Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2013

Siri Injil Barnabas: #6. Bukti daripada Muslim terhadap kesahihan Injil Barnabas

Siri ini berdasarkan/terjemahan artikel The Gospel of Barnabas tulisan Samuel Green. *Senarai lengkap siri ini di  sini . Menilai Bukti daripada Muslim terhadap kesahihan Injil Barnabas Tidak wujud sebarang salinan kitab Injil Barnabas di dalam penemuan gulungan-gulungan kitab Laut Mati. Kandungan gulungan-gulungan kitab Laut Mati ini telah lama dipaparkan secara umum dan anda sendiri boleh mengetahui gulungan kitab apa yang telah ditemui dengan pergi ke perpustakaan-perpustakaan utama dan membaca buku tentang hal tersebut. [1] Ketiadaan sebarang bahagian kitab Injil Barnabas di dalam gulungan-gulungan kitab ini adalah suatu pengetahuan umum. Ini adalah fakta penting yang perlu diketahui kerana ramai Muslim telah meletakkan gambar gulungan kitab Laut Mati di dalam kitab Injil Barnabas terbitan mereka. Ia adalah cubaan untuk memperdayakan orang lain sehingga mereka menyangka Injil Barnabas adalah sebuah penulisan kuno. Gambar yang ditunjukkan di sebelah kanan ini adalah con

Menjawab buku "Jesus adalah Muslim?": #4: Dua Tuhan?

Senarai lengkap siri post ini di sini . Doktrin Triniti ini diperkatakan dengan lebih lanjut oleh penulis pada bab 5 buku ini. Namun, penulis telah memberikan sedikit kritikan terhadap Triniti di muka surat xvi buku ini seperti berikut: " Namun, sekiranya kita kaji ayat-ayat Bible, jelas Jesus dan Tuhan Bapa sebenarnya adalah dua peribadi yang berlainan. Jesus bukan jelmaan Tuhan Bapa ataupun menjadi Anak Tuhan. Jesus tidak sama dengan Tuhan Bapa. Hal ini ditegaskan dalam Gospel of Mark (16:19) 'Selepas Jesus berbicara kepada mereka, dia diangkat ke syurga. Lalu, duduk di sebelah kanan Tuhan.' ( Mark , 16:19) Ayat ini bertentangan dengan fahaman tauhid yang menyatakan Tuhan itu tunggal atau esa. Sekiranya benar Jesus kembali ke syurga dan duduk di samping kanan Tuhan, siapa yang harus kita sembah antara dua tuhan itu? Bila pula Jesus bersatu dengan Tuhan Bapa? Sekiranya kita baca ayat dalam Gospel of Mark (16:19), Jesus wujud dan tidak pernah bersatu dengan

10 fakta asas tentang Perjanjian Baru yang perlu diketahui oleh setiap Kristian: #5: "Keempat-empat kitab Injil telah pun diterima sepenuhnya sebelum penghujung abad kedua"

Post ini adalah berdasarkan siri post berikut . *Senarai penuh siri ini di  sini . Oleh Michael J. Kruger Apabila memperkatakan fakta asas tentang kanon Perjanjian Baru yang perlu diketahui oleh orang-orang Kristian, salah satu yang paling kritikal adalah kenyataan yang diberikan oleh Irenaeus, biskop di Lyons, sekitar tahun 180 Masihi: " Adalah mustahil untuk kitab Injil lebih atau kurang daripada jumlah yang ada sekarang. Kerana, seperti mana terdapat empat zon di dalam dunia yang kita diami dan empat mata angin... [dan] juga kerub, mempunyai empat wajah. " [1] Irenaeus bukan sahaja mengesahkan kanon keempat-empat kitab Injil, malah bersungguh-sungguh menyatakan hanya  keempat kitab Injil ini yang diakui oleh gereja. Irenaeus sangat yakin kanon kitab Injil ini sudah sempurna sehingga dia memberikan hujah bahawa ia telah termaktub di dalam setiap struktur ciptaan [Tuhan] - seperti empat zon bumi, empat mata angin dll.

Menjawab buku "Jesus adalah Muslim?": #3: Daripada Jesus atau bukan? Berbeza atau sama?

Senarai lengkap siri post ini di sini . Pada muka surat xiv buku ini, iaitu pada bahagian "Pendahuluan", penulis memberikan kenyataan berikut: " Penulis ingin menegaskan, Bible khususnya Perjanjian Baru, iaitu Gospel of Matthew, Gospel of Mark, Gospel of Luke, dan Gospel of John, hanya kata-kata Jesus. " Melalui kenyataan ini, penulis mengakui bahawa: - Keempat-empat kitab Injil adalah kata-kata Jesus. Namun, pada muka surat seterusnya, iaitu xv, penulis memberikan kenyataan berikut: " Umat Islam percaya Bible yang diakui oleh gereja dan ditulis oleh empat orang perekod (juga dikenali sebagai Gospel) iaitu Matthew, Mark, Luke dan John, bukan bersumberkan Jesus. " Sekarang, melalui kenyataan ini pula, penulis mengakui bahawa: - Keempat-empat kitab Injil bukan bersumberkan Jesus. Persoalannya, yang mana satu pendirian penulis? Daripada Jesus atau bukan? Mengapa percanggahan ini timbul?

