Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel fakta segera

Fakta segera - Soteriologi (Soteriology)

Soteriologi adalah penyelidikan tentang doktrin keselamatan. Istilah ini timbul dari perkataan Greek,  soterious , yang bermaksud keselamatan. Soteriologi memperkatakan tentang bagaimana kematian Kristus memberikan keselamatan kepada mereka yang percaya. Ia membantu kita memahami doktrin-doktrin lain seperti penebusan (redemption), pembenaran (justification), penyucian (sanctification), pendamaian (propitiation), dan penebusan pengganti (substitutionary atonement). Selain Kristologi, Soteriologi adalah bidang yang paling membezakan Kristianiti terhadap kumpulan bidaah dan agama lain di dalam dunia ini. Memahami Soteriologi Alkitabiah akan membantu kita mengetahui mengapa keselamatan hanya diperolehi melalui iman ( Efesus 2:8-9 ), iaitu hanya melalui iman kepada Yesus Kristus. Tidak ada kepercayaan lain yang mendasarkan keselamatan hanya melalui iman. Soteriologi membantu kita untuk melihat sebabnya. Pemahaman yang jelas tentang keselamatan akan memberikan kita damai seja...

Fakta segera - 1 dan 2 Tawarikh

Tiada penulis dikenal pasti untuk kitab 1 dan 2 Tawarikh, yang mana dilihat sebagai sebuah kitab sahaja di dalam Perjanjian Lama Ibrani. Kitab ini merangkumi sejarah Israel. Fasal pertama menggunakan susur galur keturunan untuk mengulas sejarah bermula daripada Adam sehinggalah kematian Raja Saul. Bahagian seterusnya kitab ini mengulas tentang sejarah Raja Daud dan juga bangsa Yahudi sepanjang mereka ditawan oleh bangsa Babel. Walaupun kitab-kitab ini memperkatakan hal yang sama seperti yang terdapat di dalam kitab 1 dan 2 Samuel serta kitab 1 dan 2 Raja-Raja, isi yang ada disusun dengan suatu tujuan yang jelas. Penulis kitab ini yang mana menulis kepada sekumpulan kecil bangsa Yahudi yang baru sahaja kembali ke tanah Yudea setelah tempoh penawanan mereka berakhir, menekankan tentang kesetiaan Tuhan terhadap perjanjian yang telah dibuat-Nya. Sejarah Israel telah menunjukkan bahawa Tuhan mendatangkan malapetaka kepada bangsa tersebut apabila mereka berdosa, dan memberkati bangsa ...

Fakta segera - Kitab 1 dan 2 Raja-Raja

Kitab 1 dan 2 Raja-Raja adalah buku sejarah yang mana merangkumi umur kerajaan Israel, sejak pemerintahan Raja Salomo (971-921 sebelum masihi) hingga kejatuhan Yerusalem ke dalam tangan Babel pada tahun 586 sebelum masihi. Di dalam himpunan kitab-kitab Ibrani, kedua-dua kitab ini dilihat sebagai sebuah hasil penulisan sahaja. Penulisnya yang tidak diketahui ini lebih menekankan tentang bagaimana ketaatan atau ketidak-taatan seseorang pemimpin itu kepada Tuhan memberi kesan ke atas keadaan bangsa tersebut. Maka, tumpuan yang diberikan adalah tentang kebaikan atau kejahatan pemimpin-pemimpin tersebut. Pada zaman tersebut, kerajaan Raja Daud dan Raja Salomo telah terpecah kepada dua bahagian yang saling bersaing: Israel di bahagian utara dan Yehuda di bahagian selatan. Rujukan - The Bible Answer Handbook, m/s 139 Rujukan Tambahan - Raja-raja, Kitab - Kata Pengantar kitab 1 dan 2 Raja-Raja, Alkitab Berita Baik B.M, m/s 366, 403.

Fakta segera - 1 dan 2 Samuel

Kitab 1 Samuel dan 2 Samuel sebenarnya digabungkan sebagai sebuah kitab di dalam Taurat (Perjanjian Lama Ibrani). Nama penulis tidak dicatatkan di dalam kitab tersebut. Walaupun ada spekulasi yang mencadangkan Natan sebagai penulis kitab ini, tidak ada sebarang cara untuk mengetahui siapa yang telah menulis kedua-dua kitab sejarah ini. Namun, kedua-dua kitab ini sangat penting. Ia menceritakan kisah kepada hakim yang terakhir iaitu Samuel, tentang kerajaan Raja Saul yang tidak sempurna, dan kebangkitan Israel di bawah pimpinan pilihan Tuhan, Raja Daud. Sejarah Israel pada era ini sangat penting dan kritikal, secara sejarah dan secara teologikal. Daud bukan sahaja pemimpin ideal zaman keemasan Israel, malah juga adalah kiasan kepada Mesias, yang mana akan datang daripada keturunan Daud dan telah ditetapkan sebagai Pemerintah kepada seluruh dunia. Rujukan - The Bible Answer Handbook, m/s 117. Rujukan - Samuel - Kata Pengantar Kitab 1 dan 2 Samuel, Alkitab Berita Baik...

