Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel hikmatun

Sebuah Dialog Kristian-Muslim

Sebelum ini, saya telah berdialog dengan beberapa orang Muslim di blog Hikmatun. Anda boleh membacanya di sini . Salah seorang dari mereka, iaitu Sam1528 telah memberikan respon yang menarik. Berikut saya paparkan semula dialog kami di dalam blog post tersebut. Anda sebagai pembaca boleh menilai sendiri setiap poin yang ditimbulkan di dalam perbincangan tersebut. Tiwas (Kristian), Sam1528 (Muslim)

Menjawab Muslim: Tentang Yesus, Tuhan, dan Pengampunan Dosa

Beberapa hari yang lalu, saya telah berdialog dengan seorang Muslim dengan panggilan Daamz di blog Hikmatun. Beliau telah memberikan suatu komen yang berkaitan dengan pengorbanan Yesus di kayu salib. Saya melihat komen beliau merupakan antara hujah popular yang sering digunakan oleh Muslim untuk mempersoalkan tujuan kematian Yesus. Penulis (daamz) memulakan komen beliau seperti berikut: Kesilapan yang utama adalah mempercayai Jesus itu adalah tuhan, tuhan dalam form manusia, anak tuhan, 1 dlm 3. Tuhan kah andai: Boleh di bunuh? Boleh di seksa? Sedih? Lapar? Sampai ari ni saya bingung memikirkan bagaimana mereka boleh terfikir untuk mempercayai bahawa jesus adalah tuhan. 3 dlm 1, 1 dlm 3, anak tuhan dan sebagainya. Saya berikan perumpamaan berikut yang mana menggunakan pemahaman Muslim tentang sifat Al-Quran. (Perumpamaan ini saya perolehi daripada seorang hamba Tuhan dari Indonesia) - Muslim secara umumnya percaya bahawa Kalam Allah adalah: tidak dicipta, kekal selamanya, dan ...

Ayat-ayat porno dalam Alkitab?

Adakah bahan-bahan porno dan lucah terdapat di dalam Alkitab? Menurut Muslim, terdapat bahan porno di dalam Alkitab. Dan untuk dakwaan ini, saya akan menggunakan artikel di dalam blog hikmatun yang bertajuk " Ayat-ayat porno dalam Bible dan kaedah larangan berzinah dalam Al-Quran ". Sebelum itu, definisi "porno" dan "lucah" menurut  kamus online PRPM : Pornografi 1. penggambaran atau pengisahan sesuatu perlakuan (perbuatan, kejadian dll) dgn cara yg mengghairahkan atau  yg bertujuan utk membangkitkan nafsu seks  (menerusi filem, bahan bacaan, dsb), penggambaran atau pengisahan sesuatu perbuatan dsb secara lucah; 2. segala bahan (spt filem, gambar foto, dan bahan bacaan)  yg bertujuan utk membangkit­kan nafsu seks , segala bahan (spt filem, terbitan dsb) yg lucah. Secara ringkasnya, "Porno" bertujuan untuk membangkitkan nafsu seks. Sesuai dengan dakwaan penulis blog hikmatun: Maka apa relevan dan perlunya dicerita panjang lebar...

Siri pendek: Menjawab mitos Bacchus/Dionysos/Dionysus bahagian akhir

> Bahagian 7 Siri pendek ini bertujuan memberikan respon secara ringkas untuk sesuatu dakwaan/polemik terhadap Kristianiti. Dikatakan kisah Yesus diciplak dari mitos Bacchus. Dakwaan ini diambil dari blog Hikmatun. Anda boleh membaca keseluruhan dakwaan tersebut di  sini . Dikatakan: Kedatangan kali kedua ke dunia - Yesus akan kembali menjelang kiamat - Bacchus akan kembali menjelang kiamat Respon - Yesus memang akan kembali untuk kali yang kedua pada hari kiamat. Itu tidak dinafikan. - Bacchus pula, tidak pernah dikatakan akan kembali menjelang kiamat. Malah, konsep hari kiamat di dalam mitologi Greek sangat berbeza dengan Kristianiti. - Di dalam Kristianiti, kiamat adalah hari penghakiman ke atas seluruh umat manusia dan hanya berlaku sekali. - Di dalam mitologi Greek pula, kiamat (atau apokalips) adalah hari di mana Zeus memusnahkan seluruh manusia dan kemudian memulakan suatu zaman baru untuk manusia. Tidak ada penghakiman dilakukan. Semua manusia menerima kesuda...

