Berdasarkan/terjemahan dari artikel ini . Alkitab tidak memerintahkan orang-orang Kristian untuk wajib berpuasa. Tuhan tidak memerlukan atau menuntutnya daripada orang-orang Kristian. Pada masa yang sama, Alkitab menyatakan berpuasa sebagai sesuatu yang baik, menguntungkan, dan berfaedah. Kitab Kisah Para Rasul mencatatkan bahawa orang-orang percaya berpuasa sebelum mereka membuat pilihan yang penting ( Kis 13:2; 14:23 ). Berpuasa dan berdoa seringkali dikaitkan bersama ( Luk 2:37; 5:33 ).
Pertimbangkan semuanya; ikutlah apa yang baik.