Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2015

Sisipan Risalah/Pamflet Apologia Kristian

Kali ini saya ingin mengongsikan 7 sisipan risalah/pamflet Siri Apologia Kristian. Risalah-risalah ini khusus untuk membantu orang-orang Kristian dalam memberikan respon terhadap persoalan yang diberikan tentang dasar-dasar kepercayaan kita. * Gambar-gambar yang disertakan hanyalah sebahagian daripada sisipan tersebut. Untuk mendapatkan keseluruhan sisipan tersebut, link download diberikan di hujung artikel ini. Siri Apologia Kristian: #1 Memperkatakan tentang penyaliban Yesus Kristus. Adakah ia benar-benar terjadi? Bagaimana dengan teori-teori yang cuba menafikan peristiwa penyaliban ini? Semua ini dijelaskan dengan ringkas di dalam sisipan ini. Siri Apologia Kristian: #2 Memperkatakan tentang kebangkitan Yesus. Adakah kebangkitan Yesus dapat dibuktikan? Semua ini diberikan respon di dalam sisipan ini. Siri Apologia Kristian: #3 Memperkatakan tentang keilahian Yesus. Adakah Yesus adalah Tuhan? Beberapa bukti diberikan tentang keTuhanan Yesus di dalam sisipan

Siri persoalan umum: Adakah dipanggil sebagai "Kurios" menunjukkan keilahian?

Diterjemahkan dari artikel ini . Semua petikan ayat Alkitab diambil dari terjemahan Alkitab Terjemahan Baru Lembaga Indonesia (TB LAI) melainkan dinyatakan sebaliknya. - Senarai lengkap Siri Persoalan Umum ini di sini . ----------------------------- Soalan: Apologis-apologis Kristian mendakwa bahawa perkataan Kurios  (Tuan/Tuhan), yang terdapat di dalam semua terjemahan Greek untuk Perjanjian Lama (juga dikenali sebagai Septuagint [LXX]) dan Perjanjian Baru, berfungsi sebagai kata Greek yang seerti untuk nama perjanjian Tuhan, Yahweh. Para apologis ini menyimpulkan hal ini berdasarkan fakta bahawa Perjanjian Baru memanggil Yesus sebagai Yahweh kerana Dia dipanggil dengan panggilan Kurios . Namun, perkataan Greek ini juga digunakan ke atas ramai individu lain di dalam Perjanjian Baru dan tidak ada Kristian yang menafsir bahawa individu-individu lain tersebut juga adalah Yahweh. Jika demikian, mengapa Kristian menyimpulkan bahawa Yesus adalah Yahweh hanya kerana Perjanjian Bar

Menjawab buku "Jesus adalah Muslim?": #21: Lebih dari sekadar nabi?

Senarai lengkap siri post ini di sini . Pada muka surat 23 buku ini, penulis memberikan dakwaan berikut:  Kristian memandang Jesus sebagai anak Allah yang diberanakkan . Kemudian, penulis memberikan dalil berikut: Allah tidak beranak dan diperanakkan . Walaupun tidak dinyatakan oleh penulis, dalil tersebut sebenarnya dipetik dari Al-Quran, surah Al-Ikhlaas ayat 3 . Apa maksud penulis dengan "beranak dan diperanakkan"? Untuk memahami pemahaman penulis (dan juga Muslim) tentang frasa ini, saya petik tafsiran surah Al-Ikhlaas ayat 3 yang diberikan oleh Muslim sendiri: "Maksudnya ialah hakikat Allah itu adalah hakikat yang wujud abadi dan azali lagi. Hakikat Allah tidak dipengaruhi oleh keadaan demi keadaan. Dia mempunyai sifat yang sempurna dalam segala keadaan. Makna peranakan ialah kelahiran dan lanjutan keturunan . Peranakan merupakan satu kewujudan yang lebih selepas kurang atau selepas tidak ada dan semuanya ini mustahil pada Allah. Peranakan juga memerluk

Menjawab buku "Jesus adalah Muslim?": #20: Apakah maksud "Anak Allah"?

Senarai lengkap siri post ini di sini . Pada muka surat 22, penulis cuba mendefinisikan maksud "Anak Allah" sebagai bermaksud " rasul atau pun nabi ". Beliau memetik penulisan Kiyai Haji Bahaudin Mudhary untuk menyokong definisi tersebut. Masalahnya, penulis tidak menjelaskan dengan lebih lanjut hal ini. Malah, beliau tidak memetik mana-mana sumber penulisan Kristian yang menjelaskan apakah maksud sebenar "Anak Allah" yang digunakan ke atas Jesus. Akibatnya, pembaca yang tidak tahu penggunaan sebenar istilah "Anak Allah" ini ke atas Jesus mungkin akan keliru dengan dakwaan tanpa penjelasan yang diberikan penulis.  Maka, apakah maksud sebenar penggunaan "Anak Allah"  ke atas Jesus ini menurut Bible/Alkitab?