Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Alkitab

Allah dan Tuhan dalam Terjemahan Alkitab

29 Januari 2013 Allah dan Tuhan dalam Terjemahan Alkitab Artikel ini diterjemahkan dari Bahasa Inggeris dari website Krisis & Praxis Mengapa Tidak Mungkin Menggantikan Allah dengan Tuhan dalam Terjemahan Alkitab Orang Muslim di beberapa negara lain di dunia (Arab, Afrika Utara, Pakistan dan Indonesia) tiada bantahan dan tidak bimbang akan kemungkinan keliru apabila orang Kristian menggunakan perkataan Allah. Sebaliknya, segolongan orang Muslim Malaysia pula mendakwa mereka keliru; suatu fenomena yang sangat aneh. Pemerhatian ini membuktikan kebenaran kepada andaian bahawa isu Allah ini merupakan isu Melayu buatan dan bukan isu Muslim sebenar. Sebenarnya, bantahan yang dirancang terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 31 Dec 2009 untuk membenarkan Catholic Herald (dan orang Kristian) menggunakan perkataan Allah harus dilihat sebagai manipulasi sinis oleh ahli-ahli politik Melayu untuk mendapatkan undi daripada masyarakat mereka. Rujuk Malaysiakini 31/12/2009, “ C...

10 fakta asas tentang Perjanjian Baru yang perlu diketahui oleh setiap Kristian: #6: "Pada penghujung abad kedua, Fragmen Muratorian telah menyenaraikan 22 buah daripada 27 buah kitab Perjanjian Baru"

Post ini adalah terjemahan dari siri post ini . *Senarai penuh siri ini di  sini . Oleh Michael J. Kruger Siri ini dibuat untuk memperkenalkan kepada orang-orang Kristian umum tentang fakta asas bagaimana kanon Perjanjian Baru terbentuk. Salah satu data penting dalam mana-mana perbincangan tentang kanon adalah apa yang dipanggil sebagai fragmen Muratorian (juga dikenali sebagai kanon Muratorian). Fragmen ini, yang mendapat namanya melalui individu yang menemuinya, Ludovico Antonio Muratori, mengandungi senarai kitab-kitab Perjanjian Baru yang terawal. Walaupun fragmen itu sendiri berasal dari sekitar abad ke-7 atau ke-8, senarai yang terdapat di dalamnya pada asalnya ditulis dalam bahasa Greek dan berasal dari penghujung abad kedua (sekitar tahun 180 masihi).

10 fakta asas tentang Perjanjian Baru yang perlu diketahui oleh setiap Kristian: #5: "Keempat-empat kitab Injil telah pun diterima sepenuhnya sebelum penghujung abad kedua"

Post ini adalah berdasarkan siri post berikut . *Senarai penuh siri ini di  sini . Oleh Michael J. Kruger Apabila memperkatakan fakta asas tentang kanon Perjanjian Baru yang perlu diketahui oleh orang-orang Kristian, salah satu yang paling kritikal adalah kenyataan yang diberikan oleh Irenaeus, biskop di Lyons, sekitar tahun 180 Masihi: " Adalah mustahil untuk kitab Injil lebih atau kurang daripada jumlah yang ada sekarang. Kerana, seperti mana terdapat empat zon di dalam dunia yang kita diami dan empat mata angin... [dan] juga kerub, mempunyai empat wajah. " [1] Irenaeus bukan sahaja mengesahkan kanon keempat-empat kitab Injil, malah bersungguh-sungguh menyatakan hanya  keempat kitab Injil ini yang diakui oleh gereja. Irenaeus sangat yakin kanon kitab Injil ini sudah sempurna sehingga dia memberikan hujah bahawa ia telah termaktub di dalam setiap struktur ciptaan [Tuhan] - seperti empat zon bumi, empat mata angin dll.

Menjawab buku "Jesus adalah Muslim?": #3: Daripada Jesus atau bukan? Berbeza atau sama?

Senarai lengkap siri post ini di sini . Pada muka surat xiv buku ini, iaitu pada bahagian "Pendahuluan", penulis memberikan kenyataan berikut: " Penulis ingin menegaskan, Bible khususnya Perjanjian Baru, iaitu Gospel of Matthew, Gospel of Mark, Gospel of Luke, dan Gospel of John, hanya kata-kata Jesus. " Melalui kenyataan ini, penulis mengakui bahawa: - Keempat-empat kitab Injil adalah kata-kata Jesus. Namun, pada muka surat seterusnya, iaitu xv, penulis memberikan kenyataan berikut: " Umat Islam percaya Bible yang diakui oleh gereja dan ditulis oleh empat orang perekod (juga dikenali sebagai Gospel) iaitu Matthew, Mark, Luke dan John, bukan bersumberkan Jesus. " Sekarang, melalui kenyataan ini pula, penulis mengakui bahawa: - Keempat-empat kitab Injil bukan bersumberkan Jesus. Persoalannya, yang mana satu pendirian penulis? Daripada Jesus atau bukan? Mengapa percanggahan ini timbul?

