Langkau ke kandungan utama

Puasa Kristian - apa yang dikatakan di dalam Alkitab?

Berdasarkan/terjemahan dari artikel ini.


Alkitab tidak memerintahkan orang-orang Kristian untuk wajib berpuasa. Tuhan tidak memerlukan atau menuntutnya daripada orang-orang Kristian. Pada masa yang sama, Alkitab menyatakan berpuasa sebagai sesuatu yang baik, menguntungkan, dan berfaedah. Kitab Kisah Para Rasul mencatatkan bahawa orang-orang percaya berpuasa sebelum mereka membuat pilihan yang penting (Kis 13:2; 14:23). Berpuasa dan berdoa seringkali dikaitkan bersama (Luk 2:37; 5:33).

Selalunya, fokus berpuasa adalah tentang ketiadaan makanan. Sebenarnya, tujuan berpuasa adalah mengalihkan perhatian kita terhadap dunia ini dan menumpukan sepenuhnya tumpuan kepada Tuhan. Berpuasa adalah suatu cara untuk menunjukkan kepada Tuhan, dan kepada diri kita sendiri, bahawa kita benar-benar serius tentang perhubungan kita dengan Dia. Berpuasa membantu kita melihat perspektif baru dan memperbaharui kebergantungan kita terhadap Tuhan.

Walaupun berpuasa di dalam Alkitab selalunya berkaitan dengan makanan, terdapat cara lain untuk berpuasa. Apa sahaja perkara yang kita lepaskan sementara untuk memberikan menumpukan sepenuhnya perhatian kita kepada Tuhan boleh dianggap sebagai berpuasa (1 Korintus 7:1-5). Berpuasa perlu dihadkan kepada suatu jangka masa tertentu, khususnya apabila berpuasa dari makanan. Masa yang diperpanjangkan tanpa makan akan memudaratkan tubuh. Berpuasa bukan bertujuan untuk menghukum tubuh, tetapi mengarahkan tumpuan kita kepada Tuhan.

Berpuasa juga tidak sepatutnya dianggap sebagai suatu "kaedah diet". Tujuan berpuasa secara Alkitbiah bukan untuk mengurangkan berat badan, tetapi untuk mendapatkan suatu perhubungan yang lebih mendalam dengan Tuhan. Sesiapa sahaja boleh berpuasa, namun ada sesetengah orang yang mungkin tidak dapat berpuasa makanan (contohnya, penghidap diabetis). Semua orang boleh melepaskan sesuatu untuk sementara waktu bagi mendekatkan diri dengan Tuhan.

Dengan mengalihkan perhatian kita dari dunia ini, kita akan lebih berhasil untuk menumpukan perhatian kita kepada Kristus. Berpuasa bukanlah suatu cara untuk kita membuatkan Tuhan melakukan apa yang kita kehendaki. Berpuasa mengubah diri kita, bukan Tuhan. Berpuasa bukanlah cara untuk kelihatan lebih alim berbanding orang lain. Berpuasa perlu dilakukan di dalam roh kerendahan hati serta sukacita.

Matius 6:16-18 mengisytiharkan, "Apabila kamu berpuasa, jangan bermuka muram seperti orang munafik. Mereka kelihatan menderita, sehingga semua orang tahu bahawa mereka berpuasa. Ketahuilah, mereka sudah menerima ganjaran. Apabila kamu berpuasa, basuhlah muka dan sikatlah rambut, supaya orang tidak tahu bahawa kamu berpuasa. Biarlah hanya Bapamu yang tidak kelihatan itu yang tahu. Bapamu melihat perbuatanmu yang tersembunyi itu dan kamu akan menerima pahala daripada Dia." (Terjemahan TMV)

Ulasan