Menjawab buku "Jesus adalah Muslim?": #2: Yesus beragama Kristian?

Senarai lengkap siri post ini di sini . Saya mulakan post ini dengan sebuah cerita. Lelaki A yang berbaju merah sedang duduk di dalam sebuah restoran sambil menikmati secawan teh. Tiba-tiba, lelaki B datang dan berkata bahawa lelaki A ini ingin menyertai sebuah perhimpunan haram dan mesti ditangkap. Apabila ditanya bagaimana lelaki B tersebut tahu, dia berkata, "Lelaki A ini sedang memakai baju kuning gelap! Kerana peserta perhimpunan haram tersebut akan memakai baju kuning gelap!" Lelaki A segera menjawab, "Tapi, saya sedang memakai baju merah." Lelaki B tetap berkeras, "Tidak, mata saya melihat anda sedang memakai baju kuning gelap!" Lelaki A hanya menggeleng-gelengkan kepalanya dan berkata, "Apa kata anda tanya orang-orang yang ada di sini, adakah saya berbaju merah atau kuning gelap." Lelaki B pun bertanya kepada orang ramai yang ada di dalam restoran tersebut, dan semua mereka mengatakan Lelaki A memang berbaju merah, buka

10 fakta asas tentang Perjanjian Baru yang perlu diketahui oleh setiap Kristian: #4: "Beberapa orang penulis kitab Perjanjian Baru memetik penulisan Perjanjian Baru yang lain sebagai Kitab Suci"

Post ini adalah terjemahan/berdasarkan siri post ini . *Senarai penuh siri ini di  sini . Oleh Michael J. Kruger Salah satu daripada isu kontroversi di dalam kajian kanon Perjanjian Baru adalah bilakah masanya kitab-kitab Perjanjian Baru ini dianggap sebagai Kitab Suci. Bilakah kitab-kitab ini mula digunakan sebagai panduan utama gereja? Sarjana yang kritikal akan membahaskan bahawa kitab-kitab ini tidak ditulis sebagai Kitab Suci malah tidak dianggap sebagai Kitab Suci sehinggalah pada akhir abad kedua.

Menjawab buku "Jesus adalah Muslim?": #1: Bible/Alkitab adalah kombinasi dua kitab?

Senarai lengkap siri post ini di sini . Seperti yang telah saya katakan sebelum ini, buku "Jesus adalah Muslim?" ini sarat dengan kecelaruan fakta. Malah, kecelaruan fakta ini diberikan ketika nombor muka surat buku ini belum pun bermula! Pada ruangan "Nota Penerbit" buku ini (iaitu di helaian kedua buku ini), kenyataan berikut telah diberikan: "Bible adalah kitab suci bagi penganut agama Kristian. Ia kombinasi daripada dua kitab; Perjanjian Baru (New Testament) yang diturunkan kepada Jesus dan Perjanjian Lama (Old Testament) yang diturunkan kepada Moses." Jika penerbit buku ini telah membuat sedikit penyelidikan tentang Alkitab, mengapa fakta yang tidak tepat ini diberikan? Tidakkah penerbit tahu bahawa Alkitab atau Bible adalah himpunan kitab? Malah, kata "Bible" itu sendiri adalah berasal daripada sebuah perkataan Greek iaitu  βιβλία  (disebut  biblía ) yang bermaksud "kitab-kitab". [1]

Menjawab buku "Jesus adalah Muslim?"

sumber Dengan hanya membaca tajuk buku ini sudah pasti mengundang pelbagai reaksi khususnya daripada Kristian kerana nama yang digunakan bukanlah "Isa" tetapi "Jesus". Dan, menurut penulis/penterjemah buku ini, hal tersebut adalah disengajakan atas alasan, kedua-dua nama ini "merujuk kepada orang yang sama". [1] Buku ini merupakan terjemahan kepada buku " Ternyata Yesus Muslim " tulisan Muhammad Jaya dari Indonesia.  Adalah tidak keterlaluan jika saya katakan buku ini sarat dengan kecelaruan fakta, mengabaikan konteks dalam menggunakan ayat Alkitab, kurang penyelidikan, ketiadaan bukti untuk menyokong hujah, serta hujah yang saling bercanggah dan tidak konsisten. Walaupun demikian, saya sangat bersyukur dengan kewujudan buku ini. Mengapa? Kerana buku ini memberikan suatu platform untuk menjelaskan apakah kepercayaan Kristian yang sebenar tentang Peribadi Yesus. Maka, untuk beberapa siri post akan datang, setiap poin yang dikemuka