kebanyakan laman web ini adalah dari luar negara. Agak sukar mencari laman web Kristian yang berasal dari Malaysia.
(Senarai ini disusun mengikut abjad)
A Christian Think Tank (Web)
- Sebuah laman web yang memberikan penjelasan tentang isu-isu berkaitan dengan Kristianiti secara terperinci sejak 1995 lagi. Jika anda mahukan penjelasan ringkas tentang isu-isu Kristianiti (terutamanya yang berkaitan dengan teologi, falsafah, doktrin dll), laman ini mungkin kurang sesuai dengan anda kerana ia mengandungi artikel yang ditulis dengan panjang lebar dan terperinci. Namun, laman web ini sangat baik jika anda mahukan penjelasan yang lebih dalam dalam sesuatu isu itu. (Kebetulan, tema laman web tersebut sama dengan tema blog ini)
- Laman web ini dikemaskini hanya beberapa kali dalam setahun.
Apologetic 315 (Blog)
- Salah satu laman web kegemaran saya (sehingga layout blog saya adalah berdasarkan blog tersebut). Blog ini mengandungi banyak pautan kepada laman-laman web Kristian lain, terutamanya yang berkaitan dengan Apologetik. Ia juga mempunyai koleksi audio yang sangat banyak tentang pelbagai isu berkaitan Kristianiti. Jika anda mahu mencari sumber-sumber berkaitan apologetik, blog ini sangat sesuai untuk tujuan tersebut.
- Blog ini dikemaskini hampir setiap hari.
Alpha & Omega Ministries (Blog)
- Alpha & Omega Ministries merupakan sebuah organisasi apologetik Kristian yang berpusat di Phoenix, Arizona. Pengarahnya, James White merupakan seorang profesor yang pakar di dalam bidang bahasa Greek dan Teologi Sistematika. Beliau juga merupakan seorang penulis buku dan telah menghasilkan lebih dari 20 buah buku. Selain itu, beliau juga seorang pendebat yang sangat berpengalaman dan telah turut serta di dalam lebih 130 debat formal dengan pendebat dari pihak Katolik Roma, Islam, Saksi Yehovah, dan Mormon, serta dengan pengkritik-pengkritik Kristianiti seperti Bart Ehrman, Marcus Borg, John Dominic Crossan dan banyak lagi.
Answering-Islam (Web)
- Sebuah laman web yang memperkatakan tentang Islam dan menjawab dakwaan-dakwaan yang diberikan terhadap Kristianiti oleh Muslim. Terdapat versi bahasa Malaysia, namun, artikel di dalam versi tersebut tidak begitu banyak dan agak lama tidak dikemaskini. Laman web ini dihalang oleh beberapa buah negara kerana mengandungi kandungan yang bersifat kritikal terhadap Islam.[1]
- Dikemaskini sekali sebulan.
bahasaplaintruth (Blog)
- Sebuah blog yang mengandungi terjemahan Bahasa Melayu/Malaysia artikel-artikel dari majalah "The Plain Truth".
Answering Muslim (Blog)
- Sebuah blog yang memperkatakan tentang Islam dan menjawab dakwaan terhadap Kristianiti yang diberikan oleh Muslim. Penulis-penulis blog ini juga merupakan sebahagian daripada penyumbang artikel di laman web Answering-Islam.
bahasaplaintruth (Blog)
- Sebuah blog yang mengandungi terjemahan Bahasa Melayu/Malaysia artikel-artikel dari majalah "The Plain Truth".
CARM (Web)
- Christian Apologetics and Research Ministry atau CARM memperkatakan pelbagai isu berkaitan Kristianiti. Ia sebuah laman web yang cuba memasukkan semua perkara tentang Kristianiti seperti menjawab percanggahan di dalam Alkitab, doktrin, sejarah, malah terdapat forum untuk perbincangan secara online. Laman ini sesuai untuk mereka yang baru hendak mengetahui atau mendalami tentang Kristianiti.
Christian CADRE (Web)
- Sebuah laman web yang mengumpulkan pelbagai penulis Kristian. Laman ini pada dasarnya merupakan suatu hub yang menempatkan link ke laman-laman apologetik lain yang terdapat di internet. Namun, terdapat link yang sudah tidak berfungsi atau tidak dikemaskini.
