Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel William Lane Craig

William Lane Craig: tentang Yesus dan Mitologi Pagan

Apabila mereka mengatakan kepercayaan-kepercayaan Kristian berasal dari mitologi pagan, saya rasa anda harus ketawa. Kemudian lihat mereka dengan mata yang terbeliak dan senyuman yang lebar, dan berkata, "Adakah kamu benar-benar mempercayainya?" Bersikap seolah-olah anda telah bertemu dengan mereka yang percaya bumi adalah rata atau konspirator Roswell. Anda boleh mengatakan sesuatu seperti, "Alahai, teori-teori lapuk ini sudah lama berkubur lebih seratus tahun yang lalu! Dari mana kamu mendapat cerita-cerita ini?" Beritahu mereka ia hanya sampah yang disensasikan, bukan kajian sarjana yang serius. Jika mereka berkeras, minta mereka menunjukkan tulisan-tulisan asal yang memperkatakan tentang persamaan-persamaan yang didakwa. Mereka sendiri yang menentang kesepakatan kajian ilimiah yang telah dilakukan, jadi biar mereka yang bekerja keras untuk menyelamatkan kepercayaan mereka. Saya rasa anda akan mendapati mereka sebenarnya tidak pernah membaca sumber-sumber uta...

William Lane Craig: tentang percaya kepada Kristus

Oleh itu, apabila seseorang menolak untuk datang kepada Kristus, ia bukan semata-mata kerana kekurangan bukti atau halangan intelektual: pada dasarnya, dia menolak kerana dia dengan sedar tidak mempedulikan dan menolak panggilan Roh Tuhan di dalam hatinya. dipetik dan diterjemahkan dari buku Reasonable Faith , m/s 47

William Lane Craig: tentang Kasih dan Apologetik

Apabila orang lain melihat hal ini -- kasih kita di antara satu sama lain dan kesatuan kita di dalam kasih -- mereka akan tertarik untuk mendekat kepada Kristus dan akan memberi respon kepada tawaran keselamatan di dalam Injil. Selalunya, siapa  diri anda dan bukan apa  yang anda katakan yang akan membawa orang yang tidak percaya kepada Kristus. Maka, ini adalah apologetik yang paling utama. Di mana, apologetik yang paling utama adalah -- kehidupan anda. dipetik dan diterjemahkan dari buku Reasonable Faith , m/s 407