Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Perjanjian Baru

Siri 10 fakta asas tentang Perjanjian Baru yang perlu diketahui oleh setiap Kristian

Senarai penuh siri ini. -  #1: Perjanjian Baru adalah penulisan Kristian terawal yang kita miliki -  #2: Semua penulisan Apokripa ditulis pada abad kedua atau lebih lewat -  #3: Kitab-kitab Perjanjian Baru adalah unik kerana berkaitan secara langsung dengan para rasul -  #4: Beberapa orang penulis kitab Perjanjian Baru memetik penulisan Perjanjian Baru yang lain sebagai Kitab Suci -  #5: Keempat-empat kitab Injil telah pun diterima sepenuhnya sebelum penghujung abad kedua -  #6: Pada penghujung abad kedua, Fragmen Muratorian telah menyenaraikan 22 buah daripada 27 buah kitab Perjanjian Baru

10 fakta asas tentang Perjanjian Baru yang perlu diketahui oleh setiap Kristian: #6: "Pada penghujung abad kedua, Fragmen Muratorian telah menyenaraikan 22 buah daripada 27 buah kitab Perjanjian Baru"

Post ini adalah terjemahan dari siri post ini . *Senarai penuh siri ini di  sini . Oleh Michael J. Kruger Siri ini dibuat untuk memperkenalkan kepada orang-orang Kristian umum tentang fakta asas bagaimana kanon Perjanjian Baru terbentuk. Salah satu data penting dalam mana-mana perbincangan tentang kanon adalah apa yang dipanggil sebagai fragmen Muratorian (juga dikenali sebagai kanon Muratorian). Fragmen ini, yang mendapat namanya melalui individu yang menemuinya, Ludovico Antonio Muratori, mengandungi senarai kitab-kitab Perjanjian Baru yang terawal. Walaupun fragmen itu sendiri berasal dari sekitar abad ke-7 atau ke-8, senarai yang terdapat di dalamnya pada asalnya ditulis dalam bahasa Greek dan berasal dari penghujung abad kedua (sekitar tahun 180 masihi).

Menjawab buku "Jesus adalah Muslim?": #10: Tahun Jesus dilahirkan?

Senarai lengkap siri post ini di sini . Pada muka surat 7 hingga 8 buku ini, penulis cuba memberikan suatu gambaran seolah-olah wujud suatu permasalahan besar tentang tahun kelahiran Jesus. Penulis cuba menyatakan oleh kerana Bible/Alkitab tidak dapat menyatakan dengan tepat tahun berapa Jesus dilahirkan, maka ia bukan daripada Tuhan. Penulis menulis: " Oleh itu, tahun berapakah Jesus dilahirkan? Sekiranya Bible adalah kitab suci yang datang daripada Allah, mengapa persoalan perihal kelahiran Jesus berlaku perbezaan pendapat. " (m/s 8) Daripada kenyataan penulis tersebut, kita dapat membuat ringkasan argumen berikut: Kitab suci yang datang daripada Allah akan menyatakan tahun Jesus dilahirkan. Bible/Alkitab tidak menyatakan dengan jelas tahun bila Jesus dilahirkan. Maka, Bible/Alkitab bukan daripada Allah. Suatu kenyataan dan tuduhan yang sangat berani! Malangnya, keberanian tersebut dibuat tanpa memikirkan kesannya ke atas kepercayaan penulis sendiri.

10 fakta asas tentang Perjanjian Baru yang perlu diketahui oleh setiap Kristian: #5: "Keempat-empat kitab Injil telah pun diterima sepenuhnya sebelum penghujung abad kedua"

Post ini adalah berdasarkan siri post berikut . *Senarai penuh siri ini di  sini . Oleh Michael J. Kruger Apabila memperkatakan fakta asas tentang kanon Perjanjian Baru yang perlu diketahui oleh orang-orang Kristian, salah satu yang paling kritikal adalah kenyataan yang diberikan oleh Irenaeus, biskop di Lyons, sekitar tahun 180 Masihi: " Adalah mustahil untuk kitab Injil lebih atau kurang daripada jumlah yang ada sekarang. Kerana, seperti mana terdapat empat zon di dalam dunia yang kita diami dan empat mata angin... [dan] juga kerub, mempunyai empat wajah. " [1] Irenaeus bukan sahaja mengesahkan kanon keempat-empat kitab Injil, malah bersungguh-sungguh menyatakan hanya  keempat kitab Injil ini yang diakui oleh gereja. Irenaeus sangat yakin kanon kitab Injil ini sudah sempurna sehingga dia memberikan hujah bahawa ia telah termaktub di dalam setiap struktur ciptaan [Tuhan] - seperti empat zon bumi, empat mata angin dll.