Siri pendek: Menjawab mitos Bacchus/Dionysos/Dionysus bahagian 7

> Bahagian 6 Siri pendek ini bertujuan memberikan respon secara ringkas untuk sesuatu dakwaan/polemik terhadap Kristianiti. Dikatakan kisah Yesus diciplak dari mitos Bacchus. Dakwaan ini diambil dari blog Hikmatun. Anda boleh membaca keseluruhan dakwaan tersebut di  sini . Dikatakan: Triteisme - Yesus adalah salah satu dari Triniti (Anak, Bapa, Roh Kudus) - Bacchus adalah salah satu dari Tridewa (Baachus, Apolos, Yupiter) Respon - Kesilapan penting yang diberikan adalah menyamakan Triniti dengan Triteisme. - Triteisme adalah tiga tuhan/dewa yang berbeza dan membentuk satu pakatan atau bekerjasama. - Triniti pula adalah satu  Tuhan yang mempunyai tiga peribadi yang berbeza. - Bacchus pula bukanlah Tridewa kerana Apolos dan Yupiter adalah dewa yang berbeza. Malah mereka tidak bekerjasama dalam erti kata Triteisme. - Apolos (atau Apollo) adalah anak kepada Zeus dan Leto, kembar kepada Artemis. - Yupiter (atau Jupiter) adalah nama lain untuk Zeus. Kesimpulan -...

Siri pendek: Menjawab mitos Bacchus/Dionysos/Dionysus bahagian 6

> Bahagian 5 Siri pendek ini bertujuan memberikan respon secara ringkas untuk sesuatu dakwaan/polemik terhadap Kristianiti. Dikatakan kisah Yesus diciplak dari mitos Bacchus. Dakwaan ini diambil dari blog Hikmatun. Anda boleh membaca keseluruhan dakwaan tersebut di  sini . Dikatakan: Kebangkitan - Yesus bangkit 3 hari selepas disalibkan - Bacchus bangkit 3 hari selepas dibunuh. Respon - Memang benar Yesus bangkit 3 hari selepas disalibkan. - Bacchus pula setelah mati, jantungnya yang terselamat ditanam di dalam tubuh Semele yang kemudian melahirkannya semula. - Jika ditelitikan, hal tersebut bukanlah kebangkitan. Dengan kata lain, "kebangkitan" Bacchus langsung tidak sama dengan kebangkitan Yesus. - "Kebangkitan" Bacchus lebih kepada dilahirkan semula. Kesimpulan - Persamaan tersebut sebenarnya tidak wujud. Rujukan Myths of Greece and Rome , by Jane Harrison Encyclopedia Mythica, Dionysus > Bahagian 7

Siri pendek: Menjawab mitos Bacchus/Dionysos/Dionysus bahagian 5

> Bahagian 4 Siri pendek ini bertujuan memberikan respon secara ringkas untuk sesuatu dakwaan/polemik terhadap Kristianiti. Dikatakan kisah Yesus diciplak dari mitos Bacchus. Dakwaan ini diambil dari blog Hikmatun. Anda boleh membaca keseluruhan dakwaan tersebut di  sini . Dikatakan: Tujuan kematian - Yesus mati untuk menebus dosa manusia - Baachus mati untuk menebus dosa manusia Respon - Sebenarnya, Yesus mati bukan untuk 'menebus dosa manusia' tetapi 'menebus manusia dari dosa.'. Bukan dosa yang ditebus tetapi manusia. - Bacchus pula mati kerana diperdaya oleh Hera. Tidak ada sumber yang mengatakan dia mati untuk menebus dosa manusia (atau menebus manusia dari dosa). Kesimpulan - Persamaan ini sebenarnya tidak wujud. Rujukan Myths of Greece and Rome , by Jane Harrison Encyclopedia Mythica, Dionysus > Bahagian 6

