[Update: Memandangkan jumlah komen pada post ini telah melebih angka 200, terdapat sedikit gangguan pada paparan komen-komen seterusnya iaitu akan agak lambat dipaparkan oleh sistem blogger.]
Seorang Muslim Tanpa Nama telah memberikan persoalan berikut:
"Hai Saudara TIwas..Sudi kiranya anda memberi sedikit komen berkitan persoalan di bawah.
1. Bolehkah anda komen mengapa Islam mengakui kewujudan Nabi Isa (yang anda anggap sebagai Tuhan dalam kristian) walaupun hanyalah sebagai utusan Allah tetapi tidak dalam kristian apabila berkaitan dengan Nabi Muhammad?
2. Bolehkah anda komen mengapa dalam Islam diajar konsep tauhid iaitu menyembah Allah yang esa dan dalam kristian pula dengan konsep trinity iaitu menyembah Allah @ Tuhan Yesus?"
Berikut merupakan respon ringkas daripada saya:
Untuk persoalan pertama anda (Tanpa Nama), secara dasarnya, anda bertanya mengapa "Kristian tidak percaya kepada Nabi Muhammad sebagaimana Muslim percaya kepada Nabi Isa (atau Yesus)", betul?
Jika itu adalah intipati soalan pertama anda, berikut adalah beberapa respon ringkas:
1. Yesus (atau Nabi Isa menurut kepercayaan anda) benar-benar pernah berjalan di muka bumi ini kira-kira 600 tahun sebelum Islam bermula. Maka, sudah tentu Islam perlu mengakui kewujudan Yesus.
2. Kristianiti pula telah bermula kira-kira 600 tahun sebelum kemunculan Islam, iaitu sejurus selepas Yesus menampakkan diri-Nya kepada murid-murid-Nya, di kota yang sama tempat Yesus disalibkan, iaitu Yerusalem.
3. Sebab utama Kristian tidak percaya kepada Nabi Muhammad adalah kerana banyak ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad adalah menyimpang dari kepercayaan Kristian yang mana telah pun bermula 600 tahun lebih awal berbanding Islam.
4. Salah satu ajaran (juga adalah kepercayaan dasar Kristian) yang jauh berbeza tersebut adalah peristiwa penyaliban, kematian dan kebangkitan Yesus Kristus. Nabi Muhammad menyatakan bahawa Yesus tidak disalibkan, sedangkan bukti-bukti sejarah yang ada menunjukkan hal yang sebaliknya. Malah, tahukah anda bahawa pada abad pertama hinggalah abad ketiga masihi, tidak ada yang menafikan peristiwa tersebut? Bukan itu sahaja, penulis-penulis sejarah bukan-Kristian pada abad pertama dan kedua seperti Josephus dan Tacitus juga mengesahkan peristiwa tersebut.
Tentang soalan kedua anda,
Agak jelas anda salah faham terhadap konsep Triniti kerana anda mengandaikan bahawa konsep Triniti adalah menyembah "Allah atau Tuhan Yesus".
1. Sebenarnya, Kristian percaya Tuhan itu Esa. Tuhan itu bukan dua atau tiga, tetapi satu, iaitu Esa.
2. Namun, pada masa yang sama, Alkitab juga mengajarkan bahawa terdapat 3 Peribadi yang mana adalah ilahi iaitu Bapa, Anak dan Roh Kudus. Untuk lebih lanjut, anda boleh merujuk post-post di dalam blog ini tentang Triniti di sini.
3. Anda bertanya mengapa Islam diajar konsep Tauhid? Kerana sebelum Islam muncul, konsep bahawa Tuhan itu Esa bukanlah sesuatu yang asing di dalam kepercayaan Kristian dan juga Yahudi. Saya kaitkan dengan Kristian dan Yahudi kerana Nabi Muhammad mendakwa wahyu yang diterimanya adalah untuk mengesahkan Injil dan Taurat. Maka, Nabi Muhammad mengajarkan perkara yang sama (iaitu tentang ke-Esa-an Tuhan) dengan apa yang telah pun dipercayai oleh Kristian dan Yahudi.
4. Cuma, mungkin telah timbul salah faham terhadap kepercayaan Kristian dan Yahudi sehingga dicatatkan di dalam Al-Quran bahawa kononnya Triniti tersebut adalah Allah, Maria dan Yesus, di mana Nabi Muhammad menyangka Kristian percaya Allah telah bersetubuh dengan Maria, lalu melahirkan Yesus. Bermula dari salah faham ini, Kristian akhirnya disalah anggap oleh Muslim sebagai menyembah lebih dari satu Tuhan serta menyekutukan Tuhan dengan mengangkat Yesus menjadi Tuhan. Sedangkan, sejak permulaan Kristianiti lagi, Kristian tidak pernah menyembah dua atau tiga Tuhan.
Semoga respon ringkas ini dapat memberikan pencerahan untuk anda tentang kepercayaan sebenar Kristian. Jika anda (tanpa nama atau sesiapa sahaja) berminat untuk memberikan respon, ruang komen di bawah terbuka untuk anda.
Tuhan memberkati.

Ulasan
>>
Kristian : Yesus disalib, mati, dibangkitkan, diangkat 2 mengangkat diri ke langit sebagai……(harap saudara sudi mengisi ruangan ini)
Islam : Nabi Isa tidak disalib, tidak mati, diangkat ke langit sebagai Nabi (antara yang ditangguhkan kematiannya)
Sekiranya perbezaan hanyalah ini, bagaimanakah ke dua-dua agama ini boleh memberi kesan yang teramat besar kepada pembentukan sejarah dunia @ hala tuju masa depan dunia? Mengapakah ke dua-dua agama ini bersengketa hingga melibatkan kehilangan nyawa yang besar di kedua-dua belah pihak?
2.4 Cuma, mungkin telah timbul salah faham terhadap kepercayaan Kristian dan Yahudi sehingga dicatatkan di dalam Al-Quran bahawa kononnya Triniti tersebut adalah Allah, Maria dan Yesus, di mana Nabi Muhammad menyangka Kristian percaya Allah telah bersetubuh dengan Maria, lalu melahirkan Yesus. Bermula dari salah faham ini, Kristian akhirnya disalah anggap oleh Muslim sebagai menyembah lebih dari satu Tuhan serta menyekutukan Tuhan dengan mengangkat Yesus menjadi Tuhan. Sedangkan, sejak permulaan Kristianiti lagi, Kristian tidak pernah menyembah dua atau tiga Tuhan.
>>
Saya telah membaca ulasan saudara di link yang dicadangkan. Tetapi saya gagal memahami. Namun, berpandukan ulasan saudara Tiwas di komen no 4, saya membuat kesimpulan Kristian percaya Allah itu esa. Jadi tak timbul isu Kristian menyembah Yesus sebagai tuhan kerana Yesus itu sendiri adalah Allah yang turun ke bumi untuk menebus dosa manusia. Benarkah kesimpulan saya?
Anda menulis,
"Kristian : Yesus disalib, mati, dibangkitkan, diangkat 2 mengangkat diri ke langit sebagai……(harap saudara sudi mengisi ruangan ini)
Islam : Nabi Isa tidak disalib, tidak mati, diangkat ke langit sebagai Nabi (antara yang ditangguhkan kematiannya)"
- Yesus naik ke syurga untuk kembali bersama Bapa.
- Anda boleh melihat hal ini seperti ini, Firman yang adalah Allah dan bersama-sama dengan Allah (Yoh 1:1) yang telah menjadi manusia (Yoh 1:14) bernama Yesus, kembali semula ke syurga.
Anda menulis,
"Sekiranya perbezaan hanyalah ini.."
- Anda berkata, "Sekiranya perbezaan hanyalah ini..", namun, yang saya katakan sebelum ini adalah "Salah satu ajaran yang jauh berbeza tersebut.."
- Maksud saya, peristiwa penyaliban, kematian dan kebangkitan Yesus bukanlah satu-satunya perbezaan yang ada. Cuma, ia merupakan antara perbezaan utama yang ada, selain keTuhanan, Jalan Keselamatan dan lain2 kepercayaan Kristianiti.
Anda bertanya,
"bagaimanakah ke dua-dua agama ini boleh memberi kesan yang teramat besar kepada pembentukan sejarah dunia @ hala tuju masa depan dunia? Mengapakah ke dua-dua agama ini bersengketa hingga melibatkan kehilangan nyawa yang besar di kedua-dua belah pihak?"
- Kerana kedua-dua kepercayaan ini (Kristianiti dan Islam) mendakwa menyatakan hal yang sama. Namun, perincian kepercayaan masing-masing mempunyai perbezaan yang besar, khususnya perincian2 yang menyentuh dasar utama kepercayaan masing2.
- Sudah tentu kedua-dua dakwaan ini tidak boleh menjadi benar pada masa yang sama. Pasti salah satunya adalah palsu dan satu lagi adalah benar.
- Lagipun, sebelum Islam bermula, Kristianiti sudah tersebar luas ke serata dunia. Apabila Islam muncul, wujud konflik kerana percanggahan yang ada.
- Konflik ini akhirnya menimbulkan sengketa di antara kedua-dua pihak.
- Namun, persoalan penting di sini, adakah "sengketa" yang wujud ini dibenarkan di dalam kepercayaan masing2?
- Bagi Kristianiti, "sengketa" ini sangat bercanggah dengan apa yang diajarkan di dalam kepercayaan Kristian. Yesus mengajar untuk mengasihi semua orang, termasuk mereka yang menganiayai kita.
- Bagaimana dengan kepercayaan anda? Adakah "sengketa" ini diperbolehkan menurut pengajaran yang terdapat di dalam kepercayaan anda?
Anda menulis,
"Saya telah membaca ulasan saudara di link yang dicadangkan. Tetapi saya gagal memahami. Namun, berpandukan ulasan saudara Tiwas di komen no 4, saya membuat kesimpulan Kristian percaya Allah itu esa. Jadi tak timbul isu Kristian menyembah Yesus sebagai tuhan kerana Yesus itu sendiri adalah Allah yang turun ke bumi untuk menebus dosa manusia. Benarkah kesimpulan saya?"
- Lebih tepat lagi, Yesus adalah salah satu Peribadi di dalam Triniti, yang telah turun ke bumi, dengan menjadi manusia sepenuhnya, untuk menebus manusia dari dosa.
- Jika kita mengatakan "Allah yang turun ke bumi", maka, ia akan menimbulkan permasalah berikut "Siapa yang berada di syurga ketika Allah turun ke bumi? Siapa yang mengurus alam semesta ini ketika Allah menjadi manusia?"
- Hal ini dijelaskan di dalam Alkitab, bahawa Firman, yang mana ada bersama-sama dengan Allah dan adalah sama dengan Allah, telah turun ke bumi dengan menjadi manusia sepenuhnya, melalui proses kelahiran normal manusia.
- Firman yang telah menjadi manusia ini juga dipanggil sebagai Anak.
- Maka, kesimpulan anda mungkin akan menimbulkan salah faham kerana penggunaan istilah "Allah" yang anda berikan.
- Anda boleh melihat hal ini seperti ini, Firman yang adalah Allah dan bersama-sama dengan Allah (Yoh 1:1) yang telah menjadi manusia (Yoh 1:14) bernama Yesus, kembali semula ke syurga.
>>Boleh ke saya membuat kesimpualn iaitu firman Allah yang sebelumnya telah turun ke bumi dan menjadi manusia untuk menebus manusia dari dosa dan telah kembali bersatu dengan Allah setelah bangkit dari kematian akibat disalib manusia.
- Namun, persoalan penting di sini, adakah "sengketa" yang wujud ini dibenarkan di dalam kepercayaan masing2?
- Bagi Kristianiti, "sengketa" ini sangat bercanggah dengan apa yang diajarkan di dalam kepercayaan Kristian. Yesus mengajar untuk mengasihi semua orang, termasuk mereka yang menganiayai kita.
- Bagaimana dengan kepercayaan anda? Adakah "sengketa" ini diperbolehkan menurut pengajaran yang terdapat di dalam kepercayaan anda?
>>Pendapat saya persengketaan yang berlaku dalam dunia Islam dan Kristian berlaku akibat dari campur tangan orang-orang bukan agama yang menggunakan agama bagi tujuan kelangsungan legasi,empayar,kekuasaan,kekayaan mereka. Mereka menggunakan kuasa kewangan dan pengaruh untuk mencipta persengketaan. Saya langsung tidak fikir agama menghalalkan perbuatan sebegini walau agama slain Islam. Apa yang berlakuadalah pihak-pihak berkepentingan menggunakan ahli-ahli agama untuk menghalalkan perbuatan mereka. Mengapa anda menimbulkan persoalan ‘Bagaimana dengan kepercayaan anda? Adakah "sengketa" ini diperbolehkan menurut pengajaran yang terdapat di dalam kepercayaan anda?’Adakah anda fikir Islam menghalalkan persengketaan?
- Lebih tepat lagi, Yesus adalah salah satu Peribadi di dalam Triniti, yang telah turun ke bumi, dengan menjadi manusia sepenuhnya, untuk menebus manusia dari dosa.
- Jika kita mengatakan "Allah yang turun ke bumi", maka, ia akan menimbulkan permasalah berikut "Siapa yang berada di syurga ketika Allah turun ke bumi? Siapa yang mengurus alam semesta ini ketika Allah menjadi manusia?"
>>Berdasarkan jawapan anda, boleh kita simpulkan firman Allah telah menjadi manusia (Yesus)untuk menebus manusia dari dosa. Firman itu sendiri adalah keperibadian Allah. Maknanya Tuhan Yesus dan Allah adalah satu iaitu Tuhan. Jadi bagaimana dengan Yesus manusia? Adakah dia telah bersatu dengan Allah atau duduk di sebelah Allah? Adakah bila Yesus diangkat ke langit, dengan tubuh manusia bersama firman Allah atau tubuh manusia ditinggal di bumi dan hanya firman Allah sahaja kembali bersatu dengan Allah firman Allah yang telah menjelma menjadi manusia akhirnya menjadi Tuhan Yesus iaitu berasingan dari Allah ? Saya tak pasti soalan ini tepat tapi kesimpulan yang awak berikan menimbulkan salah faham seperti ‘- Maka, kesimpulan anda mungkin akan menimbulkan salah faham kerana penggunaan istilah "Allah" yang anda berikan.’Boleh saudara berikan pe
Anda menulis,
"Mengapa anda menimbulkan persoalan ‘Bagaimana dengan kepercayaan anda? Adakah "sengketa" ini diperbolehkan menurut pengajaran yang terdapat di dalam kepercayaan anda?’Adakah anda fikir Islam menghalalkan persengketaan?"
- Saya biarkan persoalan anda ini, mungkin adalah lebih baik anda sendiri yang menyelidikinya.
Anda menulis,
"Berdasarkan jawapan anda, boleh kita simpulkan firman Allah telah menjadi manusia (Yesus)untuk menebus manusia dari dosa."
- Ya.
Anda menulis,
"Firman itu sendiri adalah keperibadian Allah."
- Bukan keperibadian, tetapi Peribadi.
Anda menulis,
"Maknanya Tuhan Yesus dan Allah adalah satu iaitu Tuhan."
- Masalahnya, penggunaan istilah "Allah" di dalam kepercayaan anda agak berbeza dengan penggunaannya di dalam kepercayaan Kristian.
- Istilah "Allah" di dalam Kristian digunakan sebagai istilah umum untuk Tuhan, khususnya sebagai terjemahan kepada perkataan "elohim" (Hebrew) dan "theos" (Greek).
- Lebih tepat jika dikatakan, Bapa, Yesus (iaitu Firman), dan Roh Kudus, adalah satu, iaitu TUHAN (YHWH).
Anda menulis,
"Jadi bagaimana dengan Yesus manusia? Adakah dia telah bersatu dengan Allah atau duduk di sebelah Allah? Adakah bila Yesus diangkat ke langit, dengan tubuh manusia bersama firman Allah atau tubuh manusia ditinggal di bumi dan hanya firman Allah sahaja kembali bersatu dengan Allah firman Allah yang telah menjelma menjadi manusia akhirnya menjadi Tuhan Yesus iaitu berasingan dari Allah?"
- Yesus telah naik ke syurga dengan tubuh manusia-Nya, namun, tubuh tersebut bukan lagi tubuh yang fana, tetapi tubuh yang kekal dan tidak akan binasa.
- Yesus tidak menjadi Tuhan yang berasingan, tetapi kekal adalah satu di dalam TUHAN (YHWH).
- Kini, Tubuh Manusia tersebut ada di syurga, dan Yesus akan turun semula ke bumi dalam bentuk Tubuh Manusia, sebagai Hakim pada akhir zaman.
- Kebangkitan Yesus secara tubuh ini adalah penting, kerana ia menjadi bukti bahawa pada akhir zaman, ketika kita dibangkitkan, kita juga akan mempunyai tubuh yang sama.
Saya merasakan, akan timbul banyak persoalan dari anda kerana penjelasan yang saya berikan sangat ringkas, sedangkan topik ini memerlukan huraian yang panjang.
Namun, saya memberikannya secara ringkas agar kita dapat pergi ke setiap poin satu-persatu, agar anda dapat memahaminya sebelum pergi ke poin2 lain.
"Berdasarkan jawapan anda, boleh kita simpulkan firman Allah telah menjadi manusia (Yesus)untuk menebus manusia dari dosa."
- Ya.
>>Jika rumusan anda tentang perkara di atas diguna pakai untuk kepercayaan saya, wajarlah saya menganggap firman Allah telah menjadi al-quran. (Firman Allah menjadi manusia/Firman Allah menjadi al-quran?)Adakah anda bersetuju?
- Yesus telah naik ke syurga dengan tubuh manusia-Nya, namun, tubuh tersebut bukan lagi tubuh yang fana, tetapi tubuh yang kekal dan tidak akan binasa.
- Yesus tidak menjadi Tuhan yang berasingan, tetapi kekal adalah satu di dalam TUHAN (YHWH).
- Kini, Tubuh Manusia tersebut ada di syurga, dan Yesus akan turun semula ke bumi dalam bentuk Tubuh Manusia, sebagai Hakim pada akhir zaman.
- Kebangkitan Yesus secara tubuh ini adalah penting, kerana ia menjadi bukti bahawa pada akhir zaman, ketika kita dibangkitkan, kita juga akan mempunyai tubuh yang sama.
Saya merasakan, akan timbul banyak persoalan dari anda kerana penjelasan yang saya berikan sangat ringkas, sedangkan topik ini memerlukan huraian yang panjang.
Namun, saya memberikannya secara ringkas agar kita dapat pergi ke setiap poin satu-persatu, agar anda dapat memahaminya sebelum pergi ke poin2 lain.
>>Saya ingin membuat kesimpulan bahawasanya Kristian bertuhankan Allah yang satu. Tak kira apa jua nama yang dipanggil, Yesus,YHWH semuanya adalah Allah yang sama disembah oleh Islam. Berkenaan firman Allah menjadi Yesus dan kemudiannya kembali bersatu dengan Allah elok kiranya umat kristian sendiri mencari kesimpulannya. Juga seperti umat muslim yang percaya Allah yang satu dan Isa hanyalah salah satu rasul2nya.
Selamat kembali (saya andaikan anda adalah "tanpa nama" yang sama).
Anda menulis,
"Jika rumusan anda tentang perkara di atas diguna pakai untuk kepercayaan saya, wajarlah saya menganggap firman Allah telah menjadi al-quran. (Firman Allah menjadi manusia/Firman Allah menjadi al-quran?)Adakah anda bersetuju?"
- Ya, anda boleh melihat hal ini seperti itu, cuma, bezanya, kepercayaan anda tidak percaya Kalam Allah adalah Peribadi.
Anda menulis,
"Saya ingin membuat kesimpulan bahawasanya Kristian bertuhankan Allah yang satu. Tak kira apa jua nama yang dipanggil, Yesus,YHWH semuanya adalah Allah yang sama disembah oleh Islam."
- Tidak, Kristian dan Muslim menyembah Tuhan yang berlainan. Mungkin istilah yang digunakan mempunyai persamaan, iaitu Allah, namun, kita menyembah Tuhan yang berbeza.
Sedikit contoh mengapa Kristian dan Muslim menyembah Tuhan yang berbeza.
1. Kristian menyembah TUHAN (YHWH), ini termasuk Peribadi2 di dalam TUHAN iaitu Bapa, Anak, dan Roh Kudus, iaitu Triniti.
- Namun, Islam tidak mengajarkan hal tersebut.
2. Kristian percaya Yesus adalah Tuhan dan Juruselamat manusia.
- Islam tidak mengajarkan hal ini.
3. TUHAN yang disembah oleh Kristian memanggil umat-Nya sebagai anak-Nya.
- Islam tidak mengajarkan hal ini, malah melarang dari menggelar Tuhan sebagai Bapa.
4. TUHAN yang disembah Kristian mempunyai nama khas iaitu YHWH.
- Islam tidak mengajarkan hal ini.
Masih ada banyak kepercayaan yang berbeza, maka, Islam dan Kristian tidak menyembah Tuhan yang sama.
Anda menulis,
"Berkenaan firman Allah menjadi Yesus dan kemudiannya kembali bersatu dengan Allah elok kiranya umat kristian sendiri mencari kesimpulannya. Juga seperti umat muslim yang percaya Allah yang satu dan Isa hanyalah salah satu rasul2nya."
- Maksud anda?
- Maksud anda?
>>Sekadar perbandingan untuk memudahkan pemahaman.
Kristian – Kepercayaan kristian yang berpegang pada konsep trinity bisa saja diumpamakan matahari yang terdiri dari api yg menghasilkan haba lalu menampakkan cahaya yang sampai ke bumi lalu bertukar menjadi kehidupan (manusia) dan setelah itu cahaya itu kembali ke matahari (tentunya tiap hidupan akan kembali kepada penciptanya).
Islam? Boleh saudara gambarkan perumpamaannya seperti yang difahami?
"Saya ingin membuat kesimpulan bahawasanya Kristian bertuhankan Allah yang satu. Tak kira apa jua nama yang dipanggil, Yesus,YHWH semuanya adalah Allah yang sama disembah oleh Islam."
- Tidak, Kristian dan Muslim menyembah Tuhan yang berlainan. Mungkin istilah yang digunakan mempunyai persamaan, iaitu Allah, namun, kita menyembah Tuhan yang berbeza.
Oh..selama ini saya fikir muslim dan kristian menyembah tuhan yang sama. Cuma pemahaman tentangNya sahaja yang berlainan. Saya kira jika saya berfahaman seperti saudara serupalah saya percaya tuhan kristian YHWH dan tuhan muslim Allah berbeza yang mana tanpa saya sedari mempercayai tuhan itu tidak esa. Walaupun saya percaya kepada Allah tapi tidak pada YHWH serupa saya melakukan syirik pada Allah. Anda bertanya kepada saya : Kamu percaya kepada tuhan kristian @ muslim. Sudah tentu saya menjawab : Saya percaya tuhan yang disembah oleh saya juga disembah kamu, juga tuhan yang disembah oleh para nabi dan rasul yang terdahulu. (Malahan, istilah kristian dan muslim menyembah tuhan yang berlainan tidak wujud) . Dan soalan yang sama ditanya pada saudara apakah jawapan yang saudara akan berikan? Jawapan saudara - Tidak, Kristian dan Muslim menyembah Tuhan yang berlainan. Mungkin istilah yang digunakan mempunyai persamaan, iaitu Allah, namun, kita menyembah Tuhan yang berbeza.
Mungkin sediki mengelirukan akan tetapi harapnya saudara dapat mengerti jawapan dalam jawapan yang saya berikan.
Struktur komen anda agak mengelirukan. Anda memetik komen anda sendiri seolah2 ia adalah komen dari saya, dan kemudian mencampuradukkan respon anda dengan komen saya sebelum ini.
Anda menulis,
"Oh..selama ini saya fikir muslim dan kristian menyembah tuhan yang sama. Cuma pemahaman tentangNya sahaja yang berlainan."
- Jika pemahaman tentang Tuhan itu berbeza, maka, itu bukanlah Tuhan yang sama.
- Contohnya, pemahaman Tuhan menurut Hindu dan Buddhist berbeza dengan pemahaman Tuhan menurut Islam. Maka, adakah ini bererti Hindu dan Buddhist menyembah Tuhan yang sama dengan Islam, hanya pemahaman yang berbeza?
Anda menulis,
"Saya kira jika saya berfahaman seperti saudara serupalah saya percaya tuhan kristian YHWH dan tuhan muslim Allah berbeza yang mana tanpa saya sedari mempercayai tuhan itu tidak esa."
- Anda mengatakan Tuhan Kristian YHWH tidak esa?
- Kristian percaya Tuhan itu Esa. Bezanya, anda percaya Tuhan itu Esa secara Unitarian. Kristian percaya Tuhan itu Esa secara Trinitarian.
Anda berkata,
"Anda bertanya kepada saya : Kamu percaya kepada tuhan kristian @ muslim. Sudah tentu saya menjawab : Saya percaya tuhan yang disembah oleh saya juga disembah kamu, juga tuhan yang disembah oleh para nabi dan rasul yang terdahulu. (Malahan, istilah kristian dan muslim menyembah tuhan yang berlainan tidak wujud)."
- Maaf, bila saya bertanya kepada anda soalan tersebut?
- Anda seperti bertanya kepada diri anda sendiri, dan kemudian menjawabnya sendiri.
Anda berkata,
"Saya percaya sebelum kedatangan kristian, ajaran yang dibawa nabi/rasul yang terdahulu adalah Tuhan itu esa."
- Saya tidak menafikan Tuhan itu Esa, cuma, anda melihat Esa sebagai Tunggal.
- Saya melihat Esa sebagai kesatuan. Dan, itulah pemahaman Alkitabiah yang sebenar.
"Tuhan yang disembah semenjak dari penciptaan Nabi Adam sehingga zaman kini hanyalah Allah yang satu. Hanya ada satu tuhan sahaja. Ajarannya semudah itu. 1 tidak boleh menjadi 2 @ 2 tidak boleh menjadi 1"
- Kristian juga tidak pernah mengatakan Tuhan itu 2 atau lebih.
- Namun, anda melihat hal ini secara pemahaman Unitarian kerana anda menolak pemahaman Trinitarian.
- Anda beranggapan Triniti adalah lebih dari satu Tuhan, sedangkan, sejak dahulu sehingga sekarang Triniti tidak mengatakan ada 3 Tuhan, tetapi 1 TUHAN dengan 3 Peribadi di dalam TUHAN.
Anda berkata,
" Apabila saya mengakui Allah, tuhan yang 1. tuhan untuk sekalian alam, dan pada masa yang sama saya juga mengiktiraf tuhan umat lain tidak sama dengan tuhan yang saya sembah, secara tidak langsung @ tanpa disedari saya telah mengkhianati kepercayaan saya sendiri."
- Dengan kata lain, anda mahu mengatakan bahawa saya telah mengkhianati Tuhan saya sendiri kerana mengatakan Tuhan umat lain tidak sama dengan Tuhan yang saya sembah?
- Jika saya menyamakan Tuhan yang saya sembah, dengan tuhan umat lain, yang mana sangat berbeza pemahamannya, bukankah itu lebih mengkhianati Tuhan yang saya sembah?
- Sebagai contoh,
i) Allah yang anda sembah tidak mengasihi orang yang tidak menyembah-Nya (hal ini jelas dinyatakan di dalam Al-Quran).
ii) TUHAN yang saya sembah pula mengasihi semua orang, walaupun orang tersebut tidak percaya kepada-Nya.
iii) Jika saya mengatakan Allah anda dan TUHAN saya adalah Tuhan yang sama, tidakkah ini bererti saya mengakui bahawa TUHAN yang saya sembah tidak mengasihi orang yang tidak mengasihi-Nya seperti Allah anda?
iv) Maka, saya secara langsung telah mengkhianati TUHAN yang saya sembah kerana saya mengatakan DIA sama dengan Allah anda, yang mana hanya mengasihi mereka yang menyembah-Nya sahaja.
- Maaf, saya tidak sependapat dengan anda dalam hal ini.
Anda berkata,
"Ya, anda boleh saja mengatakan Nabi Muhammad itu palsu, akan tetapi anda pastinya akan mengakui ajaran Nabi Muhammad itu hanyalah untuk menyembah tuhan yang satu iaitu Allah (saya mengatakan begini kerana percaya akan betapa luasnya ilmu yang anda miliki dan saya percaya anda telah mengkaji alquran, bahkan mungkin sekali segala jenis agama) @ boleh saja jika anda menggunakan istilah lain."
- Tidak, ajaran Nabi Muhammad adalah menyembah Allah yang berbeza dengan TUHAN yang saya sembah. Allah yang diajarkan oleh Nabi Muhammad adalah Allah yang tidak mengasihi manusia jika kita tidak terlebih dahulu menyembah-Nya.
- TUHAN yang saya sembah telah terlebih dahulu mengasihi saya ketika saya masih lagi berdosa dan tidak mengenal DIA.
- Walaupun Nabi Muhammad mengajarkan Allah itu Esa, namun, keEsaan tersebut bersifat Unitarian, atau Tauhid. Dia memanggil umat-Nya sebagai hamba-Nya.
- TUHAN yang saya sembah adalah Triniti, dan adalah Kasih. Dia memanggil saya sebagai anak-Nya.
- Hal ini bukan sekadar perbezaan Istilah.
Anda berkata,
"ika anda mengambil pendekatan berfikir secara berbeza, renungkan kepercayaan umat Islam dan Kristian. Bisa saja anda berfikir dari sudut yang lebih luas."
- Saya telah merenungkannya, dan kepercayaan Islam dan Kristianiti jauh berbeza. Apa kata anda juga melakukan nasihat yang anda berikan ini? Sudahkah anda merenungkan kepercayaan Kristian dan Islam?
"Kuncinya adalah mengapa? mengapa ada trinity?mengapa tuhan itu 1?mengapa kita percaya?mengapa ada islam?mengapa ada kristian?mengapa?mengapa?mengapa?"
- Triniti ada kerana TUHAN telah menyatakan kewujudan Peribadi Bapa, Anak, dan Roh Kudus kepada kita, melalui Yesus Kristus.
- TUHAN itu 1, kerana DIA telah menyatakan bahawa selain DIA tidak ada yang lain.
- Kita percaya kerana kita memerlukan TUHAN di dalam kehidupan kita. Persoalannya, TUHAN manakah yang benar?
- Islam wujud kerana
i) seorang individu yang lahir 600 tahun selepas Kristianiti bermula, cuba mengatakan bahawa dia adalah nabi terakhir yang mengesahkan Taurat (Judaism) dan Injil (Kristianiti),
ii) namun, ajarannya bercanggah dengan Taurat (Judaism) dan Injil (Kristianiti).
iii) Akhirnya, ajarannya yang bercanggah ini dikenali sebagai Islam.
- Kristian wujud kerana, Kristus telah datang dan mati untuk kita, dan bangkit dari kematian, naik ke syurga, dan akan kembali lagi pada akhir zaman sebagai Hakim dan Raja, iaitu TUHAN sendiri. Mereka yang menyaksikan peristiwa tersebut kemudian tersebar luas memberitakan Injil, iaitu Berita Baik Keselamatan melalui Yesus Kristus, agar semua orang yang percaya, juga akan diselamatkan dari maut, iaitu neraka.
Bertanya "mengapa" sangat baik untuk kita mencari kebenaran. Saya berharap anda menggunakan pertanyaan ini untuk menyelidiki kepercayaan anda sendiri. Saya telah melakukannya, dengan bertanya "mengapa" tentang kepercayaan saya sendiri. Akhirnya, saya menemui kebenaran, dan kebenaran itu telah membebaskan saya.
Tuhan memberkati.
Dengan kata lain, anda mahu mengatakan bahawa saya telah mengkhianati Tuhan saya sendiri kerana mengatakan Tuhan umat lain tidak sama dengan Tuhan yang saya sembah?
- Jika saya menyamakan Tuhan yang saya sembah, dengan tuhan umat lain, yang mana sangat berbeza pemahamannya, bukankah itu lebih mengkhianati Tuhan yang saya sembah?
- Sebagai contoh,
i) Allah yang anda sembah tidak mengasihi orang yang tidak menyembah-Nya (hal ini jelas dinyatakan di dalam Al-Quran).
ii) TUHAN yang saya sembah pula mengasihi semua orang, walaupun orang tersebut tidak percaya kepada-Nya.
iii) Jika saya mengatakan Allah anda dan TUHAN saya adalah Tuhan yang sama, tidakkah ini bererti saya mengakui bahawa TUHAN yang saya sembah tidak mengasihi orang yang tidak mengasihi-Nya seperti Allah anda?
iv) Maka, saya secara langsung telah mengkhianati TUHAN yang saya sembah kerana saya mengatakan DIA sama dengan Allah anda, yang mana hanya mengasihi mereka yang menyembah-Nya sahaja.
