Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel polemik

'Update' dan Soalan untuk Muslim

Sebelum itu, maaf kerana agak lama tidak mengemaskini blog ini. Ketika ini saya agak sibuk. Namun, saya sedang menyiapkan suatu siri post (yang saya tidak pasti bila ia akan siap) untuk dipaparkan di dalam blog ini. Selain itu, saya juga sedang dalam proses menyunting video pertama saya tentang iman Kristianiti yang akan saya muat naik ke dalam blog ini dan juga ke laman youtube. Satu lagi 'kawasan' baru yang saya akan cuba terokai. Namun, sebagai ' update ', saya berikan soalan berikut khusus kepada Muslim. Soalan ini timbul ketika saya sedang menyelidiki tentang kematian dan kebangkitan Yesus ( hint untuk post dan video akan datang). Soalan tersebut adalah seperti berikut: "Menurut Al-Quran dan kepercayaan Islam, mengapa Yahudi mahu membunuh/menyalibkan Isa Almasih/Yesus?" Soalan ini timbul kerana saya mendapati Al-Quran tidak memberikan sebarang sebab mengapa kaum Yahudi mahu menyalibkan Yesus. Apakah perbuatan yang telah dilakukan oleh Isa Almasih/...

Bagaimana menjawab kontradiksi yg ternyata banyak bercanggahan seperti didakwa Muslim?

Tajuk post ini sebenarnya adalah berdasarkan komen yang diberikan oleh saudara Alex di post sebelum ini . Persoalan ini sangat baik dan penting kerana Muslim sering memetik ayat-ayat atau peristiwa dari Alkitab yang menurut mereka adalah suatu percanggahan. Untuk merungkai masalah ini, kita perlu terlebih dahulu mengetahui asas dan pemahaman yang menjadi dasar kepada dakwaan-dakwaan tersebut. Punca utama dakwaan-dakwaan ini timbul adalah kerana Muslim melihat definisi 'Firman Tuhan' mengikut apa yang mereka percaya tentang Al-Quran. Mereka kemudian mengunakan definisi tersebut untuk menilai Alkitab. Menurut Muslim, seluruh Al-Quran diturunkan (tanzil) dari syurga tanpa sebarang campur tangan manusia. Di mana Nabi Muhammad, melalui perantaraan malaikat Jibril, telah menerima wahyu Firman Tuhan iaitu Al-Quran daripada Tuhan. Maka, atas pemahaman mereka bahawa Al-Quran adalah Firman Tuhan yang tidak mempunyai sebarang campur tangan manusia, diturunkan terus dari syurga, maka...

Ulangan 11:30, tempat matahari terbenam?

sumber Saya telah menemui post berikut yang cuba menjawab masalah yang timbul di dalam surah Al-Kahf ayat 86 yang mengatakan 'matahari terbenam di sebuah matair yang hitam berlumpur'. Namun, yang menarik minat saya adalah hujah penulis yang berikut Nukilan Bible berkenaan matahari terbenam                                      Jika diteliti dalam Bible, kita juga dapati ayat menyatakan matahari terbenam berdekatan negeri orang Kan’an Bukankah keduanya terletak di sebelah barat sungai Yordan, di belakang jalan raya sebelah matahari terbenam, di negeri orang Kanaan yang diam di Araba-Yordan, di tentangan Gilgal dekat pohon-pohon tarbantin di More? (Ulangan 11:30) Bahkan terjemahan english lebih jelas Are they not beyond the Jordan, west of the road, where the sun goes down, in the land of the Canaanites living in the Arabah opposite Gilgal, beside the oaks or terebinths of Mo...

10.Harta isteri - Menjawab "Wanita Dalam Islam dan Wanita Dalam Tradisi Judaeo-Kristian: Mitos dan Kenyataan"

Bahagian ini adalah respon kepada  tulisan ini . Artikel asal boleh dibaca di  sini . Perhatian!  Mungkin ada di antara anda yang tidak senang dengan respon ini. Jika anda merasakan anda  tidak sanggup  menghadapi perkara negatif tentang kepercayaan anda, serta  tidak terbuka  kepada pandangan yang berbeza dengan fahaman anda, jangan teruskan. Harta Isteri Argumen SM Ketiga-tiga agama mempunyai kepercayaan yang kuat mengenai kepentingan perkahwinan dan kehidupan berkeluarga dan ketiga-tiganya percaya akan peranan suami sebagai pemimpin keluarga. Tetapi di dalam tradisi Judaeo-Kristian, suami memiliki isterinya seperti dia memiliki hamba. (Untuk hal ini, SM tidak memberikan sebarang bukti dari Alkitab, sebaliknya memetik perbuatan-perbuatan orang Yahudi dan orang Kristian pada suatu zaman tertentu. Dia lebih menekankan tentang perbuatan memberikan mas kawin kepada perempuan, yang menurutnya adalah tanda penindasan) Sebaliknya, Al-Quran,...