Fakta segera - Kitab Rut

Kitab Rut ini merupakan penyeimbang kepada keadaan tragik yang digambarkan di dalam kitab Hakim-Hakim. Peristiwa di dalam kedua-dua kitab ini terjadi pada zaman yang sama. Kitab Hakim-Hakim menunjukkan keruntuhan kerajaan Israel, kitab Rut pula mengingatkan kita bahawa wujud peribadi pada zaman tersebut yang kekal setia kepada Tuhan dan menurut perintah-Nya. Kitab ini juga mempunyai tujuan sejarah yang penting memandangkan Rut dan Boas, heroin dan hero di dalam kitab ini, adalah moyang kepada Daud, raja yang kemudiannya memimpin umat Tuhan menjadi sebuah kerajaan yang berkuasa dan membawa bangsa itu kembali menyembah Tuhan dengan sepenuh hati. Penulis kitab ini tidak diketahui. Rujukan - The Bible Answer Handbook, m/s 115. Rujukan Tambahan - Rut - Ruth - Kata Pengantar Kitab Rut, Alkitab Berita Baik B.M., m/s 288.

Fakta segera - Kitab Hakim-Hakim

Tidak ada penulis dikenalpasti untuk kitab ini. Tradisi mencadangkan bahawa Samuel, hakim yang terakhir di antara semua hakim, mungkin telah mengumpul dan mencatatkan peristiwa-peristiwa di dalam kitab ini. Kitab Hakim-Hakim merangkumi kisah sepanjang beberapa ratus tahun, bermula dari kematian Yosua dan para pemimpin yang bersama-sama dengannya hinggalah zaman kehidupan Samuel. Sepanjang tempoh tersebut, bangsa Israel berkali-kali menjadi tidak percaya kepada Tuhan dan akhirnya ditakluk oleh bangsa-bangsa asing. Apabila penderitaan membuatkan generasi yang tertindas ini kembali kepada Tuhan, Dia menyediakan pemimpin ketenteraan atau politik yang dipanggil sebagai hakim, yang mengembalikan kebebasan kepada rakyatnya yang tertindas, dan kemudian hakim-hakim (yang terdiri daripada lelaki dan wanita) ini memimpin rakyat mereka sehingga akhir hayat mereka. Sama seperti kitab Yosua menggambarkan bagaimana ketaatan membawa kemenangan dan damai, kitab Hakim-Hakim pula menunjukkan b...

Fakta segera - Kitab Yosua

Tiada penulis yang dikenalpasti untuk kitab ini sama ada melalui penulisan kitab atau pun tradisi. Namun, kitab ini merujuk kepada Yerusalem sebagai pertahanan kuat Yebus ( Yos 15:8; 18:28 ) dan perincian lain mencadangkan ia ditulis pada zaman Hakim-hakim, sebelum tahun 1200 sebelum masihi. Kitab ini menceritakan tentang kisah penaklukan tanah Kanaan oleh Yosua dan pembahagian tanah tersebut kepada keduabelas suku Israel. Peristiwa yang direkodkan mungkin berlaku dalam tempoh 20 hingga 25 tahun, dengan peristiwa tersebut bermula sekitar tahun 1390 sebelum masihi. Kitab ini adalah sebagai peringatan bahawa apabila umat Tuhan taat kepada-Nya, mereka akan dapat memiliki dan menikmati janji-janji-Nya. Rujukan - The Bible Answer Handbook, m/s 101. Rujukan tambahan - Kata Pengantar Kitab Yosua, Alkitab Berita Baik B.M., m/s 232.