Saudara TIwas…
Anda percaya dan menyembah YHWH. Pada masa yang sama anda juga percaya Islam menyembah Allah yg esa. Tanpa anda sedari anda mengatakan serta mengiktiraf di dunia ini terdapat 2 tuhan iaitu tuhan untuk umat kristian dan tuhan untuk umat islam. Bukankah anda mengkhianati keesaan tuhan itu sendiri? Ya, saya mengakui Tuhan anda dan Tuhan saya adalah sama?Adakah saya mengkhianati kepercayaan saya sendiri? Tidak.
Mengapa Allah yang saya sembah berkuasa tidak mengasihi orang yang tidak menyembah-Nya?Kerana Dia lah Tuhan yang Maha Besar. Tiada sekutu bagiNya. Segala kekuasaan ada pada Nya.Sememangnya sifat Tuhan yang Maha Berkuasa selayaknya tidak mengasihi manusia yang mengada2kan Tuhan lain selain dari Nya. SELAYAKNYA TUHAN BERSIFAT SEBEGITU.
Mengapa TUHAN yang saya sembah pula mengasihi semua orang, walaupun orang tersebut tidak percaya kepada-Nya?Mengapa anda tidak bertanya mengapa Tuhan saya yang maha besar, yang memerintahkan agar mentaatiNya, agar berpegang kepada kepercayaan Kristian tetapi masih lagi mengasihi manusia yang tidak percaya kepada-Nya?Mengapa Tuhan yang maha mengasihi masih lagi mencipta syurga neraka jika benar Dia maha mengasihi?Mengapa perlunya Tuhan mengutuskan Nabi/Rasul untuk mengajar manusia agar tetap dalam agamanya jika Tuhan sendiri tetap mengasihi manusia yang tidak percaya kepadaNya?
Bukankah ini semua persepsi kita sendiri.Ya, kita mengatakan Tuhan Maha Berkuasa, Maha Besar, Maha Mengasihi. Kita boleh saja mengatakan segala kebesaranNya akan tetapi segala ketentuan hanyalah dariNYa.
Ya,saya percaya Allah Maha Mengasihi. Hanya Allah yang 1 selayaknya menentukan siapa yang dikasihiNya.
- Saya melihat Esa sebagai kesatuan. Dan, itulah pemahaman Alkitabiah yang sebenar.
Sekadar untuk pemahaman
Contoh :
1. Kesatuan Ali bermakna suara,rambut,telinga,tangan,kaki,rupa, DNA,jantung dan segala organ.
2. Ali yang tunggal bermakna tiada lagi Ali di bumi dari permulaan,kini hingga pengakhiran melainkan Ali yang memiliki segalanya di no 1.
Menarik sekali jika konsep ini digunapakai dalam konsep Trinity.
i) seorang individu yang lahir 600 tahun selepas Kristianiti bermula, cuba mengatakan bahawa dia adalah nabi terakhir yang mengesahkan Taurat (Judaism) dan Injil (Kristianiti),
ii) namun, ajarannya bercanggah dengan Taurat (Judaism) dan Injil (Kristianiti).
iii) Akhirnya, ajarannya yang bercanggah ini dikenali sebagai Islam.
Saudara Tiwas sememangnya berpengetahuan luas dan punya jawapan untuk setiap permasalahan.
Mengapa Individu yg lahir 600 tahun selepas Kristianiti bermula cuba mengatakan bahawa dia adalah nabi terakhir yang mengesahkan Taurat & Injil namun pada masa yg sama ajarannya bercanggah dengan Taurat/Injil..?Mengapa ada pro & kontra dalam hal tersebut.Mengapa individu tersebut bersusah payah, mengambil risiko, berkorban untuk melakukan perkara ini sehinggakan mengubah sejarah perjalanan dunia hingga ke hari ini?Mengapa dia melakukannya?
- Kristian wujud kerana, Kristus telah datang dan mati untuk kita, dan bangkit dari kematian, naik ke syurga, dan akan kembali lagi pada akhir zaman sebagai Hakim dan Raja, iaitu TUHAN sendiri. Mereka yang menyaksikan peristiwa tersebut kemudian tersebar luas memberitakan Injil, iaitu Berita Baik Keselamatan melalui Yesus Kristus, agar semua orang yang percaya, juga akan diselamatkan dari maut, iaitu neraka.
Mengapa kristian wujud? Mengapa kristus perlu datang dan mati untuk kita dan bangkit dari kematian, naik ke syurga dan mengapa perlunya dia kembali lagi untuk menjadi Hakim dan Raja iaitu Tuhan sendiri. (Amat pelik, seolah terdapat permulaan dan pengakhiran dalam kehidupan Tuhan kepercayaan anda).Mengapa perlunya dia menebus manusia dari dosa?(Tuhan maha mengasihani walaupun kepada yang tidak mempercayaiNya)Mengapa mereka yang menyaksikan peristiwa tersebut kemudiannya menyebarluaskan Injil, iaitu Berita Baik Keselamatan melalui Yesus Kristus, agar semua orang yang percaya, juga akan diselamatkan dari maut, iaitu neraka?Mengapa selepas 600 tahun Islam datang dan menyanggah kepercayaan Kristian?Mengapa & mengapa?
Bertanya "mengapa" sangat baik untuk kita mencari kebenaran. Saya berharap anda menggunakan pertanyaan ini untuk menyelidiki kepercayaan anda sendiri. Saya telah melakukannya, dengan bertanya "mengapa" tentang kepercayaan saya sendiri. Akhirnya, saya menemui kebenaran, dan kebenaran itu telah membebaskan saya.
Menarik sekali sekiranya saya dapat memahami mengapa saudara memahami kepercayaan saudara ini.
- Contohnya, pemahaman Tuhan menurut Hindu dan Buddhist berbeza dengan pemahaman Tuhan menurut Islam. Maka, adakah ini bererti Hindu dan Buddhist menyembah Tuhan yang sama dengan Islam, hanya pemahaman yang berbeza?
Saudara TIwas,
Saya memiliki pemahaman yg berbeza dgn anda.Kita boleh saja membicarakan tentang kepercayaan matahari dan saya mengatakan matahari yang muncul di siang hari terdiri dari satu unsur sahaja iaitu oksigen. Anda pula boleh saja mengatakan matahari mempunyai 3 unsur….. Namun adakah saya akan mengatakan matahari yang setiap hari kita saksikan adalah berlainan?Adakah saudara akan mengatakan matahari yg anda katakan lain dengan matahari yg saya katakan hanya kerana saya mengatakan matahari ada 1 unsur sahaja? Tentu tidak bukan. Kita masih lagi percaya yang keluar pada siang hari adalah matahari, bukannya bulan. Hanyalah pemahaman kita tentang itu saja yang berbeza.
Membandingkan kepercayaan saya dgn Hindu & Buddha??Maaf, saya tidak akan sekali-kali membandingkan Islam dgn kedua-dua agama tersebut. Bahkan saya juga tak tergamak membandingkan kepercayaan kristian dgn kedua2 agama tersebut. Rasanya saudara sendiri lebih memahami kedua2 agama tersebut dari saya. Tetapi silakan jika anda hendak membandingkan kepercayaan saudara sendiri dgn kedua2 agama tersebut. Saya fikir jika dikaji dari sejarah, kedua2 agama ini pasti mengatakan Tuhan yang mereka sembah dengan yang Islam sembah adalah berlainan dan saya tidak berasa pelik pun. Cuma rasa pelik bila saudarayang beragama kristian mengucapkan sebegitu.
"Saya kira jika saya berfahaman seperti saudara serupalah saya percaya tuhan kristian YHWH dan tuhan muslim Allah berbeza yang mana tanpa saya sedari mempercayai tuhan itu tidak esa."
- Anda mengatakan Tuhan Kristian YHWH tidak esa?
- Kristian percaya Tuhan itu Esa. Bezanya, anda percaya Tuhan itu Esa secara Unitarian. Kristian percaya Tuhan itu Esa secara Trinitarian.
Saudara Tiwas,
Jelas saudara telah silap dalam memahami statement saya. Telah saya katakan sebelum ini : Saya ingin membuat kesimpulan bahawasanya Kristian bertuhankan Allah yang satu. Tak kira apa jua nama yang dipanggil, Yesus,YHWH semuanya adalah Allah yang sama disembah oleh Islam.
Apa yang berbeza cumalah pemahaman. Namun perbezaan yang cuma inilah yang akan menentukan kedudukan kita di akhirat nanti. Saudara memahami Esa sebagai kesatuan manakala saya pula memahaminya sebagai tunggal. Saudara memahami Tuhan adalah kesatuan dan saya pula Tuhan adalah tunggal. (Kesatuan pula maknanya apa ya?)
Kita punya pemahaman yg berbeza. Pemahaman saudaralah yang disanggah Nabi Muhammad sebagai menyekutukan Allah.Ya, saudara boleh saja mengatakan Nabi Muhammad tersalah sangka, akan tetapi bukan sahaja Nabi Muhammad yang tersalah sangka, akan tetapi saya sendiri, kawan2 saya, jiran2 saya, org2 di sekeliling saya, penganut agama Hindu, Buddha dan kebanyakan manusia di dunia ini juga tersalah sangka(Nabi Muhammad tidak salah sangka kerana yang mengkhabarkan kepada baginda adalah Allah.Statement di luar kurungan hanyalah andaian jika saudara bersikap prejudis kepada Nabi Muhammad.). Bhakan sejarah kristian sendiri berusia ribuan tahun yang memungkinkan perubahan sama seperti Islam namun yg pastinya Islam bermula dari Nabi Muhammad sehingga kini hanay mengajar Allah itu esa. Bagaimana pula jika saudara sendiri yang tersalah sangka dengan mempercayai pemahaman saudara tentang Trinity tidak menyekutukan Allah (atau jika mengikut pemahaman saudara yang percaya kristian ada Tuhan sendiri. Adakah saya sendiri akan keliru jika memahami bahawa Allah adalah tunggal?? Hrrmm..bukankah pemahaman saudara ini amat mengelirukan?
Anda menulis,
"Anda percaya dan menyembah YHWH. Pada masa yang sama anda juga percaya Islam menyembah Allah yg esa. Tanpa anda sedari anda mengatakan serta mengiktiraf di dunia ini terdapat 2 tuhan iaitu tuhan untuk umat kristian dan tuhan untuk umat islam."
- Mempercayai Islam menyembah Allah tidak bererti saya percaya kepada Allah yang disembah oleh Islam.
- Selain itu, konsep keesaan di dalam Islam adalah Unitarian. Konsep keesaan di dalam Kristianiti adalah Trinitarian. Maka, tidak mungkin kedua2 konsep keesaan ini benar. Salah satunya pasti adalah palsu.
- Saya juga tidak pernah mengatakan saya mengiktiraf di dunia ini ada 2 Tuhan. Hanya ada satu Tuhan yang benar.
- Dan Tuhan yang benar itu adalah TUHAN. Bagi anda pula, Tuhan yang benar itu adalah Allah. Maka, tidak timbul soal saya mengiktiraf ada 2 Tuhan.
Anda berkata,
"Ya, saya mengakui Tuhan anda dan Tuhan saya adalah sama?Adakah saya mengkhianati kepercayaan saya sendiri? Tidak."
- Saya katakan, ya, anda mengkhianati kepercayaan anda sendiri, kerana sifat2 TUHAN yang saya sembah dan Allah yang anda sembah berbeza.
- TUHAN yang saya sembah telah datang sebagai manusia. Allah yang anda sembah pula tidak pernah datang sebagai manusia, malah, Islam mengajarkan adalah kehinaan jika Allah menjadi manusia.
- Maka, jika anda katakan TUHAN yang saya sembah dan Allah yang anda sembah adalah sama, tidakkah ini menimbulkan percanggahan dengan kepercayaan anda sendiri?
Anda berkata,
"Mengapa Allah yang saya sembah berkuasa tidak mengasihi orang yang tidak menyembah-Nya?Kerana Dia lah Tuhan yang Maha Besar. Tiada sekutu bagiNya. Segala kekuasaan ada pada Nya.Sememangnya sifat Tuhan yang Maha Berkuasa selayaknya tidak mengasihi manusia yang mengada2kan Tuhan lain selain dari Nya. SELAYAKNYA TUHAN BERSIFAT SEBEGITU."
- Ini bererti, Allah anda bukanlah maha kasih. Kasih yang hanya mengasihi orang yang mengasihi kita, bukanlah kasih yang sempurna.
- Kasih yang sempurna adalah kasih yang mengasihi semua orang, walaupun orang tersebut membenci kita.
- Jika kita hanya mengasihi orang yang mengasihi kita, patutkah kita menerima pujian? Tentu tidak. Orang berdosa pun mengasihi orang yang mengasihi mereka.
"Mengapa Tuhan yang maha mengasihi masih lagi mencipta syurga neraka jika benar Dia maha mengasihi?Mengapa perlunya Tuhan mengutuskan Nabi/Rasul untuk mengajar manusia agar tetap dalam agamanya jika Tuhan sendiri tetap mengasihi manusia yang tidak percaya kepadaNya?"
- Kerana, TUHAN yang saya sembah itu juga adalah TUHAN yang Maha Adil. DIA tidak akan membiarkan sebarang dosa, walau sekecil mana pun, terlepas dari hukuman.
- Namun, oleh kerana DIA sangat mengasihi kita, DIA sanggup turun ke bumi, dengan menjadi sebagai manusia sepenuhnya, untuk menanggung hukuman yang sepatutnya kita terima oleh kerana dosa dan perlanggaran kita.
- Saya berikan cerita ini sebagai perumpamaan (mungkin anda pernah mendengarnya).
Seorang pemuda telah didapati bersalah kerana melakukan kesalahan. Hakim yang membicarakan kes tersebut pun menjatuhkan hukuman kepada pemuda tersebut. Akibatnya, pemuda tersebut perlu membayar denda untuk menebus kesalahannya, jika tidak, dia akan dipenjarakan.
Namun, dia tidak mampu membayar denda tersebut. Akibatnya, dia perlu dipenjarakan.
Namun, Hakim yang telah menjatuhkan hukuman tersebut tiba2 turun dari kerusi pengadilannya, membuka jubah kehakimannya, lalu pergi kepada pemuda tersebut, lalu membayar denda yang sepatutnya dibayar oleh pemuda tersebut. Mengapa? Kerana pemuda tersebut adalah anaknya. Oleh kerana Hakim itu sangat mengasihi anaknya, dia sanggup turun dan membayar denda bagi pihak anaknya.
Hakim tersebut sebenarnya berkuasa untuk melepaskan anaknya begitu sahaja, namun, dia tidak berbuat demikian, kerana dia seorang hakim yang adil.
Pemuda ini juga mempunyai pilihan sama ada mahu menerima pengobanan Hakim tersebut (yang mana adalah bapanya) atau menolaknya. Jika dia menerima pengorbanan hakim tersebut, dia akan selamat dari dipenjarakan. Jika dia menolak, dia akan dipenjarakan.
Perumpamaan ini adalah sama dengan sebab mengapa TUHAN yang saya sembah sanggup datang membayar harga dosa yang kita lakukan.
Kita telah berdosa. TUHAN adalah Maha Adil, maka, kita mesti dihukum oleh kerana dosa yang kita lakukan. Namun, kita tidak akan pernah mampu menebus dosa tersebut, kerana kita berdosa kepada TUHAN yang kekal, maka, akibat dosa kita juga adalah kekal. Akibatnya, kita perlu menanggung akibat dosa tersebut, iaitu neraka.
Namun, TUHAN juga adalah Maha Kasih. DIA sangat mengasihi kita. Maka, DIA sanggup turun dari tahkta-Nya yang kudus, datang kepada kita dengan menjadi manusia, dan membayar harga dosa yang sepatutnya kita tanggung.
TUHAN berkuasa untuk melepaskan kita begitu sahaja, namun, jika DIA berbuat demikian, DIA tidak lagi Maha Adil, kerana membiarkan kesalahan tanpa sebarang hukuman.
Kita juga mempunyai pilihan, sama ada mahu menerima pengorbanan tersebut, jika kita menerimanya, kita akan diselamatkan. Jika kita menolaknya, kita akan binasa.
Apa pilihan anda?
“Bukankah ini semua persepsi kita sendiri.Ya, kita mengatakan Tuhan Maha Berkuasa, Maha Besar, Maha Mengasihi. Kita boleh saja mengatakan segala kebesaranNya akan tetapi segala ketentuan hanyalah dariNYa.
Ya,saya percaya Allah Maha Mengasihi. Hanya Allah yang 1 selayaknya menentukan siapa yang dikasihiNya.”
- Anda percaya Allah Maha Mengasihi, berdasarkan apa? Sudah tentu anda mengetahuinya melalui Al-Quran.
- Saya juga percaya TUHAN Maha Kasih, berdasarkan apa? Berdasarkan Alkitab/Bible.
- Menurut Al-Quran, Allah hanya mengasihi mereka yang menyembah-Nya.
- Menurut Alkitab, TUHAN mengasihi semua orang sama ada mereka menyembah-Nya atau tidak.
- Memang benar hanya TUHAN yang selayaknya menentukan siapa yang dikasihi-Nya. Cuma perbezaannya, Allah anda telah menentukan hanya akan mengasihi orang yang menyembahnya.
- TUHAN yang saya sembah telah menentukan untuk mengasihi semua orang, sama ada mereka percaya atau tidak kepada-Nya. Dan ini adalah Kasih yang sempurna.
- Maka, mustahil Allah yang anda sembah dan TUHAN yang saya sembah adalah Tuhan yang sama.
Anda berkata,
"1. Kesatuan Ali bermakna suara,rambut,telinga,tangan,kaki,rupa, DNA,jantung dan segala organ.
2. Ali yang tunggal bermakna tiada lagi Ali di bumi dari permulaan,kini hingga pengakhiran melainkan Ali yang memiliki segalanya di no 1.
Menarik sekali jika konsep ini digunapakai dalam konsep Trinity."
- Masalahnya, contoh yang anda berikan untuk menggambarkan "kesatuan" tidak tepat.
- Apa yang anda berikan bukanlah kesatuan, tetapi sifat-sifat fizikal Ali.
- Apabila saya mengatakan kesatuan, saya merujuk kepada Peribadi di dalam TUHAN.
- Sebagai contoh:
Ali hanya ada satu. Namun, di dalam Ali wujud Tiga Peribadi, di mana peribadi2 ini boleh berinteraksi antara satu sama lain. Ketiga-tiga Peribadi ini pada masa yang sama adalah Ali.
- Sama halnya dengan "kesatuan" di dalam TUHAN.
- TUHAN itu Esa, namun, di dalam ke-Esa-an-Nya wujud Tiga Peribadi, di mana Peribadi2 ini boleh berinteraksi antara satu sama lain. Namun, pada masa yang sama, ketiga2 Peribadi ini adalah TUHAN sendiri.
- Konsep ini dipanggil Triniti.
Konsep Allah anda pula, di dalam zat-Nya, hanya ada satu Peribadi. Konsep ini dipanggil Unitarian, atau dalam kefahaman Islam, Tauhid.
Anda berkata,
"Mengapa Individu yg lahir 600 tahun selepas Kristianiti bermula cuba mengatakan bahawa dia adalah nabi terakhir yang mengesahkan Taurat & Injil namun pada masa yg sama ajarannya bercanggah dengan Taurat/Injil..?Mengapa ada pro & kontra dalam hal tersebut.Mengapa individu tersebut bersusah payah, mengambil risiko, berkorban untuk melakukan perkara ini sehinggakan mengubah sejarah perjalanan dunia hingga ke hari ini?Mengapa dia melakukannya?"
- Persoalan yang lebih tepat adalah, adakah pengajaran yang dibawa oleh individu yang lahir 600 tahun selepas Kristianiti bermula ini benar?
- Jika kita bertanya mengapa individu ini cuba mengatakan dia adalah nabi terakhir, kita mempunyai banyak jawapan. Mungkin individu ini benar2 percaya bahawa dia adalah nabi terakhir. Namun, walaupun individu ini mungkin benar2 percaya bahawa dia adalah nabi terakhir, itu tidak bererti hal tersebut adalah benar.
- Di dalam rumah sakit jiwa, ada ramai individu yang benar percaya mereka adalah "benda lain" atau "individu lain", namun, adakah itu menjadikan kepercayaan tersebut benar?
- Joseph Smith juga bersusah payah menubuhkan agama Mormon, namun, adakah itu bererti kepercayaan Mormon benar?
"Mengapa kristus perlu datang dan mati untuk kita dan bangkit dari kematian, naik ke syurga dan mengapa perlunya dia kembali lagi untuk menjadi Hakim dan Raja iaitu Tuhan sendiri. (Amat pelik, seolah terdapat permulaan dan pengakhiran dalam kehidupan Tuhan kepercayaan anda)."
- Kerana Kristus sangat mengasihi kita. Telah saya jelaskan di dalam perumpamaan di atas.
Anda berkata,
"Mengapa perlunya dia menebus manusia dari dosa?(Tuhan maha mengasihani walaupun kepada yang tidak mempercayaiNya)"
- Juga telah saya jelaskan di dalam perumpamaan di atas.
Anda berkata,
"Mengapa mereka yang menyaksikan peristiwa tersebut kemudiannya menyebar luaskan Injil, iaitu Berita Baik Keselamatan melalui Yesus Kristus, agar semua orang yang percaya, juga akan diselamatkan dari maut, iaitu neraka?"
- Kerana, Berita Baik keselamatan yang telah mereka terima terlalu indah untuk tidak dikongsikan.
- Jika anda telah menerima suatu anugerah keselamatan yang sangat indah, tidakkah anda akan cuba menceritakan anugerah tersebut kepada orang lain?
- Begitu juga dengan mereka yang telah menyaksikan sendiri peristiwa kebangkitan Yesus Kristus, dan telah menerima keselamatan dengan percaya kepada Yesus Kristus.
- Maka, secara munasabahnya, mana satu yang perlu kita percayai, kesaksian mereka yang menyaksikan sendiri peristiwa tersebut, atau cerita dari seorang individu yang lahir 600 tahun kemudian yang langsung tidak menyaksikan peristiwa tersebut, malah bercanggah dengan kesaksian mereka yang telah menyaksikannya. (saya pernah bertanya soalan ini sebelum ini kepada seorang 'tanpa nama', mungkin anda, mungkin orang lain.)
-------------------
Anda berkata,
"Mengapa selepas 600 tahun Islam datang dan menyanggah kepercayaan Kristian?Mengapa & mengapa?"
- Hanya ada dua kemungkinan.
i) Kristian yang bermula pada 600 tahun lalu adalah palsu,
atau
ii) Islam yang datang 600 tahun kemudian adalah palsu.
Tidak mungkin kedua-duanya benar pada masa yang sama.
Persoalannya, bukti2 yang ada mengesahkan kebenaran dan kepalsuan kepercayaan yang mana satu?
Anda berkata,
"Menarik sekali sekiranya saya dapat memahami mengapa saudara memahami kepercayaan saudara ini."
- Jika anda dapat memahaminya, seluruh syurga akan bersorak.
"Saya memiliki pemahaman yg berbeza dgn anda.Kita boleh saja membicarakan tentang kepercayaan matahari dan saya mengatakan matahari yang muncul di siang hari terdiri dari satu unsur sahaja iaitu oksigen. Anda pula boleh saja mengatakan matahari mempunyai 3 unsur….. Namun adakah saya akan mengatakan matahari yang setiap hari kita saksikan adalah berlainan?Adakah saudara akan mengatakan matahari yg anda katakan lain dengan matahari yg saya katakan hanya kerana saya mengatakan matahari ada 1 unsur sahaja? Tentu tidak bukan. Kita masih lagi percaya yang keluar pada siang hari adalah matahari, bukannya bulan. Hanyalah pemahaman kita tentang itu saja yang berbeza."
- Memang benar kita boleh berkata sedang memperkatakan tentang matahari yang sama, cuma, adakah pemahaman kita tentang matahari tersebut sama?
- Jika kita memperkatakan matahari dari sudut pemahaman yang berbeza, kita sedang memperkatakan matahari yang berbeza, kerana tidak mungkin kedua-dua fahaman tersebut benar.
- Sebagai contoh,
i) Katakan unsur matahari yang sebenar adalah oksigen, hidrogen dan helium.
ii) Lalu, dua orang yang berbeza fahaman memperkatakan tentang matahari tersebut. Si A mengatakan matahari terdiri daripada oksigen sahaja. Si B pula mengatakan matahari terdiri daripada helium sahaja.
- Adakah kedua2 pendapat Si A dan Si B betul? Sudah tentu tidak, kerana, hakikatnya, unsur matahari yang sebenar terdiri daripada Oksigen, Hidrogen dan Helium.
- Maka, walaupun mereka memperkatakan tentang matahari, namun, apa yang mereka perkatakan bukanlah matahari yang sebenar.
iii) Kemudian, datang Si C yang telah mengkaji matahari, yang tahu unsur sebenar matahari, memberitahu kepada Si A dan Si B unsur matahari sebenar.
- Bukan Si C sahaja yang menemui penemuan yang sama, tetapi juga Si D, Si E dan ramai lagi. Secara logik, sudah tentu A dan B perlu mempercayai Si C dan yang lain kerana mereka tahu.
iv) 600 tahun kemudian, datang Si Z yang tidak pernah menyelidiki matahari, mengatakan bahawa Si C dan mereka yang lain adalah salah dan mendakwa matahari terdiri daripada Nitrogen. Secara logik, adakah Si Z boleh dipercayai?
"Membandingkan kepercayaan saya dgn Hindu & Buddha??Maaf, saya tidak akan sekali-kali membandingkan Islam dgn kedua-dua agama tersebut. Bahkan saya juga tak tergamak membandingkan kepercayaan kristian dgn kedua2 agama tersebut. Rasanya saudara sendiri lebih memahami kedua2 agama tersebut dari saya. Tetapi silakan jika anda hendak membandingkan kepercayaan saudara sendiri dgn kedua2 agama tersebut. Saya fikir jika dikaji dari sejarah, kedua2 agama ini pasti mengatakan Tuhan yang mereka sembah dengan yang Islam sembah adalah berlainan dan saya tidak berasa pelik pun. Cuma rasa pelik bila saudarayang beragama kristian mengucapkan sebegitu."
- Kerana, apabila anda mengatakan TUHAN yang disembah Kristian adalah sama dengan Allah yang disembah Islam, ia seperti anda menyamakannya dengan semua tuhan2 yang lain, termasuk Hindu dan Buddhism.
Anda berkata,
"Jelas saudara telah silap dalam memahami statement saya. Telah saya katakan sebelum ini : Saya ingin membuat kesimpulan bahawasanya Kristian bertuhankan Allah yang satu. Tak kira apa jua nama yang dipanggil, Yesus,YHWH semuanya adalah Allah yang sama disembah oleh Islam."
- Maka, saya sekali lagi akan mengatkan, Tidak, TUHAN yang disembah oleh Kristian bukanlah Allah yang disembah oleh Islam.
- Jika pemahaman kita berbeza, itu sudah jelas menunjukkan Tuhan yang kita sembah juga berbeza.
- Sama halnya dengan Hindu, pemahaman mereka tentang Tuhan juga berbeza dengan anda, dan saya, dan anda mengakui tuhan mereka berbeza. Maka, mengapa untuk Hindu anda katakan berbeza, namun untuk Kristian, anda berusaha untuk mengatakan sama, sedangkan jelas konsep dan pemahaman Kristian dan Islam berbeza? Anda perlu konsisten dengan pendirian anda.
Anda berkata,
"Apa yang berbeza cumalah pemahaman. Namun perbezaan yang cuma inilah yang akan menentukan kedudukan kita di akhirat nanti. Saudara memahami Esa sebagai kesatuan manakala saya pula memahaminya sebagai tunggal. Saudara memahami Tuhan adalah kesatuan dan saya pula Tuhan adalah tunggal. (Kesatuan pula maknanya apa ya?)"
- Benar, dan pemahaman ini menentukan kita menyembah Tuhan yang benar atau tidak.
- Tentang kesatuan, saya merujuk kepada Peribadi-Peribadi di dalam Triniti.
Anda berkata,
"Kita punya pemahaman yg berbeza. Pemahaman saudaralah yang disanggah Nabi Muhammad sebagai menyekutukan Allah.Ya, saudara boleh saja mengatakan Nabi Muhammad tersalah sangka, akan tetapi bukan sahaja Nabi Muhammad yang tersalah sangka, akan tetapi saya sendiri, kawan2 saya, jiran2 saya, org2 di sekeliling saya, penganut agama Hindu, Buddha dan kebanyakan manusia di dunia ini juga tersalah sangka(Nabi Muhammad tidak salah sangka kerana yang mengkhabarkan kepada baginda adalah Allah.Statement di luar kurungan hanyalah andaian jika saudara bersikap prejudis kepada Nabi Muhammad.)"
- Masalahnya, apa yang disanggah oleh Nabi Muhammad merupakan kepercayaan Kristianiti awal. Maka, mana satu yang perlu saya percayai? Kristian awal yang telah menyaksikan sendiri peristiwa tersebut, atau, sanggahan yang muncul 600 tahun kemudian?
- Saya tertarik dengan kenyataan anda berikut:
"Nabi Muhammad tidak salah sangka kerana yang mengkhabarkan kepada baginda adalah Allah."
- Apa bukti bahawa khabar yang dikhabarkan kepadanya adalah daripada Allah?
"Bhakan sejarah kristian sendiri berusia ribuan tahun yang memungkinkan perubahan sama seperti Islam namun yg pastinya Islam bermula dari Nabi Muhammad sehingga kini hanay mengajar Allah itu esa."
- Kristianiti juga dari mula mengajarkan Yesus Kristus sebagai Tuhan dan Juruselamat. Selepas itu, timbul banyak ajaran bercanggah oleh mereka yang hidup selepas peristiwa tersebut dan tidak menyaksikannya.
- Salah satu darinya adalah nabi kepercayaan anda sendiri.
- Maka, secara munasabahnya, mana satu yang perlu saya percayai? Pengajaran yang asal, atau pengajaran kemudian yang berbeza dengan yang asal?
Anda berkata,
"Bagaimana pula jika saudara sendiri yang tersalah sangka dengan mempercayai pemahaman saudara tentang Trinity tidak menyekutukan Allah (atau jika mengikut pemahaman saudara yang percaya kristian ada Tuhan sendiri."
- Bagaimana dengan anda? Bagaimana jika anda tersalah sangka dengan mempercayai pemahaman anda bahawa Tuhan itu Unitarian kerana mendasarkan kepercayaan tersebut pada seorang individu yang lahir 600 tahun kemudian dari pengajaran yang asal?
Anda berkata,
"Adakah saya sendiri akan keliru jika memahami bahawa Allah adalah tunggal?? Hrrmm..bukankah pemahaman saudara ini amat mengelirukan?"
- Mengelirukan tidak bererti ia tidak benar.
- Tidak mengelirukan tidak bererti ia benar.
- Kita perlu kembali kepada sumber pemahaman tersebut.
- Mempercayai Islam menyembah Allah tidak bererti saya percaya kepada Allah yang disembah oleh Islam.
- Selain itu, konsep keesaan di dalam Islam adalah Unitarian. Konsep keesaan di dalam Kristianiti adalah Trinitarian. Maka, tidak mungkin kedua2 konsep keesaan ini benar. Salah satunya pasti adalah palsu.
- Saya juga tidak pernah mengatakan saya mengiktiraf di dunia ini ada 2 Tuhan. Hanya ada satu Tuhan yang benar.
- Dan Tuhan yang benar itu adalah TUHAN. Bagi anda pula, Tuhan yang benar itu adalah Allah. Maka, tidak timbul soal saya mengiktiraf ada 2 Tuhan.
Saya mengatakan anda secara tanpa sedar telah mengiktiraf ada 2 tuhan di dunia ini. Saya tidak menyatakan anda mempercayai Allah. Telah saya katakaa, apa jua nama/istilah yang digunakan merujuk kepada yang Sang Pencipta yakni Tuhan. Jelas setiap manusia memerlukan Tuhan kerana ianya adalah fitrah. Kehendak yang serupa dalam tiap diri manusia bermakna kita memerlukan Tuhan yang sama.
