Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Injil Barnabas

Injil berusia 1,500 tahun adalah Injil Barnabas? Benar atau palsu?

Sumber Pada tahun 2012, berita tentang penemuan sebuah manuskrip Injil berusia 1,500 tahun heboh diperkatakan. Hari ini, jika kita membuat carian rambang di dalam internet, ada banyak laman web yang memaparkan berita tersebut. [1] Setiap berita yang ada memaparkan pengisian yang hampir sama. Kebanyakan laman web memaparkan berita ini seolah-olah penemuan manuskrip Injil tersebut sudah diselidiki dan sudah disahkan sebagai asli. Antara hal yang dipaparkan sebagai "fakta" oleh kebanyakkan laman-laman web ini adalah: 1. Ia berusia 1,500 tahun. 2. Ia adalah Injil Barnabas. Namun, hakikatnya, keaslian Injil ini belum lagi diselidiki. Malah, ia juga tidak diketahui dengan pasti adakah ia Injil Barnabas atau bukan. Perkaitan manuskrip Injil 1500 tahun ini dengan Injil Barnabas hanyalah spekulasi. [2]  

Menjawab buku "Jesus adalah Muslim?": #27: Injil Barnabas?

Senarai siri ini lengkap di sini . Pada muka surat 39 hingga 46, penulis sekali lagi menggunakan Injil Barnabas sebagai "bukti" bahawa Judas yang disalibkan menggantikan Jesus. Injil Barnabas sudah saya perkatakan di dalam poin 9 sebelum ini . Ia bukanlah Injil asli dan sudah terbukti palsu. Bukan di dalam siri ini sahaja, Injil Barnabas juga telah diperkatakan beberapa kali di dalam blog ini . Malah, terdapat sarjana Muslim yang mengakui Injil Barnabas adalah injil palsu. [1] Apa yang menariknya, penulis telah memberikan terjemahan Bahasa Melayu kepada Injil Barnabas. Setakat ini, tidak ada terjemahan Bahasa Melayu bagi Injil Barnabas. Mungkin ia terjemahan penulis sendiri? Sudah banyak yang diperkatakan tentang kepalsuan Injil Barnabas ini, Tindakan penulis menggambarkannya sebagai injil "benar" menunjukkan penulis sama ada tidak tahu atau sengaja menggunakan tipu helah untuk menyokong dakwaannya. Penulis mencatatkan Injil Barnabas disusun pada abad...

Siri Injil Barnabas: #6. Bukti daripada Muslim terhadap kesahihan Injil Barnabas

Siri ini berdasarkan/terjemahan artikel The Gospel of Barnabas tulisan Samuel Green. *Senarai lengkap siri ini di  sini . Menilai Bukti daripada Muslim terhadap kesahihan Injil Barnabas Tidak wujud sebarang salinan kitab Injil Barnabas di dalam penemuan gulungan-gulungan kitab Laut Mati. Kandungan gulungan-gulungan kitab Laut Mati ini telah lama dipaparkan secara umum dan anda sendiri boleh mengetahui gulungan kitab apa yang telah ditemui dengan pergi ke perpustakaan-perpustakaan utama dan membaca buku tentang hal tersebut. [1] Ketiadaan sebarang bahagian kitab Injil Barnabas di dalam gulungan-gulungan kitab ini adalah suatu pengetahuan umum. Ini adalah fakta penting yang perlu diketahui kerana ramai Muslim telah meletakkan gambar gulungan kitab Laut Mati di dalam kitab Injil Barnabas terbitan mereka. Ia adalah cubaan untuk memperdayakan orang lain sehingga mereka menyangka Injil Barnabas adalah sebuah penulisan kuno. Gambar yang ditunjukkan di sebelah kanan ini adalah...

Siri Injil Barnabas: #5. Bilakah Injil Barnabas ditulis?

Siri ini berdasarkan/terjemahan artikel The Gospel of Barnabas tulisan Samuel Green. *Senarai lengkap siri ini di  sini . Setakat ini, kita telah melihat bahawa penulis kitab Injil Barnabas ini tidak begitu tahu dengan bahasa, sejarah dan kedudukan geografi pada zaman kehidupan Yesus . Dia juga mempunyai beberapa idea yang berasal dari abad ke-14 dan bukti manuskrip menunjukkan ia berasal dari abad ke-15 dan seterusnya. Maka, adalah munasabah untuk menyimpulkan bahawa Injil Barnabas ditulis pada abad ke-14 dan tidak ditulis oleh salah seorang murid Yesus pada pada abad pertama. Adakah kesimpulan ini munasabah? Nampaknya, ia memang munasabah. Malah, ada sarjana Muslim yang bersetuju dengan kesimpulan ini: Berkenaan dengan kitab Injil Barnabas itu sendiri, tidak dinafikan lagi bahawa ia adalah kitab palsu dari zaman pertengahan...Kitab ini mengandungi anakronisme yang berasal dari Zaman Pertengahan dan bukan zaman sebelumnya, dan memberikan pemahaman yang lemah tentang konse...