Fakta segera: Teologi Kristian

Perkataan "teologi" berasal dari dua buah perkataan Greek yang bermaksud "Tuhan" dan "kata". Apabila digabungkan, perkataan "teologi" membawa maksud "pembelajaran tentang Tuhan". Teologi Kristian pula adalah adalah pembelajaran/penyelidikan tentang apa yang diajarkan di dalam Alkitab dan kepercayaan Kristian. Teologi Kristian yang berdasarkan Alkitab akan membolehkan kita lebih memahami tentang Tuhan, keselamatan, dan misi kita di dalam dunia ini.  Berikut adalah beberapa kategori teologi Kristian. Memahami apa yang dikatakan di dalam Alkitab berkenaan dengan bidang-bidang teologi Kristian ini adalah kunci kepada pertumbuhan rohani dan keberkesanan di dalam kehidupan sebagai seorang Kristian. Paterologi - pembelajaran tentang Allah Bapa. Kristologi - pembelajaran tentang Peribadi dan perbuatan Yesus Kristus. Pneumatologi - pembelajaran tentang Peribadi dan perbuatan Roh Kudus. Bibliologi - pembelajaran tentang F...

Fakta segera - Kitab Ulangan

Tradisi dan kandungan kitab ini (Bil 1:1; 31:9, 24, 26) memberikan gambaran bahawa penulis kitab Ulangan ini adalah Musa, iaitu sekitar tahu 1400 sebelum masihi (lihat Kitab Kejadian). Walaupun ramai pengkaji moden membahaskan bahawa kitab ini ditulis lebih lewat--pada zaman Yosia--pandangan secara tradisi adalah lebih tepat. Di dalam kitab Ulangan, 70 rujukan tentang peristiwa Keluaran dinyatakan dalam situasi "sudah berlalu", sementara rujukan tentang kemasukkan ke tanah Kanaan adalah dalam situasi "akan terjadi pada masa hadapan". Bangsa-bangsa yang disebut di dalam kitab ini adalah bangsa-bangsa pada zaman Musa. Paling penting, struktur penulisan kitab Ulangan adalah sama seperti penulisan politik kuno yang mana hanya digunakan pada zaman kehidupan Musa (1500-1200 sebelum masihi). Penulis atau editor pada zaman kehidupan Yosia, iaitu lapan ratus tahun selepas zaman Musa, tidak mungkin akan menunjukkan situasi zaman kuno tersebut dengan tepat. Nama Ula...

Fakta segera - Kitab Bilangan

Ini adalah kitab keempat yang ditulis oleh Musa yang memulakan Perjanjian Lama (lihat Kitab Kejadian). Kitab ini meneruskan kisah generasi selepas Keluaran; ia memberikan maklumat susur galur keturunan penting dan catatan perjalanan umat Tuhan dari Sinai hingga ke sempadan tanah Kanaan dan kembali semula ke pada gurun selama 40 tahun. Tema kitab Bilangan ini adalah tentang keadaan susah generasi Keluaran  akibat gagal meletakkan kepercayaan mereka kepada Tuhan. Akibatnya, penaklukkan tanah Kanaan ditangguhkan sehinggalah generasi baru bertumbuh. Suatu generasi yang tidak seperti generasi sebelumnya, iaitu generasi yang percaya sepenuhnya kepada Tuhan. Rujukan - The Bible Answer Handbook, m/s 81. Rujukan tambahan - Kitab Bilangan - Kitab Bilangan (2) - Kata Pengantar Kitab Bilangan, Alkitab Berita Baik B.M., m/s 144.

Fakta segera - Kitab Imamat

Buku ketiga di dalam Perjanjian Lama yang ditulis oleh Musa (lihat Kitab Kejadian). Maksud nama kitab ini adalah 'tentang para Lewi (imam)'. Buku ini menekankan tentang penyembahan, dengan memberikan perincian tentang bagaimana para imam dan para Lewi melaksanakan tugas mereka, termasuk arahan bagaimana mempersiapkan acara dan kekudusan yang penting untuk suatu perhubungan dengan Tuhan. Rujukan - The Bible Answer Handbook, m/s 74. Rujukan tambahan - Kitab Imamat - Kitab Imamat (2) - Pentateukh - Kata Pengantar Kitab Imamat, Alkitab Berita Baik B.M, m/s 109.