Seperti, tiap insan memerlukan air untuk menghilangkan dahaga. Ya, kita boleh mendapatkan pelbagai jenis air untuk menghilang dahaga, air kopi, coca cola dll. Air tetap air. Hanya pilihan manusia yang telah membezakan air. Jelasnya pilihan itu berpunca dari pemahaman. Dan anda mengatakan air milo yang anda minum tidak sama dgn air kopi yang saya minum walhal kedua2nya adalah air. Tanpa disedari anda mengatakan air milo & air kopi adalah air yang berlainan tapi anda percaya minum air milo boleh menghilangkan dahaga dan minum kopi tidak akan menghilangkan dahaga. Walhal anda tidak sedar, bagi menghilangkan dahaga cukup anda minum air tulen sahaja.. Anda memahami air milo adalah berbeza dengan air kopi tapi anda terlupa perbezaan itu berpunca dari pemahaman anda yang terlupa manusia sememangnya dicipta berbeza2, cara berfikir yang berbeza namun berasal dari Yang Maha Pencipta dan manusia amat berkehendakkan padaNya.
- Saya katakan, ya, anda mengkhianati kepercayaan anda sendiri, kerana sifat2 TUHAN yang saya sembah dan Allah yang anda sembah berbeza.
- TUHAN yang saya sembah telah datang sebagai manusia. Allah yang anda sembah pula tidak pernah datang sebagai manusia, malah, Islam mengajarkan adalah kehinaan jika Allah menjadi manusia.
- Maka, jika anda katakan TUHAN yang saya sembah dan Allah yang anda sembah adalah sama, tidakkah ini menimbulkan percanggahan dengan kepercayaan anda sendiri?
Telah saya katakan semua ini adalah persepsi saudara, bahkan mungkin saja persepsi orang yang menyaksikan peristiwa tersebut. Tentunya ada percanggahan dalam pemahaman namun saya percaya penganut lain juga menyembah Tuhan yang saya sembah cuma mereka telah dikelirukan @ mengelirukan diri sendiri dan gagal memahami serta berhalusinasi pabila dengan beraninya menggambarkan sifat2 Tuhan. Menokok tambah bagi menarik perhatian namun diri sendiri pun gagal mengerti konsep yang di agung2kan. Gagal menyedari mereka makin hanyut, semakin jauh, memilih laluan yang berselirat sehingga tersesat dalam mencari kebenaran hinggalah terjerumus dalam kesyirikan yang mereka percayai adalah untuk mengEsakan Tuhan.
Tiwas berkata :
Seorang pemuda telah didapati bersalah kerana melakukan kesalahan. Hakim yang membicarakan kes tersebut pun menjatuhkan hukuman kepada pemuda tersebut. Akibatnya, ……….Saya menayambung,,,10 hari kemudian,
1. Seorang pemuda melakukan kesalahan dan dihukum penjara @ denda. Oleh kerana pemuda itu bukan anak hakim tersebut dia pun dipenjarakan kerana tidak mampu membayar denda. Pro kontra antara kasih dan adil.
2. Seorang pemuda melakukan kesalahan dan bila ditanaya oleh hakim mengapa, dia menjawab ‘kenapa perlu risau..saya akan terlepas dari hukuman ini kerana saya anak hakim. Dan huru haralah dunia pabila makin ramai yang melakukan kesalahan.Adil kah hakim apabila membiarkan dunia ini menjadi huru hara, pabila membiarkan manusia tidak bersalah menanggung akibatnya?
3. Oleh kerana hakim seorang yang mengasihi dan adil dia pun mewartakan undang2, manusia boleh buat kesalahan akan tetapi tetap akan dihukum namun tak perlu risau kerana hakim akan mengeluarkan duit untuk menebus kesalahan pesalah. Dan yang paling best, hakim mewartakan undang-undang penjara seumur hidup ATAU denda RM…
Bersoraklah iblis apabila manusia percaya dosa-dosa kita akan diampunkan dan terselamat dari neraka dengan hanya mempercayai Tuhan Esa namun ada 3 peribadi????(Mengelirukan – Iblis memang pakar dalam mengelirukan manusia. Takkanlah iblis nak mengelirukan manusia dengan mengatakan Tuhan itu esa?)Menjanjikan kayangan untuk melekakan manusia.
Sistem undang2 pun tak efisien. Apa yang bagusnya kalau undang-undang membenarkan sesuatu hukuman di tebus dengan RM. Jika pesalah orang kaya dia mampu, tapi jika dia tak kaya adakah dia mampu?Adilkah itu?Atau hakim sendiri yang akan mengeluarkan duit untuk menebus hukuman. Jika begitu relevankah undang2 yang dicipta? Jika hakim benar2 kasih dan adil kenapa perlu ada syarat perlu menerima pertolongan hakim (percaya kepada hakim).
Saudara dikelirukan lagi, dan lagi. Adil tetap adil, kasih tetap kasih. Yang berusaha akan dapat ganjarannya, yang malas pastinya tidak layak mendapat apa2.
Saya menerima sahaja apa yang diperintahkan Tuhan. Bila Allah mengasihi saya bersyukur, bila Allh menghukum pastinya ada kesalahan yang saya lakukan. Saya takkan mempertikaikan seperti yang saudara buat, Tuhan kasih tapi adil, lepas tu saudara terpaksa mencari cerita yang sesuai untuk merelevankan keadilan dan kasih tuhan yang sebenarnya hanyalah pemahaman dan tafsiran saudara sebagai makhluk ciptaanNya yang pastinya lemah dan tidak berkuasa.
Tiwas berkata :
- Anda percaya Allah Maha Mengasihi, berdasarkan apa? Sudah tentu anda mengetahuinya melalui Al-Quran.
- Saya juga percaya TUHAN Maha Kasih, berdasarkan apa? Berdasarkan Alkitab/Bible.
- Menurut Al-Quran, Allah hanya mengasihi mereka yang menyembah-Nya.
- Menurut Alkitab, TUHAN mengasihi semua orang sama ada mereka menyembah-Nya atau tidak.
- Memang benar hanya TUHAN yang selayaknya menentukan siapa yang dikasihi-Nya. Cuma perbezaannya, Allah anda telah menentukan hanya akan mengasihi orang yang menyembahnya.
- TUHAN yang saya sembah telah menentukan untuk mengasihi semua orang, sama ada mereka percaya atau tidak kepada-Nya. Dan ini adalah Kasih yang sempurna.
- Maka, mustahil Allah yang anda sembah dan TUHAN yang saya sembah adalah Tuhan yang sama.
Hrmm..baiklah saudara Tiwas. Andaikan Injil,Al-quran,Taurat tidak pernah wujud atau pun risalah-risalah tersebut tidak pernah sampai ke pengetahuan saudara. Jika situasi tersebut berlaku pada diri saudara , adakah saudara akan menjadi seorang Atheis?Atau pun penyembah nenek moyang? Adakah saudara akan berfikir dunia ini wujud secara kebetulan @ keturunan manusia berasal dari beruk? Mampukah saudara menggunakan kehidupan di sekeliling kita, penciptaan bumi, bintang2, kehidupan, merenung kejadian alam untuk mempercayai adanya Tuhan yang mencipta sekalian kehidupan? Bolehkah akal fikiran saudara menerima akan kewujudan banyak Tuhan yang pastinya mustahil kehidupan dan kejadian alam sebegitu tersusun dan sempurna? Bisakah saudara menerima Tuhan yang Maha Perkasa, yang mencipta segalanya berkehendakkan menebus manusia (makhluk ciptaanNya) dari dosa? Bolehkah saudara menerima Tuhan itu Esa, tiada 2 bagiNYa sekutu?Bolehkah saudara menerima setelah merenung dan berfikir dan merasai kejadian alam ini untuk merumuskan Tuhan yang Maha Berkuasa telah turun ke bumi intuk menebus manusia dari dosa (dosa dari kesalahan Adam?) dengan cara mati di tiang salib dan bangkit semula agar manusia yang banyak berdosa dan bersifat lemah dan lalai untuk menjadi saksi ke Tuhanannya lalu menyembahNya? Bukankah kepercayaan sebegini hanyalah dongengan dan kisah2 pengubat hati (menghalalkan perbuatan dosa itu sendiri dan seterusnya mengikat manusia kepada dosa). Bukankah manusia cukup sedar tiap perbuatan ada akibatnya? Kasihkah kita pada manusia yang mengakui kita adalah saudara dia lalu kita lepaskan dari hukuman manakala mereka yang memilih tidak mengakui kita adalah saudara dia pastinya menerima hukuman? Bukankah cerita hakim dan pesalah yang saudara tuliskan jelas menunjukkan bahawasanya saya telah berkata benar. Ya, Allah Mengasihi manusia tapi hukuman tetap berlaku kepada manusia yang tidak mempercayaiNya. Ya, Allah Maha Adil. Bukankah makna Maha Mengasihi itu cukup luas? Bukankah makna Maha Adil itu cukup luas? Bagaimana kita menafsirnya terpulang pada pemahaman masing2.
- Masalahnya, contoh yang anda berikan untuk menggambarkan "kesatuan" tidak tepat.
- Apa yang anda berikan bukanlah kesatuan, tetapi sifat-sifat fizikal Ali.
- Apabila saya mengatakan kesatuan, saya merujuk kepada Peribadi di dalam TUHAN.
- Sebagai contoh:
Ali hanya ada satu. Namun, di dalam Ali wujud Tiga Peribadi, di mana peribadi2 ini boleh berinteraksi antara satu sama lain. Ketiga-tiga Peribadi ini pada masa yang sama adalah Ali.
- Sama halnya dengan "kesatuan" di dalam TUHAN.
- TUHAN itu Esa, namun, di dalam ke-Esa-an-Nya wujud Tiga Peribadi, di mana Peribadi2 ini boleh berinteraksi antara satu sama lain. Namun, pada masa yang sama, ketiga2 Peribadi ini adalah TUHAN sendiri.
- Konsep ini dipanggil Triniti.
Konsep Allah anda pula, di dalam zat-Nya, hanya ada satu Peribadi. Konsep ini dipanggil Unitarian, atau dalam kefahaman Islam, Tauhid.
Ya, jantung perlukan interaksi dengan dada untuk menggerakkannya, tangan berinteraksi dengan otak untuk menggerakkannya. Organ dalam @ luaran tubuh kita berinteraksi atra satu sama lain. Cuma interaksi anatara mereka tidak seperti interaksi antara sya dengan saudara.
Triniti??dalam keesaan wujud 3 peribadi tetapi Tuhan itu sendiri. Juga 3 peribadi boleh berinteraksi antara satu sama lain??Bagaimana saudara boleh gambarkan?Bagaimana saya boleh gambarkan??Jika Tuhan yang Maha Besar tidak dapat digambarkan bagaimana saudara boleh gambarkan?
Kemungkinan Ali,Ah Seng,Raju bersatu dan menjadi kesatuan 1Malaysia?Atau Perbuatan, Percakapan dan Roh dalam tubuh mnusia?
"Mengapa mereka yang menyaksikan peristiwa tersebut kemudiannya menyebar luaskan Injil, iaitu Berita Baik Keselamatan melalui Yesus Kristus, agar semua orang yang percaya, juga akan diselamatkan dari maut, iaitu neraka?"
- Kerana, Berita Baik keselamatan yang telah mereka terima terlalu indah untuk tidak dikongsikan.
- Jika anda telah menerima suatu anugerah keselamatan yang sangat indah, tidakkah anda akan cuba menceritakan anugerah tersebut kepada orang lain?
- Begitu juga dengan mereka yang telah menyaksikan sendiri peristiwa kebangkitan Yesus Kristus, dan telah menerima keselamatan dengan percaya kepada Yesus Kristus.
- Maka, secara munasabahnya, mana satu yang perlu kita percayai, kesaksian mereka yang menyaksikan sendiri peristiwa tersebut, atau cerita dari seorang individu yang lahir 600 tahun kemudian yang langsung tidak menyaksikan peristiwa tersebut, malah bercanggah dengan kesaksian mereka yang telah menyaksikannya. (saya pernah bertanya soalan ini sebelum ini kepada seorang 'tanpa nama', mungkin anda, mungkin orang lain.)
Sebenarnya Injil ni dari Tuhan atau kesaksian dari mereka yang menyaksikan peristiwa tersebut? Harap saudara tak perlu menjawabnya.
- Hanya ada dua kemungkinan.
i) Kristian yang bermula pada 600 tahun lalu adalah palsu,
atau
ii) Islam yang datang 600 tahun kemudian adalah palsu.
Tidak mungkin kedua-duanya benar pada masa yang sama.
Persoalannya, bukti2 yang ada mengesahkan kebenaran dan kepalsuan kepercayaan yang mana satu?
Dan persoalannya bukti2 mana yang benar @ bukti2 mana yang palsu? Adakah bukti2 selari dengan akal fikiran yang waras @ kejadian alam yang setiap hari kita saksikan @ semata2 membenarkan bukti bagi menguatkan dakwaan?
Anda berkata,
Saudara Tiwas menulis,
- Jika anda dapat memahaminya, seluruh syurga akan bersorak.
Insyaallah, syurga yang saudara dakwa tidak akan bersorak kerana jangan kata umat Islam, manusia yang tidak percayakan Tuhan pun akan pening jika mengetahui perkara sebenar tentang kecelaruan konsep Triniti. Selama ini konsep yang diguna pakai oleh kristian dengan mendakwa Tuhan Mengasihi semua umat manusia walaupun kepada mereka yang tidak mempercayaiNya adalah penipuan berdasarkan statement saudara sendiri. Konsep yang diperkenalkan oleh Paderi2 Kristian hanyalah untuk menutup kelemahan mereka bagi menghalalkan perbuatan dosa melalui penebusan manusia dari dosa. Hanyalah untuk menarik perhatian manusia agar tertarik pada ajaran Kristian hingga sanggup mengada2kan sesuatu yang pastinya tiada. Dengan menggunakan kasih sayang tuhan pada seluruh manusia walhal jelas tiap perbuatan ada akibatnya. Mengatakan Tuhan Mengasihi semua manusia walau pada yang tidak menyembahnya namun pada masa yang sama jika tidak menerima pertolongannya pasti masuk neraka. Menyembunyikan fakta sebenar demi kepentingan peribadi walhal kita sebagai manusia sedar tiap dari kita pasti akan diadili dengan sebena2 penghakiman kerna keadilan yang sebenar tidak melibatkan kasih saying. Adakah saudara akan melepaskan anak saudara dari hukuman potong tangan tetapi tidak pada insan lain yang tidak mengakui saudara sebagai seorang yang adil? Keadilan apa yang saudara cuba sampaikan ini? Begitu murah sekali kasih sayant yang saudara sendiri gambarkan untuk Tuhan yang Maha Besar.
Anda menulis,
"Saya mengatakan anda secara tanpa sedar telah mengiktiraf ada 2 tuhan di dunia ini. Saya tidak menyatakan anda mempercayai Allah. Telah saya katakaa, apa jua nama/istilah yang digunakan merujuk kepada yang Sang Pencipta yakni Tuhan. Jelas setiap manusia memerlukan Tuhan kerana ianya adalah fitrah. Kehendak yang serupa dalam tiap diri manusia bermakna kita memerlukan Tuhan yang sama."
- Bezanya, walaupun kita percaya kepada Tuhan, Tuhan yang kita percayai adalah berbeza.
- Apa yang anda berikan hanyalah "Tuhan secara umum". Apabila kita melihat lebih terperinci, jelas kita percaya kepada Tuhan yang berbeza.
- Perumpamaan air anda juga jelas menunjukkan kita percaya kepada Tuhan yang berbeza, kerana seperti air milo dan kopi, kedua-duanya tidak sama.
- Mungkin anda mengatakan kedua-duanya adalah cecair, namun, kedua-duanya bukanlah cecair yang sama.
- Sama halnya dengan Tuhan kepercayaan kita masing-masing, memang secara umum, yang kita percayai adalah Tuhan, namun, anda percaya kepada Allah, saya pula percaya kepada TUHAN, maka, ia berbeza.
- Dan, jika kita konsisten dengan perumpamaan air anda, maka, anda perlu menerima bahawa Tuhan yang disembah oleh Hindu, Buddhist, Pagan, dan lain2 kepercayaan juga adalah Tuhan yang sama dengan Allah anda. Namun, anda menolak hal ini.
- Maka, jika anda menolak persamaan tersebut, mengapa pula untuk TUHAN yang disembah oleh Kristian anda katakan sama dengan Allah yang disembah oleh Islam?
Anda menulis,
"Telah saya katakan semua ini adalah persepsi saudara, bahkan mungkin saja persepsi orang yang menyaksikan peristiwa tersebut."
- Persepsi orang yang menyaksikan peristiwa tersebut? Tidakkah anda tahu bahawa mereka ini adalah individu2 yang hidup sezaman dengan peristiwa tersebut?
- Jika ia adalah persepsi mereka sahaja, siapakah yang menyebabkan mereka berpresepsi seperti itu?
- Jika kita merujuk kepada Al-Quran, dikatakan Allah yang telah menyerupakan orang lain sebagai pengganti kepada Yesus (atau Isa menurut kepercayaan anda) ketika Dia disalibkan.
- Akibatnya, pengikut2 Yesus kemudian memberitakan tentang kematian dan kebangkitan Yesus.
- Jika kita memikirkan hal ini, tidakkah ini bererti punca mereka berprespesi seperti itu adalah kerana Allah yang telah menukar Isa dengan orang lain tanpa memberitahu murid-murid-Nya?
- Maka, saya lontarkan semula persoalan yang anda kerap gunakan, iaitu, mengapa? Mengapa Allah berbuat demikian? Mengapa Allah perlu menukar Yesus (Isa) dengan orang lain, di mana perbuatan tersebut telah menyebabkan murid-murid Yesus "berpresepsi" bahawa Dia telah disalibkan? Mengapa Allah membenarkan Kristianiti berkembang jika ia berpunca dari "presepsi" dan bukan realiti?
"Tentunya ada percanggahan dalam pemahaman namun saya percaya penganut lain juga menyembah Tuhan yang saya sembah cuma mereka telah dikelirukan @ mengelirukan diri sendiri dan gagal memahami serta berhalusinasi pabila dengan beraninya menggambarkan sifat2 Tuhan."
- Nampaknya, kenyataan anda di sini bercanggah dengan kenyataan awal anda. Sebelum ini, anda menolak persamaan di antara Allah yang anda sembah dengan tuhan kepercayaan Hindu dan Buddhist.
- Sekarang, anda katakan tuhan2 mereka adalah Tuhan yang anda sembah, cuma mereka telah dikelirukan?
Anda menulis,
"Menokok tambah bagi menarik perhatian namun diri sendiri pun gagal mengerti konsep yang di agung2kan. Gagal menyedari mereka makin hanyut, semakin jauh, memilih laluan yang berselirat sehingga tersesat dalam mencari kebenaran hinggalah terjerumus dalam kesyirikan yang mereka percayai adalah untuk mengEsakan Tuhan."
- Persoalannya, bagaimana anda tahu bahawa anda sendiri tidak hanyut atau semakin jauh dari kebenaran?
---------------------
Anda menulis,
"1. Seorang pemuda melakukan kesalahan dan dihukum penjara @ denda. Oleh kerana pemuda itu bukan anak hakim tersebut dia pun dipenjarakan kerana tidak mampu membayar denda. Pro kontra antara kasih dan adil."
- Persamaan anda ini tidak tepat menggambarkan kepercayaan Kristian, kerana, TUHAN melihat semua manusia sebagai anak-Nya.
- Mungkin, perumpamaan yang anda berikan ini lebih tepat menggambarkan Allah yang anda sembah.
Anda menulis,
"Seorang pemuda melakukan kesalahan dan bila ditanaya oleh hakim mengapa, dia menjawab ‘kenapa perlu risau..saya akan terlepas dari hukuman ini kerana saya anak hakim. Dan huru haralah dunia pabila makin ramai yang melakukan kesalahan.Adil kah hakim apabila membiarkan dunia ini menjadi huru hara, pabila membiarkan manusia tidak bersalah menanggung akibatnya?"
- Perumpamaan anda ini juga tidak tepat kerana anda menganggap pengampunan yang diberikan oleh TUHAN melalui Yesus adalah lesen untuk melakukan dosa.
- Syarat menerima pengampunan tersebut adalah percaya sungguh2 bahawa Yesus adalah Tuhan dan Juruselamat.
- Dan setelah percaya, tindakan iman kita adalah taat kepada perintah-Nya.
- Jika kita berkata telah menerima Yesus sebagai Tuhan dan Juruselamat, namun tidak bertaubat dan menyesal dari dosa-dosa kita, itu menunjukkan, kita tidak sungguh-sungguh percaya kepada-Nya.
- Selain itu, di dalam perumpamaan yang saya berikan, Hakim tersebut tidak melepaskan pemuda tersebut begitu sahaja hanya kerana dia anaknya, sebaliknya, Hakim itu sendiri yang membayar denda tersebut bagi pihak anaknya.
- Dengan kata lain, hukuman untuk kesalahan tersebut tetap dilaksanakan, cuma, yang menanggungnya adalah si Hakim sendiri.
"Oleh kerana hakim seorang yang mengasihi dan adil dia pun mewartakan undang2, manusia boleh buat kesalahan akan tetapi tetap akan dihukum namun tak perlu risau kerana hakim akan mengeluarkan duit untuk menebus kesalahan pesalah. Dan yang paling best, hakim mewartakan undang-undang penjara seumur hidup ATAU denda RM…"
- Sekali lagi, anda memutar-belit perumpamaan yang saya berikan.
- Telah saya katakan, pengampunan tersebut hanya akan kita terima jika kita sendiri memilih untuk menerimanya.
- Jika kita sudah menerimanya, namun, kita kembali melakukan kesalahan, sudah tentu kita akan tetap menerima hukuman kerana kita tidak sungguh2 menyesal dan menerima pengampunan tersebut.
Saya berikan satu lagi perumpamaan untuk menjelaskan tindakan kita setelah diberikan pengampunan sedemikian.
- Jika kita berhutang RM10, lalu, datang seorang yang tidak kita kenal, membayar bagi pihak kita, sudah tentu kita akan berterima kasih sahaja kerana nilai hutang yang dilunaskan tersebut tidak terlalu mahal.
- Namun, katakan jika kita berhutang suatu jumlah yang sangat banyak, sehingga kita tidak akan mampu membayarnya walaupun kita bekerja sehingga tua, dan kita sangat tertekan dengan hal tersebut. Tiba2, datang seorang yang tidak kita kenali, membayar semua hutang tersebut bagi pihak kita, malah tidak meminta kita membayarnya semula kepadanya, apakah reaksi kita? Adakah kita hanya akan berterima kasih?
- Sudah tentu kita akan sangat2 terhutang budi, sehingga kita akan sanggup melakukan apa sahaja demi orang tersebut.
- Sekarang, bayangkan kita berhutang nyawa, dan seorang yang tidak kita kenali, sanggup mati untuk kita agar kita terlepas dari hutang nyawa tersebut. Apakah reaksi kita? Sudah tentu kita akan sangat3 terhutang nyawa, dan budi kepada orang tersebut. Sehingga kita mungkin akan meratapi kematiannya seperti keluarga kita sendiri.
- Begitulah reaksi yang sepatutnya timbul bagi orang-orang yang benar2 percaya kepada pengorbanan Yesus. Kerana, Dia telah membayar harga dosa kita menggunakan nyawa-Nya, dan Dia melakukan-Nya tanpa meminta balasan daripada kita.
- Yesus telah membayar harga untuk menebus kita dari dosa. Akibat dosa adalah maut yang kekal iaitu neraka.
- Jika kita benar2 mengerti betapa besarnya nilai pengorbanan Yesus untuk kita, kita tidak akan berfikir bahawa pengorbanan tersebut adalah suatu lesen untuk kita melakukan dosa. Sebaliknya, kita akan bersyukur, berterima kasih, dan sanggup menyerahkan nyawa kita untuk percaya dan taat kepada Dia yang telah menyelamatkan kita dari maut yang kekal, iaitu neraka.
"Bersoraklah iblis apabila manusia percaya dosa-dosa kita akan diampunkan dan terselamat dari neraka dengan hanya mempercayai Tuhan Esa namun ada 3 peribadi????(Mengelirukan – Iblis memang pakar dalam mengelirukan manusia. Takkanlah iblis nak mengelirukan manusia dengan mengatakan Tuhan itu esa?)Menjanjikan kayangan untuk melekakan manusia. "
- Tidak, sebaliknya, seluruh syurga akan bersorak kerana kita akan menjadi warga di sana, bersama-sama dengan TUHAN yang sangat mengasihi kita.
- Dan saya setuju, Iblis memang pakar dalam mengelirukan manusia. Iblis membuatkan kita percaya bahawa dengan usaha kita sendiri, kita akan masuk ke syurga. Sedangkan kita tidak sedar, walau sebaik mana pun kita, kita tetap tidak akan layak masuk kesyurga kerana TUHAN itu kudus.
Anda menulis,
"Sistem undang2 pun tak efisien. Apa yang bagusnya kalau undang-undang membenarkan sesuatu hukuman di tebus dengan RM. Jika pesalah orang kaya dia mampu, tapi jika dia tak kaya adakah dia mampu?Adilkah itu?Atau hakim sendiri yang akan mengeluarkan duit untuk menebus hukuman. Jika begitu relevankah undang2 yang dicipta? Jika hakim benar2 kasih dan adil kenapa perlu ada syarat perlu menerima pertolongan hakim (percaya kepada hakim)."
- Apa yang saya berikan hanyalah perumpamaan untuk menjelaskan perbuatan Kasih TUHAN kepada kita.
- Namun, anda menambahkan perincian2 yang tidak berkaitan ke dalam perumpamaan tersebut, hanya kerana anda mahu menidakkannya.
- Konteks perumpamaan tersebut adalah,
i) TUHAN adalah Hakim yang Maha Adil.
ii) TUHAN juga adalah Bapa yang Maha Kasih.
iii) Kita sebagai manusia tidak akan pernah mampu menebus dosa-dosa kita sendiri, kerana kita berdosa kepada TUHAN yang kekal.
iv) TUHAN tahu ketidakmampuan kita tersebut, maka DIA memberikan tawaran kepada kita, iaitu DIA menanggung hukuma tersebut bagi pihak kita.
v) Jika kita menerima tawaran tersebut, kita secara langsung percaya kepada pengorbanan-Nya, dan akan taat kepada-Nya sebagai tanda kesyukuran kita kepada pengorbanan yang tidak ternilai tersebut.
- Maka, tidak timbul soal "orang kaya" atau "orang tidak kaya", kerana di hadapan TUHAN, kita hanyalah manusia fana yang tidak berdaya. Di hadapan TUHAN, kita seperti "orang tidak kaya".
- Jika kita tidak menerima pertolongan hakim tersebut, kita akan menanggung sendiri hukuman tersebut. Dan, kita bebas untuk tidak menerimanya.
- Sama juga dengan pengorbanan yang telah dilakukan oleh Yesus. Kita bebas untuk menolaknya, seperti yang anda lakukan sekarang. Namun, itu bererti, yang menolaknya bakal menanggung sendiri akibat dosanya sendiri.
"Saudara dikelirukan lagi, dan lagi. Adil tetap adil, kasih tetap kasih. Yang berusaha akan dapat ganjarannya, yang malas pastinya tidak layak mendapat apa2."
- Benar, namun, dalam konteks ini, kita tidak akan pernah mampu sampai kepada tahap kesempurnaan yang TUHAN mahukan dari kita.
- Untuk masuk ke syurga, tidak cukup dengan sekadar usaha kita, kerana hakikatnya, usaha kita tidak akan pernah cukup untuk sampai kepada kesempurnaan yang TUHAN mahukan, kerana DIA adalah sempurna.
- Kasih-Nya sempurna, keadilan-Nya juga sempurna.
Anda menulis,
"Saya menerima sahaja apa yang diperintahkan Tuhan. Bila Allah mengasihi saya bersyukur, bila Allh menghukum pastinya ada kesalahan yang saya lakukan. Saya takkan mempertikaikan seperti yang saudara buat, Tuhan kasih tapi adil, lepas tu saudara terpaksa mencari cerita yang sesuai untuk merelevankan keadilan dan kasih tuhan yang sebenarnya hanyalah pemahaman dan tafsiran saudara sebagai makhluk ciptaanNya yang pastinya lemah dan tidak berkuasa."
- Ia bukanlah pemahaman dan tafsiran saya sendiri, tetapi berdasarkan apa yang telah DIA nyatakan sendiri melalui Yesus Kristus.
- Tuhan memang Kasih, dan Adil. Jika tidak, untuk apa Tuhan mewujudkan neraka?
- Jika Tuhan suka2 memasukkan kita ke syurga, apa jaminan anda bahawa Tuhan juga tidak akan suka2 memasukkan kita ke neraka?
- Allah yang anda sembah boleh mengampunkan dosa manusia begitu sahaja, betul? Maka, atas dasar apa Allah yang anda sembah boleh mengampunkan dosa manusia begitu sahaja? Seolah2 dosa bukanlah sesuatu yang penting, kerana boleh dilepas pandang begitu sahaja.
"Hrmm..baiklah saudara Tiwas. Andaikan Injil,Al-quran,Taurat tidak pernah wujud atau pun risalah-risalah tersebut tidak pernah sampai ke pengetahuan saudara. Jika situasi tersebut berlaku pada diri saudara , adakah saudara akan menjadi seorang....."
- Jika Injil, Al-Quran tidak pernah wujud, maka, sudah tentu saya dan juga anda tidak akan menjadi seorang Kristian atau Muslim.
- Mungkin saya akan menjadi seorang Deist, Atheist, atau Agnostik. Kerana kita sudah tentu tidak akan tahu apa2 tentang kepercayaan yang kita percayai sekarang
Anda menulis,
"Adakah saudara akan berfikir dunia ini wujud secara kebetulan @ keturunan manusia berasal dari beruk? Mampukah saudara menggunakan kehidupan di sekeliling kita, penciptaan bumi, bintang2, kehidupan, merenung kejadian alam untuk mempercayai adanya Tuhan yang mencipta sekalian kehidupan?"
- Jika kita tidak memiliki kitab2 yang anda sebutkan di atas, sudah tentu, pilihan paling rasional yang dapat kita buat adalah mempercayai bahawa dunia ini wujud secara kebetulan, kerana kita tidak tahu apa2 selain apa yang kita lihat di dunia ini.
- Sama dengan anda, jika anda tidak pernah tahu tentang Al-Quran, saya percaya anda akan bukan seorang Muslim pada saat ini.
- Jika pun kita mempercayai adanya Tuhan, kita hanya akan percaya "Tuhan" tersebut adalah Tuhan yang jauh dan tidak peduli dengan kita. Kita mungkin akan menjadi Deist atau Pantheist atau Agnostik.
Anda menulis,
"Bolehkah akal fikiran saudara menerima akan kewujudan banyak Tuhan yang pastinya mustahil kehidupan dan kejadian alam sebegitu tersusun dan sempurna?"
- Sebenarnya, saya telah memikirkan hal ini, ketika saya hampir2 menjadi seorang Atheist/Agnostik suatu ketika dahulu.
- Namun, saya menjadi diyakinkan dengan argumen "fine tuning", iaitu adalah mustahil alam maya yang tersusun dengan ketepatan matematik yang luar biasa ini, wujud secara kebetulan.
- Jika semua ini hanyalah kebetulan, kita tidak lebih dari sekadar produk alam sekitar yang muncul secara rawak, dan akan hilang juga secara rawak.
- Seterusnya, saya menjadi diyakinkan dengan Peribadi Yesus Kristus. Kerana kwujudan-Nya, kematian-Nya, kebangkitan-Nya, benar2 telah terjadi di dalam sejarah manusia, malah, kita boleh menyelidiki kesahihannya,
- Kristianiti adalah satu-satunya kepercayaan di dunia ini yang mengatakan TUHAN sendiri telah datang kepada manusia untuk menyelamatkan kita, dan dapat dakwaan diselidiki secara sejarah.
Anda menulis,
Bisakah saudara menerima Tuhan yang Maha Perkasa, yang mencipta segalanya berkehendakkan menebus manusia (makhluk ciptaanNya) dari dosa?"
- Jika Yesus tidak wujud, sudah tentu tidak.
- Namun, soalan anda ini beranggapan bahawa kepercayaan ini wujud kerana "kitab" Injil wujud.
- Sedangkan kepercayaan ini wujud bukan kerana kitab, tetapi kerana Yesus benar2 wujud dan pernah berjalan di muka bumi ini, serta mengatakan bahawa Dia adalah TUHAN dan Juruselamat. Kata2 ini yang menjadi Injil. Bukannya kerana sebuah Kitab Injil yang diturunkan dari syurga.
"Bolehkah saudara menerima Tuhan itu Esa, tiada 2 bagiNYa sekutu?
