Sebelum itu, maaf kerana agak lama tidak mengemaskini blog ini. Ketika ini saya agak sibuk. Namun, saya sedang menyiapkan suatu siri post (yang saya tidak pasti bila ia akan siap) untuk dipaparkan di dalam blog ini.
Selain itu, saya juga sedang dalam proses menyunting video pertama saya tentang iman Kristianiti yang akan saya muat naik ke dalam blog ini dan juga ke laman youtube. Satu lagi 'kawasan' baru yang saya akan cuba terokai.
Namun, sebagai 'update', saya berikan soalan berikut khusus kepada Muslim. Soalan ini timbul ketika saya sedang menyelidiki tentang kematian dan kebangkitan Yesus (hint untuk post dan video akan datang). Soalan tersebut adalah seperti berikut:
"Menurut Al-Quran dan kepercayaan Islam, mengapa Yahudi mahu membunuh/menyalibkan Isa Almasih/Yesus?"
Soalan ini timbul kerana saya mendapati Al-Quran tidak memberikan sebarang sebab mengapa kaum Yahudi mahu menyalibkan Yesus. Apakah perbuatan yang telah dilakukan oleh Isa Almasih/Yesus sehingga kaum Yahudi mahu menyalibkanNya?
Jika kita melihat kepada Alkitab, sebab mengapa pemimpin-pemimpin Yahudi mahu Yesus disalibkan adalah kerana Dia mengaku sebagai Mesias dan menyamakan diriNya dengan Tuhan (Markus 14:62-64).
Namun, Al-Quran tidak memberikan sebab mengapa Isa Almasih/Yesus disalibkan. Mengapa hal yang sangat penting ini tidak dinyatakan di dalam Al-Quran?

Ulasan
mengundangmu main ke laman saya
http://islamexpose.blogspot.com
GBU ;-)
Terima kasih di atas undangan ini.