Fakta segera - Kitab Kejadian

Kitab Kejadian mengikut cara penulisan-penulisan kuno yang lain dan tidak menyatakan secara tersurat penulis kitab tersebut. Tetapi tradisi dan rujukan dalaman memberikan Musa sebagai penulis kitab ini, termasuk kitab-kitab Keluaran, Imamat, Bilangan, dan Ulangan. Kelima-lima buah kitab ini dikenali sebagai Pentateukh. Melalui penceritaan yang teliti dan konsisten, kitab Kejadian memperkenalkan Tuhan yang telah mencipta dunia ini dan segala isinya. Kitab Kejadian juga memperkenalkan kemanusiaan sebagai ciptaan istimewa Tuhan, menjelaskan tentang dosa yang telah membawa kerosakkan kepada kita dan ke dalam sejarah manusia, dan kisah air bah menegaskan bahawa Tuhan pasti akan mengadili dosa. Namun, kitab Kejadian juga melihat kepada masa hadapan. Di dalam kisah Abraham, kitab Kejadian memperkenalkan tema penebusan. Janji yang diberikan Tuhan kepada Abraham memberikan keyakinan kepada kita bahawa dunia ini bukan sekadar ciptaan Tuhan, tetapi juga suatu haluan sejarah kepada tuju...

Fakta segera - Triniti/Tritunggal

Perkataan "Triniti" tidak ada di dalam Alkitab. Namun, ia adalah istilah yang digunakan untuk menjelaskan fakta pengajaran Alkitab tentang Tuhan: Tuhan kita adalah bersifat Triniti. Ia bermaksud terdapat tiga Peribadi di dalam keesaan Tuhan, bukan tiga Tuhan. Peribadi-peribadi ini adalah Bapa, Anak, dan Roh Kudus dan sentiasa wujud sebagai tiga Peribadi yang berbeza. Peribadi Bapa bukanlah Peribadi Anak, Peribadi Anak bukanlah Peribadi Roh Kudus, Peribadi Roh Kudus bukanlah Peribada Bapa. Jika kita mengeluarkan salah satu, maka Tuhan tidak akan ada. Tuhan sentiasa bersifat Triniti selama-lamanya: "dari selama-lamanya sampai selama-lamanya Engkaulah Allah." ( Mzm 90:2 ) Tuhan bukanlah satu Peribadi yang mengambil tiga bentuk kewujudan, contohnya, Bapa menjadi Anak yang kemudian menjadi Roh Kudus. Hari ini, fahaman sedemikian dikenali sebagai "Pergerakkan Hanya Yesus Sahaja" (juga dikenali sebagai Oneness Pentecostalism ). Fahaman ini diajar oleh Kesa...

Fakta segera - Ibadah Penyembahan

Ibadah penyembahan adalah kewajiban semua ciptaan Tuhan untuk memberikan-Nya segala hormat, pujian, sanjungan, dan kemuliaan kerana Dia adalah Tuhan Pencipta yang Kudus. Penyembahan hanya diberikan kepada Tuhan sahaja ( Kel 20:3; Mat 4:10 ). Yesus, yang mana adalah Tuhan yang menjadi manusia ( Yoh 1:1, 14; Kol 2:9 ) juga disembah ( Mat 2:2, 11; 14:33; Yoh 9:35-38; Ibr 1:6 ). ( Sumber ) Rujukan Tambahan - Ibadat

Fakta segera - Antikristus

Antikristus adalah seseorang yang menentang Tuhan. Istilah ini digunakan untuk menggambarkan roh yang memberontak terhadap Tuhan, "..roh antikristus.." ( 1 Yoh 4:3 ) dan seseorang yang akan muncul pada masa akan datang dan dikenali sebagai manusia durhaka ( 2 Tes 2:3 ). Dia akan menentang Kristus ( 2 Tes 2:4 ). Digambarkan sebagai "binatang" dan akan muncul sebelum kedatangan kedua Kristus untuk berperang melawan Kristus dan umat-Nya ( Wahyu 13:4-8 ). Namun, dia akan dikalahkan oleh Kristus dan dibuang ke dalam 'lautan api' ( Wahyu 19:20; 20:10 ). ( sumber ) Rujukan tambahan: Quick Notes Bible Dictionary - Antikristus - Anti Kristus

Fakta segera - Injil

Injil adalah berita baik bahawa kita memperolehi pengampunan dosa melalui Yesus. Lebih spesifik, Injil dijelaskan oleh Rasul Paulus di dalam 1 Korintus 15:1-4, " 1 Saudara-saudaraku, sekarang aku hendak mengingatkan kamu tentang Berita Baik yang aku khabarkan dahulu. Kamu menerimanya, dan kepercayaan kamu kepada Kristus berdasarkan Berita Baik itu.  2 Itulah Berita Baik, perkhabaran yang aku beritakan kepada kamu. Berita Baik itu akan menyelamatkan kamu jika kamu berpegang kepadanya dengan teguh. Tetapi jika kamu tidak berpegang kepadanya dengan teguh, maka kepercayaan kamu sia-sia.  3 Apa yang aku sampaikan kepada kamu adalah apa yang sudah aku terima. Inilah perkara terpenting: Kristus mati kerana dosa kita, sesuai dengan yang tertulis di dalam Alkitab.  4 Hal ini juga tertulis di dalam Alkitab: Dia dikuburkan dan pada hari ketiga Dia dihidupkan semula. " ( terjemahan Alkitab B.M ) Injil datang daripada Tuhan ( Gal 1:10-12 ), Injil adalah kuasa penyelamatan Tuhan...