- Persoalannya, bolehkah anda sendiri sampai kepada kesimpulan ini jika Al-Quran dan Nabi Muhammad tidak wujud?
- Kerana, fahaman anda sendiri bukan berasal daripada perbuatan "merenung dan berfikir dan merasai kejadian alam ini".
- Anda sendiri mendapat fahaman anda daripada Al-Quran dan Nabi Muhammad.
Anda berkata,
"Bolehkah saudara menerima setelah merenung dan berfikir dan merasai kejadian alam ini untuk merumuskan Tuhan yang Maha Berkuasa telah turun ke bumi intuk menebus manusia dari dosa (dosa dari kesalahan Adam?) dengan cara mati di tiang salib dan bangkit semula agar manusia yang banyak berdosa dan bersifat lemah dan lalai untuk menjadi saksi ke Tuhanannya lalu menyembahNya?"
- Sudah tentu tidak, kerana semua itu berasal daripada Yesus Kristus sendiri. Apa yang anda cuba katakan ini adalah suatu perincian spesifik yang tidak mungkin akan kita ketahui dengan hanya melihat kepada alam semesta ini.
- Soalan anda ini tidak munasabah. Ia seperti saya bertanya kepada anda, "bolehkah anda tahu Nabi Muhammad adalah nabi terakhir dengan hanya berfikir dan merasai kejadian alam ini untuk merumuskannya jika Al-Quran dan Nabi Muhammad tidak wujud?"
Anda menulis,
"Bukankah kepercayaan sebegini hanyalah dongengan dan kisah2 pengubat hati (menghalalkan perbuatan dosa itu sendiri dan seterusnya mengikat manusia kepada dosa)."
- Atas dasar apa anda mengatakan ia dongengan? Tidakkah anda sedar kesimpulan anda ini tidak selari dengan poin2 hujah anda sendiri?
- Bukankah anda mengatakan "Andaikan Injil,Al-quran,Taurat tidak pernah wujud"? Jika ia tidak wujud, sudah tentu anda sendiri juga tidak akan tahu sama ada ia adalah dongenan atau tidak kerana semua yang anda persoalkan di atas adalah bersumberkan Injil, AlQuran dan Taurat yang anda katakan tidak wujud tersebut.
Anda menulis,
"Bukankah manusia cukup sedar tiap perbuatan ada akibatnya?
- Sudah tentu manusia cukup sedar tiap perbuatan ada akibatnya. Kita tidak perlu kitab atau apa2 wahyu untuk hal ini, kerana, ia dapat diperhatikan melalui keadaan sekeliling kita. Jika kita terjun dari bangunan, akibatnya kita akan cedera atau mati.
Anda menulis,
"Kasihkah kita pada manusia yang mengakui kita adalah saudara dia lalu kita lepaskan dari hukuman manakala mereka yang memilih tidak mengakui kita adalah saudara dia pastinya menerima hukuman? Bukankah cerita hakim dan pesalah yang saudara tuliskan jelas menunjukkan bahawasanya saya telah berkata benar."
- Sekali lagi, anda memutar belit perumpamaan yang saya berikan.
- Kasih yang sempurna, adalah mengasihi orang yang menganiayai kita, dan sanggup memaafkan mereka.
- Dan, hukuman tetap ada, kita tidak akan terlepas jika kita tidak menerima pengampunan yang diberikan.
- Dan, mungkin anda tidak sedar, tetapi dari kenyataan anda ini, anda secara tidak langsung bersetuju bahawa tindakan Allah hanya mengasihi orang yang mengasihi-Nya adalah kasih yang tidak sempurna.
"Ya, Allah Mengasihi manusia tapi hukuman tetap berlaku kepada manusia yang tidak mempercayaiNya. Ya, Allah Maha Adil. Bukankah makna Maha Mengasihi itu cukup luas? Bukankah makna Maha Adil itu cukup luas? Bagaimana kita menafsirnya terpulang pada pemahaman masing2. "
- Benar, hukuman tetap berlaku kepada orang yang tidak mempercayai-Nya.
- Dari konteks Kristianiti, mempercayai-Nya adalah menerima Yesus sebagai Tuhan dan Juruselamat.
- Apa kata anda terangkan makna kasih dan adil itu di dalam kepercayaan anda.
Anda menulis,
"Ya, jantung perlukan interaksi dengan dada untuk menggerakkannya, tangan berinteraksi dengan otak untuk menggerakkannya. Organ dalam @ luaran tubuh kita berinteraksi atra satu sama lain. Cuma interaksi anatara mereka tidak seperti interaksi antara sya dengan saudara.
- Itu bukanlah interaksi, tetapi perkaitan. Interaksi yang saya maksudkan di sini adalah boleh secara sedar, berinteraksi antara satu sama lain.
- Interaksi tersebut adalah seperti saya dan anda.
Anda menulis,
"Triniti??dalam keesaan wujud 3 peribadi tetapi Tuhan itu sendiri. Juga 3 peribadi boleh berinteraksi antara satu sama lain??Bagaimana saudara boleh gambarkan?Bagaimana saya boleh gambarkan??Jika Tuhan yang Maha Besar tidak dapat digambarkan bagaimana saudara boleh gambarkan?"
- Kerana itu yang dinyatakan di dalam Alkitab. Anak berinteraksi dengan Bapa, Bapa berinteraksi dengan Anak, dan Roh Kudus berinteraksi dengan Bapa, dan Anak.
- Hal ini bukan idea yang timbul begitu sahaja. Kita tidak akan tahu jika TUHAN tidak menyatakan kewujudan interaksi ini kepada kita.
Anda menulis,
"Kemungkinan Ali,Ah Seng,Raju bersatu dan menjadi kesatuan 1Malaysia?Atau Perbuatan, Percakapan dan Roh dalam tubuh mnusia?"
- Contoh anda ini juga tidak tepat, kerana Ali, Ah Seng dan Raju adalah Individu2 berbeza, yang mempunyai Peribadi masing2.
- Triniti adalah "Zat/Kewujudan" yang sama dan mempunyai tiga Peribadi yang berbeza antara satu Peribadi yang lain di dalam "Zat/Kewujudan" yang sama.
Anda menulis,
"Sebenarnya Injil ni dari Tuhan atau kesaksian dari mereka yang menyaksikan peristiwa tersebut? Harap saudara tak perlu menjawabnya."
- Anda tidak mahu saya menjawabnya? Tidak apa, saya menjawabnya untuk mereka yang membaca dialog kita ini.
- Injil adalah Yesus Kristus sendiri. Iaitu kematian, kebangkitan dan keselamatan melalui pengorbanan-Nya di kayu salib.
- Injil (iaitu peristiwa kematian, kebangkitan dan keselamatan melalui pengorbanan-Nya di kayu salib) ini kemudian disebarkan oleh saksi-saksi kejadian peristiwa tersebut.
- Saya ajukan soalan untuk anda pula, menurut kepercayaan anda, apakah Injil itu?
"- Hanya ada dua kemungkinan.
i) Kristian yang bermula pada 600 tahun lalu adalah palsu,
atau
ii) Islam yang datang 600 tahun kemudian adalah palsu.
Tidak mungkin kedua-duanya benar pada masa yang sama.
Persoalannya, bukti2 yang ada mengesahkan kebenaran dan kepalsuan kepercayaan yang mana satu?"
Anda menjawab,
"Dan persoalannya bukti2 mana yang benar @ bukti2 mana yang palsu? Adakah bukti2 selari dengan akal fikiran yang waras @ kejadian alam yang setiap hari kita saksikan @ semata2 membenarkan bukti bagi menguatkan dakwaan?"
- Anda nampaknya mengelak dari menjawab persoalan yang saya lontarkan untuk anda. Tidak apa.
Anda menulis,
"Insyaallah, syurga yang saudara dakwa tidak akan bersorak kerana jangan kata umat Islam, manusia yang tidak percayakan Tuhan pun akan pening jika mengetahui perkara sebenar tentang kecelaruan konsep Triniti."
- Jika demikian, mengapa ada Atheist yang menjadi percaya kepada Kristianiti jika konsep Triniti ini celaru seperti yang anda dakwakan?
- Hanya kerana anda tidak memahami asas konsep ini, tidak bererti ia tidak benar.
Anda menulis,
"Selama ini konsep yang diguna pakai oleh kristian dengan mendakwa Tuhan Mengasihi semua umat manusia walaupun kepada mereka yang tidak mempercayaiNya adalah penipuan berdasarkan statement saudara sendiri."
- Ia bukanlah penipuan berdasarkan kenyataan saya sendiri. Ia terdapat di dalam Alkitab.
Saya berikan ayat tersebut sebagai bukti:
Matius 5:43-48
43 "Kamu sudah mendengar ajaran seperti berikut: ‘Kasihilah sahabatmu, dan bencilah musuhmu.’
44 Tetapi sekarang Aku berkata kepada kamu: Kasihilah musuh kamu dan berdoalah bagi orang yang menganiaya kamu.
45 Dengan demikian kamu menjadi anak-anak Bapa kamu yang di syurga, kerana Allah menerbitkan matahari yang dijadikan-Nya untuk orang yang baik dan yang jahat. Dia menurunkan hujan untuk orang yang mentaati Allah dan juga untuk orang yang tidak mentaati-Nya.
46 Patutkah kamu menerima pahala daripada Allah, jika kamu hanya mengasihi orang yang mengasihi kamu? Bukankah para pemungut cukai pun berbuat demikian?
47 Jika kamu hanya beramah-ramahan dengan kawan-kawan kamu, apakah kelebihannya? Orang yang tidak mengenal Allah pun berbuat demikian!
48 Kamu harus mengasihi semua orang, seperti Bapa kamu yang di syurga mengasihi semua orang."
Anda menulis,
"Konsep yang diperkenalkan oleh Paderi2 Kristian hanyalah untuk menutup kelemahan mereka bagi menghalalkan perbuatan dosa melalui penebusan manusia dari dosa. Hanyalah untuk menarik perhatian manusia agar tertarik pada ajaran Kristian hingga sanggup mengada2kan sesuatu yang pastinya tiada."
- Ia bukan diperkenalkan oleh paderi2 Kristian. Sudah saya berikan bukti di atas.
- Dan, memandangkan anda memberikan tuduhan, apa kata anda berikan bukti untuk menyokong tuduhan anda ini. Jika tuduhan anda tidak mempunyai bukti, bukankah itu bermakna anda telah melakukan fitnah?
"Mengatakan Tuhan Mengasihi semua manusia walau pada yang tidak menyembahnya namun pada masa yang sama jika tidak menerima pertolongannya pasti masuk neraka."
- Ya, kerana Tuhan itu adil. Kerana seperti yang anda katakan sendriri, "tiap perbuatan ada akibatnya"
Anda menulis,
"Menyembunyikan fakta sebenar demi kepentingan peribadi walhal kita sebagai manusia sedar tiap dari kita pasti akan diadili dengan sebena2 penghakiman kerna keadilan yang sebenar tidak melibatkan kasih saying"
- Pernahkah anda memikirkan hal ini? "Jika tidak ada kasih, untuk apa kita perlu bersikap adil?"
- Kita bersikap adil kerana kita mengasihi orang yang teraniaya, tertindas, yang tidak mendapat keadilan yang sepatutnya.
- Jika tidak ada Kasih, kita tidak akan Adil.
Anda menulis,
"Adakah saudara akan melepaskan anak saudara dari hukuman potong tangan tetapi tidak pada insan lain yang tidak mengakui saudara sebagai seorang yang adil?"
- Namun, itulah konsep Kasih di dalam kepercayaan anda. Di mana Allah hanya mengasihi mereka yang menyembah-Nya sahaja. Adakah itu adil? Kurang jelas? saya gunakan kenyataan anda ini untuk menjelaskannya.
"Adakah Allah akan melepaskan manusia dari hukuman neraka tetapi tidak pada insan lain yang tidak menyembah-Nya sebagai Tuhan yang adil?"
Anda menulis,
"Begitu murah sekali kasih sayant yang saudara sendiri gambarkan untuk Tuhan yang Maha Besar."
- Hakikatnya, Kasih yang TUHAN saya berikan bukan sekadar "murah", tetapi percuma. DIA memberikannya begitu sahaja walaupun kita tidak layak menerima-Nya. Lebih dari itu, DIA sanggup datang sendiri untuk melepaskan kita dari dosa.
- Inilah salah satu perbezaan besar di antara TUHAN yang saya sembah dan Allah yang anda sembah. Kasih TUHAN yang saya sembah tercurah untuk semua orang. Allah yang anda sembah hanya tercurah kepada orang yang menyembah-Nya.
- TUHAN yang saya sembah terlebih dahulu mengasihi saya, DIA terlebih dahulu mencari saya untuk diselamatkan, malah, memberikan kasih-NYA secara percuma.
- Allah yang anda sembah pula menuntut usaha anda untuk mendapat kasih-Nya. Dan jika anda tidak menyembah-Nya, Allah anda tidak akan mengasihi anda.
Saudara Tiwas menulis :
- Bezanya, walaupun kita percaya kepada Tuhan, Tuhan yang kita percayai adalah berbeza.
- Apa yang anda berikan hanyalah "Tuhan secara umum". Apabila kita melihat lebih terperinci, jelas kita percaya kepada Tuhan yang berbeza.
Ye saudara Tiwas, apabila anda meyelidiki dengan lebih dalam lagi, anda akan mendapati kita menyembah tuhan yang sama. Hanya kita sahaja yang membezakanNya.
- Perumpamaan air anda juga jelas menunjukkan kita percaya kepada Tuhan yang berbeza, kerana seperti air milo dan kopi, kedua-duanya tidak sama.
- Mungkin anda mengatakan kedua-duanya adalah cecair, namun, kedua-duanya bukanlah cecair yang sama.
Tidak mengapa jika saudara tetap membezakannya. audara enggan membuang milo @ dari kopi untuk melihat air yang sebenarnya. Sememangnya saudara enggan menyelidik ke tahap yang paling asa.
- Sama halnya dengan Tuhan kepercayaan kita masing-masing, memang secara umum, yang kita percayai adalah Tuhan, namun, anda percaya kepada Allah, saya pula percaya kepada TUHAN, maka, ia berbeza.
- Dan, jika kita konsisten dengan perumpamaan air anda, maka, anda perlu menerima bahawa Tuhan yang disembah oleh Hindu, Buddhist, Pagan, dan lain2 kepercayaan juga adalah Tuhan yang sama dengan Allah anda. Namun, anda menolak hal ini.
- Maka, jika anda menolak persamaan tersebut, mengapa pula untuk TUHAN yang disembah oleh Kristian anda katakan sama dengan Allah yang disembah oleh Islam?
Kita hanya membicarakan kepercayaan saudara dan saya. Melibatkan ke dua2 agama ini tanpa mengetahui sendiri pemahaman mereka melalui mereka sendiri seperti yang kita lakukan amatlah tidak adil. Namun saya ada mengatakan jika hendak membuat perbandingan dari segi SEJARAH (yang saya baca dan fahami) pastinya MEREKA MENGATAKAN TUHAN YANG MEREKA SEMBAH ADALAH LAIN DARI KEPERCAYAAN ISLAM. Akan tetapi adalah lebih baik jika saya sendiri mendengar dari penganut agama tersebut agar dapat membuat kesimpulan. Bergantung kepada sejarah semata-mata untuk memahami sesuatu perkara adalah amat tidak boleh dipercayai. Harapnya saudara dapat mengakui kadang kala sejarah yang kita baca tidak 100% benar disebabkan campur tangan pihak berkepentingan. Sebab itulah kita kena berfikir dan melihat sendiri keadaan sekarang dan dibandingkan dengan catatan sejarah samaada ianya benar atau hanyalah propaganda pihak2 tertentu.
- Persepsi orang yang menyaksikan peristiwa tersebut? Tidakkah anda tahu bahawa mereka ini adalah individu2 yang hidup sezaman dengan peristiwa tersebut?
- Jika ia adalah persepsi mereka sahaja, siapakah yang menyebabkan mereka berpresepsi seperti itu?
- Jika kita merujuk kepada Al-Quran, dikatakan Allah yang telah menyerupakan orang lain sebagai pengganti kepada Yesus (atau Isa menurut kepercayaan anda) ketika Dia disalibkan.
- Akibatnya, pengikut2 Yesus kemudian memberitakan tentang kematian dan kebangkitan Yesus.
- Jika kita memikirkan hal ini, tidakkah ini bererti punca mereka berprespesi seperti itu adalah kerana Allah yang telah menukar Isa dengan orang lain tanpa memberitahu murid-murid-Nya?
- Maka, saya lontarkan semula persoalan yang anda kerap gunakan, iaitu, mengapa? Mengapa Allah berbuat demikian? Mengapa Allah perlu menukar Yesus (Isa) dengan orang lain, di mana perbuatan tersebut telah menyebabkan murid-murid Yesus "berpresepsi" bahawa Dia telah disalibkan? Mengapa Allah membenarkan Kristianiti berkembang jika ia berpunca dari "presepsi" dan bukan realiti?
Mengapa Allah menukar rupa Judas (kalau saya betul?) kepada Isa sehingga mengakibatkan orang manyangka Isa telah mati dan seterusnya mengakibatkan fahamn kristian berkembang?
Mengapa saudara yang menyaksikan orang lain yang diserupakan Isa dibunuh dan dikebumikan kemudian mengatakan Isa sendiri dibunuh dan hanya 3 hari selepas itu (kenapa tidak terus hidup selepas di bunuh) mendakwa Isa hidup kembali dan di angkat ke sisi tuhan dan bersatu dalam kesatuan tuhan itu sendiri namun jasad manusianya ditempatkan di sisinya dan seterusnya mendakwa Yesus itu tuhan? Mengapa saudara yang telah berguru/mengikut/bersama2 berdoa/menyembah Tuhan diwaktu Yesus hidup tiba2 mendakwa perkara di atas? Mengapa setelah Yesus diangkat kelangit barulah timbul dakwaan dia adalah tuhan?@ Adakah saudara yang telah sedar hal sebenar namun tetap menipu @ saudara dikelirukan oleh iblis yang sememangnya mahu menyesatkan manusia? Adakah sememangnya sikap saudara yang sering menyalahkan Tuhan untuk menutup kelemahan diri dengan mendakwa mengapa Tuhan menyerupakan orang lain dengan Isa sehingga menyebabkan saudara melakukan kesilapan? Mengapa tidak saudara menyalahkan tuhan kerana mentakdirkan Yesus dibunuh dan hidup kembali lalu diangkat ke langit lalu meninggalkan saudara dalam keadaan ragu2 akan status Yesus?
Realitinya Nabi Isa semasa bersama2 saudara telah mengajar tentang keesaan Tuhan dan dia hanyalah rasulNya (malah anda bersama2 Nabi Isa telah berdoa/menyembah/melafazkan kepada Allah yag Esa) namun atas kelemahan saudara yang gagal belajar dan menerima @ mempunyai tujuan tertentu (semestinya dihasut oleh iblis kerana iblis sememangnya mahu manusia keliru dan seterusnya menyekutukan Allah?(Penggunaan perkataan SAUDARA dengan tujuan agar saudara Tiwas seolah2 berada sezaman dengan Nabi Isa. Bukan dengan tujuan lain.)
- Nampaknya, kenyataan anda di sini bercanggah dengan kenyataan awal anda. Sebelum ini, anda menolak persamaan di antara Allah yang anda sembah dengan tuhan kepercayaan Hindu dan Buddhist.
- Sekarang, anda katakan tuhan2 mereka adalah Tuhan yang anda sembah, cuma mereka telah dikelirukan?
Sila baca kenyataan saya :-
Kita hanya membicarakan kepercayaan saudara dan saya. Melibatkan ke dua2 agama ini tanpa mengetahui sendiri pemahaman mereka melalui mereka sendiri seperti yang kita lakukan amatlah tidak adil. Namun saya ada mengatakan jika hendak membuat perbandingan dari segi SEJARAH (yang saya baca dan fahami) pastinya MEREKA MENGATAKAN TUHAN YANG MEREKA SEMBAH ADALAH LAIN DARI KEPERCAYAAN ISLAM. Akan tetapi adalah lebih baik jika saya sendiri mendengar dari penganut agama tersebut agar dapat membuat kesimpulan. Bergantung kepada sejarah semata-mata untuk memahami sesuatu perkara adalah amat tidak boleh dipercayai. Harapnya saudara dapat mengakui kadang kala sejarah yang kita baca tidak 100% benar disebabkan campur tangan pihak berkepentingan. Sebab itulah kita kena berfikir dan melihat sendiri keadaan sekarang dan dibandingkan dengan catatan sejarah samaada ianya benar atau hanyalah propaganda pihak2 tertentu.
- Persoalannya, bagaimana anda tahu bahawa anda sendiri tidak hanyut atau semakin jauh dari kebenaran?
Jawapannya ialah saya dan ramai lagi serta juga penganut kristian sendiri malah anda sendiri akan sukar @ gagal memahami/menerangkan konsep 3 peribadi dalam 1 kesatuan@ itu sendiri akan tetapi jika saudara bertanya penganut kristian sendiri terjemahan kalimah “tiada tuhan yang aku sembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah”, mereka akan menerangkan/menjelaskan dengan mudah/jelas malah rasa2nya budak tadika pun akan mampu menjawabnya.
"1. Seorang pemuda melakukan kesalahan dan dihukum penjara @ denda. Oleh kerana pemuda itu bukan anak hakim tersebut dia pun dipenjarakan kerana tidak mampu membayar denda. Pro kontra antara kasih dan adil."
Saudara Tiwas menulis :
- Persamaan anda ini tidak tepat menggambarkan kepercayaan Kristian, kerana, TUHAN melihat semua manusia sebagai anak-Nya.
- Mungkin, perumpamaan yang anda berikan ini lebih tepat menggambarkan Allah yang anda sembah.
Tuhan yang anda fahami yang amat mengasihi itu pun enggan mengeluarkan duit untuk menebus pemuda yang enggan mengakui ketuhannya lalu pemuda itu dihukum mati kerana tidak ada duit untuk membayar denda.
Saudara menterbalikkan cerita ini pada saya pula. Baiklah, jadi anda mahu mengatakan tiap manusia akan masuk syurga walaupun tidak percaya kepada kepercayaan anda?Sila baca kembali stetement saudara dan saya.
Saya menulis,
"Seorang pemuda melakukan kesalahan dan bila ditanaya oleh hakim mengapa, dia menjawab ‘kenapa perlu risau..saya akan terlepas dari hukuman ini kerana saya anak hakim. Dan huru haralah dunia pabila makin ramai yang melakukan kesalahan.Adil kah hakim apabila membiarkan dunia ini menjadi huru hara, pabila membiarkan manusia tidak bersalah menanggung akibatnya?"
Saudara Tiwas menulis
- Perumpamaan anda ini juga tidak tepat kerana anda menganggap pengampunan yang diberikan oleh TUHAN melalui Yesus adalah lesen untuk melakukan dosa.
- Syarat menerima pengampunan tersebut adalah percaya sungguh2 bahawa Yesus adalah Tuhan dan Juruselamat.
- Dan setelah percaya, tindakan iman kita adalah taat kepada perintah-Nya.
- Jika kita berkata telah menerima Yesus sebagai Tuhan dan Juruselamat, namun tidak bertaubat dan menyesal dari dosa-dosa kita, itu menunjukkan, kita tidak sungguh-sungguh percaya kepada-Nya.
- Selain itu, di dalam perumpamaan yang saya berikan, Hakim tersebut tidak melepaskan pemuda tersebut begitu sahaja hanya kerana dia anaknya, sebaliknya, Hakim itu sendiri yang membayar denda tersebut bagi pihak anaknya.
- Dengan kata lain, hukuman untuk kesalahan tersebut tetap dilaksanakan, cuma, yang menanggungnya adalah si Hakim sendiri.
Namun tetap tidak akan menjawab persoalan keadilan hanya untuk anak2 hakim tetapi manusia yang tidak percaya tetap perlu ke neraka serta menanggung di dunia keputusan hakim yang melepas dan membebas pesalah yang telah bertaubat dengan mengakui kehakiman. Ini cuma menunjukkan kelemahan dan kegagalan system itu sendiri.
Saya berikan satu lagi perumpamaan untuk menjelaskan tindakan kita setelah diberikan pengampunan sedemikian.
- Jika kita berhutang RM10, lalu, datang seorang yang tidak kita kenal, membayar bagi pihak kita, sudah tentu kita akan berterima kasih sahaja kerana nilai hutang yang dilunaskan tersebut tidak terlalu mahal.
- Namun, katakan jika kita berhutang suatu jumlah yang sangat banyak, sehingga kita tidak akan mampu membayarnya walaupun kita bekerja sehingga tua, dan kita sangat tertekan dengan hal tersebut. Tiba2, datang seorang yang tidak kita kenali, membayar semua hutang tersebut bagi pihak kita, malah tidak meminta kita membayarnya semula kepadanya, apakah reaksi kita? Adakah kita hanya akan berterima kasih?
- Sudah tentu kita akan sangat2 terhutang budi, sehingga kita akan sanggup melakukan apa sahaja demi orang tersebut.
- Sekarang, bayangkan kita berhutang nyawa, dan seorang yang tidak kita kenali, sanggup mati untuk kita agar kita terlepas dari hutang nyawa tersebut. Apakah reaksi kita? Sudah tentu kita akan sangat3 terhutang nyawa, dan budi kepada orang tersebut. Sehingga kita mungkin akan meratapi kematiannya seperti keluarga kita sendiri.
- Begitulah reaksi yang sepatutnya timbul bagi orang-orang yang benar2 percaya kepada pengorbanan Yesus. Kerana, Dia telah membayar harga dosa kita menggunakan nyawa-Nya, dan Dia melakukan-Nya tanpa meminta balasan daripada kita.
- Yesus telah membayar harga untuk menebus kita dari dosa. Akibat dosa adalah maut yang kekal iaitu neraka.
- Jika kita benar2 mengerti betapa besarnya nilai pengorbanan Yesus untuk kita, kita tidak akan berfikir bahawa pengorbanan tersebut adalah suatu lesen untuk kita melakukan dosa. Sebaliknya, kita akan bersyukur, berterima kasih, dan sanggup menyerahkan nyawa kita untuk percaya dan taat kepada Dia yang telah menyelamatkan kita dari maut yang kekal, iaitu neraka.
Nampaknya saudara Tiwas telah sedar kesilapannya. Saudara sendiri mengatakan kita harus berterima kasih dan taat pada seseorang yang telah berkorban nyawa untuk manusia. Yelah, mana ada manusia yang sanggup berkorban untuk kita di saat kematiaannya akan mengatakan “Aku telah berkorban nyawa demi menyelamatkan kamu, jadi taatlah ajaran aku dan sembahlah aku sebagai tuhan kamu.”(Mana mungkin dia akan mengatakan hal yang memalukan iaitu suruh orang lain menyembah dia sebagai tuhan walhal dia sendiri pun mati).Ermm..atau setelah dia mati dia bangun kembali dan mengajak manusia menyembahnya (Lagi tak mungkin, sebab dia perlukan 3 hari untuk hidup semula. Lagipun bagaimana dia nak suruh orang sembah dia jika dia sendiri pun tak dapat selamatkan dirinya dari kematian?.Kemungkinan yang ada cuma saksi2 yang terkeliru akibat dari kesedihan yang melampau dan mungkin untuk menebus dosanya sendiri @ kelemahan kerana gagal melindungi orang yang dikasihi serta dihasut oleh iblis jadi cerita ini pun timbul).Mana mungkin kan saudara tiwas? Kemungkinan yang ada ““Aku telah berkorban nyawa demi menyelamatkan kamu, jadi taatlah ajaran aku agar menyembah Tuhan yang Esa iaitu Allah.”
Saudara Tiwas menulis :
- Dan saya setuju, Iblis memang pakar dalam mengelirukan manusia. Iblis membuatkan kita percaya bahawa dengan usaha kita sendiri, kita akan masuk ke syurga. Sedangkan kita tidak sedar, walau sebaik mana pun kita, kita tetap tidak akan layak masuk kesyurga kerana TUHAN itu kudus.
Iblis menangis apabila ada manusia yang percaya untuk sanggup berusaha,,tetapi gembira bila ada manusia yang berputus asa dan menyerahkan segala usaha kepada insan lain.
Saudara pernah mendengar ungkapan “Kita berusaha, Tuhan yang menentukan’?
Berusahalah bersungguh2 dan bersabarlah menerima ketentuan Allah.
Saya menulis,
"Sistem undang2 pun tak efisien. Apa yang bagusnya kalau undang-undang membenarkan sesuatu hukuman di tebus dengan RM. Jika pesalah orang kaya dia mampu, tapi jika dia tak kaya adakah dia mampu?Adilkah itu?Atau hakim sendiri yang akan mengeluarkan duit untuk menebus hukuman. Jika begitu relevankah undang2 yang dicipta? Jika hakim benar2 kasih dan adil kenapa perlu ada syarat perlu menerima pertolongan hakim (percaya kepada hakim)."
Saudara Tiwas menulis
- Apa yang saya berikan hanyalah perumpamaan untuk menjelaskan perbuatan Kasih TUHAN kepada kita.
- Namun, anda menambahkan perincian2 yang tidak berkaitan ke dalam perumpamaan tersebut, hanya kerana anda mahu menidakkannya.
- Konteks perumpamaan tersebut adalah,
i) TUHAN adalah Hakim yang Maha Adil.
ii) TUHAN juga adalah Bapa yang Maha Kasih.
iii) Kita sebagai manusia tidak akan pernah mampu menebus dosa-dosa kita sendiri, kerana kita berdosa kepada TUHAN yang kekal.
iv) TUHAN tahu ketidakmampuan kita tersebut, maka DIA memberikan tawaran kepada kita, iaitu DIA menanggung hukuma tersebut bagi pihak kita.
v) Jika kita menerima tawaran tersebut, kita secara langsung percaya kepada pengorbanan-Nya, dan akan taat kepada-Nya sebagai tanda kesyukuran kita kepada pengorbanan yang tidak ternilai tersebut.
- Maka, tidak timbul soal "orang kaya" atau "orang tidak kaya", kerana di hadapan TUHAN, kita hanyalah manusia fana yang tidak berdaya. Di hadapan TUHAN, kita seperti "orang tidak kaya".
- Jika kita tidak menerima pertolongan hakim tersebut, kita akan menanggung sendiri hukuman tersebut. Dan, kita bebas untuk tidak menerimanya.
- Sama juga dengan pengorbanan yang telah dilakukan oleh Yesus. Kita bebas untuk menolaknya, seperti yang anda lakukan sekarang. Namun, itu bererti, yang menolaknya bakal menanggung sendiri akibat dosanya sendiri.
Dan apakah hukumannya pada yang tidak percaya?
"Saudara dikelirukan lagi, dan lagi. Adil tetap adil, kasih tetap kasih. Yang berusaha akan dapat ganjarannya, yang malas pastinya tidak layak mendapat apa2."
Saudara Tiwas menulis
- Benar, namun, dalam konteks ini, kita tidak akan pernah mampu sampai kepada tahap kesempurnaan yang TUHAN mahukan dari kita.
- Untuk masuk ke syurga, tidak cukup dengan sekadar usaha kita, kerana hakikatnya, usaha kita tidak akan pernah cukup untuk sampai kepada kesempurnaan yang TUHAN mahukan, kerana DIA adalah sempurna.
- Kasih-Nya sempurna, keadilan-Nya juga sempurna.
Jangan risau saudara, Allah Maha Mengetahui. Allah takkan memberatkan hamba2Nya dengan sesuatu yang di luar kemampuan manusia. Allah yang mencipta setiap dari kita. Apa yang anda tuliskan hanyalah anggapan anda sahaja. Sehingga tahap mana kehidupan kita, biarlah Allah saja yang menentukan namun kita sebagai makhluk yang diciptaNya berusahalah tanpa jemu, tanpa putus asa. Allah Maha Mengasihi lagi Maha Penyayang. Berusahalah, berserahlah, yakinlah, bersabarlah dan Allah jua yang akan menentukan segalaNya.
"Saya menerima sahaja apa yang diperintahkan Tuhan. Bila Allah mengasihi saya bersyukur, bila Allh menghukum pastinya ada kesalahan yang saya lakukan. Saya takkan mempertikaikan seperti yang saudara buat, Tuhan kasih tapi adil, lepas tu saudara terpaksa mencari cerita yang sesuai untuk merelevankan keadilan dan kasih tuhan yang sebenarnya hanyalah pemahaman dan tafsiran saudara sebagai makhluk ciptaanNya yang pastinya lemah dan tidak berkuasa."