Siri Injil Barnabas: #3. Injil Barnabas dan Islam

Siri post ini adalah terjemahan/berdasarkan artikel The Gospel of Barnabas tulisan Samuel Green. *Senarai lengkap siri ini di  sini . Adakah Injil Barnabas sepadan sepenuhnya dengan pengajaran Islam? Isi kandungan Injil Barnabas sangat menyokong pengajaran Islam. Namun, terdapat beberapa hal yang saling bercanggah.

Siri Injil Barnabas: #2. Injil Barnabas dan Abad Pertama Masihi

Post ini adalah terjemahan berdasarkan artikel The Gospel of Barnabas tulisan Samuel Green. *Senarai lengkap siri ini di  sini . Benarkah Injil Barnabas ditulis oleh seorang Yahudi yang hidup pada abad pertama masihi? Injil Barnabas ini disebarkan oleh Muslim sebagai Injil asli yang ditulis oleh seorang yang bernama Barnabas [1] yang mana didakwa sebagai murid Yesus [2] . Maka, mereka mendakwa kitab ini ditulis oleh seorang Yahudi yang hidup pada abad pertama masihi dan mengembara bersama-sama dengan Yesus. Jika Barnabas benar-benar adalah penulis kitab ini, maka adalah munasabah untuk kita menganggap bahawa dia tahu tentang fakta-fakta asas kehidupan Yahudi pada zaman tersebut. Sekarang, kita menilai kitab ini sama ada penulisnya tahu atau tidak.

Siri Injil Barnabas: #1. Injil Barnabas dan Surat Barnabas

Post ini adalah terjemahan/berdasarkan  The Gospel of Barnabas tulisan Samuel Green . *Senarai lengkap siri ini di sini . Injil Barnabas bukan Surat Barnabas Kitab yang didakwa sebagai Injil Barnabas yang kini disimpan di sebuah Muzium di Tukri. Terdapat dua penulisan yang menggunakan nama Barnabas. Injil Barnabas dan Surat Barnabas. Kedua-dua penulisan ini jauh berbeza. Injil Barnabas adalah kitab yang disokong oleh Muslim hari ini, sementara Surat Barnabas adalah catatan kuno Kristian yang mengajarkan tentang ketuhanan, kematian dan kebangkitan Yesus. Surat Barnabas adalah penulisan Kristian sepenuhnya dan boleh dibaca secara percuma di sini . Tinggalan salinan manuskrip Surat Barnabas Perbezaan kedua-dua penulisan ini perlu difahami kerana kadang-kala ada yang terkeliru; ada yang menyangka Surat Barnabas merujuk kepada Injil Barnabas sedangkan ia tidak sama. Kedua-duanya adalah penulisan yang jauh berbeza.

Sumber rujukan tentang Injil Barnabas

Injil Barnabas telah lama terbukti sebagai palsu, namun, agak ganjil dan menyedihkan ia kekal ditimbulkan. Sehinggakan suatu laman web khusus untuk Injil Barnabas ini dibuat. Ada baiknya disenaraikan rujukan-rujukan tentang Injil Barnabas ini untuk sesiapa yang berminat untuk menyelidikinya dalam Bahasa Malaysia dan Indonesia (melainkan dinyatakan sebaliknya). Saya akan memberikan pautan kepada laman web yang pelbagai (pro dan kontra) untuk anda sendiri menilainya. Pertimbangkan semuanya, dan ikutlah apa yang baik. Baca Injil Barnabas secara online Sacred Text:  The Gospel of Barnabas (dalam Bahasa Inggeris) Barnabas.net: The Gospel of Barnabas (dalam Bahasa Inggeris) * Jika ada yang tahu laman web yang memaparkan Injil Barnabas dalam bahasa Malaysia atau Indonesia, sila tinggalkan pautan laman tersebut pada ruangan komen di bawah. Download Injil Barnabas Barnabas.net: klik sini (dalam Bahasa Inggeris) Komentari tentang Injil Barnabas dari perspektif Kristian Asa...