10 fakta asas tentang Perjanjian Baru yang perlu diketahui oleh setiap Kristian: #4: "Beberapa orang penulis kitab Perjanjian Baru memetik penulisan Perjanjian Baru yang lain sebagai Kitab Suci"

Post ini adalah terjemahan/berdasarkan siri post ini . *Senarai penuh siri ini di  sini . Oleh Michael J. Kruger Salah satu daripada isu kontroversi di dalam kajian kanon Perjanjian Baru adalah bilakah masanya kitab-kitab Perjanjian Baru ini dianggap sebagai Kitab Suci. Bilakah kitab-kitab ini mula digunakan sebagai panduan utama gereja? Sarjana yang kritikal akan membahaskan bahawa kitab-kitab ini tidak ditulis sebagai Kitab Suci malah tidak dianggap sebagai Kitab Suci sehinggalah pada akhir abad kedua.

Menjawab buku "Jesus adalah Muslim?": #1: Bible/Alkitab adalah kombinasi dua kitab?

Senarai lengkap siri post ini di sini . Seperti yang telah saya katakan sebelum ini, buku "Jesus adalah Muslim?" ini sarat dengan kecelaruan fakta. Malah, kecelaruan fakta ini diberikan ketika nombor muka surat buku ini belum pun bermula! Pada ruangan "Nota Penerbit" buku ini (iaitu di helaian kedua buku ini), kenyataan berikut telah diberikan: "Bible adalah kitab suci bagi penganut agama Kristian. Ia kombinasi daripada dua kitab; Perjanjian Baru (New Testament) yang diturunkan kepada Jesus dan Perjanjian Lama (Old Testament) yang diturunkan kepada Moses." Jika penerbit buku ini telah membuat sedikit penyelidikan tentang Alkitab, mengapa fakta yang tidak tepat ini diberikan? Tidakkah penerbit tahu bahawa Alkitab atau Bible adalah himpunan kitab? Malah, kata "Bible" itu sendiri adalah berasal daripada sebuah perkataan Greek iaitu  βιβλία  (disebut  biblía ) yang bermaksud "kitab-kitab". [1]

10 fakta asas tentang Perjanjian Baru yang perlu diketahui oleh setiap Kristian: #3: "Kitab-kitab Perjanjian Baru adalah unik kerana berkaitan secara langsung dengan para rasul"

Post ini adalah terjemahan/berdasarkan siri post ini . *Senarai penuh siri ini di  sini . Oleh Michael J. Kruger Salah satu fakta paling asas tentang kanon Perjanjian Baru yang perlu difahami oleh semua Kristian adalah kanon ini mempunyai perkaitan yang rapat dengan aktiviti-aktiviti para rasul (apostolik). Yesus telah memberikan tugas kepada rasul-rasul pilihan-Nya "agar mereka bersama-sama dengan Dia dan mengutus mereka untuk memberitakan Injil dan mempunyai kuasa" ( Markus 3:14-15 ). Ketika Yesus mengutus kedua belas rasul, Dia mengingatkan mereka bahawa "Kata-kata yang akan kamu ucapkan itu bukan kata-kata kamu sendiri, tetapi kata-kata itu daripada Roh Bapa kamu yang berkata-kata melalui kamu." ( Matius 10:20 ). Maka, Dia dapat memberikan amaran kepada mereka yang menolak kuasa yang diberikan kepada para rasul: "Jika ada rumah atau bandar yang tidak mahu menyambut atau mendengarkan kata-kata kamu, tinggalkanlah tempat itu dan kebaskanlah d...

10 fakta asas tentang Perjanjian Baru yang perlu diketahui oleh setiap Kristian: #2: "Semua penulisan Apokripa ditulis pada abad kedua atau lebih lewat"

Post ini adalah terjemahan/berdasarkan siri post ini . *Senarai penuh siri ini di  sini . Oleh Michael J. Kruger Di dalam post sebelum ini , kita telah memperkatakan tentang fakta asas pertama tentang kanon Perjanjian Baru, iaitu penulisan-penulisan Perjanjian Baru adalah catatan Kristian terawal yang kita miliki. Kita juga telah menjelaskan dengan berhati-hati bahawa tarikh penulisan kitab-kitab ini tidak menjadikannya sebagai sebahagian daripada kanon, tetapi tarikh penulisan awal ini menunjukkan bahawa kitab-kitab ini ditulis pada waktu di mana saksi-saksi kepada kehidupan Yesus masih lagi hidup.