Saudara Tiwas menulis
- Ia bukanlah pemahaman dan tafsiran saya sendiri, tetapi berdasarkan apa yang telah DIA nyatakan sendiri melalui Yesus Kristus.
- Tuhan memang Kasih, dan Adil. Jika tidak, untuk apa Tuhan mewujudkan neraka?
- Jika Tuhan suka2 memasukkan kita ke syurga, apa jaminan anda bahawa Tuhan juga tidak akan suka2 memasukkan kita ke neraka?
- Allah yang anda sembah boleh mengampunkan dosa manusia begitu sahaja, betul? Maka, atas dasar apa Allah yang anda sembah boleh mengampunkan dosa manusia begitu sahaja? Seolah2 dosa bukanlah sesuatu yang penting, kerana boleh dilepas pandang begitu sahaja.
Demi Allah yang Satu. Saya benar2 yakin dan percaya Allah tuhan yang satu, tuhan yang disembah sekalian alam. Tuhan tak perlukan manusia bahkan tidak berkehendakkan apa2 tapi kita yang memerlukan DIa. Kita yang menagih kasih sayang Allah. Sama seperti saudara saya juga bercita-cita untuk kembali kepada Nya SEPERTI ANAK YANG PULANG KE PANGKUAN IBUNYA(janganlah disalah anggap perumpamaan ini kerana perumpamaan ini sesuai dengan fitrah manusia dan kemampuan daya fikiran manusia bedasarkan pengalaman hidup), seperti itulah hasrat saya. Walau saya sedar saya hanyalah hambaNya yang hina dan banyak berbuat dosa hingga malu untuk memohon/berdoa padaNya, akan tetapi jauh di sudut hati mengharapkan Allah sudi melimpahkan kasih sayangNya pada saya.
Semua ini atas dasar ikhlas.
- Jika kita tidak memiliki kitab2 yang anda sebutkan di atas, sudah tentu, pilihan paling rasional yang dapat kita buat adalah mempercayai bahawa dunia ini wujud secara kebetulan, kerana kita tidak tahu apa2 selain apa yang kita lihat di dunia ini.
1.KITA BERMULA DARI KOSONG IAITU PEMAHAMAN KEJADIAN ALAM
HANYALAH KEBETULAN DENGAN ALASAN - Sebenarnya, saya telah memikirkan hal
ini, ketika saya hampir2 menjadi seorang Atheist/Agnostik suatu ketika dahulu.
- Namun, saya menjadi diyakinkan dengan argumen "fine tuning", iaitu adalah mustahil alam
maya yang tersusun dengan ketepatan matematik yang luar biasa ini, wujud secara kebetulan.
2. KITA MELEPASI SATU PERINGKAT DAN MULA MEMASUKI PERINGKAT YANG
ANDA GELAR FINE TUNING YANG BERMAKNA ANDA PERCAYA DAN YAKIN
ALAM INI ADA PENCIPTA DAN PENTADBIRNYA YANG SEMESTINYA YANG
MAHA BERKUASA DAN MAHA BIJAKSANA DENGAN SALAH SATU ALASAN
- Namun, saya menjadi diyakinkan dengan argumen "fine tuning", iaitu adalah mustahil alam
maya yang tersusun dengan ketepatan matematik yang luar biasa ini, wujud secara kebetulan.-- Jika semua ini hanyalah kebetulan, kita tidak lebih dari sekadar produk alam sekitar yang muncul secara rawak, dan akan hilang juga secara rawak.
3. SETERUSNYA KITA TELAH DIBERI PILIHAN SAMAADA MEMILIH AJARAN MANA YANG SESUAI DAN SELARI DENGAN PERNYATAAN DI ATAS YAKNI ALAM INI DI CIPTA YANG MAHA KUASA.
SOALAN SAYA, BERDASARKAN TAHAP2 YANG DISEBUT TADI, DENGAN ALASAN2 YANG ANDA SENDIRI YAKINI, MENGAPA ANDA MEMILIH UNTUK PERCAYA KEPADA KETUHANAN YESUS YANG MANA ANDA SENDIRI AKUI KEYAKINAN ANDA BERDASARKAN PADA - Seterusnya, saya menjadi diyakinkan dengan Peribadi Yesus Kristus. Kerana kwujudan-Nya, kematian-Nya, kebangkitan-Nya, benar2 telah terjadi di dalam sejarah manusia, malah, kita boleh menyelidiki kesahihannya,
- Kristianiti adalah satu-satunya kepercayaan di dunia ini yang mengatakan TUHAN sendiri telah datang kepada manusia untuk menyelamatkan kita, dan dapat dakwaan diselidiki secara sejarah.????
DAN MENGAPA ANDA TIDAK BOLEH MEYAKINI DAN MEMPERCAYAI BAHAWASANYA BERDASARKAN HUJAH2 YANG ANDA SENDIRI BERIKAN IAITU - Namun, saya menjadi diyakinkan dengan argumen "fine tuning", iaitu adalah mustahil alam maya yang tersusun dengan ketepatan matematik yang luar biasa ini, wujud secara kebetulan HANYA ALLAH YANG LAYAK DISEMBAH DAN TIADA SEKUTU BAGINYA DENGAN ALASAN alam maya yang tersusun dengan ketepatan matematik yang luar biasa ini MUSTAHIL HANYA KEBETULAN ATAU DITADBIR ATAU DICIPTA OLEH 2 @ 3 TUHAN ATAU DICIPTA OLEH TUHAN YANG Kerana kwujudan-Nya, kematian-Nya, kebangkitan-Nya
- Kristianiti adalah satu-satunya kepercayaan di dunia ini yang mengatakan TUHAN sendiri telah datang kepada manusia untuk menyelamatkan kita, dan dapat dakwaan diselidiki secara sejarah.????
DAN MENGAPA SAYA TIDAK BOLEH MENYANGGAH PEMAHAMAN ANDA YANG MENGATAKAN - Seterusnya, saya menjadi diyakinkan dengan Peribadi Yesus Kristus. Kerana kwujudan-Nya, kematian-Nya, kebangkitan-Nya, benar2 telah terjadi di dalam sejarah manusia, malah, kita boleh menyelidiki kesahihannya,
- Kristianiti adalah satu-satunya kepercayaan di dunia ini yang mengatakan TUHAN sendiri telah datang kepada manusia untuk menyelamatkan kita, dan dapat dakwaan diselidiki secara sejarah.???? YANG MANA ANDA SENDIRI TELAH AKUI BAHAWASANYA Kerana kwujudan-Nya, kematian-Nya, kebangkitan-Nya SERTA KEPERLUANNYA UNTUK TUHAN sendiri telah datang kepada manusia untuk menyelamatkan kita.????
DAN MENGAPA ANDA TIDAK BOLEH - Kristianiti adalah satu-satunya kepercayaan di
dunia ini yang mengatakan TUHAN sendiri telah datang kepada manusia untuk
menyelamatkan kita, dan dapat dakwaan diselidiki secara sejarah YANG MANA ANDA
DAKWA DAPAT DIBUKTIKAN MELALUI SEJARAH UNTUK MENYELARIKAN
PEMAHAMAN ANDA - Namun, saya menjadi diyakinkan dengan argumen "fine tuning",
iaitu adalah mustahil alam maya yang tersusun dengan ketepatan matematik yang luar biasa
ini, wujud secara kebetulan.??
- Sedangkan kepercayaan ini wujud bukan kerana kitab, tetapi kerana Yesus benar2 wujud dan pernah berjalan di muka bumi ini, serta mengatakan bahawa Dia adalah TUHAN dan Juruselamat. Kata2 ini yang menjadi Injil. Bukannya kerana sebuah Kitab Injil yang diturunkan dari syurga.
Dan anda mempercayai @ telah tersalah tafsir pemahaman kepercayaan ini berdasarkan sejarah ribuan tahun oleh saksi2 yang belum tentu boleh dipercayai atau pun mungkin saja sejarah @ kepercayaan ini telah diubah suai dengan tujuan tertentu walhal anda berkesempatan untuk menyelarikan kepercayaan ini berlandaskan pemahaman anda tentang kejadian alam.
Saudara Tiwas menulis
- Persoalannya, bolehkah anda sendiri sampai kepada kesimpulan ini jika Al-Quran dan Nabi Muhammad tidak wujud?
- Kerana, fahaman anda sendiri bukan berasal daripada perbuatan "merenung dan berfikir dan merasai kejadian alam ini".
- Anda sendiri mendapat fahaman anda daripada Al-Quran dan Nabi Muhammad.
Insyaallah akan tetapi jauh sekali untuk percaya jika dalam situasi kekosongan tersebut datang pada saya orang yang mengutarakan teori sebahagian dari diri tuhan yang maha bijaksana turun ke bumi melalui seorang manusia dan menjadi manusia dan selam dia hidup tidak pernah mendakwa dia tuhan dan kemudian mati dibunuh dan selepas 3 hari hidup kembali dan bersatu dengan asalnya.
- Sudah tentu tidak, kerana semua itu berasal daripada Yesus Kristus sendiri. Apa yang anda cuba katakan ini adalah suatu perincian spesifik yang tidak mungkin akan kita ketahui dengan hanya melihat kepada alam semesta ini.
- Soalan anda ini tidak munasabah. Ia seperti saya bertanya kepada anda, "bolehkah anda tahu Nabi Muhammad adalah nabi terakhir dengan hanya berfikir dan merasai kejadian alam ini untuk merumuskannya jika Al-Quran dan Nabi Muhammad tidak wujud?"
Sudah tentu ya berdasarkan pada –
Namun, saya menjadi diyakinkan dengan argumen "fine tuning", iaitu adalah mustahil alam
maya yang tersusun dengan ketepatan matematik yang luar biasa ini, wujud secara kebetulan.-- Jika semua ini hanyalah kebetulan, kita tidak lebih dari sekadar produk alam sekitar yang muncul secara rawak, dan akan hilang juga secara rawak.
Dengan alasan
alam maya yang tersusun dengan ketepatan matematik yang luar biasa ini MUSTAHIL HANYA KEBETULAN ATAU DITADBIR ATAU DICIPTA OLEH 2 @ 3 TUHAN ATAU DICIPTA OLEH TUHAN YANG Kerana kwujudan-Nya, kematian-Nya, kebangkitan-Nya
dengan alasan dosa manusia pun tuhan sendiri perlu hingga turun ke bumi untuk menebus masakan tuhan sebegini (yang anda fahami) boleh mencipta alam maya yang tersusun dengan ketepatan matematik yang luar biasa ini
"Bukankah kepercayaan sebegini hanyalah dongengan dan kisah2 pengubat hati (menghalalkan perbuatan dosa itu sendiri dan seterusnya mengikat manusia kepada dosa)."
Saudara Tiwas menulis
- Atas dasar apa anda mengatakan ia dongengan? Tidakkah anda sedar kesimpulan anda ini tidak selari dengan poin2 hujah anda sendiri?
- Bukankah anda mengatakan "Andaikan Injil,Al-quran,Taurat tidak pernah wujud"? Jika ia tidak wujud, sudah tentu anda sendiri juga tidak akan tahu sama ada ia adalah dongenan atau tidak kerana semua yang anda persoalkan di atas adalah bersumberkan Injil, AlQuran dan Taurat yang anda katakan tidak wujud tersebut.
Bukan atas alasan kewujudan kitab tetapi atas alasan anda iaitu :
- Namun, saya menjadi diyakinkan dengan argumen "fine tuning", iaitu adalah mustahil alam
maya yang tersusun dengan ketepatan matematik yang luar biasa ini, wujud secara kebetulan.-- Jika semua ini hanyalah kebetulan, kita tidak lebih dari sekadar produk alam sekitar yang muncul secara rawak, dan akan hilang juga secara rawak.
"Kasihkah kita pada manusia yang mengakui kita adalah saudara dia lalu kita lepaskan dari hukuman manakala mereka yang memilih tidak mengakui kita adalah saudara dia pastinya menerima hukuman? Bukankah cerita hakim dan pesalah yang saudara tuliskan jelas menunjukkan bahawasanya saya telah berkata benar."
Saudara Tiwas menulis :
- Sekali lagi, anda memutar belit perumpamaan yang saya berikan.
- Kasih yang sempurna, adalah mengasihi orang yang menganiayai kita, dan sanggup memaafkan mereka.
- Dan, hukuman tetap ada, kita tidak akan terlepas jika kita tidak menerima pengampunan yang diberikan.
- Dan, mungkin anda tidak sedar, tetapi dari kenyataan anda ini, anda secara tidak langsung bersetuju bahawa tindakan Allah hanya mengasihi orang yang mengasihi-Nya adalah kasih yang tidak sempurna.
Statement/perumpamaan anda :
1Seorang pemuda telah didapati bersalah kerana melakukan kesalahan. Hakim yang membicarakan kes tersebut pun menjatuhkan hukuman kepada pemuda tersebut. Akibatnya, pemuda tersebut perlu membayar denda untuk menebus kesalahannya, jika tidak, dia akan dipenjarakan.
Namun, dia tidak mampu membayar denda tersebut. Akibatnya, dia perlu dipenjarakan.
Namun, Hakim yang telah menjatuhkan hukuman tersebut tiba2 turun dari kerusi pengadilannya, membuka jubah kehakimannya, lalu pergi kepada pemuda tersebut, lalu membayar denda yang sepatutnya dibayar oleh pemuda tersebut. Mengapa? Kerana pemuda tersebut adalah anaknya. Oleh kerana Hakim itu sangat mengasihi anaknya, dia sanggup turun dan membayar denda bagi pihak anaknya.
Hakim tersebut sebenarnya berkuasa untuk melepaskan anaknya begitu sahaja, namun, dia tidak berbuat demikian, kerana dia seorang hakim yang adil.
Pemuda ini juga mempunyai pilihan sama ada mahu menerima pengobanan Hakim tersebut (yang mana adalah bapanya) atau menolaknya. Jika dia menerima pengorbanan hakim tersebut, dia akan selamat dari dipenjarakan. Jika dia menolak, dia akan dipenjarakan.
No 5 – Pemuda ini mempunyai pilihan untuk menerima pengorban hakim dengan mengakui penghakimannya lalu terlepas dari hukuman. Jika menolak pengorbanan (tidak mempercayai pengorbanan hakim) dia tetap akan dijatuhi hukuman mati kekal abadi (neraka) - Jika dia menerima pengorbanan hakim tersebut, dia akan selamat dari dipenjarakan. Jika dia menolak, dia akan dipenjarakan.
. Kenapa perlu percaya yang hakim akan melepaskan dia dari hukuman walhal hakim boleh saja menghapuskan hukuman walau pada pesalah itu atas dasar kasihan. Bukankah lebih mudah dikatakan – ko percaya kat aku, baru aku tolong ko dari neraka. Kalau ko tak percaya kat aku ko terimalah hukuman. Bukankah kasih hakim yang anda nyatakanhanya berlaku pada yang percaya kat dia SAHAJA? Bukankah hukuman TETAP jatuh pada yang tak percaya padanya? Ya, anda sendiri membenarkan kenyataan saya yang terdahulu iaitu Kasih Allah pada seluruh alam namun hukuman tetap jatuh pada yang menyekutukanNya.Namun Allah itu Maha Mengampuni pada hamba2Nya yang bertaubat.Allahualam..
"Triniti??dalam keesaan wujud 3 peribadi tetapi Tuhan itu sendiri. Juga 3 peribadi boleh berinteraksi antara satu sama lain??Bagaimana saudara boleh gambarkan?Bagaimana saya boleh gambarkan??Jika Tuhan yang Maha Besar tidak dapat digambarkan bagaimana saudara boleh gambarkan?"
Saudara menulis :
- Kerana itu yang dinyatakan di dalam Alkitab. Anak berinteraksi dengan Bapa, Bapa berinteraksi dengan Anak, dan Roh Kudus berinteraksi dengan Bapa, dan Anak.
- Hal ini bukan idea yang timbul begitu sahaja. Kita tidak akan tahu jika TUHAN tidak menyatakan kewujudan interaksi ini kepada kita.
Kisah Nabi Musa dalam al-quran menggambarkan bukit hancur luluh apabila Musa memohon agar Allah menunjukkan ZatNya. (Saya percaya anda pun tau kisah ni. Saya tak pasti jika ada dalam Injil).
Anda menulis,
"Sebenarnya Injil ni dari Tuhan atau kesaksian dari mereka yang menyaksikan peristiwa tersebut? Harap saudara tak perlu menjawabnya."
- Anda tidak mahu saya menjawabnya? Tidak apa, saya menjawabnya untuk mereka yang membaca dialog kita ini.
- Injil adalah Yesus Kristus sendiri. Iaitu kematian, kebangkitan dan keselamatan melalui pengorbanan-Nya di kayu salib.
- Injil (iaitu peristiwa kematian, kebangkitan dan keselamatan melalui pengorbanan-Nya di kayu salib) ini kemudian disebarkan oleh saksi-saksi kejadian peristiwa tersebut.
- Saya ajukan soalan untuk anda pula, menurut kepercayaan anda, apakah Injil itu?
Menurut saya kitab Injil yang anda yakini bukanlah asli. Kitab yang anda yakini adalah peristiwa yang direkodkan oleh saksi2 yang pengkaji2 sejarah dakwa hidup sezaman dengan Isa.
"Dan persoalannya bukti2 mana yang benar @ bukti2 mana yang palsu? Adakah bukti2 selari dengan akal fikiran yang waras @ kejadian alam yang setiap hari kita saksikan @ semata2 membenarkan bukti bagi menguatkan dakwaan?"
- Anda nampaknya mengelak dari menjawab persoalan yang saya lontarkan untuk anda. Tidak apa.
Saya bukan mengelak. Anda meminta saya mengkaji dan mengesahkan kitab agama ribuan tahun lepas?? Anda meminta saya mengkaji bukti2 dari ribuan tahun lepas??Har3…Ada ke bukti (bukan saksi) Nabi Isa disalib? Ada bukti kubur Nabi Isa? Apakah sumber2 sejarah yang saya boleh percayai??Dari mana sumber2nya.
Saudara Tiwas menulis :
- Jika demikian, mengapa ada Atheist yang menjadi percaya kepada Kristianiti jika konsep Triniti ini celaru seperti yang anda dakwakan?
Anda benar.
- Hanya kerana anda tidak memahami asas konsep ini, tidak bererti ia tidak benar.
Ye, anda benar dan anda akan lagi benar jika anda sendiri tidak memahami konsep ini, mengapa tidak berkata benar?
Tanpa Nama menulis,
"Selama ini konsep yang diguna pakai oleh kristian dengan mendakwa Tuhan Mengasihi semua umat manusia walaupun kepada mereka yang tidak mempercayaiNya adalah penipuan berdasarkan statement saudara sendiri."
Tiwas menulis,
- Ia bukanlah penipuan berdasarkan kenyataan saya sendiri. Ia terdapat di dalam Alkitab.
Saya berikan ayat tersebut sebagai bukti:
Matius 5:43-48
43 "Kamu sudah mendengar ajaran seperti berikut: ‘Kasihilah sahabatmu, dan bencilah musuhmu.’
44 Tetapi sekarang Aku berkata kepada kamu: Kasihilah musuh kamu dan berdoalah bagi orang yang menganiaya kamu.
45 Dengan demikian kamu menjadi anak-anak Bapa kamu yang di syurga, kerana Allah menerbitkan matahari yang dijadikan-Nya untuk orang yang baik dan yang jahat. Dia menurunkan hujan untuk orang yang mentaati Allah dan juga untuk orang yang tidak mentaati-Nya.
46 Patutkah kamu menerima pahala daripada Allah, jika kamu hanya mengasihi orang yang mengasihi kamu? Bukankah para pemungut cukai pun berbuat demikian?
47 Jika kamu hanya beramah-ramahan dengan kawan-kawan kamu, apakah kelebihannya? Orang yang tidak mengenal Allah pun berbuat demikian!
48 Kamu harus mengasihi semua orang, seperti Bapa kamu yang di syurga mengasihi semua orang."
Wah, adakah saya akan masuk syurga jika saya masih lagi muslim?? Boleh saudara berikan ayatnya? Atau ayat tentang siapa yang masuk neraka? (jangan disembunyikan kebenaran)
"Menyembunyikan fakta sebenar demi kepentingan peribadi walhal kita sebagai manusia sedar tiap dari kita pasti akan diadili dengan sebena2 penghakiman kerna keadilan yang sebenar tidak melibatkan kasih saying"
Tiwas menulis :
- Pernahkah anda memikirkan hal ini? "Jika tidak ada kasih, untuk apa kita perlu bersikap adil?"
- Kita bersikap adil kerana kita mengasihi orang yang teraniaya, tertindas, yang tidak mendapat keadilan yang sepatutnya.
- Jika tidak ada Kasih, kita tidak akan Adil.
Kita bersikap adil kerana itu kebenarannya/sepatutnya bukan kerana seseorang itu kita kasih. Walaupun anda telah menjatuhkan hukuman penjara kepada insan yang anda kasihi kerana dia telah melakukan kesalahan tidak bermakna anda tidak mengasihinya. Anda melakukannya kerana itulah kasih sayang anda kepada mangsa. Bahkan anda menghukumnya dengan harapan yang tentunya didorong perasaan kasih sayang agar dia bertaubat dan menginsafi kesalahannya. Inilah keadilan yang sebenar. Bukan seperti dakwaan anda yang cuba menyembunyikan kebenaran dan enggan mengakui agar manusia tertarik pada kepercayaan kristian.
Tiwas menulis
- Namun, itulah konsep Kasih di dalam kepercayaan anda. Di mana Allah hanya mengasihi mereka yang menyembah-Nya sahaja. Adakah itu adil? Kurang jelas? saya gunakan kenyataan anda ini untuk menjelaskannya.
"Adakah Allah akan melepaskan manusia dari hukuman neraka tetapi tidak pada insan lain yang tidak menyembah-Nya sebagai Tuhan yang adil?"
Ini soalan (ada tanda soal di belakang ayat) untuk anda bukan kenyataan..Baca sepenuhnya ye.Menurut anda "Adakah Allah akan melepaskan manusia dari hukuman neraka tetapi tidak pada insan lain yang tidak menyembah-Nya sebagai Tuhan yang adil?".
Tiwas menulis :
- Hakikatnya, Kasih yang TUHAN saya berikan bukan sekadar "murah", tetapi percuma. DIA memberikannya begitu sahaja walaupun kita tidak layak menerima-Nya. Lebih dari itu, DIA sanggup datang sendiri untuk melepaskan kita dari dosa.
- Inilah salah satu perbezaan besar di antara TUHAN yang saya sembah dan Allah yang anda sembah. Kasih TUHAN yang saya sembah tercurah untuk semua orang. Allah yang anda sembah hanya tercurah kepada orang yang menyembah-Nya.
- TUHAN yang saya sembah terlebih dahulu mengasihi saya, DIA terlebih dahulu mencari saya untuk diselamatkan, malah, memberikan kasih-NYA secara percuma.
- Allah yang anda sembah pula menuntut usaha anda untuk mendapat kasih-Nya. Dan jika anda tidak menyembah-Nya, Allah anda tidak akan mengasihi anda.
Hakikatnya kepercayaan kristian hanya salah satu cara untuk melepaskan diri dari dosa dengan alasan penebusan dosa.(dosa Adam kan?)
Hakikatnya kepercayaan Islam menuntut umatnya agar berusaha untuk mendapat keredhaanNYa sesuai dengan sifat manusia yang memerlukan Tuhan. Tidak seperti anda yang mengakui manusia perlukan Tuhan tapi tuhan pula yang perlu menebus manusia dari dosa.
Anda menulis,
"Tidak mengapa jika saudara tetap membezakannya. audara enggan membuang milo @ dari kopi untuk melihat air yang sebenarnya. Sememangnya saudara enggan menyelidik ke tahap yang paling asa."
- Maka, mungkin kita tidak akan dapat mencapai kata putus dalam hal ini. Kita sudah memberikan hujah masing2. Maka, saya biarkan para pembaca dialog ini untuk menilainya sendiri.
Anda menulis,
"Kita hanya membicarakan kepercayaan saudara dan saya. Melibatkan ke dua2 agama ini tanpa mengetahui sendiri pemahaman mereka melalui mereka sendiri seperti yang kita lakukan amatlah tidak adil."
- Saya menggunakan kepercayaan Hindu dan Buddhist untuk menunjukkan mengapa kriteria2 yang anda gunakan untuk mengatakan Kristian dan Muslim menyembah Tuhan yang sama, juga boleh digunakan untuk mengatakan kepercayaan mereka juga menyembah Tuhan yang sama seperti anda.
- Namun, mungkin sampai di sini saya memberikan respon untuk hal ini.
Tentang mengapa Allah menyerupakan orang lain untuk menggantikan Yesus (Isa) dari disalibkan,
Anda nampaknya tidak memikirkan hal ini dengan lebih mendalam, atau anda mungkin tidak mahu memikirkannya dengan lebih mendalam?
Tidakkah anda tahu, kepercayaan bahawa Yesus telah disalibkan, bermula seawal abad pertama? Bagaimana ia bermula? Menurut kepercayaan anda, ia bermula kerana Allah telah menyerupakan orang lain untuk menggantikan tempat Yesus ketika Dia hendak disalibkan.
Akibatnya, kepercayaan yang anda katakan sebagai "palsu" ini (iaitu Yesus disalibkan) menjadi kepercayaan yang dipercayai berbillion2 orang hari ini.
Siapa yang memulakan kepercayaan "palsu" ini? Murid-murid Yesus? Paderi2?
Anda tidak boleh mengatakan ia bermula dari murid2 Yesus atau paderi2 kerana hakikatnya, menurut Al-Quran anda sendiri, Allah yang menyebabkan kepercayaan "palsu" ini bermula.
Setelah kepercayaan "palsu" ini bermula, apa yang dikatakan oleh kepercayaan anda? Kepercayaan anda menuduh bahawa kononnya para paderi yang mereka-reka cerita penyaliban Yesus.
Tidakkah anda sedar masalah percanggahan yang sangat besar ini?
Jika percanggahan fakta seperti ini wujud di dalam Al-Quran, adakah munasabah untuk saya percaya bahawa Al-Quran benar2 berasal daripada Tuhan?
Anda berkata,
"Realitinya Nabi Isa semasa bersama2 saudara telah mengajar tentang keesaan Tuhan dan dia hanyalah rasulNya (malah anda bersama2 Nabi Isa telah berdoa/menyembah/melafazkan kepada Allah yag Esa) namun atas kelemahan saudara yang gagal belajar dan menerima @ mempunyai tujuan tertentu (semestinya dihasut oleh iblis kerana iblis sememangnya mahu manusia keliru dan seterusnya menyekutukan Allah?"
- Seperti yang saya jelaskan di atas, menurut kepercayaan anda, yang menyebabkan murid-murid Yesus percaya bahawa Yesus telah mati disalibkan, adalah Allah sendiri.
- Maka, mengapa pula anda menyalahkan murid-murid Yesus sebagai "gagal belajar dan menerima @ mempunyai tujuan tertentu"?
- Jika mereka mempunyai tujuan tertentu, apakah tujuan tersebut? Kekayaan? Kuasa?
- Tidakkah anda tahu hampir kesemua murid-murid Yesus mati dibunuh kerana memberitakan kematian dan kebangkitan Yesus sebagai Tuhan dan Juruselamat?
- Untuk apa mereka memberitakan sesuatu yang akan mengakibatkan mereka dibunuh jika ia adalah palsu atau kerana mereka mempunyai tujuan tertentu?
- Satu-satunya penjelasan yang munasabah adalah peristiwa kematian dan kebangkitan Yesus sebagai Tuhan dan Juruselamat adalah benar. Kerana untuk apa mereka mati bagi suatu yang mereka tahu adalah palsu? Mereka sanggup mati dibunuh kerana mereka tahu ia adalah benar.
- Anda berkata, "realitinya Nabi Isa mengajar tentang keesaan Tuhan dan Dia hanyalah rasul-Nya". Namun, dari mana anda mendapat "realiti" ini? Anda mendapatnya dari Al-Quran dan Nabi Muhammad, yang mana hanya hidup 600 tahun selepas zaman kehidupan Yesus.
- Maka, untuk apa saya percaya kepada penceritaan yang timbul 600 tahun kemudian, yang mengatakan Yesus tidak disalibkan kerana Allah telah menukar Nabi Isa dengan orang lain, seterusnya membiarkan berjuta-juta orang percaya kepada sebuah penipuan?
- Bukankah lebih rasional untuk saya percaya kesaksian mereka yang telah menyaksikan sendiri peristiwa tersebut, dan sanggup hidup susah dan mati untuk memberitakan peristiwa tersebut?
- Nampaknya, sehingga kini anda mengelak dari menjawab persoalan ini. Kerana anda tahu adalah tidak rasional untuk percaya kepada seorang individu yang hanya muncul 600 tahun kemudian, dan memberikan cerita yang bercanggah dengan mereka yang menyaksikan sendiri peristiwa tersebut.
- Namun, anda terpaksa me”rasional”kan kepercayaan anda, kerana jika anda mengakui ia tidak rasional, anda terpaksa menolak kepercayaan anda sendiri.
"Jawapannya ialah saya dan ramai lagi serta juga penganut kristian sendiri malah anda sendiri akan sukar @ gagal memahami/menerangkan konsep 3 peribadi dalam 1 kesatuan@ itu sendiri akan tetapi jika saudara bertanya penganut kristian sendiri terjemahan kalimah “tiada tuhan yang aku sembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah”, mereka akan menerangkan/menjelaskan dengan mudah/jelas malah rasa2nya budak tadika pun akan mampu menjawabnya. "
- Bukankah sudah saya katakan, hanya kerana anda susah memahami atau sukar menjelaskan sesuatu, tidak bererti ia adalah palsu.
- Lagipun, jika anda menyelidiki kepercayaan anda sendiri, anda akan mendapati wujud dua zat yang tidak berawal, tidak berkahir, dan kekal, iaitu Kalam Allah (Al-Quran) dan Allah. Saya pernah memperkatakannya di sini.
Anda menulis,
"Tuhan yang anda fahami yang amat mengasihi itu pun enggan mengeluarkan duit untuk menebus pemuda yang enggan mengakui ketuhannya lalu pemuda itu dihukum mati kerana tidak ada duit untuk membayar denda.
Saudara menterbalikkan cerita ini pada saya pula. Baiklah, jadi anda mahu mengatakan tiap manusia akan masuk syurga walaupun tidak percaya kepada kepercayaan anda?Sila baca kembali stetement saudara dan saya."
- Sekali lagi, anda memutar belit kenyataan saya.
- Bukankah jelas saya katakan pengorbanan Yesus adalah untuk semua orang?
- Maka, tidak timbul soal "Tuhan enggan mengeluarkan duit untuk menebus pemuda yang enggan mengakui ketuhannya", kerana TUHAN telah menawarkan keselamatan kepada semua orang. Dan kita bebas untuk menerima atau menolaknya.
- Saya juga tidak ada mengatakan "tiap manusia akan masuk syurga walaupun tidak percaya". Mengapa anda cuba memasukkan kenyataan yang tidak saya keluarkan?
- Kita akan diselamatkan hanya jika kita menerima tawaran keselamatan tersebut.
Anda menulis,
"Namun tetap tidak akan menjawab persoalan keadilan hanya untuk anak2 hakim tetapi manusia yang tidak percaya tetap perlu ke neraka serta menanggung di dunia keputusan hakim yang melepas dan membebas pesalah yang telah bertaubat dengan mengakui kehakiman. Ini cuma menunjukkan kelemahan dan kegagalan system itu sendiri."
- Bukankah sudah saya katakan bahawa kita semua ini dilihat sebagai anak-anak Tuhan, hanya yang membezakan kita, anda tidak mengakui bahawa anda adalah anak-Nya, kerana anda tidak percaya.
- Maka, tidak timbul soal "anak hakim" dan "bukan anak hakim".
- Kasih TUHAN yang saya sembah itu juga dicurahkan kepada anda, walaupun anda memilih untuk tidak mahu percaya.
Tentang pengorbanan Yesus,
Nampaknya, anda benar2 tidak tahu mengapa Yesus perlu mati di kayu salib. Dia melakukannya sebagai ganti untuk kita, kerana, kita yang sepatutnya mati kerana dosa-dosa kita.
