Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel penyaliban

Menjawab buku "Jesus adalah Muslim?": #30: Bukan Jesus yang disalib?

Senarai lengkap siri ini di sini . Pada muka surat 56 hingga 58, penulis sekali lagi cuba mengatakan bukan Jesus yang disalibkan. Kali ini, penulis cuba memetik ayat Matthew 27:46 berikut: "Kira-kira jam tiga berserulah Yesus dengan suara nyaring: "Eli, Eli, lama sabakhtani?" Artinya: Allah-Ku, Allah-Ku, mengapa Engkau meninggalkan Aku?" (Matthew 27:46, TB) Namun, apa yang tidak dijelaskan penulis, Jesus sebenarnya sedang mengungkapkan semula ayat dari kitab Mazmur 22:1, "Untuk pemimpin biduan. Menurut lagu: Rusa di kala fajar. Mazmur Daud. Allahku, Allahku, mengapa Engkau meninggalkan aku? Aku berseru, tetapi Engkau tetap jauh dan tidak menolong aku." (Mazmur 22:1, TB) Mengapa Jesus berseru menggunakan ayat Mazmur 22:1 tersebut? Ia untuk menarik perhatian terhadap Mazmur 22 yang mana pada ayat 11 hingga 18 adalah seperti berikut:

Siri Good Friday & Easter: Argumen Terakhir

Post ini diterjemahkan/berdasarkan sebahagian daripada kandungan buku  The Case for Christ (edisi 2 buku dalam 1)  oleh Lee Strobel, muka surat 204-207. Menggunakan sejarah kepada perubatan, kepada arkeologi, malah peraturan ketenteraan Roma, Metherell telah menutup semua kebocoran yang ada: Yesus tidak akan dapat turun dari salib dalam keadaan hidup. Namun, saya terus menekannya. "Adakah terdapat sebarang kemungkinan-- sebarang kemungkinan --untuk Yesus terselamat daripada semua ini?"

Siri Good Friday & Easter: Menjawab mereka yang tidak percaya/ragu-ragu

Post ini diterjemahkan/berdasarkan sebahagian daripada kandungan buku  The Case for Christ (edisi 2 buku dalam 1)  oleh Lee Strobel, muka surat 204-205. Kenyataan Dr. Metherell kelihatannya disokong dengan bukti yang baik. Namun, masih terdapat beberapa hal yang perlu saya perkatakan--termasuk satu titik lemah di dalam penceritaan ini yang mungkin boleh menjejaskan kredibiliti penceritaan Alkitabiah ini.

Siri Good Friday & Easter: Punca kematian

Post ini diterjemahkan/berdasarkan sebahagian daripada kandungan buku  The Case for Christ (edisi 2 buku dalam 1)  oleh Lee Strobel, muka surat 202-204. Metherell telah menyatakan poinnya--dengan gambaran yang mengerikan--tentang kesakitan yang ditanggung ketika proses penyaliban bermula. Namun, saya perlu mengetahui apa yang menyebabkan kematian ke atas mangsa penyaliban kerana ia adalah isu penting dalam menentukan sama ada kematian boleh dipalsukan atau dielakkan. Jadi, saya mengajukan soalan tentang punca kematian terus kepada Metherell.

Siri Good Friday & Easter: Kesengsaraan di atas salib

Post ini diterjemahkan/berdasarkan sebahagian daripada kandungan buku The Case for Christ (edisi 2 buku dalam 1) oleh Lee Strobel, muka surat 200-202. Walaupun penjelasan tentang hukuman mencambuk sangat tidak menyenangkan, saya tahu akan ada banyak lagi kesaksian yang memualkan akan diberikan. Ini kerana semua ahli sejarah bersetuju bahawa Yesus kekal hidup selepas dicambuk dan kemudian disalibkan--yang mana adalah isu sebenar hal ini.    Pada hari ini, apabila pesalah yang dijatuhi hukuman bunuh, dia diikat dan disuntik dengan racun, atau diikat pada kerusi elektrik, situasi tersebut adalah dalam keadaan terkawal. Kematian datang dengan cepat dan di dalam jangkaan. Pakar perubatan dengan teliti memeriksa kematian mangsa. Pada masa yang sama, saksi-saksi akan memerhatikan proses tersebut dengan teliti dari awal hingga penghujungnya.    Namun, bagaimana pula dengan kematian melalui kaedah yang kasar, perlahan, dan tidak menentu iaitu hukuman salib? Mal...