Siri pendek: Menjawab mitos Bacchus/Dionysos/Dionysus bahagian 4

> Bahagian 3 Siri pendek ini bertujuan memberikan respon secara ringkas untuk sesuatu dakwaan/polemik terhadap Kristianiti. Dikatakan kisah Yesus diciplak dari mitos Bacchus. Dakwaan ini diambil dari blog Hikmatun. Anda boleh membaca keseluruhan dakwaan tersebut di  sini . Dikatakan: Kematian - Yesus mati disalibkan. - Bacchus mati dibunuh. Respon - Untuk hal ini, agak jelas persamaan yang diberikan di atas bukanlah persamaan. Kerana hanya dikatakan Bacchus mati dibunuh, tetapi dia dibunuh dengan cara apa? - Persamaan di atas terlalu rapuh. Saya berikan ilustrasi berikut untuk menjelaskan maksud saya. Bacchus mati dibunuh. Hang Jebat mati dibunuh. Adakah ini bererti kematian Hang Jebat ditiru dari kematian Bacchus? - Saya mengatakan demikian kerana persamaan 'mati dibunuh' ini terlalu umum sehinggakan seluruh watak di dalam sejarah manusia yang 'mati dibunuh' terlibat secara langsung. - Memandangkan tidak dinyatakan bagaimana Bacchus mati dibunu...

Siri pendek: Menjawab mitos Bacchus/Dionysos/Dionysus bahagian 3

> Bahagian 2 Siri pendek ini bertujuan memberikan respon secara ringkas untuk sesuatu dakwaan/polemik terhadap Kristianiti. Dikatakan kisah Yesus diciplak dari mitos Bacchus. Dikatakan kisah Yesus diciplak dari mitos Bacchus. Dakwaan ini diambil dari blog Hikmatun. Anda boleh membaca keseluruhan dakwaan tersebut di  sini . Dikatakan: Lahir dari ibu perawan - Yesus lahir dari seorang perawan bernama Maria - Bacchus lahir dari seorang perawan bernama Demeter/Semele Respon - Yesus memang lahir dari perawan bernama Maria. Itu tidak dinafikan. - Bacchus pula sebenarnya tidak dilahirkan dari seorang perawan. Perhatikan cerita sebenar kelahiran Bacchus (atau Dionysos/Dionysus). Ibu Bacchus, Semele (manusia biasa) telah tidur bersama dengan Zeus (seorang dewa) dan mengakibatkan Semele mengandungkan Bacchus. Isteri Zeus, Hera marah dan membuat muslihat sehingga mengakibatkan Semele yang sedang mengandung dibunuh oleh Zeus sendiri. Zeus menyelamatkan kandungan Sem...

Siri pendek: Menjawab mitos Bacchus/Dionysos/Dionysus bahagian 2

> Bahagian 1 Siri pendek ini bertujuan memberikan respon secara ringkas untuk sesuatu dakwaan/polemik terhadap Kristianiti. Dikatakan kisah Yesus diciplak dari mitos Bacchus. Dakwaan ini diambil dari blog Hikmatun. Anda boleh membaca keseluruhan dakwaan tersebut di  sini . Dikatakan: Pengharapan manusia - Yesus adalah Mesias yang ditunggu. - Bacchus adalah pembebas yang ditunggu. Respon - Yesus memang adalah mesias yang ditunggu-tunggu. Itu tidak dinafikan. - Bacchus pula bukanlah "pembebas yang ditunggu". Malah, tidak ada satu pun sumber yang mengatakan dia adalah pembebas yang ditunggu-tunggu. - Bacchus adalah dewa wain (arak anggur), pertanian, dan kesuburan alam semulajadi. Kesimpulan - Persamaan tersebut tidak wujud kerana Bacchus tidak pernah digambarkan sebagai pengharapan manusia dan pembebas yang ditunggu-tunggu. Rujukan Myths of Greece and Rome , by Jane Harrison Encyclopedia Mythica, Dionysus > Bahagian 3

