Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Michael Licona

Michael Licona: tentang kebangkitan Yesus

Namun berkenaan dengan kebangkitan Yesus, kita mendapati kitab-kitab Injil sepadan dengan genre biografi kuno. Kita tahu biografi kuno ditulis sebagai sejarah pada tahap yang berbeza-beza. Kita mempunyai laporan awal yang tidak dapat dijelaskan sebagai perkembangan lagenda, kita mempunyai banyak sumber berkecuali, kita mempunyai saksi-saksi, dan kita mempunyai bukti sokongan dari pihak luar (bukan Kristian). Kita juga mempunyai pengesahan oleh musuh; iaitu, pengesahan daripada individu-individu seperti Saul dari Tarsus, yang mana merupakan pengkritik Kristianiti sehinggalah dia melihat bukti yang ada dengan matanya sendiri iaitu Yesus telah bangkit dari kematian. dipetik dan diterjemahkan dari buku The Case for the Real Jesus , m/s 109

The Gospel of Judas (terjemahan)

(Berikut adalah terjemahan dari artikel yang ditulis oleh Michael Licona berkenaan dengan Injil Yudas. Anda boleh membaca artikel asal di sini .) * Anda boleh membaca terjemahan Bahasa Melayu untuk Injil Yudas di sini . Pada 9 April 2009, National Geographic telah mengumumkan Injil Yudas. Berikut adalah beberapa pendapat yang diberikan oleh Mike. Injil Yudas April ini, National Geographic Society mengumumkan tentang Injil Yudas . Manuskrip tersebut telah ditemui di Mesir pada lewat 1970-an, ditulis dalam bahasa Koptik Mesir, dan memerlukan lebih kurang 15 minit untuk selesai membaca keseluruhan kandungannya. Oleh kerana pemiliknya tidak berjaya menjualnya, manuskrip tersebut disimpan di dalam sebuah peti deposit di New York sehinggalah baru-baru ini.[i] Apabila National Geographic menayangkan rencana khas tentang Injil Yudas pada waktu perdana pada malam Ahad, ramai di antara kita menonton dengan penuh rasa ingin tahu. Adakah ini akan memberi cabaran baru kepada...