Siri Good Friday & Easter: Seksaan sebelum disalibkan

Post ini adalah terjemahan sebahagian daripada kandungan buku The Case for Christ (edisi 2 buku dalam 1)  oleh Lee Strobel. Muka surat 198-200. Pada asalnya, saya hendak mendapatkan penjelasan asas daripada Metherell tentang perincian-perincian yang terjadi sehinggalah peristiwa kematian Yesus. Maka, selepas berbual-bual secara santai, saya meletakkan teh ais saya dan menukar kedudukan kerusi saya untuk berhadapan terus dengannya. Saya kemudian bertanya, "Bolehkah anda gambarkan apa yang telah terjadi kepada Yesus?"    Dia berdehem untuk membersihkan kerongkongnya. "Ia bermula selepas Perjamuan Akhir ," katanya. "Yesus bersama-sama murid-murid-Nya telah pergi ke Bukit Zaitun--lebih spesifik lagi, Taman Getsemani. Di sana, jika anda masih ingat, Dia berdoa semalaman. Ketika itu juga, Dia sedang bersedia untuk menghadapi apa yang akan terjadi pada keesokan harinya. Memandangkan Dia tahu betapa berat kesengsaraan yang akan dihadapi-Nya, secara semula jadi...

'Update' dan Soalan untuk Muslim

Sebelum itu, maaf kerana agak lama tidak mengemaskini blog ini. Ketika ini saya agak sibuk. Namun, saya sedang menyiapkan suatu siri post (yang saya tidak pasti bila ia akan siap) untuk dipaparkan di dalam blog ini. Selain itu, saya juga sedang dalam proses menyunting video pertama saya tentang iman Kristianiti yang akan saya muat naik ke dalam blog ini dan juga ke laman youtube. Satu lagi 'kawasan' baru yang saya akan cuba terokai. Namun, sebagai ' update ', saya berikan soalan berikut khusus kepada Muslim. Soalan ini timbul ketika saya sedang menyelidiki tentang kematian dan kebangkitan Yesus ( hint untuk post dan video akan datang). Soalan tersebut adalah seperti berikut: "Menurut Al-Quran dan kepercayaan Islam, mengapa Yahudi mahu membunuh/menyalibkan Isa Almasih/Yesus?" Soalan ini timbul kerana saya mendapati Al-Quran tidak memberikan sebarang sebab mengapa kaum Yahudi mahu menyalibkan Yesus. Apakah perbuatan yang telah dilakukan oleh Isa Almasih/...

Good Friday, memperingati Penyaliban Yesus

Penyaliban, kematian, dan kebangkitan Yesus merupakan peristiwa yang menjadi dasar kepada permulaan Kristianiti. Tanpa peristiwa penting ini, Kristianiti tidak akan bermula, malah tidak akan wujud di dalam dunia ini. Persoalan sama ada Yesus disalibkan atau tidak sebenarnya tidak wujud kerana hakikatnya, fakta dan bukti yang ada dengan kuat menyokong peristiwa penyaliban Yesus. Kesahihan peristiwa penyaliban ini diterima oleh hampir semua pengkaji sejarah, sama ada Kristian atau bukan Kristian. Malah, John Dominic Crossan, seorang pengkaji bukan Kristian yang sangat kritikal terhadap Kristianiti juga mengakui bahawa peristiwa penyaliban Yesus adalah peristiwa yang paling diyakini telah terjadi di dalam sejarah dunia [1]. Menolak kesahihan peristiwa penyaliban ini bererti menolak fakta dan bukti yang ada. Ia sama seperti mengatakan bumi adalah rata walaupun fakta dan bukti yang ada menunjukkan bumi berbentuk seperti Oblate Spheroid . Namun, berapa ramai di antara kita, yang sunggu...

Mengapa Muslim tidak sepatutnya menggunakan hujah "Yesus hanya pengsan di kayu salib"

Dakwaan ini sangat popular popular di kalangan Muslim suatu ketika dahulu. Sehingga kini, sekali-sekala dakwaan ini akan diberikan. Dakwaan yang diperkatakan adalah "Yesus tidak mati di kayu salib tetapi hanya pengsan". Beberapa laman web yang menggunakan hujah ini * , * , * Sebelum itu, sedikit pengenalan ringkas tentang dakwaan ini. Dakwaan ini secara umumnya dikenali sebagai "Swoon Theory" (Teori Pengsan) atau "Swoon Hypothesis". Ia timbul seawal abad ke-18 [ 1 ]. Ia kemudian diguna pakai oleh pengasas fahaman Ahmadiyah, Mirza Ghulam Ahmad di dalam bukunya,  Jesus in India . Dan dakwaan ini kemudiannya dipopularkan oleh Ahmad Deedat di dalam bukunya, Crucifixion or Cruci-fiction . Mengapa Muslim tidak patut menggunakan hujah "teori pengsan"? Perlu diketahui, untuk argumen ini berhasil, kita perlu menerima kenyataan-kenyataan berikut sebagai benar: Yesus disalibkan. (dasar utama "teori pengsan") Yesus masih belum mati s...

