Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Lee Strobel

Siri Good Friday & Easter: Orang mati tidak melakukan hal seperti itu

Diterjemahkan dari buku The Case for Christ  muka surat 227-229. *Senarai lengkap siri ini di sini . -------------------------------------------------------------------------------- Habermas yang sedang duduk di sebalik mejanya, menggulungkan lengan bajunya sambil saya memasang perakam untuk memulakan temuramah kami.     "Bukankah benar," saya memulakan dengan nada seperti seorang pendakwaraya, "bahawa langsung tidak ada saksi mata untuk kebangkitan Yesus?"     "Tepat sekali, tidak ada kesaksian saksi mata yang terperinci untuk Peristiwa Kebangkitan tersebut," akui Habermas yang mana akan mengejutkan mereka yang hanya mengetahui serba sedikit sahaja tentang peristiwa ini.

Injil menurut Tomas/The Gospel of Thomas: Asli atau Palsu?

Post ini diterjemahkan/berdasarkan buku The Case for The Real Jesus , m/s 35-39. Berikut adalah temubual di antara Lee Strobel , seorang mantan wartawan jenayah dan editor sebuah akhbar, dan juga Craig A. Evans , seorang profesor Perjanjian Baru. - Untuk mengelakkan kekeliruan, kenyataan Lee Strobel berwarna biru gelap dan Craig A. Evans berwarna coklat gelap . ---------------------------------------------------------------------------------------------------    " Sejarah memelihara sekurang-kurangnya setengah dozen rujukan yang mengatakan wujud sebuah kitab Injil yang dikatakan ditulis oleh Tomas, " jawab Evan kepada soalan saya tentang dokumen kuno tersebut. " Dan juga, mereka sebenarnya tidak percaya kitab Injil tersebut benar-benar ditulis oleh Tomas sendiri atau sama ada ia asli atau awal. Tidak ada yang berkata, 'Alangkah baiknya kalau kita dapat menemui Injil Tomas yang telah hilang itu kerana ia sangat berharga'. Mereka sebaliknya berkata,...

Lee Strobel: tentang menjawab persoalan

Apabila seseorang menimbulkan bantahan terhadap Kristianiti yang tidak mampu anda berikan jawapan, respon terbaik bukanlah bercakap dengan tergagap-gagap atau merajuk, menjadi bingung atau marah, atau mereka-reka penjelasan hanya kerana mahu mengatakan sesuatu. Beritahu peribadi tersebut dengan jujur bahawa anda sebenarnya tidak tahu, dan kemudian jemput dia untuk mencari jawapan bersama-sama dengan anda. Dipetik dan diterjemahkan dari buku The Unexpected Adventure , m/s 28.