9.Nazar/Sumpah - Menjawab "Wanita Dalam Islam dan Wanita Dalam Tradisi Judaeo-Kristian: Mitos dan Kenyataan"

Bahagian ini adalah respon kepada  tulisan blog ini . Artikel asal boleh dibaca di  sini . Perhatian!  Mungkin ada di antara anda yang tidak senang dengan respon ini. Jika anda merasakan anda  tidak sanggup  menghadapi perkara negatif tentang kepercayaan anda, serta  tidak terbuka  kepada pandangan yang berbeza dengan fahaman anda, jangan teruskan. Nazar/Sumpah Argumen SM Bil 30:5, 12 Jika bapa/suami tidak mempersetujui nazar anak perempuannya/isterinya, maka nazar mereka tidak sah. Kerana wanita adalah milik bapanya sebelum berkahwin, atau milik suaminya selepas berkahwin. Namun, dalam Islam, nazar setiap Muslim, sama ada lelaki atau perempuan, mengikat mereka (dan dijelaskan di dalam surah 5:89), dan lelaki dan wanita pergi sendiri kepada Muhammad untuk menyatakan sumpah (surah 60:12). Respon kami

8.Zina - Menjawab "Wanita Dalam Islam dan Wanita Dalam Tradisi Judaeo-Kristian: Mitos dan Kenyataan"

Bahagian ini adalah respon kepada  tulisan blog ini . Artikel asal boleh dibaca di  sini . Perhatian!  Mungkin ada di antara anda yang tidak senang dengan respon ini. Jika anda merasakan anda  tidak sanggup  menghadapi perkara negatif tentang kepercayaan anda, serta  tidak terbuka  kepada pandangan yang berbeza dengan fahaman anda, jangan teruskan. Zina Argumen SM Alkitab menetapkan hukuman mati bagi kedua-dua penzina lelaki dan wanita (Imamat 20:10), begitu juga dengan Al-Quran (surah 24:2), namun, Alkitab hanya mempertimbangkan hubungan luar nikah dengan wanita yang telah berkahwin sebagai zina ( Imamat 20:10 , Ulangan 22:22 , Amsal 6:20 – 7:27 ). Jika seorang lelaki meniduri wanita yang tidak bersuami, perbuatan ini tidak berdosa langsung. Hal ini demikian kerana wanita di dalam Alkitab dianggap sebagai harta suami. Al-Quran pula, menggambarkan perkahwinan sebagai 'kasih sayang, belas kasihan, dan aman; bukan harta dan 'double standard...

7.Memberi kesaksian - Menjawab "Wanita Dalam Islam dan Wanita Dalam Tradisi Judaeo-Kristian: Mitos dan Kenyataan"

Bahagian ini adalah respon kepada  tulisan ini . Artikel asal boleh dibaca di  sini . Perhatian!  Mungkin ada di antara anda yang tidak senang dengan respon ini. Jika anda merasakan anda  tidak sanggup  menghadapi perkara negatif tentang kepercayaan anda, serta  tidak terbuka  kepada pandangan yang berbeza dengan fahaman anda, jangan teruskan. Memberi kesaksian Argumen SM Al-Quran pada surah 2:282 menyatakan bahawa kesaksian untuk urusan perniagaan bagi 2 wanita dalah sama dengan 1 lelaki, namun di dalam surah 24:6-11, jika seorang lelaki menuduh isterinya tidak menjaga kehormatan, wanita itu boleh bersumpah bahawa dirinya tidak bersalah, dan tiada apa-apa yang akan dilakukan ke atas dirinya. Di dalam Alkitab, Sarah dicatatkan sebagai menipu ( Kej 18:9-16 ) dan beberapa orang rabbai telah menganggap ia bererti semua wanita adalah penipu. Bil 5:11-31 memberikan cara perbicaraan melalui ujian untuk wanita yang dituduh melakukan zina, dan U...