10 fakta asas tentang Perjanjian Baru yang perlu diketahui oleh setiap Kristian: #4: "Beberapa orang penulis kitab Perjanjian Baru memetik penulisan Perjanjian Baru yang lain sebagai Kitab Suci"

Post ini adalah terjemahan/berdasarkan siri post ini . *Senarai penuh siri ini di  sini . Oleh Michael J. Kruger Salah satu daripada isu kontroversi di dalam kajian kanon Perjanjian Baru adalah bilakah masanya kitab-kitab Perjanjian Baru ini dianggap sebagai Kitab Suci. Bilakah kitab-kitab ini mula digunakan sebagai panduan utama gereja? Sarjana yang kritikal akan membahaskan bahawa kitab-kitab ini tidak ditulis sebagai Kitab Suci malah tidak dianggap sebagai Kitab Suci sehinggalah pada akhir abad kedua.

Menjawab buku "Jesus adalah Muslim?": #1: Bible/Alkitab adalah kombinasi dua kitab?

Senarai lengkap siri post ini di sini . Seperti yang telah saya katakan sebelum ini, buku "Jesus adalah Muslim?" ini sarat dengan kecelaruan fakta. Malah, kecelaruan fakta ini diberikan ketika nombor muka surat buku ini belum pun bermula! Pada ruangan "Nota Penerbit" buku ini (iaitu di helaian kedua buku ini), kenyataan berikut telah diberikan: "Bible adalah kitab suci bagi penganut agama Kristian. Ia kombinasi daripada dua kitab; Perjanjian Baru (New Testament) yang diturunkan kepada Jesus dan Perjanjian Lama (Old Testament) yang diturunkan kepada Moses." Jika penerbit buku ini telah membuat sedikit penyelidikan tentang Alkitab, mengapa fakta yang tidak tepat ini diberikan? Tidakkah penerbit tahu bahawa Alkitab atau Bible adalah himpunan kitab? Malah, kata "Bible" itu sendiri adalah berasal daripada sebuah perkataan Greek iaitu  βιβλία  (disebut  biblía ) yang bermaksud "kitab-kitab". [1]

10 fakta asas tentang Perjanjian Baru yang perlu diketahui oleh setiap Kristian: #3: "Kitab-kitab Perjanjian Baru adalah unik kerana berkaitan secara langsung dengan para rasul"

Post ini adalah terjemahan/berdasarkan siri post ini . *Senarai penuh siri ini di  sini . Oleh Michael J. Kruger Salah satu fakta paling asas tentang kanon Perjanjian Baru yang perlu difahami oleh semua Kristian adalah kanon ini mempunyai perkaitan yang rapat dengan aktiviti-aktiviti para rasul (apostolik). Yesus telah memberikan tugas kepada rasul-rasul pilihan-Nya "agar mereka bersama-sama dengan Dia dan mengutus mereka untuk memberitakan Injil dan mempunyai kuasa" ( Markus 3:14-15 ). Ketika Yesus mengutus kedua belas rasul, Dia mengingatkan mereka bahawa "Kata-kata yang akan kamu ucapkan itu bukan kata-kata kamu sendiri, tetapi kata-kata itu daripada Roh Bapa kamu yang berkata-kata melalui kamu." ( Matius 10:20 ). Maka, Dia dapat memberikan amaran kepada mereka yang menolak kuasa yang diberikan kepada para rasul: "Jika ada rumah atau bandar yang tidak mahu menyambut atau mendengarkan kata-kata kamu, tinggalkanlah tempat itu dan kebaskanlah d...

10 fakta asas tentang Perjanjian Baru yang perlu diketahui oleh setiap Kristian: #2: "Semua penulisan Apokripa ditulis pada abad kedua atau lebih lewat"

Post ini adalah terjemahan/berdasarkan siri post ini . *Senarai penuh siri ini di  sini . Oleh Michael J. Kruger Di dalam post sebelum ini , kita telah memperkatakan tentang fakta asas pertama tentang kanon Perjanjian Baru, iaitu penulisan-penulisan Perjanjian Baru adalah catatan Kristian terawal yang kita miliki. Kita juga telah menjelaskan dengan berhati-hati bahawa tarikh penulisan kitab-kitab ini tidak menjadikannya sebagai sebahagian daripada kanon, tetapi tarikh penulisan awal ini menunjukkan bahawa kitab-kitab ini ditulis pada waktu di mana saksi-saksi kepada kehidupan Yesus masih lagi hidup.

