Artikel ini diterjemah dari laman web Evangelical Philosophical Society . Artikel asal bertajuk Christianity Not a Source of Violence dan boleh di baca di sini . Kenyataan dari EPS Selepas tragedi pembunuhan di Oslo, Norway baru-baru ini, terdapat beberapa perdebatan hangat sama ada tertuduh yang melakukan pembunuhan beramai-ramai ini, Anders Breivik, adalah Kristian. The New York Times menggambarkan Breivik sebagai "pelampau Kristian", William Saletan di Slate telah menggunakan istilah "Terorisme Kristian", dan ramai wartawan dan blogger terus menerus menggunakan istilah yang sama (walaupun media sendiri selalunya menolak penggunaan terminologi seperti ini terhadap Islam).
Pertimbangkan semuanya; ikutlah apa yang baik.