Menjawab: "JESUS tidak pernah disalibkan berdasarkan St. Matthew"

Dakwaan ini diambil dari blog Irwan Idris . Artikel asal boleh dibaca di sini . Penulis memberikan artikel yang lebih panjang berbanding 2 artikelnya selepas itu ( ini dan ini ). Namun, hujah utamanya adalah berikut: Kalau Matthew yang menulis kejadian ini, kenapa ayat di Matthew 9:9 menunjukkan yang Matthew bukan lah penulis bagi INJIL Matthew? Penulis hanya memberikan hujah tersebut tanpa menjelaskan maksudnya tentang Matius 9:9. Namun, salah seorang dari pengunjung blognya memberikan penjelasan berikut: (KJV) matthew 9:9, And as Jesus passed forth from thence, he saw a man, named matthew, sitting at the receipt of custom: and he saith unto him, ‘Follow me’ and he arose, and followed him. KALAU Matthew yg menulis chapter ini, maka dia akan menulis begini: And as Jesus passed forth from thence, he saw ME, matthew, sitting at the receipt of custom: and he saith unto ME, ‘Follow me’ and I arose, and followed him. atau merujuk Kitab Suci Zabur dan Injil (2008,khazanah Bahari)...

Menjawab: "JESUS tidak pernah disalibkan berdasarkan St. Mark"

Dakwaan ini diambil dari blog Irwan Idris . Artikel asal boleh dibaca di sini . Penulis memberikan kata-kata pengenalan yang agak panjang lebar. Namun, kita akan terus melihat hujah yang diberikannya. Penulis memulakan dengan memperkenalkan Alkitab yang digunakannya iaitu Red Letter Edition . Penulis kemudian menyatakan perkataan yang dicetak dengan dakwat hitam adalah daripada Markus (atau Mark) dan dakwat merah adalah daripada Yesus. Cara penulis menyatakan hal ini seolah-olah hanya perkataan berwarna merah yang asli sementara yang berwarna hitam adalah palsu apabila beliau menulis: kenapa ajaran JESUS ditokok tambah dengan penulisan berwarna hitam yang pastinya BUKAN AJARAN JESUS? Kemudian, penulis mempersoalkan identiti Markus dengan menulis: Siapa St Mark, setakat yang saya membaca INJIL St Mark, dia tidak pernah disebut oleh JESUS sebagai salah seorang anak muridnya. Dan dalam catatannya, dia tidak pernah diiktiraf sebagai salah seorang pengikut atau anak murid JESUS. Ja...

Menjawab: "JESUS tidak pernah disalibkan berdasarkan St. Luke"

Dakwaan ini diambil dari blog Irwan Idris . Anda boleh membaca keseluruhan artikel tersebut di sini . Menurut penulis blog tersebut, Yesus tidak disalibkan dan ia dapat dibuktikan dengan membaca Injil menurut Lukas. Penulis kemudian memberikan gambar berikut: Sumber Penulis kemudian memberikan hujah berikut: Penulis bagi GOSPEL LUKE mengakui yang dia bukan saksi bagi semua penulisannya. Dia menggunakan perkataan INVESTIGATE. Dalam bahasa melayu ia bermaksud menyiasat. Adakah menyiasat dikira sebagai saksi? Analisis dari siasatan yang dia buat menjadi kesimpulan yang dibukukan dan di masukkan sebagai salah satu isi BIBLE dan sebuah Kitab Perjanjian Baru. Ok, sekiranya ini adalah SIASATAN. Kesimpulan yang saya ambil disini, St Luke tidak tahu melainkan mengambil maklumat dari orang orang yang sudah menulis dizamannya dan menjadikan ia sebagai penulisannya dan ia tidak lebih sekadar ANDAIAN. ANDAIAN dan kemungkinan tidak boleh dijadikan sebagai bukti kukuh didalam mahmakah a...