Perjanjian Baru dipengaruhi oleh Agama Pagan? ( Was The New Testament influenced by Pagan Religions? ) diterjemah dari sebuah artikel di dalam majalah Christian Research Journal tulisan Ronald H. Nash . ( Perkataan/ayat di dalam tanda [..] dan berwarna perang adalah penerangan dari saya untuk mana-mana terma/istilah yang sukar diterjemahkan dalam satu perkataan sahaja.) Di awal pertengahan abad ke-20, beberapa penulis liberal dan profesor mendakwa bahawa pengajaran di dalam Perjanjian Baru mengenai kematian dan kebangkitan Yesus, Kelahiran Baru, dan Pembaptisan dan Perjamuan Kudus, diambil dari kepercayaan misteri pagan. Yang menjadi perhatian utama adalah di antara semua ini ialah dakwaan bahawa Doktrin Keselamatan yang terdapat di dalam Perjanjian Baru menyamai tema yang biasanya ditemui di dalam Agama Misteri: tuhan penyelamat mati dengan kejam demi mereka yang akan diselamatkannya, kemudian tuhan tersebut hidup kembali dari kematian. Adakah Perjanjia...
Pertimbangkan semuanya; ikutlah apa yang baik.