Fakta segera - Kanon

'Kanon' adalah istilah lain untuk merujuk kepada kitab-kitab Kristian. Kanon mengandungi 39 buah kitab Perjanjian Lama dan 27 buah kitab Perjanjian Baru, menjadikan 66 buah kitab di dalam Alkitab Protestan.  Semasa persidangan Trent, gereja Katolik Roma telah menambah kitab-kitab Apokripa ke dalam kanon Alkitab mereka, menjadikan jumlah kitab di dalam Alkitab Katolik Roma sebanyak 73 buah. Kanon telah ditutup, bererti tidak ada lagi wahyu yang menjadi sebahagian daripada Alkitab. ( sumber ) Rujukan tambahan - Kanon - Apa itu kanon Alkitab?

Fakta segera - Roh Kudus

Roh Kudus adalah Peribadi ketiga di dalam Triniti. Dia adalah Tuhan sepenuhnya. Dia dipanggil sebagai Tuhan ( Kis 5:3-4 ), mempunyai kehendak ( 1 Kor 12:11 ), boleh berbicara ( Kis 8:29; 13:2 ), dan mengetahui segala perkara ( Yoh 14:17 ). Dia bukan suatu "kuasa aktif" seperti yang diajarkan oleh Saksi Yehovah. Roh Kudus hidup dan adalah Tuhan sepenuhnya. Dia dipanggil sebagai Roh Tuhan ( Kej 1:2 ), Roh Kudus ( Mzm 51:11 ), Penolong ( Yoh 14:16, 26 ), dan Roh Kekal ( Ibr 9:14 ). Dia tahu segala perkara ( 1 Kor 2:10-11 ), Mahakuasa ( Lukas 1:35 ), dan ada di mana-mana ( Mzm 139:7-13 ). ( sumber ) Bacaan lanjut: - Roh Kudus - Roh Kudus adalah Tuhan - Roh Kudus adalah Peribadi - Roh Kudus yang mendiami - Pertanyaan-pertanyaan tentang Roh Kudus

Fakta segera - Anak Allah

Frasa "Anak Allah" adalah gelaran ke atas Yesus. Ia menunjukkan keTuhanan-Nya ( Yoh 5:18 ) kerana gelaran ini setara dengan Tuhan. Di dalam Perjanjian Lama, gelaran ini diberikan secara kiasan kepada Bangsa Israel ( Kel 4:22 ). Di dalam Perjanjian Baru, ia digunakan ke atas Kristus ( Lukas 1:35 ).  Gelaran ini mempunyai banyak aspek, contohnya: gelaran ini menunjukkan Dia perlu dihormati setara dengan Bapa ( Yoh 5:22-23 ). Di mana Dia perlu disembah ( Mat 2:2, 11; 14:33; Yoh 9:35-38; Ibr 1:6 ); dipanggil sebagai Tuhan ( Yoh 20:28; Kol 2:9; Ibr 1:8 ); dan berdoa kepada-Nya ( Kis 7:55-60; 1 Kor 1:1-2 ). ( Sumber )

Fakta segera - Allah Bapa

Di dalam doktrin Kristian tentang Triniti, terdapat Allah Bapa, Allah Anak, dan Allah Roh Kudus. Bapa dipanggil sebagai Peribadi pertama di dalam Triniti. Bapa yang telah mengutus Anak ( Yoh 4:34 ), yang memberikan orang yang dipilih kepada Anak ( Yoh 6:37 ), yang menarik orang kepada Anak ( Yoh 6:44 ), dan yang tidak dapat dilihat ( Yoh 6:46; 1 Tim 6:16 ). Kita dibaptis dalam konsep Triniti, dalam nama Bapa, Anak, dan Roh Kudus ( Mat 28:19 ). Bapa dikatakan ada di syurga ( Markus 11:25 ). Doa ditujukan kepada Bapa ( Lukas 10:21; Yoh 17:1-12 ). ( sumber )