6.Perempuan tidak bersih, tidak suci? - Menjawab "Wanita Dalam Islam dan Wanita Dalam Tradisi Judaeo-Kristian: Mitos dan Kenyataan"

Bahagian ini adalah respon kepada tulisan ini . Artikel asal boleh dibaca di sini . Perhatian!  Mungkin ada di antara anda yang tidak senang dengan respon ini. Jika anda merasakan anda  tidak sanggup  menghadapi perkara negatif tentang kepercayaan anda, serta  tidak terbuka  kepada pandangan yang berbeza dengan fahaman anda, jangan teruskan. Perempuan tidak bersih, tidak suci? Argumen SM Im 15:19-23 - haid menjadikan wanita tidak suci, dan semua yang disentuhnya mesti dibersihkan. Namun, di dalam Islam, haid adalah bahagian yang normal di dalam kehidupan. Mereka hanya tidak dibenarkan bersetubuh semasa haid, dan dikecualikan daripada sembahyang dan berpuasa. Respon kami

5.Pendidikan perempuan - Menjawab "Wanita Dalam Islam dan Wanita Dalam Tradisi Judaeo-Kristian: Mitos dan Kenyataan"

Bahagian ini adalah respon kepada tulisan blog ini . Artikel asal boleh dibaca di sini . Perhatian!  Mungkin ada di antara anda yang tidak senang dengan respon ini. Jika anda merasakan anda  tidak sanggup  menghadapi perkara negatif tentang kepercayaan anda, serta  tidak terbuka  kepada pandangan yang berbeza dengan fahaman anda, jangan teruskan. Pendidikan Perempuan Argumen SM 1 Kor 14:34-35 melarang wanita dari berbicara. Bagaimana seorang wanita harus belajar jika beliau tidak dibenarkan bercakap dan harus tunduk sepenuhnya? Al-Quran pula menunjukkan peristiwa di mana seorang wanita berhujah dengan Muhammad dan kemudian diadili sebagai benar di hadapan Tuhan (surah 58 ). Respon kami

4.Anak-anak perempuan yang memalukan? - Menjawab "Wanita Dalam Islam dan Wanita Dalam Tradisi Judaeo-Kristian: Mitos dan Kenyataan"

Bahagian ini adalah respon terhadap tulisan blog ini . Artikel asal boleh dibaca di sini . Perhatian!  Mungkin ada di antara anda yang tidak senang dengan respon ini. Jika anda merasakan anda tidak sanggup menghadapi perkara negatif tentang kepercayaan anda, serta tidak terbuka kepada pandangan yang berbeza dengan fahaman anda, jangan teruskan. Anak-anak perempuan yang memalukan? Argumen SM Bible mengatakan bahawa tempoh masa ibu tidak suci adalah dua kali lebih lama jika beliau melahirkan anak perempuan (Imamat 12:2-5), dan Eklesiastikus [kitab apokripa] yang mempunyai banyak perkara negatif tentang anak perempuan. Islam pula mengutuk perbuatan membunuh bayi perempuan oleh penduduk Arab sebelum kedatangan Islam (surah 16:59 ; 43:17 ; 81:8-9 ) dan ia menganggap kelahiran bayi perempuan lebih diberkati berbanding bayi lelaki (surah 42:49 ). Hadis pula merujuk kepada Muhammad memberkati mereka yang membesarkan anak perempuan mereka dengan baik (Bukhari&Muslim). Respo...

3.Warisan Hawa - Menjawab "Wanita Dalam Islam dan Wanita Dalam Tradisi Judaeo-Kristian: Mitos dan Kenyataan"

Bahagian ini adalah respon kepada tulisan blog ini . Artikel asal boleh dibaca di sini . Perhatian!  Mungkin ada di antara anda yang tidak senang dengan respon ini. Jika anda merasakan anda tidak sanggup menghadapi perkara negatif tentang kepercayaan anda, serta tidak terbuka kepada pandangan yang berbeza dengan fahaman anda, jangan teruskan. Warisan Hawa Argumen SM: Alkitab Imej Alkitab untuk Hawa adalah seorang 'penggoda' dan semua wanita mewarisi kesalahan dan tipu muslihatnya. 'Oleh itu, mereka semuanya tidak boleh dipercayai, lebih rendah akhlaknya dan jahat. Haid, kehamilan dan melahirkan anak dianggap sebagai hukuman yang adil terhadap kesalahan abadi wanita yang merupakan kaum yang telah disumpah.' Pkh 7:26-28 menunjukkan tidak ada seorang pun wanita yang lurus. Kemudian SM memberikan banyak petikan dari sumber bukan Alkitab: sembilan kutukan terhadap wanita oleh Rabbi Yahudi, sebuah ayat dari kitab Pengkhotbah, dan doa harian lelaki Yahudi mengucap ...