10 fakta asas tentang Perjanjian Baru yang perlu diketahui oleh setiap Kristian: #1: "Perjanjian Baru adalah penulisan Kristian terawal yang kita miliki"

Post ini adalah terjemahan/berdasarkan siri post ini . *Senarai penuh siri ini di sini . Oleh Michael J. Kruger Siri ini direka khusus untuk orang percaya mempelajari beberapa fakta asas tentang kanon Perjanjian Baru      fakta-fakta yang mungkin membantu ketika berbual dengan orang yang tidak percaya atau mereka yang ingin tahu. Fakta yang pertama ini merupakan hal yang sangat asas sehingga sering terlepas pandang. Fakta tersebut ialah: kanon Perjanjian Baru adalah penulisan Kristian terawal yang kita miliki.

Apa yang menjadikan Alkitab sangat istimewa?

Berdasarkan/terjemahan buku Answer & Reasons (Omnibus Edition: Two Books in One) tulisan Josh McDowell & Don Stewart. Kristianiti percaya dan mengajarkan bahawa Alkitab (Bible) adalah satu-satunya Firman Tuhan. Walaupun ia ditulis oleh manusia, Penulis Mutlaknya adalah Tuhan yang Mahakuasa. Dakwaan ini bukan direka-reka oleh gereja, tetapi adalah dakwaan yang dibuat sendiri oleh Alkitab. " tetapi firman Tuhan kekal selama-lamanya. " (1 Petrus 1:25a TMV). " Semua yang tertulis di dalam Alkitab diilhami oleh Allah " (2 Timotius 3:16a TMV). " Hal itu demikian kerana tidak ada nubuat yang disampaikan oleh para nabi, berasal daripada kehendak manusia. Tetapi Roh Allah menguasai orang semasa mereka menyampaikan perkhabaran yang datang daripada Allah. " (2 Petrus 1:21 TMV).

Bukankah Perjanjian Baru ditulis beratus-ratus tahun selepas kehidupan Kristus?

Artikel ini berdasarkan/diterjemahkan dari artikel ini . p52 Walaupun ada sesetengah orang mengatakan kitab-kitab di dalam Perjanjian Baru ditulis 100-300 tahun selepas Kristus mati, hakikatnya adalah kitab-kitab tersebut selesai ditulis sebelum berakhirnya abad pertama oleh mereka yang mengenal Yesus secara peribadi, pernah berjumpa dengan-Nya, atau mereka yang menerima arahan terus daripada murid-murid-Nya. [1]

Fakta segera - 1 dan 2 Tawarikh

Tiada penulis dikenal pasti untuk kitab 1 dan 2 Tawarikh, yang mana dilihat sebagai sebuah kitab sahaja di dalam Perjanjian Lama Ibrani. Kitab ini merangkumi sejarah Israel. Fasal pertama menggunakan susur galur keturunan untuk mengulas sejarah bermula daripada Adam sehinggalah kematian Raja Saul. Bahagian seterusnya kitab ini mengulas tentang sejarah Raja Daud dan juga bangsa Yahudi sepanjang mereka ditawan oleh bangsa Babel. Walaupun kitab-kitab ini memperkatakan hal yang sama seperti yang terdapat di dalam kitab 1 dan 2 Samuel serta kitab 1 dan 2 Raja-Raja, isi yang ada disusun dengan suatu tujuan yang jelas. Penulis kitab ini yang mana menulis kepada sekumpulan kecil bangsa Yahudi yang baru sahaja kembali ke tanah Yudea setelah tempoh penawanan mereka berakhir, menekankan tentang kesetiaan Tuhan terhadap perjanjian yang telah dibuat-Nya. Sejarah Israel telah menunjukkan bahawa Tuhan mendatangkan malapetaka kepada bangsa tersebut apabila mereka berdosa, dan memberkati bangsa ...