Christian Classic Ethereal Library (Web)
- Sebuah perpustakaan maya yang memuatkan beratus-ratus penulisan Kristian awal. Sangat sesuai jika kita mahu menyelidiki sejarah Kristian. Juga mempunyai berpuluh-puluh komentari oleh ahli-ahli teologi Kristian awal.
Creed 2:6 (Blog)
- Sebuah blog yang diasaskan oleh seorang bekas Muslim bernama Nabeel Qureshi. Blog ini masih baru namun pemiliknya bukanlah orang baru. Beliau sebelum ini merupakan penulis bersama di dalam blog Answering Muslim.
Update: Blog ini sudah tidak dapat diakses lagi. Namun saya kekalkan di dalam senarai ini sebagai rujukan.
- Telah berpindah ke sini, dan seterusnya ke sini.
Update: Blog ini sudah tidak dapat diakses lagi. Namun saya kekalkan di dalam senarai ini sebagai rujukan.
- Telah berpindah ke sini, dan seterusnya ke sini.
domba2domba (Blog)
- Sebuah blog tentang kehidupan Kristian khusus untuk pemuda-pemudi dari Sabah dan Sarawak yang ada di kampung atau di kota, di dalam atau di luar negeri. Mengandungi kesaksian-kesaksian serta info-info menarik tentang Kristianiti secara umumnya.
Got Question (Web)
- Jika anda merasakan artikel di Christian Think Tank terlalu panjang dan rumit, maka laman ini mungkin sesuai dengan anda. Ia memberikan jawapan yang ringkas dan padat serta memberikan rekomendasi pembacaan jika anda mahu meneroka sesuatu isu itu dengan lebih mendalam lagi. Sebahagian artikel di dalam laman ini juga mempunyai terjemahan dalam Bahasa Indonesia dan Bahasa Melayu/Malaysia. Anda juga boleh menghantar soalan anda jika ia tidak ada di dalam senarai persoalan yang diberi. Saya pernah menghantar persoalan dan mendapat respon kurang dari seminggu.
IRR (Web)
- Laman web yang memperkatakan tentang Mormon dan Jehovah's Witnesses. Memberikan penjelasan yang menyeluruh dan terperinci tentang kedua-dua cult ini.
Isa dan Islam (Web)
- Sebuah laman web yang bertemakan dialog agama. Juga mempunyai pautan ke laman-laman web lain.
John Ankerberg (Web)
- Laman ini merupakan laman rasmi untuk sebuah rancangan televisyen Kristian di Amerika Syarikat. Konsep laman ini hampir sama dengan CARM. Saya sangat merekomenkan bahagian Article archives laman ini, di mana terdapat banyak artikel yang baik untuk kita selidiki berkaitan dengan Kristianiti.
- Sebuah laman web yang memperkatakan tentang pelbagai aspek kehidupan sebagai seorang Kristian. Termasuk hal-hal yang kelihatan seperti tidak berkaitan dengan kehidupan rohani kita seperti komik, filem, permainan video, dll. Menariknya, hal-hal ini dilihat melalui perspektif Kristian. Tidak lupa juga bahagian-bahagian seperti teologi, bioetik, tanggungjawab ibu bapa, dll. Kesimpulannya, laman ini merangkumi semua aspek kehidupan kita sebagai orang percaya. Dalam melayari laman ini, ayat Firman Tuhan berikut terlintas di fikiran saya,
"Kasihilah Tuhan Allahmu dengan sepenuh hatimu, dengan segenap jiwamu, dengan seluruh akalmu, dan dengan segala kekuatanmu." (Mrk 12:30, terjemahan Berita Baik)
Krisis & Praxis (Blog)
- Blog yang ditulis oleh Dr. Ng Kam Weng. Bagi mereka yang mengikuti perkembangan isu-isu berkaitan Kristian di Malaysia pasti mengetahui tentang beliau. Blog ini sudah agak lama tidak dikemaskini, namun artikel-artikel yang ada sangat berguna untuk dijadikan rujukan, terutama dalam memperkatakan Kristianiti di Malaysia.
Monergism (Web)
- Sebuah laman web yang padat dengan artikel-artikel tentang teologi, doktrin, Alkitab, kehidupan Kristian dan pelbagai lagi topik lain yang berkaitan dengan Kristianiti. Laman web ini sangat baik untuk dirujuk jika hendak mengetahui tentang teologi Kristianiti serta perbezaan pendapat yang wujud di kalangan ahli teologi Kristian.