10 fakta asas tentang Perjanjian Baru yang perlu diketahui oleh setiap Kristian: #1: "Perjanjian Baru adalah penulisan Kristian terawal yang kita miliki"

Post ini adalah terjemahan/berdasarkan siri post ini . *Senarai penuh siri ini di sini . Oleh Michael J. Kruger Siri ini direka khusus untuk orang percaya mempelajari beberapa fakta asas tentang kanon Perjanjian Baru      fakta-fakta yang mungkin membantu ketika berbual dengan orang yang tidak percaya atau mereka yang ingin tahu. Fakta yang pertama ini merupakan hal yang sangat asas sehingga sering terlepas pandang. Fakta tersebut ialah: kanon Perjanjian Baru adalah penulisan Kristian terawal yang kita miliki.

Bukankah Perjanjian Baru ditulis beratus-ratus tahun selepas kehidupan Kristus?

Artikel ini berdasarkan/diterjemahkan dari artikel ini . p52 Walaupun ada sesetengah orang mengatakan kitab-kitab di dalam Perjanjian Baru ditulis 100-300 tahun selepas Kristus mati, hakikatnya adalah kitab-kitab tersebut selesai ditulis sebelum berakhirnya abad pertama oleh mereka yang mengenal Yesus secara peribadi, pernah berjumpa dengan-Nya, atau mereka yang menerima arahan terus daripada murid-murid-Nya. [1]

15 mitos tentang terjemahan Alkitab

Artikel ini adalah terjemahan tulisan Daniel B. Wallace . Artikel asal boleh dibaca di sini . 1. Mungkin, mitos nombor satu tentang terjemahan Alkitab adalah kononnya terjemahan perkataan demi perkataan adalah yang terbaik . Jerome memberikan hujah menentang pendapat ini, dengan menyatakan bahawa terjemahannya terhadap Vulgate bukanlah perkataan-demi-perkataan tetapi maksud-demi-maksud. Begitulah yang sepatutnya. Sesiapa yang boleh bertutur lebih dari satu bahasa akan tahu bahawa terjemahan perkataan-demi-perkataan adalah mustahil jika seseorang mahu berkomunikasi secara berkesan menggunakan bahasa lain. Akan tetapi, ironiknya sebilangan sarjana Alkitab yang mana sepatutnya lebih tahu tentang hal ini, kekal mengagung-agungkan terjemahan perkataan-demi-perkataan seolah-olah ia adalah yang terbaik. Mungkin, terjemahan Alkitab Bahasa Inggeris yang paling banyak menggunakan kaedah terjemahan perkataan-demi-perkataan ini adalah oleh Wycliffe, dibuat pada tahun 1380-an. Walaupun...

Manuskrip terawal Perjanjian Baru telah dijumpai?

Artikel ini adalah terjemahan. Artikel asal boleh dibaca di sini . Daniel B. Wallace Pada 1 Februari 2012 yang lalu, saya telah berdebat dengan Bart Ehrman di UNC Chapel Hill tentang sama ada kita memiliki perkataan-perkataan asal di dalam Perjanjian Baru hari ini. Ini merupakan debat ketiga kami, dan lebih 1000 orang menyaksikannya. Saya telah mengatakan bahawa baru-baru ini tujuh manuskrip papyri Perjanjian Baru telah ditemui - enam darinya berkemungkinan berasal dari abad ke-2 dan yang satu lagi berkemungkinan berasal dari abad pertama.  Hasil kajian fragmen-fragmen ini akan diterbitkan lebih kurang setahun dari sekarang. Manuskrip-manuskrip ini telah menambah simpanan kita seperti berikut: kita memiliki sebanyak 18 manuskrip Perjanjian Baru (semuanya adalah fragmen, lebih kurang) yang berasal dari abad ke-2 dan satu dari abad pertama. Secara keseluruhan, lebih 40% daripada ayat-ayat di dalam Perjanjian Baru ditemui di dalam manuskrip-manuskrip ini. Namun yang paling mena...

