Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel teologi

Bagaimana kita boleh menguji nubuat?

Sebagai seorang Kristian, mungkin anda pernah mendengar seorang peribadi yang telah bernubuat bahawa kononnya dunia akan kiamat pada suatu tarikh. Namun, apabila tarikh tersebut tiba, tiada apa-apa yang terjadi. Atau mungkin anda pernah mendengar seseorang bernubuat bahawa kononnya akan terjadi pertumpahan darah  akibat politik dan agama di sesebuah negara. Namun, dia memberikan suatu jaminan untuk dirinya (agar tidak dituduh berbohong jika nubuat tersebut tidak terjadi) dengan berkata ia tidak akan terjadi jika kita cukup berdoa. Maka, apabila nubuat tersebut tidak terjadi, kita beranggapan kita telah cukup berdoa. Apa reaksi kita setelah mendengarnya? Terus percaya atau terus menolaknya mentah-mentah?

Fakta segera: Teologi Kristian

Perkataan "teologi" berasal dari dua buah perkataan Greek yang bermaksud "Tuhan" dan "kata". Apabila digabungkan, perkataan "teologi" membawa maksud "pembelajaran tentang Tuhan". Teologi Kristian pula adalah adalah pembelajaran/penyelidikan tentang apa yang diajarkan di dalam Alkitab dan kepercayaan Kristian. Teologi Kristian yang berdasarkan Alkitab akan membolehkan kita lebih memahami tentang Tuhan, keselamatan, dan misi kita di dalam dunia ini.  Berikut adalah beberapa kategori teologi Kristian. Memahami apa yang dikatakan di dalam Alkitab berkenaan dengan bidang-bidang teologi Kristian ini adalah kunci kepada pertumbuhan rohani dan keberkesanan di dalam kehidupan sebagai seorang Kristian. Paterologi - pembelajaran tentang Allah Bapa. Kristologi - pembelajaran tentang Peribadi dan perbuatan Yesus Kristus. Pneumatologi - pembelajaran tentang Peribadi dan perbuatan Roh Kudus. Bibliologi - pembelajaran tentang F...

Dipilih atau Memilih?

Pernahkah anda memikirkan persoalan ini, "Adakah Tuhan memilih siapa yang hendak diselamatkan-Nya?" dan "Adakah kita bebas memilih untuk menerima atau menolak keselamatkan dari Tuhan?" Jika pernah, anda pasti tahu apa yang saya perkatakan. Jika tidak, mungkin ada baiknya kita mula memikirkannya. Bagi yang pernah memikirkan hal ini, atau mungkin pernah menyelidiki hal ini, pastinya anda sedar saya sedang memperkatakan tentang dua sistem fahaman teologi yang berbeza di dalam Kristianiti. Iaitu, Calvinism dan Arminianism. John Calvin dan Jacob Arminius Ya, ini suatu topik yang berat. Bagi sesiapa yang ingin mengetahui, membanding beza, dan menyelidiki kedua-dua sistem teologi ini, berikut adalah beberapa pautan laman web. Saya membahagikannya kepada Calvinism, Arminianism, dan perbandingan. Calvinism - The Five Points of Calvinism - Reformed Theology Arminianism - Society of Evangelical Arminians - Wesley Center Online Perbandingan (Kritikan...