Namun, ada satu hal yang menarik,
Anda menulis,
"Yelah, mana ada manusia yang sanggup berkorban untuk kita di saat kematiaannya akan mengatakan “Aku telah berkorban nyawa demi menyelamatkan kamu, jadi taatlah ajaran aku dan sembahlah aku sebagai tuhan kamu.”(Mana mungkin dia akan mengatakan hal yang memalukan iaitu suruh orang lain menyembah dia sebagai tuhan walhal dia sendiri pun mati).Ermm..atau setelah dia mati dia bangun kembali dan mengajak manusia menyembahnya (Lagi tak mungkin, sebab dia perlukan 3 hari untuk hidup semula. Lagipun bagaimana dia nak suruh orang sembah dia jika dia sendiri pun tak dapat selamatkan dirinya dari kematian?."
- Ketika Yesus ditangkap untuk disalibkan, semua murid-murid Yesus ketika itu lari bertempiaran, dan hanya mengikut dari jauh ketika Yesus dibawa untuk bertemu dengan Imam Besar Yahudi ketika itu.
- Setelah Yesus mati disalibkan, semua murid-murid-Nya juga menyembunyikan diri, kerana mereka tahu Yesus telah mati dan takut diri mereka juga akan ditangkap dan dihukum oenjara atau bunuh.
- Namun, mengapa murid-murid sama yang menyembunyikan diri kerana takut ini, tiba-tiba berani memberitakan bahawa Yesus telah bangkit dari kematian?
- Malah, mereka sanggup mati untuk memberitakan hal tersebut, sedangkan pada mulanya, mereka takut dan bersembunyi?
- Kerana Yesus telah menampakkan diri-Nya kepada mereka. Dia telah membuktikan bahawa Dia telah bangkit dari kematian, dan seterusnya membuktikan bahawa pengajaran-Nya selama ini iaitu Dia adalah Tuhan dan Juruselamat juga adalah benar.
Anda juga cuba menjelaskan mengapa mereka tiba2 menjadi berani memberitakan kebangkitan Yesus dengan berkata,
"Kemungkinan yang ada cuma saksi2 yang terkeliru akibat dari kesedihan yang melampau dan mungkin untuk menebus dosanya sendiri @ kelemahan kerana gagal melindungi orang yang dikasihi serta dihasut oleh iblis jadi cerita ini pun timbul).Mana mungkin kan saudara tiwas? Kemungkinan yang ada ““Aku telah berkorban nyawa demi menyelamatkan kamu, jadi taatlah ajaran aku agar menyembah Tuhan yang Esa iaitu Allah.” "
- Masalahnya, kesimpulan anda ini tidak munasabah. Jika pun murid2 Yesus berasa "kesedihan yang melampau dan ingin menebus dosanya sendiri @ kelemahan kerana gagal melindungi orang yang dikasihi", mustahil mereka mengatakan Dia telah bangkit dan adalah Tuhan dan Juruselamat.
- Paling tidak, mereka hanya akan mengatakan Yesus adalah seorang guru atau nabi yang mati dibunuh.
- Namun, mereka pergi lebih jauh, iaitu mengatakan Yesus telah bangkit dari kematian dan adalah satu-satunya jalan keselamatan.
- Anda juga tidak boleh mengatakan mereka terkeliru, kerana bukan semua mereka percaya bahawa Yesus akan bangkit. Sebagai contoh, Tomas, salah satu murid Yesus tidak percaya apabila murid2 yang lain mengatakan Yesus telah bangkit. Malah, Tomas berkata, "Kecuali aku melihat bekas paku pada tangan-Nya dan meletakkan jariku pada bekas luka itu, serta meletakkan tanganku pada rusuk-Nya, aku tidak mahu percaya."
- Bukan itu sahaja, Yakobus, yang mana adalah saudara seibu dengan Yesus, juga tidak percaya kepada Yesus, namun, dia juga menjadi percaya.
"Dan apakah hukumannya pada yang tidak percaya?"
- Jika kita tidak percaya kepada Yesus sebagai Tuhan dan Juruselamat, kita akan menerima hukuman yang sepatutnya kita terima, iaitu neraka.
Anda juga berkata,
Jangan risau saudara, Allah Maha Mengetahui. Allah takkan memberatkan hamba2Nya dengan sesuatu yang di luar kemampuan manusia. Allah yang mencipta setiap dari kita. Apa yang anda tuliskan hanyalah anggapan anda sahaja. Sehingga tahap mana kehidupan kita, biarlah Allah saja yang menentukan namun kita sebagai makhluk yang diciptaNya berusahalah tanpa jemu, tanpa putus asa. Allah Maha Mengasihi lagi Maha Penyayang. Berusahalah, berserahlah, yakinlah, bersabarlah dan Allah jua yang akan menentukan segalaNya.
- Dengan kata lain, menurut kepercayaan anda, belum tentu anda akan diselamatkan kerana Allah yang menentukannya.
- Jika Allah yang menentukan pada akhirnya, untuk apa anda berusaha? Kerana di penghujungnya nanti, Allah yang akan menentukan sama ada anda masuk ke syurga atau ke neraka. Bukan kerana usaha anda.
- Dan, tahukah anda, Abu Bakar sendiri, iaitu Khalifah yang pertama juga sahabat baik kepada Nabi Muhammad, telah berkata,
"By Allah! I would not rest assured and feel safe from the deception of Allah (la amanu limakr Allah), even if I had one foot in paradise."
Terjemahan,
“Demi Allah! Aku tidak akan yakin dan berasa selamat dari tipu muslihat Allah (la amanu limakr Allah), walaupun sebelah kaki ku sudah berada di syurga.”
- Abu Bakar sendiri tahu bahawa tidak ada jaminan bahawa dia akan selamat kerana Allah boleh suka-suka mengeluarkan anda begitu sahaja, dan anda tidak boleh mengatakan ia tidak adil, kerana menurut kepercayaan anda, Allah berhak melakukan hal tersebut.
- Inilah Allah yang anda sembah, di mana Dia boleh memasukkan atau mengeluarkan anda menurut kehendaknya. Maka, walaupun anda berusaha, itu belum menjamin bahawa anda akan dijanjikan syurga.
Untuk respon yang anda berikan di sini, saya tidak dapat meresponinya kerana saya tidak dapat menangkap maksud anda. Jika anda tidak keberatan, bolehkah anda menjelaskannya sekali lagi?
Anda menulis,
"Dan anda mempercayai @ telah tersalah tafsir pemahaman kepercayaan ini berdasarkan sejarah ribuan tahun oleh saksi2 yang belum tentu boleh dipercayai atau pun mungkin saja sejarah @ kepercayaan ini telah diubah suai dengan tujuan tertentu walhal anda berkesempatan untuk menyelarikan kepercayaan ini berlandaskan pemahaman anda tentang kejadian alam."
- Anda berkata "belum tentu boleh dipercayai" dan "kemungkinan ia telah diubah suai".
- Apa kata anda berikan bukti untuk dakwaan anda ini. Jika tidak, ia hanya sekadar "kemungkinan" daripada anda sendiri yang tidak disokong dengan sebarang bukti.
Anda menulis,
"Bukan atas alasan kewujudan kitab tetapi atas alasan anda iaitu :
- Namun, saya menjadi diyakinkan dengan argumen "fine tuning", iaitu adalah mustahil alam
maya yang tersusun dengan ketepatan matematik yang luar biasa ini, wujud secara kebetulan.-- Jika semua ini hanyalah kebetulan, kita tidak lebih dari sekadar produk alam sekitar yang muncul secara rawak, dan akan hilang juga secara rawak."
- Nampaknya, anda tidak begitu tahu tentang argumen kewujudan Tuhan.
- "Fine Tuning" adalah argumen yang diberikan sebagai hujah menyokong kewujudan Tuhan. Namun, argumen ini hanya sampai di situ, iaitu membuktikan kewujudan Tuhan. Namun, argumen "Fine Tuning" ini tidak memberitahu kita bagaimanakah Tuhan itu. Argumen ini tidak dapat memberitahu kita sama ada Tuhan itu mengasihi kita atau tidak, sama ada Tuhan itu Esa atau tidak.
- Maka, anda sebenarnya mempertikaikan hal yang salah. Mengapa? kerana anda sendiri tidak tahu tentang argumen ini. Ia jelas apabila anda menyangka argumen ini boleh digunakan untuk sampai kepada doktrin2 spesifik di dalam Kristianiti.
Anda menulis,
"Kenapa perlu percaya yang hakim akan melepaskan dia dari hukuman walhal hakim boleh saja menghapuskan hukuman walau pada pesalah itu atas dasar kasihan"
- Maksud anda, menghapuskan hukuman neraka? Jika demikian, adakah anda bermaksud Tuhan mengampunkan begitu sahaja dosa2 manusia tanpa menghukumnya?
- Jika demikian, bukankah itu menunjukkan Tuhan itu tidak adil?
Anda menulis,
"Bukankah lebih mudah dikatakan – ko percaya kat aku, baru aku tolong ko dari neraka. Kalau ko tak percaya kat aku ko terimalah hukuman. Bukankah kasih hakim yang anda nyatakanhanya berlaku pada yang percaya kat dia SAHAJA? Bukankah hukuman TETAP jatuh pada yang tak percaya padanya?"
- Ia bukan perbuatan Tuhan mengampunkan dosa kita begitu sahaja, tetapi berkenaan dengan pengorbanan yang telah Dia lakukan untuk menebus kita dari dosa.
- Kenyataan yang lebih tepat adalah,
"Kamu menerima pengorbanan yang AKU berikan, kamu akan terlepad dari neraka. Jika kamu tidak menerima pengorbanan yang AKU berikan, kamu akan menanggung sendiri akibat dosa yang anda lakukan."
- Ini bererti, Kasih hakim tersebut berlaku kepada semua orang yang mahu menerimanya. Dan, kita diberikan kebebasan untuk menerima atau menolaknya.
- Dan hukuman akan ditanggung oleh mereka yang menolak keselamatan yang telah diberikan tersebut.
Anda menulis,
"Kisah Nabi Musa dalam al-quran menggambarkan bukit hancur luluh apabila Musa memohon agar Allah menunjukkan ZatNya. (Saya percaya anda pun tau kisah ni. Saya tak pasti jika ada dalam Injil)."
- Saya tidak pasti mengapa anda mengatakan hal ini sebagai respon.
Anda menulis,
"Menurut saya kitab Injil yang anda yakini bukanlah asli. Kitab yang anda yakini adalah peristiwa yang direkodkan oleh saksi2 yang pengkaji2 sejarah dakwa hidup sezaman dengan Isa."
- Jika demikian, apa yang terjadi kepada kitab Injil yang asli tersebut?
- Di manakah kitab Injil yang asli itu pada hari ini?
Anda menulis,
"Har3…Ada ke bukti (bukan saksi) Nabi Isa disalib? Ada bukti kubur Nabi Isa? Apakah sumber2 sejarah yang saya boleh percayai??Dari mana sumber2nya."
- Ada, anda tidak tahu? Ini bererti anda belum pernah cuba menyelidiki hal ini.
- Peristiwa penyaliban Yesus dicatatkan bukan sahaja oleh penulis2 Kristian, tetapi juga oleh penulis2 sejarah bukan-Kristian, seperti Josephus, Tacitus, Pliny the Younger dll.
- Malah, hari ini, para ahli sejarah, sama ada Kristian atau bukan, sebulat suara mengakui kesahihan sejarah peristiwa penyaliban Yesus.
- Hanya Islam yang mengatakan sebaliknya. Namun, tidak ada seorang pun ahli sejarah yang saya tahu, merujuk kepada Al-quran untuk mengetahui sejarah Yesus.
- Lagipun, kepercayaan anda yang memberikan dakwaan bahawa Yesus tidak disalibkan. Maka, sepatutnya anda perlu memberikan bukti kepada dakwaan tersebut.
- Berdasarkan respon anda, jelas anda tidak dapat memberikan bukti, kerana memang tidak ada bukti sahih untuk mengatakan Yesus tidak disalibkan.
Tentang Triniti,
Anda menulis,
"Ye, anda benar dan anda akan lagi benar jika anda sendiri tidak memahami konsep ini, mengapa tidak berkata benar?"
- Tidak memahami? Bukankah sudah saya jelaskan sebelum ini?
Anda menulis,
"Wah, adakah saya akan masuk syurga jika saya masih lagi muslim?? Boleh saudara berikan ayatnya? Atau ayat tentang siapa yang masuk neraka?"
- Sebagai Muslim, anda tidak percaya kepada Yesus sebagai Tuhan dan Juruselamat. Ini bererti, anda menolak anugerah keselamatan yang DIA berikan. Maka, adakah anda akan selamat? Sudah tentu tidak.
- Sebagai bukti, Yesus sendiri menyatakan,
"Kata Yesus kepadanya: "Akulah jalan dan kebenaran dan hidup. Tidak ada seorangpun yang datang kepada Bapa, kalau tidak melalui Aku."
- Hanya melalui Yesus kita akan sampai kepada TUHAN, iaitu syurga.
Mungkin anda tidak sedar, namun, kenyataan anda berikut
"Kita bersikap adil kerana itu kebenarannya/sepatutnya bukan kerana seseorang itu kita kasih."
bercanggah dengan kenyataan anda seterusnya,
"Walaupun anda telah menjatuhkan hukuman penjara kepada insan yang anda kasihi kerana dia telah melakukan kesalahan tidak bermakna anda tidak mengasihinya. Anda melakukannya kerana itulah kasih sayang anda kepada mangsa."
- Anda katakan kita bersikap adil (dengan menjatuhkan hukuman) bukan kerana mengasihi seseorang itu, namun, anda kemudian mengatakan kita menjatuhkan hukuman kerana kasih kepada seseorang itu.
- Dan, kenyataan anda ini juga sebenarnya mengiyakan penjelasan saya sebelum ini, iaitu, "kita adil kerana kasih".
Anda menulis,
"Ini soalan (ada tanda soal di belakang ayat) untuk anda bukan kenyataan..Baca sepenuhnya ye.Menurut anda "Adakah Allah akan melepaskan manusia dari hukuman neraka tetapi tidak pada insan lain yang tidak menyembah-Nya sebagai Tuhan yang adil?"."
- Anda memulangkan soalan ini kepada saya? Apa kata anda menjawabnya terlebih dahulu. Setelah anda menjawabnya, saya akan memberikan jawapan saya.
Anda menulis,
"Hakikatnya kepercayaan kristian hanya salah satu cara untuk melepaskan diri dari dosa dengan alasan penebusan dosa.(dosa Adam kan?)"
- Anda maksudkan "Dosa Asal" atau "Original Sin"?
- Sebelum saya menjawabnya, boleh saya tahu apa pemahaman anda tentang "Dosa Asal" ini?
Anda menulis,
"Hakikatnya kepercayaan Islam menuntut umatnya agar berusaha untuk mendapat keredhaanNYa sesuai dengan sifat manusia yang memerlukan Tuhan. Tidak seperti anda yang mengakui manusia perlukan Tuhan tapi tuhan pula yang perlu menebus manusia dari dosa."
- Benar, itu adalah kepercayaan anda. Di mana anda perlu berusaha untuk mendapat keredhaan Allah.
- Ia seperti Allah anda berkata, "Kamu mahukan keredhaan dari-Ku? Berusaha dahulu, kemudian baru Aku nilaikan usaha-mu itu."
- Namun, TUHAN yang saya sembah tidak menuntut usaha saya, kerana DIA tidak memerlukan usaha saya itu. Sebaliknya, DIA sendiri menawarkan keselamatan tersebut kerana kita sebagai manusia yang fana, tidak akan pernah mampu mencapai standard kesempurnaan yang TUHAN mahukan.
- Ia seperti TUHAN mengatakan, "Marilah kepada-KU, AKU akan melepaskan beban itu daripada-mu"
- Perbezaan ini juga satu lagi fakta jelas bahawa kita menyembah Tuhan yang berbeza.
- Maka, mungkin kita tidak ..
Tanpa Nama :
Amat pelik pemahaman saudara untuk perkara asas manusia iaitu air untuk manusia yang berkeupayaan luarbiasa. Perkara semudah ini saudara gagal menyetujui/memahami @ saudara enggan memahami/menyetujui lagilah berkaitan perkara asas kepercayaan agama. Baiklah, saya setuju untuk membiarkan pembaca menilainya sendiri.
Saudara Tiwas :
- Saya menggunakan kepercayaan Hindu dan Buddhist …
Tanpa Nama :
Ya, saya faham arah tuju saudara apabila mengheret kedua2 agama ini dalam dialog kita. Seperti yang saya katakaan sebelum ini,adalah tidak adil untuk melakukannya tanpa kita sendiri mendengar hujah dari pihak berkaitan itu sendiri. Terima kasih kerana bersetuju dengan cadangan saya dan menghormati agar perbandingan ini terhad kepada kepercayaan kita sahaja.
Tentang mengapa Allah menyerupakan orang lain untuk menggantikan Yesus (Isa) dari disalibkan,
Anda nampaknya tidak memikirkan hal ini dengan lebih mendalam, atau anda mungkin tidak mahu memikirkannya dengan lebih mendalam?
Tidakkah anda tahu, kepercayaan bahawa Yesus telah disalibkan, bermula seawal abad pertama? Bagaimana ia bermula? Menurut kepercayaan anda, ia bermula kerana Allah telah menyerupakan orang lain untuk menggantikan tempat Yesus ketika Dia hendak disalibkan.
Akibatnya, kepercayaan yang anda katakan sebagai "palsu" ini (iaitu Yesus disalibkan) menjadi kepercayaan yang dipercayai berbillion2 orang hari ini.
Siapa yang memulakan kepercayaan "palsu" ini? Murid-murid Yesus? Paderi2?
Anda tidak boleh mengatakan ia bermula dari murid2 Yesus atau paderi2 kerana hakikatnya, menurut Al-Quran anda sendiri, Allah yang menyebabkan kepercayaan "palsu" ini bermula.
Setelah kepercayaan "palsu" ini bermula, apa yang dikatakan oleh kepercayaan anda? Kepercayaan anda menuduh bahawa kononnya para paderi yang mereka-reka cerita penyaliban Yesus.
Tidakkah anda sedar masalah percanggahan yang sangat besar ini?
Jika percanggahan fakta seperti ini wujud di dalam Al-Quran, adakah munasabah untuk saya percaya bahawa Al-Quran benar2 berasal daripada Tuhan?
Tanpa Nama :
Allah yang berkuasa menukar rupa orang itu menyerupai Nabi Isa. Akan tetapi yang mengatakan Yesus di salib adalah saksi2 dengan alasan dari kenyataan anda dibawah ini :-
- Ketika Yesus ditangkap untuk disalibkan, semua murid-murid Yesus ketika itu LARI BERTEMPIARAN, dan hanya MENGIKUT DARI JAUH ketika Yesus dibawa untuk bertemu dengan Imam Besar Yahudi ketika itu.
- Setelah Yesus mati disalibkan, SEMUA MURID-MURIDNYA JUGA MENYEMBUNYIKAN DIRI, kerana mereka tahu Yesus telah mati dan TAKUT diri mereka juga akan DITANGKAP dan DIHUKUM PENJARA atau BUNUH.
ANDA mengatakan Allah menjadi punca kepercayaan ini. Mengatakan Tuhan menjadi punca serupa juga anda mengatakan Tuhan menjadi punca timbulnya fahaman yang berbeza kerana Allah yang mencipta manusia. Anda seolah menyalahkan Tuhan dengan mengatakan jika Tuhan tidak mencipta manusia pastinya perbezaan ini takkan berlaku.Mengapa anda tidak menyalahkan Tuhan (yang anda percaya) kerana mati serta hidup kembali dan kemudiannya meninggalkan anda yang mana seterusnya muncul Nabi Muhammad yang menyanggah kepercayaan anda?
- Maka, mengapa pula anda menyalahkan murid-murid Yesus sebagai "gagal belajar dan menerima @ mempunyai tujuan tertentu"?
- Jika mereka mempunyai tujuan tertentu, apakah tujuan tersebut? Kekayaan? Kuasa?
Tanpa Nama :
Ini adalah antara kemungkinan sahaja. Sebenarnya agak menyedihkan untuk menuduh murid2 Nabi Isa telah gagal menerima ajaran dengan betul. Bukanlah begitu? Jadi saya telah tersilap dalam menyalahkan murid nabi isa….
- Tidakkah ..
Tanpa nama :
Kemungkinan yang lain adalah saksi2 yang didakwa anak2 murid yesus bukanlah anak murid yesus itu sendiri. Kemungkinan cerita yesus mati dan hidup semula lalu menjadi tuhan timbul melalui konspirasi pemerintah di zaman itu untuk menyongsangkan ajaran anak murid Nabi Isa. Kita sedia maklum, pihak pemerintah berazam untuk menghapuskan ajaran yesus. Lalu untuk menghapuskan ajaran ini anak muridnya juga perlu dihapuskan dan juga melalui cara yang paling berkesan dengan merosakkan ajaran itu sendiri dari dalam. Apa yang dilakukan pemerintah ialah dengan memprogandakan ajaran anak murid ini (yg sebenarnya bukan anak murid) adalah dengan mengakui ketuhanan yesus. Pendek kata kemungkinan yang ada adalah anda mempercayai kepercayaan saksi2 yang diwujudkan/dipropaganda (yang sebenarnya bukan anak murid yesus) oleh pihak pemerintah dengan tujuan menyongsangkan ajaran yesus itu sendiri. Dan selepas beribu tahun, ajaran songsang ini dipenuhi dengan kecelaruan seiring dengan tahap pemikiran manusia yang berkembang. Malah kajian yang dilakukan juga pastinya sia2 kerana dari asal lagi ajaran ini telah dipalsukan.
Ya, anda boleh saja mengatakan ini semua adalah andaian semata2. Akan tetapi jika saya menjadi anda saya akan bertanya pada diri sendiri :
1. Bolehkah kesaksian(Injil) saksi2 (yang didakwa anak murid yesus) ini diterima pakai sedangkan semasa berlakunya penangkapan yesus, semua anak murid yesus didakwa melarikan dan menyembunyikan diri?
2. Bolehkah …. kerana saksi2 mendakwa mengikut dari jauh pristiwa tersebut? Adakah penglihatan mereka tidak dipengaruhi oleh posisi, jarak, cuaca, masa dan lain2.
3. Bolehkah … sedangkan selepas kematian yesus mereka melarikan diri bahkan tidak pun mengetahui kedudukan kubur yesus?
4. Bolehkah … sedangkan mereka hanya melihat penampakan yesus bukan melihat yesus bangkit dari kubur lalu hidup kembali?
5. Bolehkah … sedangkan ketuhanan yesus hanya disedari setelah saksi2 melihat penampakan yesus setelah 3 hari dikuburkan?
6. Bolehkah …sedangkan saksi2 ketakutan, bertemperian lari, menyembunyikan diri apabila penguasa datang untuk menangkap yesus dan kemudiannya anda mendakwa saksi2 menjadi berani dan ada yang dibunuh kerana mengkhabarkan ketuhanan yesus? Jika saksi2 yang awalnya takut untuk mati semasa proses penyaliban itu dan tiba2 menjadi berani kerana mendakwa ketuhanan yesus, sudah tentu adalah kerana mereka yakin yesus adalah tuhan. Jadi soalannya, mengapa selepas mendakwa ketuhanan yesus, saksi2 tetap dibunuh oleh penguasa? Mengapa yesus yang mereka yakin adalah tuhan tidak berkuasa menyelamatkan saksi2 dari pembunuhan?
7. Bolehkah … dan pemberitaannya dipercayai sedangkan semasa yesus ditangkap saksi2 ini bertindak melarikan diri. Jika mereka menganggap yesus benar, sudah tentu mereka sanggup mati untuk mempertahankanya, bukan melari dan menyembunyikan diri seperti seorang pengecut. Anda mengatakan mereka sanggup mati dibunuh kerana meyakini yesus akan tetapi bukankah sepatutnya dari awal lagi mereka akan bertindak mempertahankan dengan nyawa saat yesus ditangkap, bukan dengan sekadar memerhati dari jauh sehingga yesus dibunuh? Seterusnya akan menimbulkan persoalan adakah mereka mati kerana mengkhabarkan ketuhanan yesus @ mati dibunuh kerana sememangnya penguasa mahu anak2 murid yesus mati dari awal lagi?
8. Soalan yang terakhir, bolehkah kesaksian saksi yang penggecut seperti ini dipercayai? Adakah anda akan mempercayai cerita dari seseorang yang tidak mempertahankan gurunya dari dibunuh? Adakah anda boleh mempercayai seorang pengecut yang tiba2 menjadi berani setelah gurunya dibunuh?
Adakah anda boleh menjawabnya dengan menggunakan akal fikiran yang waras? Adakah kesaksian yang dipropagandakan penguasa zaman tersebut yang mahukan ajaran Nabi Isa di hapuskan/disongsangkan sebagai saksi boleh diterima akal fikiran anda? Anda boleh katakan semua ini hanyalah andaian sahaja akan tetapi hakikatnya andaian ini berdasarkan statement anda sendiri dan ironinya kepercayaan anda hanyalah andaian berdasarkan kesaksian yang anda percaya adalah murid2 yesus..
- Anda berkata, "realitinya Nabi Isa mengajar tentang keesaan Tuhan dan Dia hanyalah rasul-Nya". Namun, dari mana anda mendapat "realiti" ini? Anda mendapatnya dari Al-Quran dan Nabi Muhammad, yang mana hanya hidup 600 tahun selepas zaman kehidupan Yesus.
Saudara TIwas
- Maka, untuk …
Tanpa Nama :
Ya, saya mendapat pengetahuan ini dari al-quran yang saya baca dan selepas membacanya saya menggunakan akal fikiran yang sihat untuk cuba menyelarikan pemahaman ini dengan kejadian alam, sejarah manusia (politik, ekonomi, geografi), ketamadunan dunia, sains dan apa jua yang berhubung kait dengan kejadian manusia dan perbandingan dari pastinya hujah2 anda yang telah menguatkan kepercayaan saya ini. Percayalah, saya tidak membacanya dan mempercayainya dengan membuta tuli. Tiap keterangan pasti ada penjelasan yang boleh diterima akal fikiran.
Cerita dari alquran dan Nabi Muhammad amat dipercayai kerana sememangnya begitulah sifat kebenaran (Relevan dengan keadaan semasa dan logic akal namun tetap mengakui Allah yang esa dan Maha Kuasa). Jika hendak dibandingkan dengan cerita anda, sahabat2 nabi sanggup bergadai nyawa, harta benda untuk mempertahankan Nabi Muhammad dari dibunuh. Mereka berbuat demikian kerana mereka percaya dan yakin, Sudah tentu saya akan mempercayai ajaran yang dipercayai sahabat2 Nabi kerana mereka telah membuktikan kesungguhan dan kebenaran ajaran Nabi Muhammad. (Salah satu sebab dari banyak sebab)
Tidak seperti penceritaan anda, saksi2 yang didakwa sebagai saksi melarikan diri disaat penangkapan hinggalah kematian yesus. Dan anda mendakwa mereka berani untuk dibunuh bagi mekhabarkan ketuhanan yesus setelah nampak yesus memunculkan diri walhal mereka sememangnya diburu oleh penguasa untuk dibunuh kerana mengakui ajaran Nabi Isa.
Mana yang anda rasakan benar?
Sahabat anda yang sanggup mempertahankan anda susah dan senang ketika hidup @ sahabat yang melarikan diri ketika anda kesusahan dan kembali hanya setelah anda selamat?
- Bukankah sudah saya katakan, hanya kerana anda susah memahami atau sukar menjelaskan sesuatu, tidak bererti ia adalah palsu.
Tanpa Nama :
Ya, jalan yang selamat adalah dengan tidak melalui laluan yang berliku, berselirat. Risiko anda untuk tersesat adalah tinggi.
Saudara Tiwas :
- Lagipun, jika anda menyelidiki kepercayaan anda sendiri, anda akan mendapati wujud dua zat yang tidak berawal, tidak berkahir, dan kekal, iaitu Kalam Allah (Al-Quran) dan Allah. Saya pernah memperkatakannya di sini.
Tanpa Nama :
Anda seolah2 ingin mengatakan Allah itu ada 2? Apa kata anda berikan sumber/dalil?
Tiwas :
- Sekali lagi, anda memutar belit kenyataan saya.
- Bukankah jelas saya katakan pengorbanan Yesus adalah untuk semua orang?
- Maka, tidak timbul soal "Tuhan enggan mengeluarkan duit untuk menebus pemuda yang enggan mengakui ketuhannya", kerana TUHAN telah menawarkan keselamatan kepada semua orang. Dan kita bebas untuk menerima atau menolaknya.
- Saya juga tidak ada mengatakan "tiap manusia akan masuk syurga walaupun tidak percaya". Mengapa anda cuba memasukkan kenyataan yang tidak saya keluarkan?
- Kita akan diselamatkan hanya jika kita menerima tawaran keselamatan tersebut.
Tanpa Nama :
a. Ali menolak pengorbanan maka Ali masuk neraka.
b. Ali menerima pengorbanan maka Ali masuk syurga.
Banyak kali anda mengatakan saya putar belit kenyataan anda. Anda hanya menceritakan Ali akan masuk syurga jika menerima pengorbanan tetapi tidak menceritakan Ali akan masuk neraka jika enggan menerima pengorbanan. Bukankah anda yang cuba memanipulasi penggunaan ayat dalam hujah2 anda kerana anda takut orang lain tidak akan tertarik dengan ajaran kristian yang kononnya penuh dengan kasih sayang tetapi sebenarnya hipokrit dengan menggunakan penebusan dosa untuk menghalalkan syurga.
"Namun tetap tidak akan menjawab persoalan keadilan hanya untuk anak2 hakim tetapi manusia yang tidak percaya tetap perlu ke neraka serta menanggung di dunia keputusan hakim yang melepas dan membebas pesalah yang telah bertaubat dengan mengakui kehakiman. Ini cuma menunjukkan kelemahan dan kegagalan system itu sendiri."
Tiwas :
- Bukankah sudah saya katakan bahawa kita semua ini dilihat sebagai anak-anak Tuhan, hanya yang membezakan kita, anda tidak mengakui bahawa anda adalah anak-Nya, kerana anda tidak percaya.
- Maka, tidak timbul soal "anak hakim" dan "bukan anak hakim".
- Kasih TUHAN yang saya sembah itu juga dicurahkan kepada anda, walaupun anda memilih untuk tidak mahu percaya.
Tanpa Nama :
Anda cuba juga mengelak. Ok lah. Biar saya katakan, dalam kristian yang menerima pengorbanan tuhan (yang mengatakan tuhan itu bapa)akan masuk syurga. Yang enggan menerima pengorbanan (enggan mengaku tuhan adalah bapa) akan masuk neraka.
Jadi apa bezanya, Allah mengasihi hambaNya yang menyembahNya akan tetapi melaknat sesiapa yang menyekutuiNya. Manusia yang mengakui dan taat pada perintah Allah masuk syurga yang tidak taat dan menyekutuiNya akan masuk neraka. Anda seolah2 takut untuk mengatakannya. Mengapa?
"Kemungkinan ..
Tiwas :
- Masalahnya, kesimpulan anda ini tidak munasabah. Jika pun murid2 Yesus berasa "kesedihan yang melampau dan ingin menebus dosanya sendiri @ kelemahan kerana gagal melindungi orang yang dikasihi", mustahil mereka mengatakan Dia telah bangkit dan adalah Tuhan dan Juruselamat.
- Paling tidak, mereka hanya akan mengatakan Yesus adalah seorang guru atau nabi yang mati dibunuh.
- Namun, mereka pergi lebih jauh, iaitu mengatakan Yesus telah bangkit dari kematian dan adalah satu-satunya jalan keselamatan.
- Anda juga tidak boleh mengatakan mereka terkeliru, kerana bukan semua mereka percaya bahawa Yesus akan bangkit. Sebagai contoh, Tomas, salah satu murid Yesus tidak percaya apabila murid2 yang lain mengatakan Yesus telah bangkit. Malah, Tomas berkata, "Kecuali aku melihat bekas paku pada tangan-Nya dan meletakkan jariku pada bekas luka itu, serta meletakkan tanganku pada rusuk-Nya, aku tidak mahu percaya."
- Bukan itu sahaja, Yakobus, yang mana adalah saudara seibu dengan Yesus, juga tidak percaya kepada Yesus, namun, dia juga menjadi percaya.
Tanpa Nama :
Jadi kita beralih kemungkinan yang lain. Sila rujuk jawapan di atas
"Dan apakah hukumannya pada yang tidak percaya?"
- Jika kita tidak percaya kepada Yesus sebagai Tuhan dan Juruselamat, kita akan menerima hukuman yang sepatutnya kita terima, iaitu neraka.
Tanpa Nama :
Akhirnya anda juga mengakuinya. Jadi anda bersetuju dengan pernyataan saya, tuhan yang saya dan anda sembah adalah sama. Hanya pemahaman kita sahaja berbeza iaitu saya percaya Allah itu Esa dan Nabi Muhammad pesuruhNya manakala anda percaya Allah itu 3 dalam kesatuan yang satu dan Yesus satu daripadanya.