Our Story In God (Blog)
- Sebuah blog berbahasa Indonesia yang menyediakan artikel-artikel renungan, kesaksian, dan juga apologetik (secara tidak langsung).
Pena Rajawali (Blog)
- Sebuah blog renungan tulisan seorang pastor.
Pena Rajawali (Blog)
- Sebuah blog renungan tulisan seorang pastor.
RZIM (Web)
- Sebuah laman web kepada organisasi Ravi Zacharias International Ministries yang diasaskan oleh Ravi Zacharias. Mempunyai misi untuk mencapai jiwa-jiwa melalui Injil Yesus Kristus, dan mempunyai visi untuk membina sebuah pasukan berteraskan penginjilan, apologetik, pemuridan, latihan dan kerja-kerja kemanusiaan supaya mandat yang disebut di dalam 1 Petrus 3:15 dapat dipenuhi.
Reasonable Faith (Web)
- Sebuah laman web yang sangat popular di kalangan Atheist, dalam erti kata 'tidak digemari'. Laman ini mengandungi artikel-artikel tulisan William Lane Craig berkaitan dengan falsafah, sejarah, sains, doktrin dll. Artikel-artikel yang ada terbahagi kepada dua kategori iaitu 'popular' dan 'scholarly'. Laman ini juga mengandungi koleksi audio (podcast) yang banyak. Sangat disarankan jika anda berminat mengetahui argumen-argumen yang membuktikan Kristianiti dari segi intelektual. Sesuai bagi mereka yang mahukan penjelasan secara rasional tentang iman Kristian.
- Perlu mendaftar untuk mendapat akses kepada semua bahan yang ada. Pendaftaran adalah percuma.
[Update: Reasonable Faith kini tidak lagi memerlukan pendaftaran untuk membaca artikel yang ada. Anda juga boleh memuat-turun aplikasi (apps) untuk telefon Android atau iPhone untuk mengakses laman web ini di telefon pintar (smart phone) anda.]
Risen Jesus (Web)
- Sebuah laman web yang memperkatakan tentang kebangkitan Yesus serta menjawab pelbagai hujah/argumen tentang kebangkitan Yesus. Oleh seorang pakar dalam bidang ini iaitu Dr. Michael R. Licona.
Sarapanpagi Biblika (Forum)
- Sebuah forum yang memperkatakan tentang Kristianiti dan menjawab persoalan-persoalan tentang Kristianiti. Mempunyai ruang khusus untuk apologetik yang menjawab pelbagai tuduhan dan dakwaan ke atas kepercayaan Kristian.
Sastra Hidup Indonesia (Web)
- Sebuah laman web yang menyediakan pautan muat-turun (download) buku-buku rohani dalam Bahasa Indonesia secara percuma.
Stand To Reason (Web)
- Laman web ini mempunyai sumber yang baik berkenaan apologetik. Konsepnya hampir sama dengan laman Reasonable Faith, cuma, laman ini mempunyai rancangan radio sendiri yang mana menerima panggilan dari mereka yang skeptik terhadap Kristianiti secara langsung.
- Perlu mendaftar untuk mengakses seluruh bahan di dalam laman ini. Pendaftaran adalah percuma.
[Update: Anda tidak lagi perlu mendaftar untuk mengakses kesemua bahan di dalam laman web ini]
The Agora (Blog)
- Blog ini sebenarnya adalah hub yang menjalinkan beberapa lagi buah blog dan laman web yang diasaskan di dalam dan luar Malaysia. Walaupun kebanyakan pautan blog dan laman web di dalam hub ini ada yang sudah tidak berfungsi atau tidak dikemaskinikan lagi (terutamanya yang dari Malaysia), artikel-artikel yang ada (sejak 2004) sangat menarik untuk dibaca.
Unbelievable? (Radio online)
- Sebuah rancangan radio online yang memberikan ruangan untuk Kristian dan bukan Kristian bersama-sama menyatakan pendapat masing-masing secara langsung. Juga menerima panggilan secara langsung daripada pendengar yang mahu memberikan pendapat atau mengajukan soalan.
(Senarai akan dikemaskini dari masa ke semasa)
Ulasan