Menjawab: "JESUS tidak pernah disalibkan berdasarkan St. Matthew"

Dakwaan ini diambil dari blog Irwan Idris . Artikel asal boleh dibaca di sini . Penulis memberikan artikel yang lebih panjang berbanding 2 artikelnya selepas itu ( ini dan ini ). Namun, hujah utamanya adalah berikut: Kalau Matthew yang menulis kejadian ini, kenapa ayat di Matthew 9:9 menunjukkan yang Matthew bukan lah penulis bagi INJIL Matthew? Penulis hanya memberikan hujah tersebut tanpa menjelaskan maksudnya tentang Matius 9:9. Namun, salah seorang dari pengunjung blognya memberikan penjelasan berikut: (KJV) matthew 9:9, And as Jesus passed forth from thence, he saw a man, named matthew, sitting at the receipt of custom: and he saith unto him, ‘Follow me’ and he arose, and followed him. KALAU Matthew yg menulis chapter ini, maka dia akan menulis begini: And as Jesus passed forth from thence, he saw ME, matthew, sitting at the receipt of custom: and he saith unto ME, ‘Follow me’ and I arose, and followed him. atau merujuk Kitab Suci Zabur dan Injil (2008,khazanah Bahari)...

Menjawab: "JESUS tidak pernah disalibkan berdasarkan St. Mark"

Dakwaan ini diambil dari blog Irwan Idris . Artikel asal boleh dibaca di sini . Penulis memberikan kata-kata pengenalan yang agak panjang lebar. Namun, kita akan terus melihat hujah yang diberikannya. Penulis memulakan dengan memperkenalkan Alkitab yang digunakannya iaitu Red Letter Edition . Penulis kemudian menyatakan perkataan yang dicetak dengan dakwat hitam adalah daripada Markus (atau Mark) dan dakwat merah adalah daripada Yesus. Cara penulis menyatakan hal ini seolah-olah hanya perkataan berwarna merah yang asli sementara yang berwarna hitam adalah palsu apabila beliau menulis: kenapa ajaran JESUS ditokok tambah dengan penulisan berwarna hitam yang pastinya BUKAN AJARAN JESUS? Kemudian, penulis mempersoalkan identiti Markus dengan menulis: Siapa St Mark, setakat yang saya membaca INJIL St Mark, dia tidak pernah disebut oleh JESUS sebagai salah seorang anak muridnya. Dan dalam catatannya, dia tidak pernah diiktiraf sebagai salah seorang pengikut atau anak murid JESUS. Ja...

Menjawab: "JESUS tidak pernah disalibkan berdasarkan St. Luke"

Dakwaan ini diambil dari blog Irwan Idris . Anda boleh membaca keseluruhan artikel tersebut di sini . Menurut penulis blog tersebut, Yesus tidak disalibkan dan ia dapat dibuktikan dengan membaca Injil menurut Lukas. Penulis kemudian memberikan gambar berikut: Sumber Penulis kemudian memberikan hujah berikut: Penulis bagi GOSPEL LUKE mengakui yang dia bukan saksi bagi semua penulisannya. Dia menggunakan perkataan INVESTIGATE. Dalam bahasa melayu ia bermaksud menyiasat. Adakah menyiasat dikira sebagai saksi? Analisis dari siasatan yang dia buat menjadi kesimpulan yang dibukukan dan di masukkan sebagai salah satu isi BIBLE dan sebuah Kitab Perjanjian Baru. Ok, sekiranya ini adalah SIASATAN. Kesimpulan yang saya ambil disini, St Luke tidak tahu melainkan mengambil maklumat dari orang orang yang sudah menulis dizamannya dan menjadikan ia sebagai penulisannya dan ia tidak lebih sekadar ANDAIAN. ANDAIAN dan kemungkinan tidak boleh dijadikan sebagai bukti kukuh didalam mahmakah a...

Fakta segera - Bilakah keempat-empat kitab Injil ditulis?

Bilakah kitab-kitab Injil di dalam Perjanjian Baru berkemungkinan ditulis? Berikut adalah tarikh yang kebanyakan pengkaji--termasuk pengkaji bukan Kristian--berikan ke atas kitab-kitab Injil ini: - Injil Matius : Sekitar tahun 75 dan 85, namun ramai pengkaji percaya Injil ini di dalam bahasa Aramaik lebih dahulu tersebar iaitu sekitar tahun 60 atau lebih awal lagi. - Injil Markus : Sekitar tahun 65 dan 70. - Injil Lukas : Sekitar tahun 65 dan 85. - Injil Yohanes : Sekitar tahun 75 dan 95. * semua tahun adalah Selepas Masihi. dipetik dan diterjemahkan dari buku Misquoting Truth , m/s 85.