Tanpa Nama,
Jangan risau saudara, Allah Maha Mengetahui. …
Tiwas :
- Dengan kata lain, menurut kepercayaan anda, belum tentu anda akan diselamatkan kerana …
Tanpa Nama :
Baca sekali dengan kenyataan Allah Maha Pengasih dan Penyayang.
Tiwas,
Untuk respon yang anda berikan di sini, saya tidak dapat meresponinya kerana saya tidak dapat menangkap maksud anda. Jika anda tidak keberatan, bolehkah anda menjelaskannya sekali lagi?
Tanpa Nama :
Saya akan mencuba.
Tanpa Nama :
"Dan anda ..
Tiwas :
- Anda berkata ‘’’
Tanpa Nama :
Jawapan di atas.
"Bukan atas alasan kewujudan kitab tetapi atas alasan anda iaitu :
- Namun, saya menjadi diyakinkan dengan argumen "fine tuning", iaitu adalah mustahil alam
maya yang tersusun dengan ketepatan matematik yang luar biasa ini, wujud secara kebetulan.-- Jika semua ini hanyalah kebetulan, kita tidak lebih dari sekadar produk alam sekitar yang muncul secara rawak, dan akan hilang juga secara rawak."
Tiwas :
- Nampaknya, anda tidak begitu tahu tentang argumen kewujudan Tuhan.
- "Fine Tuning" adalah argumen yang diberikan sebagai hujah menyokong kewujudan Tuhan. Namun, argumen ini hanya sampai di situ, iaitu membuktikan kewujudan Tuhan. Namun, argumen "Fine Tuning" ini tidak memberitahu kita bagaimanakah Tuhan itu. Argumen ini tidak dapat memberitahu kita sama ada Tuhan itu mengasihi kita atau tidak, sama ada Tuhan itu Esa atau tidak.
- Maka, anda sebenarnya mempertikaikan hal yang salah. Mengapa? kerana anda sendiri tidak tahu tentang argumen ini. Ia jelas apabila anda menyangka argumen ini boleh digunakan untuk sampai kepada doktrin2 spesifik di dalam Kristianiti.
Tanpa Nama :
Baiklah saudara,,(Anda masih gagal memahaminya) Boleh berikan hujah yang menyokong kewujudan Tuhan Dan apah Tuhan itu sendiri?
Tiwas :
- Maksud anda, menghapuskan hukuman neraka? Jika demikian, adakah anda bermaksud Tuhan mengampunkan begitu sahaja dosa2 manusia tanpa menghukumnya?
- Jika demikian, bukankah itu menunjukkan Tuhan itu tidak adil?
Tanpa Nama :
Sila baca pernyataan saya secara keseluruhan di kenyataan sebelum ini.
Tiwas :
- Saya tidak pasti mengapa anda mengatakan hal ini sebagai respon.
Tanpa Nama :
Saya terbaca kisah ini di alquran. Cuma nak tau adakah kisah ini terdapat dalam kitab lain spt Injil. Mungkin stelah sekian banyak perbezaan pasti ada persamaan yang kita tidak sedar.
Tiwas :
- Jika demikian, apa yang terjadi kepada kitab Injil yang asli tersebut?
- Di manakah kitab Injil yang asli itu pada hari ini?
Tanpa Nama :
Alangkah baik jika saya tau akan jawapannya. Adakah anda akan mengatakan Injil yang sekarang adalah asli?
- Ada, anda tidak tahu? Ini bererti anda belum pernah cuba menyelidiki hal ini.
- Peristiwa penyaliban Yesus dicatatkan bukan sahaja oleh penulis2 Kristian, tetapi juga oleh penulis2 sejarah bukan-Kristian, seperti Josephus, Tacitus, Pliny the Younger dll.
- Malah, hari ini, para ahli sejarah, sama ada Kristian atau bukan, sebulat suara mengakui kesahihan sejarah peristiwa penyaliban Yesus.
- Hanya Islam yang mengatakan sebaliknya. Namun, tidak ada seorang pun ahli sejarah yang saya tahu, merujuk kepada Al-quran untuk mengetahui sejarah Yesus.
- Lagipun, kepercayaan anda yang memberikan dakwaan bahawa Yesus tidak disalibkan. Maka, sepatutnya anda perlu memberikan bukti kepada dakwaan tersebut.
- Berdasarkan respon anda, jelas anda tidak dapat memberikan bukti, kerana memang tidak ada bukti sahih untuk mengatakan Yesus tidak disalibkan.
Tanpa Nama:
Saya @ anda sedar ada banyak tulisan yang menyanggah penyaliban yesus. Cuma jika saya berikan, topic ini akan menjadi perbincangan untuk mencari tulisan si polan mana yang benar.
Saya lebih suka menggunakan kenyataan anda sendiri.
- Anda juga tidak boleh mengatakan mereka terkeliru, kerana bukan semua mereka percaya bahawa Yesus akan bangkit. Sebagai contoh, Tomas, salah satu murid Yesus tidak percaya apabila murid2 yang lain mengatakan Yesus telah bangkit. Malah, Tomas berkata, "Kecuali aku melihat bekas paku pada tangan-Nya dan meletakkan jariku pada bekas luka itu, serta meletakkan tanganku pada rusuk-Nya, aku tidak mahu percaya."
Melalui kenyataan anda ini, nampaknya bukan saya saja yang mempertikaikannya.
"Wah, adakah saya akan masuk syurga jika saya masih lagi muslim?? Boleh saudara berikan ayatnya? Atau ayat tentang siapa yang masuk neraka?"
Tiwas :
- Sebagai Muslim, anda tidak percaya kepada Yesus sebagai Tuhan dan Juruselamat. Ini bererti, anda menolak anugerah keselamatan yang DIA berikan. Maka, adakah anda akan selamat? Sudah tentu tidak.
- Sebagai bukti, Yesus sendiri menyatakan,
"Kata Yesus kepadanya: "Akulah jalan dan kebenaran dan hidup. Tidak ada seorangpun yang datang kepada Bapa, kalau tidak melalui Aku."
- Hanya melalui Yesus kita akan sampai kepada TUHAN, iaitu syurga.
Tanpa Nama :
Jadi tuhan anda dan saya adalah sama kerana yang tidak sembah/menyekutukan Allah masuk neraka.
Tiwas berkata :
Mungkin anda tidak sedar, namun, kenyataan anda berikut
"Kita bersikap adil kerana itu kebenarannya/sepatutnya bukan kerana seseorang itu kita kasih."
bercanggah dengan kenyataan anda seterusnya,
"Walaupun anda telah menjatuhkan hukuman penjara kepada insan yang anda kasihi kerana dia telah melakukan kesalahan tidak bermakna anda tidak mengasihinya. Anda melakukannya kerana itulah kasih sayang anda kepada mangsa."
Tiwas menulis :
- Anda katakan kita bersikap adil (dengan menjatuhkan hukuman) bukan kerana mengasihi seseorang itu, namun, anda kemudian mengatakan kita menjatuhkan hukuman kerana kasih kepada seseorang itu.
- Dan, kenyataan anda ini juga sebenarnya mengiyakan penjelasan saya sebelum ini, iaitu, "kita adil kerana kasih".
Tanapa Nama :
Saudara seperti tidak faham @ enggan faham statement saya. Untuk berlaku adil, apabila menilai/menjatuhkan keputusan (dibebas/dihukum) kita perlu mengenepikan perhubungan kekeluargaan @ cinta (kasih sayang) dan apabila kita perlu juga menjatuhkan hukuman (cth : penjara 1 tahun kerana mencuri) kepada anak kita sendiri) tetaplah berlaku adil (dengan tetap menjatuhkan hukuman tersebut) namun janganlah kita putuskan kasih sayang kita pada pesalah (anak) dan niatkanlah agar dengan hukuman tersebut agar pesalah (anak) akan insaf dan bertaubat serta tidak mengulangi kesilapan. Jangan lupa melawat dia di penjara (tetap kasih sayang) dan tunggulah dia dengan tangan yang terbuka bila dia dibebaskan.
Untuk berlaku adil janganlah dibiarkan perasaan kasih sayang mempengaruhi dalam membuat keputusan. Akan tetapi janganlah putus kasih sayang itu walau untuk seburuk2 manusia. Saya agak kecewa manusia yang terpelajar seperti saudara gagal memahmi statement saya ini.
"Hakikatnya kepercayaan kristian hanya salah satu cara untuk melepaskan diri dari dosa dengan alasan penebusan dosa.(dosa Adam kan?)"
Tiwas :
- Anda maksudkan "Dosa Asal" atau "Original Sin"?
- Sebelum saya menjawabnya, boleh saya tahu apa pemahaman anda tentang "Dosa Asal" ini?
Tanpa Nama :
Harap saudara sudi menjelaskan isu ini untuk pemahaman saya.
Tiwas :
- Benar, itu adalah kepercayaan anda. Di mana anda perlu berusaha untuk mendapat keredhaan Allah.
- Ia seperti Allah anda berkata, "Kamu mahukan keredhaan dari-Ku? Berusaha dahulu, kemudian baru Aku nilaikan usaha-mu itu."
- Namun, TUHAN yang saya sembah tidak menuntut usaha saya, kerana DIA tidak memerlukan usaha saya itu. Sebaliknya, DIA sendiri menawarkan keselamatan tersebut kerana kita sebagai manusia yang fana, tidak akan pernah mampu mencapai standard kesempurnaan yang TUHAN mahukan.
- Ia seperti TUHAN mengatakan, "Marilah kepada-KU, AKU akan melepaskan beban itu daripada-mu"
- Perbezaan ini juga satu lagi fakta jelas bahawa kita menyembah Tuhan yang berbeza.
Tanpa Nama :
Allah menuntut kita berusaha kerana begitulah yang sepatutnya, tidaklah sehingga Allah menyuruh kita mencapai standard sehingga menjadi manusia yang langsung tidak berdosa. Allah yang mencipta kita jadi sememangnya Allah jua yang tau akan kelemahan dan kelebihan kita. Allah memberi kita pilihan dan terpulang pada diri kita untuk memilih jalan yang diredhaiNya @ dimurkaiNya. Kita sebagai makhluk ciptaanNya seharusnya menunaikan janji kita untuk mengEsakan Allah S.W.T.
Sedih sekali anda mengambil jalan yang berselirat, anda sendiri membebani diri anda untuk mencari jalan yang terbaik menuju kepadaNya. Anda memilih untuk mempercayai kesaksian saksi yang boleh saja dipertikai kesahihan cerita malah kredibiliti saksi itu sendiri. Malah kepercayaan anda ini tidak selari dengan Keagungan Tuhan yang mencipta alam ini dengan ketepatan matematik yang anda sendiri katakan. Adakah Tuhan Ynag Maha Berkuasa yang mencipta keajaiban alam ini memerlukan dirinya berkorban untuk memebus manusia dari dosa. Terlalu besar sangatkah dosa manusia itu sehingga memerlukan Tuhan itu sendiri menebus dosa bagi pihak makhluk ciptaannaya?
Anda sendiri akan menilai kepercayaan anda.
- Ketika Yesus ditangkap untuk disalibkan, semua murid-murid Yesus ketika itu lari bertempiaran, dan hanya mengikut dari jauh ketika Yesus dibawa untuk bertemu dengan Imam Besar Yahudi ketika itu.
- Setelah Yesus mati disalibkan, semua murid-murid-Nya juga menyembunyikan diri, kerana mereka tahu Yesus telah mati dan takut diri mereka juga akan ditangkap dan dihukum oenjara atau bunuh.
- Namun, mengapa murid-murid sama yang menyembunyikan diri kerana takut ini, tiba-tiba berani memberitakan bahawa Yesus telah bangkit dari kematian?
- Malah, mereka sanggup mati untuk memberitakan hal tersebut, sedangkan pada mulanya, mereka takut dan bersembunyi?
- Kerana Yesus telah menampakkan diri-Nya kepada mereka. Dia telah membuktikan bahawa Dia telah bangkit dari kematian, dan seterusnya membuktikan bahawa pengajaran-Nya selama ini iaitu Dia adalah Tuhan dan Juruselamat juga adalah benar.
- Masalahnya, kesimpulan anda ini tidak munasabah. Jika pun murid2 Yesus berasa "kesedihan yang melampau dan ingin menebus dosanya sendiri @ kelemahan kerana gagal melindungi orang yang dikasihi", mustahil mereka mengatakan Dia telah bangkit dan adalah Tuhan dan Juruselamat.
- Paling tidak, mereka hanya akan mengatakan Yesus adalah seorang guru atau nabi yang mati dibunuh.
- Namun, mereka pergi lebih jauh, iaitu mengatakan Yesus telah bangkit dari kematian dan adalah satu-satunya jalan keselamatan.
- Anda juga tidak boleh mengatakan mereka terkeliru, kerana bukan semua mereka percaya bahawa Yesus akan bangkit. Sebagai contoh, Tomas, salah satu murid Yesus tidak percaya apabila murid2 yang lain mengatakan Yesus telah bangkit. Malah, Tomas berkata, "Kecuali aku melihat bekas paku pada tangan-Nya dan meletakkan jariku pada bekas luka itu, serta meletakkan tanganku pada rusuk-Nya, aku tidak mahu percaya."
- Bukan itu sahaja, Yakobus, yang mana adalah saudara seibu dengan Yesus, juga tidak percaya kepada Yesus, namun, dia juga menjadi percaya.
Tanpa Nama :
Berdasarkan penceritaan oleh saudara Tiwas, adalah amat memeranjatkan jika kesaksian saksi2 yang mengisahkan peristiwa penyaliban tersebut boleh dipercayai dan digunapakai dalam kepercayaan anda. Berdasarkan kenyataan anda, saya telah menimbulkan persoalan utama iaitu - bolehkah kisah ini dipercayai? Bolehkah kita percaya tiada walau satu pun anak murid yesus yang cuba mempertahan @ menyelamatkan yesus dari dibunuh. Reaksi anak murid yesus saat proses penangkapan hingga dibunuh yang bertindak melarikan diri serta hanya memerhati dari jauh sahaja (tentunya dalam ketakutan) & menyembunyikan diri boleh mengundang pelbagai persoalan. Malah selepas beberapa saksi mendakwa yesus hidup kembali terdapat anak muridnya sendiri telah mempertikaikan cerita ini. Adakah anda pernah mempertimbangkan mengapa terdapat pertikaian ini? Adakah anda pernah mempertimbangkan andaian2 yang timbul seperti konspirasi dari penguasa zaman itu sendiri yang menyongsangkan ajaran sebenar Nabi Isa dari dalam dengan tujuan merosakkan akidah ajaran itu sendiri? Amatlah pelik, penguasa yang berkuasa membiarkan sahaja anak2 murid yesus terus hidup untuk menyebarkan ajaran yesus sedangkan mereka amat membenci ajarannya. Jika anak murid yesus hidup untuk menyebar kisah ini, mengapa penguasa membiarkannya? Jika penguasa
1. Jika kita tidak memiliki kitab2 yang anda sebutkan di atas, sudah tentu, pilihan paling rasional yang dapat kita buat adalah mempercayai bahawa dunia ini wujud secara kebetulan, kerana kita tidak tahu apa2 selain apa yang kita lihat di dunia ini.
2. Namun, saya menjadi diyakinkan dengan argumen "fine tuning", iaitu adalah mustahil alam maya yang tersusun dengan ketepatan matematik yang luar biasa ini, wujud secara kebetulan.-- Jika semua ini hanyalah kebetulan, kita tidak lebih dari sekadar produk alam sekitar yang muncul secara rawak, dan akan hilang juga secara rawak.
3. Seterusnya, saya menjadi diyakinkan dengan Peribadi Yesus Kristus. Kerana kwujudan-Nya, kematian-Nya, kebangkitan-Nya, benar2 telah terjadi di dalam sejarah manusia, malah, kita boleh menyelidiki kesahihannya,
4. Kristianiti adalah satu-satunya kepercayaan di dunia ini yang mengatakan TUHAN sendiri telah datang kepada manusia untuk menyelamatkan kita, dan dapat dakwaan diselidiki secara sejarah.????
Tanpa Nama :
Saya akan cuba menerangkan secara ringkas dan mudah. (Saya menggunakan kata nama ‘Tiwas’ kerana ini kenyataan anda)
1. Jika tiada kitab2 agama, Tiwas akan lebih mempercayai alam dan makhluk terjadi secara kebetulan kerana Tiwas tidak tau apa selain apa yang dilihat.
2. Namun setelah berfikir dan mengkaji kejadian alam yang tersusun yang mana boleh dibuktikan oleh ketetapan matematik yang LUAR BIASA, Tiwas mengambil keputusan untuk mempercayai dan meyakini adanya sesuatu yang juga MAHA LUAR BIASA kerana boleh menyusun alam ini dengan ketepatan matematik yang LUAR BIASA. Sesuatu itu tentunya MAHA LUAR BIASA, MAHA BERKUASA DAN MAHA BIJAKSANA SERTA MAHA SEGALANYA kerana jika sesuatu itu hanya luar biasa, berkuasa & bijaksana sahaja bermakna ada lagi yang lebih hebat dari sesuatu. Jadi sesuatu itu kekuasaannya, kebijaksanaannya perlulah tidak terbatas kerana jika terbatas pasti akan ada pesaing untuk sesuatu itu. Sesuatu itu perlu MAHA LUAR BIASA kerana sesuatu itu perlu di luar dari ruang lingkup pemikiran Tiwas kerana jika Tiwas boleh menggambarkannya ini bermakna sesuatu itu TIDAK LUAR BIASA. Jadi apakah itu sesuatu. Tiwas pun mengambil keputusan sesuatu itu adalah Tuhan. Tuhan yang mencipta manusia, makhluk2 di alam ini bahkan alam kejadian dan semesta.
3. Setelah Tiwas meyakini kewujudan Tuhan yang MAHA SEGALANYA, Tiwas perlu kembali ke dunia reality bahawasanya di bumi ini ada bermacam kepercayaan. Ada yang mengatakan Tuan itu Esa, Ada yang mengatakan Tuhan itu 3 dalam 1 kesatuan, ada merupakan Tuhan itu banyak tangan dan pelbagai lagi. Tiwas juga boleh memilih untuk menolak semua kepercayaan ini dan mencipta kepercayaan baru untuk Tiwas sendiri akan tetapi Tiwas adalah manusia biasa yang memerlukan bimbingan dan bukti dari mana2 sumber untuk meyakinkan diri. Jadi Tiwas pun telah membuat keputusan untuk menyembah Tuhan yang 3 dalam 1 kesatuan. Ini kerana Tiwas percaya Tuhan yang …(sila baca no 2.) sanggup turun ke bumi untuk MENGORBANKAN diri bagi menebus manusia dari dosa dan kepercayaan ini dapat dibuktikan dari segi sejarah yang berpandukan pada kesaksian saksi2 yang diterima pakai kesaksiannya walau ada juga yang mempertikaikan kisah saksi2 ini. (sila rujuk hujah sebelum ini mengenai isu berkaitan).
Diharap saudara Tiwas dapatlah memahami denga nsejelas2nya apa yang saya cuba sampaikan. Apa yang saya boleh katakan, anda sendiri yang menyanggah kepercayaan anda bila meyakini alam ini tersusun dengan ketepatan matematik yang luar biasa yang tentunya disusun oleh YANG MAHA BIJAKSANA, MAHA BERKUASA, MAHA LUAR BIASA, telah MENGORBANKAN DIRI untuk mati di tiang salib dalam keadaan dihina oleh makhluk ciptaannya sendiri dan MENINGGALKAN murid2nya dalam menghadapi kezaliman penguasa (makhluk ciptaannya sendiri) untuk dibunuh. Bagaimana saudara Tiwas? Inikah pemahaman tentang Tuhan yang anda diyakinkan oleh kesaksian saksi2 yang sehingga hari ini boleh dipertikaikan kisahnya.???
Tapi anda lupa bukti2 dari sejarah perlu selari dengan kejadian alam dan zaman masa kini untuk untuk diakui kebenarannya. Selagi bukti sejarah tidak selari @ boleh disanggah, selagi itulah bukti tersebut tidak boleh diterima pakai. Begitu juga ayat2 dari bible anda.
Seorang tokoh (anda boleh menamakannya) mengutarakan teori 'Kebetulan' dalam menerangkan kejadian alam. Dia mengatakan alam ini terjadi secara kebetulan. Tiada yang menciptanya. Juga mengatakan asal usul manusia manusia adalah dari evolusi beruk. Akan tetapi. Seperti yang anda katakan ‘ketepatan matematik yang luar biasa dalam kejadian alam menunjukkan ada sesuatu yang Maha Bijaksana dan Segalanya telah mencipta alam ini. Jelasnya kita sama2 bersetuju sesuatu itu adalah Tuhan. Oleh kerana ketepatan matematik yang anda katakan dapat dijelaskan dalam sains moden pada zaman ini, secara automatiknya telah menyanggah teori kebetulan oleh tokoh tersebutbahkan menguatkan kepercayaan alam dan sekalian makhluk ada pencipta iaitu Tuhan.
Seperti juga penceritaan peristiwa penyaliban Yesus yang menjadi asas kepercayaan anda, telah wujud keraguan oleh para pengkaji dalam mempercayai seterusnya mengesahkan kisah ini. Ya, anda telah memberikan hujah dari tokoh sejarah akan tetapi sejarah yang anda perkatakan itu sendiri bersumberkan dari kitab bible. Anda juga memberi ayat2 bible untuk menguatkan hujah anda, akan tetapi kisah yang terdapat dalam bible itu sendiri perlu disah dan diselidiki. Yang menariknya anda sendiri telah memberikan point dalam kisah itu sendiri yang mana ada terdapat juga mereka yang menyanggah kebangkitan yesus dan seterusnya memungkinkan kisah ini tertolak sama sekali.
Sebagai contoh, dahulu manusia menganggap bumi ini pusat dan matahari beredar mengelilingi matahari. Selepas beribu tahun, sesuai dengan perkembangan otak manusia yang seterusnya kemajuan sains dalam apa jua bidang, teori ini telah tertolak kerana tidak selari dengan kejadian alam itu sendiri.
Seperti jua kisah penyaliban itu yang tidak sesuai dan tidak diterima oleh akal fikiran manusia bahkan oleh kajian2 dari sains itu sendiri. Anda mendakwa Yesus mati, hidup kembali dan seterusnya menjadi tuhan. Bagaimanakah sains dapat membuktikan kisah ini? Bagaimanakah anda dapat menyelarikan kejadian alam dengan peristiwa ini seperti yang sains telah buktikan dalam menolak teori2 seperti diatas? Bagaimana anda dapat selarikan kisah tuhan yang diseksa, disalib, mati, dikebumikan, dan hidup kembali setelah 3 hari dengan kisah kejadian alam dengan ketepatan matematik yang luar biasa (yang tentunya dilakukan oleh Tuhan Yang Maha Mulia, Bijaksana, Berkuasa, Perkasa dan Maha Segalanya)? Bukankah kisah ini bertentangan dengan statement anda sendiri?
Jawapan: Jawapan kepada soalan ini bergantung kepada makna ayat “Tuhan yang sama”. Memang tidak dinafikan bahawa pandangan orang Muslim dan orang Kristian mengenai Tuhan mempunyai banyak persamaan. Kedua-dua pihak berpendapat bahawa Tuhan adalah muktamad, mahakuasa, memiliki pengetahuan yang tidak terhingga, berada di semua tempat, suci, adil dan tepat. Agama Islam dan agama Kristian percaya bahawa terdapat satu Tuhan tunggal yang mencipta alam ini. Oleh itu, dalam konteks ini orang Kristian dan orang Muslim menyembah Tuhan yang sama.
Pada masa yang sama, terdapat juga perbezaan penting antara pandangan orang Kristian dan orang Muslim mengenai Tuhan. Walaupun orang Muslim menganggap bahawa Allah mempunyai ciri-ciri belas kasihan, penuh rahmat dan penyayang; tetapi Allah tidak menunjukkan ciri-ciri lain yang sama dengan Tuhan orang Kristian. Perbezaan penting antara agama Kristian dan agama Muslim mengenai Tuhan ialah konsep “penjelmaan”. Orang Kristian percaya bahawa Tuhan menjadi manusia iaitu Yesus Kristus. Orang Muslim menganggap konsep ini satu pencacian kepada Tuhan yang suci. Orang Muslim tidak akan menerima pandangan bahawa Allah menjadi manusia dan mati untuk dosa dunia ini. Kepercayaan pada penjelmaan iaitu Tuhan wujud sebagai Yesus Kristus adalah muktamad dalam pemahaman konsep Tuhan bagi orang Kristian. Tuhan menjadi manusia supaya Dia dapat bersimpati dengan kita, dan lebih penting lagi, supaya Dia dapat memberi penyelamatan, iaitu pengampunan dosa.
Oleh itu, adakah orang Kristian dan orang Muslim menyembah Tuhan yang sama? Ya atau Tidak? Mungkin satu soalan yang lebih baik ialah, “Adakah orang Kristian dan orang Muslim mempunyai kefahaman yang sama mengenai Tuhan?” Mengenai hal ini, jawapannya ialah tidak sama. Terdapat beberapa perbezaan yang kritikal antara orang Kristian dan orang Muslim mengenai Tuhan. Kedua-dua kepercayaan tidak mungkin sama-sama benar. Kami percaya bahawa agama Kristian mempunyai pandangan yang betul mengenai Tuhan kerana dosa mesti dibayar bagi mendapat penyelamatan. Hanya Tuhan dapat membayar harga itu iaitu apabila Tuhan menjadi manusia supaya Dia boleh mati untuk kita, membayar denda dosa kita dan mengampuni kita (Roma 5:8; 2 Korintus 5:21).
Tanpa Nama :
Sudah jelas bukan saudara Tiwas. Kita MENYEMBAH TUHAN YANG SAMA akan tetapi PEMAHAMAN KITA YANG BERBEZA dan pemahaman inilah yang akan menentukan syurga @ neraka.
Oleh itu, dalam konteks ini orang Kristian dan orang Muslim menyembah Tuhan yang sama.
(Jelas konteks yang dimaksudkan adalah persoalan “Adakah Kristian dan Muslim menyembah Tuhan yang sama?”. Saya tidak ingin bersikap prejudis terhadap penulisi, akan tetapi amat menyedihkan persoalan semudah ini pun terpaksa dijawab dengan panjang lebar dgn. info2 yang telah kita sedia maklum. Pastinya dengan niat yang tertentu.)
“Adakah orang Kristian dan orang Muslim mempunyai kefahaman yang sama mengenai Tuhan?”
Mengenai hal ini, jawapannya ialah tidak sama.
Mengenai hal ini, jawapannya ialah tidak sama. (Ini adalah persoalan yang sama hanya konteks ayat telah ditukar mengakibatkan pembaca akan menganggap soalan ini tidak berbeza dengan soalan yang pertama sudah tentu dengan niat jelas untuk menyerlahkan jawapan Tuhan yang disembah muslim dan kristian adalah berbeza.)
Dan sekarang saya menuntut anda memberi jawapan tentang persoalan “Adakah saya (muslim) dan anda (kristian) menyembah Tuhan yang sama?
Mungkin, saya akan berhenti seketika dari memberikan respon kerana kekangan masa. Saya biarkan dialog kita ini untuk bacaan para pengunjung blog ini buat masa ini. Akan saya berikan respon apabila ada masa terluang.
Tuhan memberkati.
Ya Allah, kepadaMu aku memohon keampunan.
Saudara Tiwas, tiadalah niat saya untuk menghina @ memperlekeh pegangan saudara. Hakikatnya, kehidupan kita di dunia ini cumalah sementara dan bila tiba hari kita dibawa mengadap Allah untuk menerima pengadilan, ketika itulah kita akan sedar akan kebenaranNya. Dan ketika itulah penyesalan kita tidak berguna lagi. Ketika itulah kita akan sedar betapa kerdilnya diri kita di hadapanNya. Mohonlah kita keampunan dari Allah yang Esa, tiada sekutu untukNya.
Syukur tidak terkira kiranya dialog ini dapat berjalan dengan baik dan sejuta kemaafan kiranya ada tersalah kata dari saya kerana tiadalah niat lain selain mencari kebenaran.
InsyaAllah, saya pastinya akan menanti jawapan saudara untuk persoalan2 yang belum lagi terjawab kerana saya amatlah memandang tinggi akan kemampuan ilmu pengetahuan saudara yang luas itu.
http://yesus.8m.com/perbedaan.htm
Tentang keimanan, kita serah sahaja kepada Allah untuk menentukannya..
Kepada Saudara Tiwas, maafkan saya sebagai tetamu akan tetapi bersikap biadap kepada tuan rumah..Terima kasih kerana sudi berdialog dengan saya..
Maaf, namun, saya memang benar2 tidak mempunyai masa yang lapang kebelakangan ini. Malah, blog saya ini juga agak jarang diupdate kerana masa tidak begitu mengizinkan.
Saya juga sudah menulis separuh respon saya untuk poin2 anda, cuma, saya belum dapat mencari masa lapang untuk menulis keseluruhan respon tersebut.
Sekali lagi, maafkan saya kerana lambat menulis respon.
Tuhan memberkati.
”ANDA mengatakan Allah menjadi punca kepercayaan ini. Mengatakan Tuhan menjadi punca serupa juga anda mengatakan Tuhan menjadi punca timbulnya fahaman yang berbeza kerana Allah yang mencipta manusia. Anda seolah menyalahkan Tuhan dengan mengatakan jika Tuhan tidak mencipta manusia pastinya perbezaan ini takkan berlaku.Mengapa anda tidak menyalahkan Tuhan (yang anda percaya) kerana mati serta hidup kembali dan kemudiannya meninggalkan anda yang mana seterusnya muncul Nabi Muhammad yang menyanggah kepercayaan anda?”
- Nampaknya, anda cuba menukar poin asal percanggahan ini.
- Perbezaan yang ada pada kita adalah kerana Tuhan memberikan kita kebebasan untuk percaya atau tidak kepada-Nya.
- Namun, menurut Islam, kepercayaan Kristian bahawa Yesus telah disalibkan, bukan berpunca daripada kebebasan memilih, tetapi, berpunca dari Allah, kerana Dia yang menukar Yesus dengan orang lain TANPA menjelaskan hal ini kepada murid-murid-Nya.
-------------------
Anda menulis,
”Ini adalah antara kemungkinan sahaja. Sebenarnya agak menyedihkan untuk menuduh murid2 Nabi Isa telah gagal menerima ajaran dengan betul. Bukanlah begitu? Jadi saya telah tersilap dalam menyalahkan murid nabi isa….”
- Terima kasih kerana anda mengakui kesilapan ini.
------------------
Anda menulis,
”Kemungkinan yang lain adalah saksi2 yang didakwa anak2 murid yesus bukanlah anak murid yesus itu sendiri.”
- Tidak, kerana jelas saksi2 tersebut adalah murid-murid Yesus sendiri seperti Petrus, Yohanes, dll.
Anda menulis,
”Kemungkinan cerita yesus mati dan hidup semula lalu menjadi tuhan timbul melalui konspirasi pemerintah di zaman itu untuk menyongsangkan ajaran anak murid Nabi Isa. Kita sedia maklum, pihak pemerintah berazam untuk menghapuskan ajaran yesus. Lalu untuk menghapuskan ajaran ini anak muridnya juga perlu dihapuskan dan juga melalui cara yang paling berkesan dengan merosakkan ajaran itu sendiri dari dalam. Apa yang dilakukan pemerintah ialah dengan memprogandakan ajaran anak murid ini (yg sebenarnya bukan anak murid) adalah dengan mengakui ketuhanan yesus. Pendek kata kemungkinan yang ada adalah anda mempercayai kepercayaan saksi2 yang diwujudkan/dipropaganda (yang sebenarnya bukan anak murid yesus) oleh pihak pemerintah dengan tujuan menyongsangkan ajaran yesus itu sendiri. Dan selepas beribu tahun, ajaran songsang ini dipenuhi dengan kecelaruan seiring dengan tahap pemikiran manusia yang berkembang. Malah kajian yang dilakukan juga pastinya sia2 kerana dari asal lagi ajaran ini telah dipalsukan.”
- Adakah anda sedar bahawa “teori/kemungkinan” anda ini sangat tidak munasabah dan tidak disokong dengan sebarang bukti?
- Untuk apa pemerintah zaman itu mahu menyongsangkan ajaran murid-murid Yesus?
