Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Ahmed Deedat

Siri Hujah Balas: Ahmed Deedat dan Samuel Green

Yohanes 1:1 ἐν ἀρχῇ ἦν ὁ λόγος καὶ ὁ λόγος ἦν πρὸς τὸν θεόν καὶ θεὸς ἦν ὁ λόγος Pada mulanya adalah Firman; Firman itu bersama-sama dengan Allah dan Firman itu adalah Allah. Ahmed Deedat: " Saya bertanya kepada Reveren tersebut sama ada dia tahu bahasa Greek atau tidak? "Ya," jawabnya. Dia telah mempelajari bahasa Greek selama lima tahun sebelum itu. Saya bertanya kepadanya apakah perkataan Greek untuk "Allah" yang pertama digunakan di dalam terjemahan ungkapan " Firman itu bersama-sama dengan Allah "? Dia terus merenung ke arah saya tetapi tidak menjawabnya. Jadi, saya berkata, perkataan tersebut adalah HOTHEOS , yang mana secara literal bermaksud "ALLAH"..... "Sekarang, beritahu saya apakah perkataan Greek asal yang digunakan untuk perkataan Allah yang kedua di dalam ayat tersebut - " dan Firman itu adalah Allah "? Reveren tersebut terus berdiam diri. Bukan kerana dia tidak tahu bahasa Greek, atau dia telah...

Siri Hujah Balas: Ahmed Deedat dan Josh McDowell

Ahmed Deedat : Di dalam seluruh 27 buah kitab di dalam Perjanjian Baru, tidak terdapat satu pun kenyataan Yesus yang berbunyi "Aku telah mati, dan aku telah kembali dari kematian." Orang-orang Kristian telah menghuraikan dengan panjang lebar perkataan kebangkitan. Lagi dan lagi, dengan mengulang-ulang, dikatakan bahawa ia membuktikan suatu fakta. Anda terus menerus melihat dia, dia makan makanan, seolah-olah Dia telah dibangkitkan. Dia muncul di bilik atas - Dia telah dibangkitkan. Yesus Kristus tidak pernah mengatakan bahawa "Aku telah kembali dari kematian," di dalam kesemua 27 buah kitab Perjanjian Baru, sekali pun tidak. Josh McDowell : Saya tidak pasti jika saya mendengarnya, tapi adakah anda mengatakan, "tidak ada di dalam semua 27 buah kitab Perjanjian Baru di mana Yesus berkata bahawa Dia telah 'mati dan kini hidup'"? Boleh saya bacakan untuk anda kitab Wahyu, bab 1, ayat 18? Dia berkata, "Akulah Dia yang hidup! Aku sudah ...