Fakta segera - Kitab 1 dan 2 Raja-Raja

Kitab 1 dan 2 Raja-Raja adalah buku sejarah yang mana merangkumi umur kerajaan Israel, sejak pemerintahan Raja Salomo (971-921 sebelum masihi) hingga kejatuhan Yerusalem ke dalam tangan Babel pada tahun 586 sebelum masihi. Di dalam himpunan kitab-kitab Ibrani, kedua-dua kitab ini dilihat sebagai sebuah hasil penulisan sahaja. Penulisnya yang tidak diketahui ini lebih menekankan tentang bagaimana ketaatan atau ketidak-taatan seseorang pemimpin itu kepada Tuhan memberi kesan ke atas keadaan bangsa tersebut. Maka, tumpuan yang diberikan adalah tentang kebaikan atau kejahatan pemimpin-pemimpin tersebut. Pada zaman tersebut, kerajaan Raja Daud dan Raja Salomo telah terpecah kepada dua bahagian yang saling bersaing: Israel di bahagian utara dan Yehuda di bahagian selatan. Rujukan - The Bible Answer Handbook, m/s 139 Rujukan Tambahan - Raja-raja, Kitab - Kata Pengantar kitab 1 dan 2 Raja-Raja, Alkitab Berita Baik B.M, m/s 366, 403.

Fakta segera - 1 dan 2 Samuel

Kitab 1 Samuel dan 2 Samuel sebenarnya digabungkan sebagai sebuah kitab di dalam Taurat (Perjanjian Lama Ibrani). Nama penulis tidak dicatatkan di dalam kitab tersebut. Walaupun ada spekulasi yang mencadangkan Natan sebagai penulis kitab ini, tidak ada sebarang cara untuk mengetahui siapa yang telah menulis kedua-dua kitab sejarah ini. Namun, kedua-dua kitab ini sangat penting. Ia menceritakan kisah kepada hakim yang terakhir iaitu Samuel, tentang kerajaan Raja Saul yang tidak sempurna, dan kebangkitan Israel di bawah pimpinan pilihan Tuhan, Raja Daud. Sejarah Israel pada era ini sangat penting dan kritikal, secara sejarah dan secara teologikal. Daud bukan sahaja pemimpin ideal zaman keemasan Israel, malah juga adalah kiasan kepada Mesias, yang mana akan datang daripada keturunan Daud dan telah ditetapkan sebagai Pemerintah kepada seluruh dunia. Rujukan - The Bible Answer Handbook, m/s 117. Rujukan - Samuel - Kata Pengantar Kitab 1 dan 2 Samuel, Alkitab Berita Baik...

Fakta segera - Kitab Rut

Kitab Rut ini merupakan penyeimbang kepada keadaan tragik yang digambarkan di dalam kitab Hakim-Hakim. Peristiwa di dalam kedua-dua kitab ini terjadi pada zaman yang sama. Kitab Hakim-Hakim menunjukkan keruntuhan kerajaan Israel, kitab Rut pula mengingatkan kita bahawa wujud peribadi pada zaman tersebut yang kekal setia kepada Tuhan dan menurut perintah-Nya. Kitab ini juga mempunyai tujuan sejarah yang penting memandangkan Rut dan Boas, heroin dan hero di dalam kitab ini, adalah moyang kepada Daud, raja yang kemudiannya memimpin umat Tuhan menjadi sebuah kerajaan yang berkuasa dan membawa bangsa itu kembali menyembah Tuhan dengan sepenuh hati. Penulis kitab ini tidak diketahui. Rujukan - The Bible Answer Handbook, m/s 115. Rujukan Tambahan - Rut - Ruth - Kata Pengantar Kitab Rut, Alkitab Berita Baik B.M., m/s 288.

Fakta segera - Kitab Hakim-Hakim

Tidak ada penulis dikenalpasti untuk kitab ini. Tradisi mencadangkan bahawa Samuel, hakim yang terakhir di antara semua hakim, mungkin telah mengumpul dan mencatatkan peristiwa-peristiwa di dalam kitab ini. Kitab Hakim-Hakim merangkumi kisah sepanjang beberapa ratus tahun, bermula dari kematian Yosua dan para pemimpin yang bersama-sama dengannya hinggalah zaman kehidupan Samuel. Sepanjang tempoh tersebut, bangsa Israel berkali-kali menjadi tidak percaya kepada Tuhan dan akhirnya ditakluk oleh bangsa-bangsa asing. Apabila penderitaan membuatkan generasi yang tertindas ini kembali kepada Tuhan, Dia menyediakan pemimpin ketenteraan atau politik yang dipanggil sebagai hakim, yang mengembalikan kebebasan kepada rakyatnya yang tertindas, dan kemudian hakim-hakim (yang terdiri daripada lelaki dan wanita) ini memimpin rakyat mereka sehingga akhir hayat mereka. Sama seperti kitab Yosua menggambarkan bagaimana ketaatan membawa kemenangan dan damai, kitab Hakim-Hakim pula menunjukkan b...