Fakta segera - Kritikan Teks (Textual Criticism)

Kritikan Teks adalah.. - Bidang penyelidikan pelbagai salinan manuskrip yang bertujuan memastikan perkataan sebenar pada manuskrip asal (autograph) Bagaimana kritikan teks dilakukan? Jadi, bagaimana pengkaji Perjanjian Baru memilih pembacaan teks yang paling berkemungkinan serupa dengan penulisan asal, terutamanya jika terdapat lebih dari satu kemungkinan? Berikut adalah beberapa prinsip asas yang digunakan oleh kebanyakan pengkritik teks: Lihat di luar manuskrip (a) iaitu bacaan mana yang paling awal , (b) bacaan mana yang disokong oleh teks yang paling jauh terpisah  [ secara geografi ] dan (c) manuskrip tersebut tergolong di dalam  kumpulan teks  yang mana satu. Lihat di dalam manuskrip untuk bacaan yang paling berkemungkinan berdasarkan (a) apa yang mungkin akan cenderung diubah oleh si penyalin, (b) bacaan berkemungkinan mana satu yang terpendek, (c) bacaan mana satu yang mungkin adalah cubaan untuk mengharmonikan teks tertentu dengan teks yang lain dan (d)...

Adakah Yesus dan Paulus mengajarkan perkara yang sama?

Artikel ini diterjemah dari laman web CARM dan boleh dibaca di sini . Kis 9:3-4 Terdapat pengkritik Kristianiti yang cuba melagakan Paulus dengan Yesus. Mereka sering mendakwa bahawa apa yang diajarkan oleh Paulus bukanlah apa yang dikatakan oleh Yesus dan Kristianiti hari ini bukan berasal daripada Yesus tetapi dari pengajaran Paulus. Ini adalah dakwaan yang tidak benar dan tidak sepadan dengan fakta yang ada. Adalah mudah untuk mengutip pelbagai petikan dari Firman Tuhan secara luar konteks dan cuba membuatkan seseorang itu kelihatan menentang yang lain -- seperti yang kerap dilakukan oleh pengkritik Kristianiti. Walaupun begitu, kita boleh dengan yakin mengatakan Yesus dan Paulus mengajarkan perkara yang sama. Dengan diakui, Paulus lebih tertumpu kepada isu-isu teologikal berbanding Yesus, namun Paulus tidak bercanggah dengan Yesus. Lukas menulis kedua-dua kitab Injil Lukas dan kitab Kisah Para Rasul. Di dalam Kisah Para Rasul fasal 9, Lukas merekodkan peristiwa berkaitan de...

Kapernaum Kuno

Artikel ini diambil dari laman web All For God . Tajuk asal artikel ini ialah Ancient Capernaum dan boleh di baca di sini . Kapernaum kuno adalah sebuah perkampungan nelayan dan tempat perdangangan yang terletak di pantai barat laut Laut Galilea pada abad pertama selepas masihi. Di dalam Alkitab, Kapernaum dijelaskan sebagai perkampungan yang terletak di sepanjang sempadan Zebulon dan Naftali di mana Yesus tinggal selepas meninggalkan Nazareth dan memulakan pelayananNya ( Matius 4:13 ). Di Kapernaum kuno inilah kita mempunyai kisah penceritaan awal tentang Yesus mengajar kaum Yahudi di dalam rumah ibadat dan juga orang Rom di rumah mereka. Yesus memanggil empat orang nelayan (Petrus, Andreas, Yakobus dan Yohanes) dan seorang pemungut cukai (Matius) sebagai murid-muridNya di Kapernaum. ( gambar-gambar ini diambil artikel asal )

Adakah Perjanjian Baru dipengaruhi oleh Agama-agama Pagan? (Terjemahan)

Perjanjian Baru dipengaruhi oleh Agama Pagan? ( Was The New Testament influenced by Pagan Religions? ) diterjemah dari sebuah artikel di dalam majalah Christian Research Journal tulisan Ronald H. Nash . ( Perkataan/ayat di dalam tanda [..] dan berwarna   perang   adalah penerangan dari saya untuk mana-mana terma/istilah yang sukar diterjemahkan dalam satu perkataan sahaja.) Di awal pertengahan abad ke-20, beberapa penulis liberal dan profesor mendakwa bahawa pengajaran di dalam Perjanjian Baru mengenai kematian dan kebangkitan Yesus, Kelahiran Baru, dan Pembaptisan dan Perjamuan Kudus, diambil dari kepercayaan misteri pagan. Yang menjadi perhatian utama adalah di antara semua ini ialah dakwaan bahawa Doktrin Keselamatan yang terdapat di dalam Perjanjian Baru menyamai tema yang biasanya ditemui di dalam Agama Misteri: tuhan penyelamat mati dengan kejam demi mereka yang akan diselamatkannya, kemudian tuhan tersebut hidup kembali dari kematian. Adakah Perjanjia...