Siri pendek: Menjawab mitos Bacchus/Dionysos/Dionysus bahagian 1

Siri pendek ini bertujuan memberikan respon secara ringkas untuk sesuatu dakwaan/polemik terhadap Kristianiti. Dikatakan kisah Yesus diciplak dari mitos Bacchus. Dakwaan ini diambil dari blog Hikmatun. Anda boleh membaca keseluruhan dakwaan tersebut di sini . Dikatakan: - Yesus lahir pada 25 Disember. - Bacchus/Dionysos/Dionysus juga dilahirkan pada 25 Disember. Respon - Sebenarnya, tidak dinyatakan di dalam Alkitab bahagian Perjanjian Baru bila Yesus dilahirkan. Tarikh 25 Disember ditetapkan sebagai tarikh 'rasmi' perayaan Hari Kelahiran Yesus yang sebelum itu dirayakan pada tarikh yang berbeza-beza. - Dengan kata lain, Kristian tidak pernah menganggap 25 Disember sebagai kelahiran sebenar Yesus Kristus. - Selain itu, Bacchus juga sebenarnya tidak dilahirkan pada 25 Disember. Malah, tidak ada sebarang tarikh yang signifikan diberikan sebagai tarikh kelahiran Bacchus/Dionysos/Dionysus. Kesimpulan - Persamaan yang diberikan sebenarnya tidak wujud kerana tarikh 25 Di...

Menjawab: "Ramai orang Kristian dahulu menolak Trinity" - bahagian I

Polemik ini diambil dari blog Hikmatun. Anda boleh membaca keseluruhan artikel tersebut di sini . (Terdapat beberapa buah blog dan laman web lain yang memaparkan artikel yang sama, namun, blog Hikmatun adalah yang paling awal memaparkan artikel tersebut menurut carian Google ) Kata-kata pendahuluan artikel tersebut agak panjang, namun, saya akan menumpukan terus kepada dakwaan yang diberikan oleh penulis blog tersebut. Sebenarnya, ramai di kalangan Kristian peringkat awal dulu sendiri pun tidak bersetuju dan menentang konsep Trinity ini. Kumpulan2 seperti Ebonites, Corinthians, Basilidians, Capocratians, dan Hypisistarians tidak tahu-menahu pun tentang konsep Trinity ini. Manakala Arians, Paulicians dan Goths menerima Yesus sebagai seorang rasul sahaja dan menentang Trinity. *Terdapat kesilapan di dalam nama kumpulan yang diberikan oleh penulis blog Hikmatun. "Corinthians" sepatutnya adalah "Cerinthians", "Capocratians sepatutnya "Carpocratians" ...

Yesus vs Krishna

Untuk topik ini, saya sekali lagi akan menggunakan artikel dari blog Hikmatun yang mendakwa kisah Yesus diciplak dari dewa kepercayaan Hindu iaitu Krishna. Anda boleh membaca keseluruhan artikel tersebut di sini . Artikel tersebut memperkatakan peniruan lain tetapi saya hanya akan menumpukan kepada Krishna. (Sebelum ini saya telah memberikan respon tentang dakwaan persamaan Yesus dan Baal di blog tersebut di sini .)

Yesus vs Baal

Untuk topik ini, saya akan menggunakan artikel dari blog Hikmatun yang mendakwa kisah Yesus ditiru/diciplak dari kisah Baal sebagai platform. Anda boleh membaca artikel tersebut di sini . Artikel tersebut sebenarnya memperkatakan peniruan lain (seperti Mithras, Osiris dan Bacchus), namun, saya hanya akan menumpukan kepada Baal sahaja. ( Update : Artikel tentang "kisah Yesus ditiru/diciplak dari kisah Baal" telah dipadam oleh pemilik blog Hikmatun. Namun, anda masih boleh membaca artikel yang sama tersebut di sini .) Baal Mithras Sebelum itu, terdapat satu masalah di dalam artikel tersebut. Gambar yang diberikan adalah patung Mithras, sedangkan nama dewa untuk persamaan yang diberikan adalah Baal. Tidakkah penulis blog tersebut sedar Mithras dan Baal adalah dua dewa yang berbeza? Saya andaikan penulis tidak sengaja membuat kesilapan ini. Namun, jika penulis ada menyelidiki topik artikel yang ditulisnya ini dengan lebih teliti, kesilapan ini sepatutnya dapat di...