Post ini timbul dari komen yang diberikan oleh seorang pengunjung "tanpa nama" blog ini, yang cuba mengatakan tentang Haman sebagai bukti mukjizat dan keajaiban Al-Quran. Komen tersebut boleh dibaca di sini . Komen yang diberikan oleh tanpa nama tersebut sebenarnya adalah terjemahan kepada sebuah artikel tulisan Harun Yahya yang bertajuk " Haman and ancient Egypt monuments ". Terjemahan tersebut bertajuk " Haman dan Bangunan Mesir Kuno ". Namun, tahukah anda bahawa dakwaan di dalam artikel tersebut sebenarnya adalah palsu? Pendedahan kepalsuan dakwaan ini telah didokumentasikan dengan terperinci oleh Jochen Katz di dalam siri artikel beliau yang bertajuk " The Haman Hoax " (Pembohongan tentang Haman). Memandangkan komen yang diberikan oleh si tanpa nama ini adalah terjemahan kepada artikel yang di- copy-paste olehnya, maka, saya akan memberikan respon dengan menterjemahkan artikel tulisan Jochen Katz yang mendedahkan kepalsua...
Pertimbangkan semuanya; ikutlah apa yang baik.