2.Kesalahan Hawa? - Menjawab "Wanita Dalam Islam dan Wanita Dalam Tradisi Judaeo-Kristian: Mitos dan Kenyataan"

Bahagian ini adalah respon kepada tulisan blog ini . Artikel asal boleh dibaca di sini . Perhatian!  Mungkin ada di antara anda yang tidak senang dengan respon ini. Jika anda merasakan anda tidak sanggup menghadapi perkara negatif tentang kepercayaan anda, serta tidak terbuka kepada pandangan yang berbeza dengan fahaman anda, jangan teruskan. Kesalahan Hawa Argumen SM Berbeza dengan Alkitab, Al Quran: meletakkan kesalahan yang sama rata kepada Adam dan Hawa mengatakan Hawa tidak menggoda Adam percaya Hawa tidak dipersalahkan sebagai punca kesakitan semasa bersalin Pengampunan di dalam Al Quran: Tuhan tidak menghukum seseorang disebabkan kesalahan orang lain (surah 6:164 ; 53:38 ). Tuhan mengampunkan kesalahan Adam dan Hawa. Respon kami

1.Pengenalan - Menjawab "Wanita Dalam Islam dan Wanita Dalam Tradisi Judaeo-Kristian: Mitos dan Kenyataan"

Bahagian ini adalah respon terhadap  tulisan ini . Artikel asal boleh dibaca di sini . Perhatian!  Mungkin ada di antara anda yang tidak senang dengan respon ini. Jika anda merasakan anda tidak sanggup menghadapi perkara negatif tentang kepercayaan anda, serta tidak terbuka kepada pandangan yang berbeza dengan fahaman anda, jangan teruskan. Pengenalan Terdapat keperluan untuk menjawab dakwaan-dakwaan yang diberikan Muslim tentang bagaimana Kristianiti melayan wanita, berbanding contoh-contoh yang ada di dalam Islam. Untuk membantu dalam usaha ini, kami telah menggunakan tulisan oleh Sherif Muhammad (disingkatkan kepada SM), yang mana mencabar banyak pengajaran kita mengenai wanita. Walaupun tulisan oleh SM ini akan dijadikan sebagai model, respon kami akan memasukkan cabaran dan respon tambahan untuk membantu para pembaca menilai hal ini dengan lebih luas. Tujuan yang diberikan oleh SM mengenai isu ini patut dipuji, membandingkan posisi wanita di dalam tiga kepe...

Menjawab "Wanita Dalam Islam dan Wanita Dalam Tradisi Judaeo-Kristian: Mitos dan Kenyataan" - Index

Perhatian!  Mungkin ada di antara anda yang tidak senang dengan respon ini. Jika anda merasakan anda tidak sanggup menghadapi perkara negatif tentang kepercayaan anda, serta tidak terbuka kepada pandangan yang berbeza dengan fahaman anda, jangan teruskan. Baru-baru ini saya terjumpa sebuah blog yang memperkatakan tentang wanita di dalam Islam dan Kristianiti. Isi kandungan blog tersebut merupakan terjemahan kepada esei yang ditulis oleh Dr. Sherif Abdel-Azeem Mohammed. Esei tersebut ditulis pada tahun 1995. Kini, ia boleh dibaca secara online pada beberapa buah laman web. Namun, blog yang saya temui ini dibuat khusus untuk terjemahan Bahasa Melayu buku tersebut. Maka, adalah baik jika jawapan kepada dakwaan esei ini juga diterjemahkan, kerana esei ini sebenarnya sudah lama diberikan jawapan yang sepatutnya. Terpulang kepada pembaca untuk menilai argumen kedua-dua pihak dalam hal ini. [ Update : Saya telah memberitahu tentang kewujudan respon ini di dala...

Menjawab Polemik.

Apa itu polemik? (polĂ©mik) perbahasan (perdebatan, perbantahan) dgn rencana atau tulisan dlm surat khabar (majalah dll): wujudkan ~ yg sihat mengenai keilmuan ataupun isu semasa; berpolemik berbahas atau berbantah dlm surat khabar (majalah dll): memupuk semangat ~ di kalangan cerdik pandai; mempolemikkan membahaskan sesuatu pen­dapat (isu) dsb dlm bentuk polemik . ( sumber ) 1. a controversial argument, as one against some opinion,doctrine, etc. 2. a person who argues in opposition to another;controversialist. ( sumber ) Mengapa tajuk post ini ialah "Menjawab Polemik"? Saya melihat ada banyak polemik terhadap Kristianiti di laman web. Saya merasakan perlu menjawab polemik-polemik ini.