Fakta segera - Kitab Yosua

Tiada penulis yang dikenalpasti untuk kitab ini sama ada melalui penulisan kitab atau pun tradisi. Namun, kitab ini merujuk kepada Yerusalem sebagai pertahanan kuat Yebus ( Yos 15:8; 18:28 ) dan perincian lain mencadangkan ia ditulis pada zaman Hakim-hakim, sebelum tahun 1200 sebelum masihi. Kitab ini menceritakan tentang kisah penaklukan tanah Kanaan oleh Yosua dan pembahagian tanah tersebut kepada keduabelas suku Israel. Peristiwa yang direkodkan mungkin berlaku dalam tempoh 20 hingga 25 tahun, dengan peristiwa tersebut bermula sekitar tahun 1390 sebelum masihi. Kitab ini adalah sebagai peringatan bahawa apabila umat Tuhan taat kepada-Nya, mereka akan dapat memiliki dan menikmati janji-janji-Nya. Rujukan - The Bible Answer Handbook, m/s 101. Rujukan tambahan - Kata Pengantar Kitab Yosua, Alkitab Berita Baik B.M., m/s 232.

Fakta segera - Kitab Ulangan

Tradisi dan kandungan kitab ini (Bil 1:1; 31:9, 24, 26) memberikan gambaran bahawa penulis kitab Ulangan ini adalah Musa, iaitu sekitar tahu 1400 sebelum masihi (lihat Kitab Kejadian). Walaupun ramai pengkaji moden membahaskan bahawa kitab ini ditulis lebih lewat--pada zaman Yosia--pandangan secara tradisi adalah lebih tepat. Di dalam kitab Ulangan, 70 rujukan tentang peristiwa Keluaran dinyatakan dalam situasi "sudah berlalu", sementara rujukan tentang kemasukkan ke tanah Kanaan adalah dalam situasi "akan terjadi pada masa hadapan". Bangsa-bangsa yang disebut di dalam kitab ini adalah bangsa-bangsa pada zaman Musa. Paling penting, struktur penulisan kitab Ulangan adalah sama seperti penulisan politik kuno yang mana hanya digunakan pada zaman kehidupan Musa (1500-1200 sebelum masihi). Penulis atau editor pada zaman kehidupan Yosia, iaitu lapan ratus tahun selepas zaman Musa, tidak mungkin akan menunjukkan situasi zaman kuno tersebut dengan tepat. Nama Ula...

Fakta segera - Kitab Bilangan

Ini adalah kitab keempat yang ditulis oleh Musa yang memulakan Perjanjian Lama (lihat Kitab Kejadian). Kitab ini meneruskan kisah generasi selepas Keluaran; ia memberikan maklumat susur galur keturunan penting dan catatan perjalanan umat Tuhan dari Sinai hingga ke sempadan tanah Kanaan dan kembali semula ke pada gurun selama 40 tahun. Tema kitab Bilangan ini adalah tentang keadaan susah generasi Keluaran  akibat gagal meletakkan kepercayaan mereka kepada Tuhan. Akibatnya, penaklukkan tanah Kanaan ditangguhkan sehinggalah generasi baru bertumbuh. Suatu generasi yang tidak seperti generasi sebelumnya, iaitu generasi yang percaya sepenuhnya kepada Tuhan. Rujukan - The Bible Answer Handbook, m/s 81. Rujukan tambahan - Kitab Bilangan - Kitab Bilangan (2) - Kata Pengantar Kitab Bilangan, Alkitab Berita Baik B.M., m/s 144.

Fakta segera - Kitab Imamat

Buku ketiga di dalam Perjanjian Lama yang ditulis oleh Musa (lihat Kitab Kejadian). Maksud nama kitab ini adalah 'tentang para Lewi (imam)'. Buku ini menekankan tentang penyembahan, dengan memberikan perincian tentang bagaimana para imam dan para Lewi melaksanakan tugas mereka, termasuk arahan bagaimana mempersiapkan acara dan kekudusan yang penting untuk suatu perhubungan dengan Tuhan. Rujukan - The Bible Answer Handbook, m/s 74. Rujukan tambahan - Kitab Imamat - Kitab Imamat (2) - Pentateukh - Kata Pengantar Kitab Imamat, Alkitab Berita Baik B.M, m/s 109.