Diterjemahkan dari buku The Case for Christ , muka surat 229-231. *Senarai lengkap siri ini di sini . -------------------------------------------------------------------------------- Pada mulanya, saya ingin mengetahui mengapa Habermas, Craig , Bloomberg , dan yang lain begitu yakin bahawa bahagian ini (1 Korintus 15:1-8) adalah sebuah pengakuan iman gereja awal dan bukan sekadar kata-kata Paulus sendiri, yang telah terkandung di dalam suratnya kepada jemaat di Korintus. sumber Cabaran saya kepada Habermas ringkas dan jelas: "Yakinkan saya bahawa ia adalah sebuah pengakuan iman." "Saya boleh memberikan anda beberapa sebab kukuh. Pertama, Paulus menulisnya dengan menggunakan kata kuterima dan kusampaikan , yang mana adalah istilah-istilah yang akan digunakan oleh guru-guru Yahudi dalam menurunkan suatu tradisi kudus."
Pertimbangkan semuanya; ikutlah apa yang baik.