( Biografi Ringkas Rasul Paulus diterjemah dari esei tulisan Mark Moore . Esei asal boleh dibaca di sini . Perkataan/ayat di dalam tanda [..] dan berwarna perang adalah penerangan dari saya untuk mana-mana terma/istilah yang sukar diterjemahkan dalam satu perkataan sahaja. ) Rasul Paulus di Atena Adalah sukar untuk membesar-besarkan impak Paulus terhadap Kristianiti. Serangannya terhadap gereja telah mencetus pergerakan misionari yang pertama. Pertaubatan dan tindakan penginjilan olehnya selepas itu mengubah pergerakan Yahudi yang percaya terhadap mesias kepada sebuah agama yang universal. Kegeniusan inteleknya tertanam kukuh di dalam 13 surat Perjanjian Baru tulisannya yang menjadi batu penjuru kepada doktrin dan pentadbiran gereja. Selepas Yesus, dia adalah seorang pengasas terhebat Kristianiti.
Pertimbangkan semuanya; ikutlah apa yang baik.