Senarai siri ini lengkap di sini . Pada muka surat 39 hingga 46, penulis sekali lagi menggunakan Injil Barnabas sebagai "bukti" bahawa Judas yang disalibkan menggantikan Jesus. Injil Barnabas sudah saya perkatakan di dalam poin 9 sebelum ini . Ia bukanlah Injil asli dan sudah terbukti palsu. Bukan di dalam siri ini sahaja, Injil Barnabas juga telah diperkatakan beberapa kali di dalam blog ini . Malah, terdapat sarjana Muslim yang mengakui Injil Barnabas adalah injil palsu. [1] Apa yang menariknya, penulis telah memberikan terjemahan Bahasa Melayu kepada Injil Barnabas. Setakat ini, tidak ada terjemahan Bahasa Melayu bagi Injil Barnabas. Mungkin ia terjemahan penulis sendiri? Sudah banyak yang diperkatakan tentang kepalsuan Injil Barnabas ini, Tindakan penulis menggambarkannya sebagai injil "benar" menunjukkan penulis sama ada tidak tahu atau sengaja menggunakan tipu helah untuk menyokong dakwaannya. Penulis mencatatkan Injil Barnabas disusun pada abad...
Pertimbangkan semuanya; ikutlah apa yang baik.