- Mengapa mereka bersusah payah merancang suatu konspirasi untuk menyongsangkan ajaran Yesus? Apa motif mereka?
- Sedangkan, sangat mudah untuk “kerajaan di zaman itu” menghapuskan mereka, iaitu dengan membunuh mereka (dan itulah yang telah cuba dilakukan) kerana pada mulanya jumlah mereka sangat sedikit.
- Anda juga berkata, “Apa yang dilakukan pemerintah ialah dengan memprogandakan ajaran anak murid ini (yg sebenarnya bukan anak murid) adalah dengan mengakui ketuhanan yesus.”
- Siapakah “anak murid (yg sebenarnya bukan anak murid)” ini? Adakah anda cuba mengatakan “anak murid yang bukan andak murid” tersebut adalah Paulus? Tapi, Paulus juga dibunuh oleh “pemerintah di zaman itu”.
- Dan, jika pengajaran tersebut telah berjaya disongsangkan, mengapa selama 3 abad berturut-turut, Kristianiti kekal ditindas oleh kerajaan pada zaman tersebut? Ramai yang diseksa dan dibunuh kerana mengatakan Yesus adalah Tuhan dan Juruselamat.
- Jika kepercayaan bahawa “Yesus telah bangkit dari kematian dan adalah Tuhan dan Juruselamat” adalah hasil penyongsangan “kerajaan di zaman itu”, mengapa setelah “penyongsangan” tersebut berhasil, Kristianiti tetap ditindas dan dianiaya oleh “kerajaan di zaman itu”?
- Maaf, teori anda ini terlalu tidak munasabah.
”Ya, anda boleh saja mengatakan ini semua adalah andaian semata2. Akan tetapi jika saya menjadi anda saya akan bertanya pada diri sendiri :
1. Bolehkah kesaksian(Injil) saksi2 (yang didakwa anak murid yesus) ini diterima pakai sedangkan semasa berlakunya penangkapan yesus, semua anak murid yesus didakwa melarikan dan menyembunyikan diri?”
- Mereka tidak pergi jauh. Malah, Petrus sendiri masuk ke dalam ruang dimana Yesus dibicarakan oleh Imam Besar ketika itu.
- Lagipun, mereka menyembunyikan diri SETELAH Yesus mati disalibkan dan dikuburkan. Sepanjang tempoh perbicaraan, penyeksaan, dan penyaliban, murid2 Yesus ada bersama-sama menyaksikannya.
Anda menulis,
”2. Bolehkah …. kerana saksi2 mendakwa mengikut dari jauh pristiwa tersebut? Adakah penglihatan mereka tidak dipengaruhi oleh posisi, jarak, cuaca, masa dan lain2.”
- Nampaknya, anda mungkin belum pernah membaca sendiri kisah penyaliban Yesus di dalam Alkitab.
- Seperti yang telah saya katakan, mereka mengikut dari jauh, tetapi, mereka juga pergi lebih dekat semasa Yesus dibicarakan, dan juga ketika Yesus disalibkan. Malah, Yesus telah berbicara dengan Yohanes ketika Dia sedang terpaku di kayu salib. Ini bererti Yohanes berada dekat dengan Yesus ketika itu.
Anda menulis,
”3. Bolehkah … sedangkan selepas kematian yesus mereka melarikan diri bahkan tidak pun mengetahui kedudukan kubur yesus?”
- Siapa kata mereka tidak mengetahui kubur Yesus? Tidakkah anda tahu beberapa orang murid Yesus sendiri yang membaringkan, membersihkan luka, membungkus dengan kain lenan, dan merempahi mayat Yesus?
- Bukan itu sahaja, pihak pemimpin Yahudi yang menentang Yesus ketika itu juga tahu di mana kubur Yesus.
- Maka, soalan anda ini mendedahkan bahawa anda belum lagi menyelidiki hal ini.
Anda menulis,
”4. Bolehkah … sedangkan mereka hanya melihat penampakan yesus bukan melihat yesus bangkit dari kubur lalu hidup kembali?”
- Mereka tahu Yesus telah benar2 mati. Malah, askar Rom yang menjalankan hukuman salib tersebut juga tahu Yesus telah mati. Adakah anda cuba mengatakan Yesus terselamat dan masih hidup ketika disalibkan?
- Maka, apabila seorang yang sudah diketahui telah pun mati, tiba-tiba menampakkan dirinya dalam keadaan hidup, tidakkah itu bererti orang tersebut telah hidup kembali?
- Itulah yang terjadi, di mana Yesus yang telah mati, menampakkan diri-Nya dalam keadaan hidup.
”5. Bolehkah … sedangkan ketuhanan yesus hanya disedari setelah saksi2 melihat penampakan yesus setelah 3 hari dikuburkan?”
- Ya, kerana itu adalah bukti bahawa Dia adalah Tuhan. Kerana, sebelum itu, Yesus telah berkata bahawa Dia akan mati, dan bangkit semula dari kematian.
- Yesus juga telah berkata bahawa Dia berkuasa memberikan nyawa-Nya, dan mengambil-Nya kembali, suatu perbuatan yang hanya layak dilakukan Tuhan.
Anda berkata,
”6. Bolehkah …sedangkan saksi2 ketakutan, bertemperian lari, menyembunyikan diri apabila penguasa datang untuk menangkap yesus dan kemudiannya anda mendakwa saksi2 menjadi berani dan ada yang dibunuh kerana mengkhabarkan ketuhanan yesus? Jika saksi2 yang awalnya takut untuk mati semasa proses penyaliban itu dan tiba2 menjadi berani kerana mendakwa ketuhanan yesus, sudah tentu adalah kerana mereka yakin yesus adalah tuhan. Jadi soalannya, mengapa selepas mendakwa ketuhanan yesus, saksi2 tetap dibunuh oleh penguasa? Mengapa yesus yang mereka yakin adalah tuhan tidak berkuasa menyelamatkan saksi2 dari pembunuhan?”
- Kerana, Yesus telah menyatakan bahawa mereka akan diseksa, dibunuh, ditindas, kerana memberitakan Injil iaitu keselamatan melalui Yesus Kristus.
- Tuhan bukan tidak berkuasa, tetapi, Tuhan telah mengatakan hal itu yang akan terjadi.
- Dan, kematian mereka hanyalah sementara, kerana Yesus juga telah berkata bahawa pada akhir zaman, Dia akan kembali dengan sepenuh kemuliaan-Nya sebagai Tuhan, dan akan menghakimi seluruh umat manusia.
- Maka, berdasarkan kata2 ini, mereka sanggup mati, kerana mereka tahu, di akhir nanti, Tuhan akan membangkitkan mereka yang percaya kepada-Nya.
Anda menulis,
”7. Bolehkah … dan pemberitaannya dipercayai sedangkan semasa yesus ditangkap saksi2 ini bertindak melarikan diri. Jika mereka menganggap yesus benar, sudah tentu mereka sanggup mati untuk mempertahankanya, bukan melari dan menyembunyikan diri seperti seorang pengecut. Anda mengatakan mereka sanggup mati dibunuh kerana meyakini yesus akan tetapi bukankah sepatutnya dari awal lagi mereka akan bertindak mempertahankan dengan nyawa saat yesus ditangkap, bukan dengan sekadar memerhati dari jauh sehingga yesus dibunuh?”
- Sebenarnya, Petrus telah dengan berani menentang mereka yang cuba menangkap Yesus, malah, Petrus telah menetak telinga salah seorang dari mereka sehingga putus.
- Namun, Yesus melarang murid-murid-Nya mempertahankan-Nya, malah, menyembuhkan semula telinga yang ditetak tersebut.
- Setelah Yesus ditangkap, barulah mereka lari kerana takut. Kerana ‘Ketua’ mereka (iaitu Yesus) telah ditangkap.
- Dan, penyaliban Yesus harus terjadi. Memang itulah rencana dan tujuan Yesus datang ke dunia, untuk mati bagi menebus kita dari dosa.
”Seterusnya akan menimbulkan persoalan adakah mereka mati kerana mengkhabarkan ketuhanan yesus @ mati dibunuh kerana sememangnya penguasa mahu anak2 murid yesus mati dari awal lagi?”
- Jika murid-murid Yesus berdiam diri dan tidak memunculkan diri, adakah mereka akan ditangkap atau dibunuh? Sudah tentu tidak, kerana tujuan utama Yesus ditangkap oleh mereka (iaitu pemimpin Yahudi ketika itu) adalah untuk menghalang ajaran Yesus dari berkembang.
- Namun, murid-murid Yesus keluar dari persembunyian mereka dan dengan berani memberitakan kebangkitan Yesus.
- Jika Yesus tidak bangkit, bukankah pemimpin Yahudi ini dengan mudah dapat menghalang mereka dengan menunjukkan mayat Yesus yang masih ada di dalam kubur?
- Namun, mereka tidak dapat berbuat demikian, mengapa? Kerana kubur Yesus kosong. Tidak ada mayat lagi di dalamnya. Mengapa kosong? Kerana Yesus telah bangkit.
- Jika penguasa mahu murid-murid Yesus mati dari awal lagi, mengapa mereka tidak menangkap kesemua murid2 Yesus sekaligus ketika mereka bersama-sama dengan Yesus, termasuk ketika Yesus disalibkan?
Anda menulis,
”8. Soalan yang terakhir, bolehkah kesaksian saksi yang penggecut seperti ini dipercayai? Adakah anda akan mempercayai cerita dari seseorang yang tidak mempertahankan gurunya dari dibunuh? Adakah anda boleh mempercayai seorang pengecut yang tiba2 menjadi berani setelah gurunya dibunuh?”
- Persoalannya, apa yang membuatkan “para pengecut” ini berubah menjadi berani?
- Jika pada asalnya mereka takut, mengapa mereka tiba2 menjadi berani?
- Hanya ada satu jawapan yang munasabah, iaitu Yesus benar2 telah bangkit dari kematian, bertemu dengan mereka, dan memberikan keyakinan kepada mereka bahawa Dia benar2 adalah Tuhan dan Juruselamat.
Persoalan menarik dari anda,
”Adakah anda boleh menjawabnya dengan menggunakan akal fikiran yang waras? Adakah kesaksian yang dipropagandakan penguasa zaman tersebut yang mahukan ajaran Nabi Isa di hapuskan/disongsangkan sebagai saksi boleh diterima akal fikiran anda? Anda boleh katakan semua ini hanyalah andaian sahaja akan tetapi hakikatnya andaian ini berdasarkan statement anda sendiri dan ironinya kepercayaan anda hanyalah andaian berdasarkan kesaksian yang anda percaya adalah murid2 yesus..”
- Sekali lagi, apa kata anda juga fikirkan hal ini dengan rasional.
- Mengapa penguasa zaman tersebut mahu memprogandakan ajaran Yesus dengan menyongsangkannya, sedangkan, sejarah jelas menyatakan, penguasa zaman itu menindas mana-mana orang yang mengakui Yesus sebagai Tuhan dan Juruselamat?
”Ya, saya mendapat pengetahuan ini dari al-quran yang saya baca dan selepas membacanya saya menggunakan akal fikiran yang sihat untuk cuba menyelarikan pemahaman ini dengan kejadian alam, sejarah manusia (politik, ekonomi, geografi), ketamadunan dunia, sains dan apa jua yang berhubung kait dengan kejadian manusia dan perbandingan dari pastinya hujah2 anda yang telah menguatkan kepercayaan saya ini. Percayalah, saya tidak membacanya dan mempercayainya dengan membuta tuli. Tiap keterangan pasti ada penjelasan yang boleh diterima akal fikiran.”
- Masalahnya, Al-Quran dengan jelas memberikan beberapa kenyataan yang bercanggah dengan sejarah sebenar yang telah terjadi, salah satunya adalah Penyaliban Yesus Kristus (sebenarnya ada banyak lagi percanggahan lain, namun, saya tumpukan untuk hal ini terlebih dahulu).
- Al-Quran menafikannya dengan mengatakan Yesus tidak disalibkan, namun, semua bukti sejarah yang ada menunjukkan Yesus benar2 telah disalibkan.
- Bukan itu sahaja, menurut Al-Quran, Allah yang dengan sengaja memulakan kepercayaan bahawa Yesus telah disalibkan dengan menggantikan Dia dengan orang lain.
Anda menulis,
”Cerita dari alquran dan Nabi Muhammad amat dipercayai kerana sememangnya begitulah sifat kebenaran (Relevan dengan keadaan semasa dan logic akal namun tetap mengakui Allah yang esa dan Maha Kuasa).”
- Adakah anda sedar anda langsung tidak memberikan sebarang sebab untuk mempercayai cerita Al-Quran dan Nabi Muhammad? Sebaliknya, anda memberikan suatu hujah yang bersifat “circular reasoning”.
- Cuba anda fikirkan,
1) Siapa yang mendakwa dirinya adalah Nabi? Nabi Muhammad sendiri.
2) Siapa yang mendakwa dirinya menerima wahyu dari Tuhan? Nabi Muhammad sendiri.
3) Apabila kenabiannya dipersoalkan, kepada siapa atau apakah yang digunakan oleh Nabi Muhammad untuk mempertahankan dakwaannya? Al-Quran.
4) Namun, Al-Quran adalah wahyu yang didakwa oleh Nabi Muhammad adalah daripada Allah. Siapa yang dapat mengesahkannya? Tidak ada.
5) Maka, apa cara Nabi Muhammad untuk mengesahkannya? Dengan mengatakan Al-Quran akan mengesahkan apa yang terkandung di dalam kitab2 sebelum itu iaitu Taurat dan Injil.
6) Namun, kandungan Taurat dan Injil sangat bercanggah dengan kandungan Al-Quran. Khususnya kisah penyaliban Yesus.
- Maka, bagaimana anda boleh mengatakan “Cerita dari alquran dan Nabi Muhammad amat dipercayai kerana sememangnya begitulah sifat kebenaran” sedangkan isi kandungannya bercanggah dengan dakwaannya sendiri?
Anda juga menulis,
”Jika hendak dibandingkan dengan cerita anda, sahabat2 nabi sanggup bergadai nyawa, harta benda untuk mempertahankan Nabi Muhammad dari dibunuh. Mereka berbuat demikian kerana mereka percaya dan yakin, Sudah tentu saya akan mempercayai ajaran yang dipercayai sahabat2 Nabi kerana mereka telah membuktikan kesungguhan dan kebenaran ajaran Nabi Muhammad. (Salah satu sebab dari banyak sebab)”
- Maksud anda pengikut2 Nabi Muhammad sanggup bergadai nyawa? Namun, ketika itu, Nabi Muhammad sudah berkuasa dan berpengaruh.
- Sudah tentu para pengikutnya sanggup bergadai nyawa.
- Ia jauh berbeza dengan situasi murid2 Yesus, di mana Yesus tidak memberikan sebarang harta atau kuasa kepada mereka, sebaliknya Yesus mengatakan mereka akan mati kerana mengikut Dia.
- Hal ini juga berbeza kerana pengikut2 Nabi Muhammad sanggup mati untuk hal yang mereka “anggap” benar.
- Murid2 Yesus pula sanggup mati untuk hal yang mereka “tahu” adalah benar.
Anda menulis,
”Tidak seperti penceritaan anda, saksi2 yang didakwa sebagai saksi melarikan diri disaat penangkapan hinggalah kematian yesus. Dan anda mendakwa mereka berani untuk dibunuh bagi mekhabarkan ketuhanan yesus setelah nampak yesus memunculkan diri walhal mereka sememangnya diburu oleh penguasa untuk dibunuh kerana mengakui ajaran Nabi Isa.”
- Sudah saya jelaskan di atas.
”a. Ali menolak pengorbanan maka Ali masuk neraka.
b. Ali menerima pengorbanan maka Ali masuk syurga.
Banyak kali anda mengatakan saya putar belit kenyataan anda. Anda hanya menceritakan Ali akan masuk syurga jika menerima pengorbanan tetapi tidak menceritakan Ali akan masuk neraka jika enggan menerima pengorbanan. Bukankah anda yang cuba memanipulasi penggunaan ayat dalam hujah2 anda kerana anda takut orang lain tidak akan tertarik dengan ajaran kristian yang kononnya penuh dengan kasih sayang tetapi sebenarnya hipokrit dengan menggunakan penebusan dosa untuk menghalalkan syurga.”
- Saya tidak memanipulasi penggunaan ayat tersebut. Kerana penjelasan yang anda cuba berikan adalah tidak tepat menggambarkan keselamatan yang diberikan melalui Yesus Kristus.
- Keselamatan tersebut diberikan kepada semua orang, malah, ketika kita masih belum mengenal Dia atau menerima Dia, kita sudah diberikan tawaran keselamatan tersebut.
- Hal ini berbeza dengan kepercayaan anda, di mana tawaran keselamatan hanya akan diberikan jika anda sudah tunduk kepada Allah. Malah, itu pun belum menjamin anda akan diselamatkan kerana Allah akan menilai anda sama ada anda layak atau tidak berdasarkan usaha anda untuk tunduk kepada Allah.
Anda menulis,
”Anda cuba juga mengelak. Ok lah. Biar saya katakan, dalam kristian yang menerima pengorbanan tuhan (yang mengatakan tuhan itu bapa)akan masuk syurga. Yang enggan menerima pengorbanan (enggan mengaku tuhan adalah bapa) akan masuk neraka.
Jadi apa bezanya, Allah mengasihi hambaNya yang menyembahNya akan tetapi melaknat sesiapa yang menyekutuiNya. Manusia yang mengakui dan taat pada perintah Allah masuk syurga yang tidak taat dan menyekutuiNya akan masuk neraka. Anda seolah2 takut untuk mengatakannya. Mengapa?”
- Gambaran yang anda berikan di sini juga tidak tepat menggambarkan kepercayaan sebenar Kristian.
- Bezanya, Allah anda menuntut usaha anda, TUHAN yang saya sembah pula memberikan keselamatan tersebut secara percuma.
” Jika kita tidak percaya kepada Yesus sebagai Tuhan dan Juruselamat, kita akan menerima hukuman yang sepatutnya kita terima, iaitu neraka.”
Anda menjawab,
”Akhirnya anda juga mengakuinya. Jadi anda bersetuju dengan pernyataan saya, tuhan yang saya dan anda sembah adalah sama. Hanya pemahaman kita sahaja berbeza iaitu saya percaya Allah itu Esa dan Nabi Muhammad pesuruhNya manakala anda percaya Allah itu 3 dalam kesatuan yang satu dan Yesus satu daripadanya.”
- Bukankah dari awal lagi saya sudah menyatakan hal ini? Cuma, anda yang cuba memutar belitkan kenyataan saya.
- Dan ini tidak menunjukkan kita menyembah Tuhan yang sama.
Anda menulis,
Baiklah saudara,,(Anda masih gagal memahaminya) Boleh berikan hujah yang menyokong kewujudan Tuhan Dan apah Tuhan itu sendiri?”
- Baiklah, salah satu argumen kewujudan Tuhan adalah “fine tuning”.
- Argumen ini menyatakan kewujudan alam semesta ini mempunyai ketepatan matematik yang sangat jitu, sehingga adalah mustahil alam semesta ini wujud secara rawak.
- Kemustahilan tersebut adalah seperti menghambur satu set daun terup ke udara dan apabila jatuh membentuk sebuah model rumah yang sempurna. Hal tersebut adalah mustahil. Maka, satu-satunya penjelasan yang munasabah adalah wujud suatu kuasa yang sangat bijaksana, telah membentuk alam semesta ini, dan kuasa tersebut adalah Tuhan.
- Dari argumen ini, dapatkan kita menyimpulkan bahawa Tuhan itu Tunggal atau Triniti? Sudah tentu tidak. Kita hanya dapat menyimpulkan Tuhan wujud.
Anda menulis,
”Alangkah baik jika saya tau akan jawapannya. Adakah anda akan mengatakan Injil yang sekarang adalah asli?”
- Anda tidak tahu jawapannya? Bukankah anda sendiri yang berkata,
“Menurut saya kitab Injil yang anda yakini bukanlah asli.”
- Lagipun, pemahaman anda tentang Injil jauh berbeza dengan pemahaman Kristian. Menurut kepercayaan anda, Injil adalah sebuah Kitab, sedangkan menurut Kristianiti, Injil adalah Yesus sendiri, iaitu Berita Baik keselamatan melalui diri-Nya.
Anda menulis,
”Saya @ anda sedar ada banyak tulisan yang menyanggah penyaliban yesus. Cuma jika saya berikan, topic ini akan menjadi perbincangan untuk mencari tulisan si polan mana yang benar.
Saya lebih suka menggunakan kenyataan anda sendiri.
- Anda juga tidak boleh mengatakan mereka terkeliru, kerana bukan semua mereka percaya bahawa Yesus akan bangkit. Sebagai contoh, Tomas, salah satu murid Yesus tidak percaya apabila murid2 yang lain mengatakan Yesus telah bangkit. Malah, Tomas berkata, "Kecuali aku melihat bekas paku pada tangan-Nya dan meletakkan jariku pada bekas luka itu, serta meletakkan tanganku pada rusuk-Nya, aku tidak mahu percaya."
Melalui kenyataan anda ini, nampaknya bukan saya saja yang mempertikaikannya.”
- Maaf, di mana Tomas mempertikaikan penyaliban Yesus? Bukankah Tomas mengatakan hanya setelah memasukkan jarinya pada bekas paku baru dia percaya bahawa Yesus telah bangkit dari kematian?
- Bukankah ini menunjukkan Toman juga mengakui Yesus TELAH disalibkan?
- Dan, apa kata anda berikan tulisan2 menyanggah penyaliban Yesus yang banyak tersebut jika anda yakin dengan tulisan2 tersebut. Keengganan anda hanya menunjukkan anda sendiri tidak yakin.
”Jadi tuhan anda dan saya adalah sama kerana yang tidak sembah/menyekutukan Allah masuk neraka.”
- Hal ini sudah saya tegaskan berkali2. Tidak, Tuhan kita tidak sama.
Anda menulis,
”Saudara seperti tidak faham @ enggan faham statement saya. Untuk berlaku adil, apabila menilai/menjatuhkan keputusan (dibebas/dihukum) kita perlu mengenepikan perhubungan kekeluargaan @ cinta (kasih sayang) dan apabila kita perlu juga menjatuhkan hukuman (cth : penjara 1 tahun kerana mencuri) kepada anak kita sendiri) tetaplah berlaku adil (dengan tetap menjatuhkan hukuman tersebut) namun janganlah kita putuskan kasih sayang kita pada pesalah (anak) dan niatkanlah agar dengan hukuman tersebut agar pesalah (anak) akan insaf dan bertaubat serta tidak mengulangi kesilapan. Jangan lupa melawat dia di penjara (tetap kasih sayang) dan tunggulah dia dengan tangan yang terbuka bila dia dibebaskan.
Untuk berlaku adil janganlah dibiarkan perasaan kasih sayang mempengaruhi dalam membuat keputusan. Akan tetapi janganlah putus kasih sayang itu walau untuk seburuk2 manusia. Saya agak kecewa manusia yang terpelajar seperti saudara gagal memahmi statement saya ini.”
- Maaf, perumpamaan yang anda berikan sudah melebihi apa yang saya berikan. Tujuan saya hanyalah menjelaskan konsep pengorbanan Tuhan menurut perspektif Kristianiti menggunakan perumpamaan tersebut.
- Apa yang anda lakukan adalah membawa perumpamaan tersebut lebih jauh melebihi tujuan asal saya memberikannya. Semata2 mahu menidakkan perumpamaan tersebut.
Tentang “dosa asal”, anda menulis
”Harap saudara sudi menjelaskan isu ini untuk pemahaman saya.”
- Baiklah, secara ringkas “dosa asal” bukanlah dosa yang diwariskan oleh Adam kepada kita, tetapi, “dosa asal” adalah akibat dosa yang masuk ke dalam dunia kita oleh kerana perbuatan Adam.
”Allah menuntut kita berusaha kerana begitulah yang sepatutnya, tidaklah sehingga Allah menyuruh kita mencapai standard sehingga menjadi manusia yang langsung tidak berdosa. Allah yang mencipta kita jadi sememangnya Allah jua yang tau akan kelemahan dan kelebihan kita. Allah memberi kita pilihan dan terpulang pada diri kita untuk memilih jalan yang diredhaiNya @ dimurkaiNya. Kita sebagai makhluk ciptaanNya seharusnya menunaikan janji kita untuk mengEsakan Allah S.W.T.”
- Benar, Allah yang anda sembah menuntut anda untuk berusaha, namun, TUHAN yang saya sembah tahu bahawa usaha saya tidak akan pernah cukup untuk sampai kepada standard yang diingini-Nya.
- Jika hanya dengan usaha kita, kita dapat mencapai standard Tuhan, tidakkah itu menunjukkan standard Tuhan terlalu rendah? Tidakkah ini suatu penghinaan kepada kekudusan-Nya?
Anda menulis,
”Sedih sekali anda mengambil jalan yang berselirat, anda sendiri membebani diri anda untuk mencari jalan yang terbaik menuju kepadaNya. Anda memilih untuk mempercayai kesaksian saksi yang boleh saja dipertikai kesahihan cerita malah kredibiliti saksi itu sendiri. Malah kepercayaan anda ini tidak selari dengan Keagungan Tuhan yang mencipta alam ini dengan ketepatan matematik yang anda sendiri katakan.”
- Tentang saksi2 tersebut, sudah saya berikan respon di atas.
- Anda berkata, “Malah kepercayaan anda ini tidak selari dengan Keagungan Tuhan yang mencipta alam ini dengan ketepatan matematik yang anda sendiri katakan ”. Maaf, bagaimana anda sampai kepada kesimpulan ini sedangkan anda langsung tidak memberikan sebarang hujah untuk hal ini?
Anda berkata,
” Adakah Tuhan Ynag Maha Berkuasa yang mencipta keajaiban alam ini memerlukan dirinya berkorban untuk memebus manusia dari dosa. Terlalu besar sangatkah dosa manusia itu sehingga memerlukan Tuhan itu sendiri menebus dosa bagi pihak makhluk ciptaannaya?”
- Bukan kerana dosa itu terlalu besar, tetapi kerana manusia itu terlalu lemah dan tidak berdaya untuk menebus sendiri dosa tersebut.
Anda menulis,
”Berdasarkan penceritaan oleh saudara Tiwas, adalah amat memeranjatkan jika kesaksian saksi2 yang mengisahkan peristiwa penyaliban tersebut boleh dipercayai dan digunapakai dalam kepercayaan anda. Berdasarkan kenyataan anda, saya telah menimbulkan persoalan utama iaitu - bolehkah kisah ini dipercayai? Bolehkah kita percaya tiada walau satu pun anak murid yesus yang cuba mempertahan @ menyelamatkan yesus dari dibunuh. Reaksi anak murid yesus saat proses penangkapan hingga dibunuh yang bertindak melarikan diri serta hanya memerhati dari jauh sahaja (tentunya dalam ketakutan) & menyembunyikan diri boleh mengundang pelbagai persoalan. Malah selepas beberapa saksi mendakwa yesus hidup kembali terdapat anak muridnya sendiri telah mempertikaikan cerita ini.”
- Sudah saya berikan respon di atas.
Nampaknya komen anda pada bahagian ini tidak habis.
Anda menulis,
”Adakah anda pernah mempertimbangkan mengapa terdapat pertikaian ini? Adakah anda pernah mempertimbangkan andaian2 yang timbul seperti konspirasi dari penguasa zaman itu sendiri yang menyongsangkan ajaran sebenar Nabi Isa dari dalam dengan tujuan merosakkan akidah ajaran itu sendiri? Amatlah pelik, penguasa yang berkuasa membiarkan sahaja anak2 murid yesus terus hidup untuk menyebarkan ajaran yesus sedangkan mereka amat membenci ajarannya. Jika anak murid yesus hidup untuk menyebar kisah ini, mengapa penguasa membiarkannya? Jika penguasa”
- Ya, saya telah pun mempertimbangkan semua yang anda nyatakan di atas, dan hakikatnya, semua andaian dan teori tersebut tidak disokong dengan bukti yang kukuh.
- Sangat jelas anda sendiri yang belum pernah menyelidikinya kerana anda memberikan andaian tersebut seolah ia mempunyai bukti kukuh.
- Apa kata anda menyelidikinya?
”Saya akan cuba menerangkan secara ringkas dan mudah. (Saya menggunakan kata nama ‘Tiwas’ kerana ini kenyataan anda)
1. Jika tiada kitab2 agama, Tiwas akan lebih mempercayai alam dan makhluk terjadi secara kebetulan kerana Tiwas tidak tau apa selain apa yang dilihat.
2. Namun setelah berfikir dan mengkaji kejadian alam yang tersusun yang mana boleh dibuktikan oleh ketetapan matematik yang LUAR BIASA, Tiwas mengambil keputusan untuk mempercayai dan meyakini adanya sesuatu yang juga MAHA LUAR BIASA kerana boleh menyusun alam ini dengan ketepatan matematik yang LUAR BIASA. Sesuatu itu tentunya MAHA LUAR BIASA, MAHA BERKUASA DAN MAHA BIJAKSANA SERTA MAHA SEGALANYA kerana jika sesuatu itu hanya luar biasa, berkuasa & bijaksana sahaja bermakna ada lagi yang lebih hebat dari sesuatu. Jadi sesuatu itu kekuasaannya, kebijaksanaannya perlulah tidak terbatas kerana jika terbatas pasti akan ada pesaing untuk sesuatu itu. Sesuatu itu perlu MAHA LUAR BIASA kerana sesuatu itu perlu di luar dari ruang lingkup pemikiran Tiwas kerana jika Tiwas boleh menggambarkannya ini bermakna sesuatu itu TIDAK LUAR BIASA. Jadi apakah itu sesuatu. Tiwas pun mengambil keputusan sesuatu itu adalah Tuhan. Tuhan yang mencipta manusia, makhluk2 di alam ini bahkan alam kejadian dan semesta.
3. Setelah Tiwas meyakini kewujudan Tuhan yang MAHA SEGALANYA, Tiwas perlu kembali ke dunia reality bahawasanya di bumi ini ada bermacam kepercayaan. Ada yang mengatakan Tuan itu Esa, Ada yang mengatakan Tuhan itu 3 dalam 1 kesatuan, ada merupakan Tuhan itu banyak tangan dan pelbagai lagi. Tiwas juga boleh memilih untuk menolak semua kepercayaan ini dan mencipta kepercayaan baru untuk Tiwas sendiri akan tetapi Tiwas adalah manusia biasa yang memerlukan bimbingan dan bukti dari mana2 sumber untuk meyakinkan diri. Jadi Tiwas pun telah membuat keputusan untuk menyembah Tuhan yang 3 dalam 1 kesatuan. Ini kerana Tiwas percaya Tuhan yang …(sila baca no 2.) sanggup turun ke bumi untuk MENGORBANKAN diri bagi menebus manusia dari dosa dan kepercayaan ini dapat dibuktikan dari segi sejarah yang berpandukan pada kesaksian saksi2 yang diterima pakai kesaksiannya walau ada juga yang mempertikaikan kisah saksi2 ini. (sila rujuk hujah sebelum ini mengenai isu berkaitan).
Diharap saudara Tiwas dapatlah memahami denga nsejelas2nya apa yang saya cuba sampaikan. Apa yang saya boleh katakan, anda sendiri yang menyanggah kepercayaan anda bila meyakini alam ini tersusun dengan ketepatan matematik yang luar biasa yang tentunya disusun oleh YANG MAHA BIJAKSANA, MAHA BERKUASA, MAHA LUAR BIASA, telah MENGORBANKAN DIRI untuk mati di tiang salib dalam keadaan dihina oleh makhluk ciptaannya sendiri dan MENINGGALKAN murid2nya dalam menghadapi kezaliman penguasa (makhluk ciptaannya sendiri) untuk dibunuh. Bagaimana saudara Tiwas? Inikah pemahaman tentang Tuhan yang anda diyakinkan oleh kesaksian saksi2 yang sehingga hari ini boleh dipertikaikan kisahnya.???”
- Persoalannya, apakah percanggahan yang wujud dengan mempercayai TUHAN yang Maha Kuasa dengan kesanggupan TUHAN yang Maha Kuasa itu menjadi manusia dan mati sebagai manusia?
- Bukankah TUHAN tersebut cukup berkuasa untuk melakukan hal tersebut?
- Tanpa anda sedari, anda sebenarnya meletakkan suatu had kepada kekuasaan Tuhan dengan menganggap TUHAN yang Maha Kuasa tersebut tidak mampu menjadi manusia dan mati sebagai manusia, lalu bangkit dari kematian.
”Anda sering mengemukakan bukti2 dari tokoh2 sejarah untuk menguatkan hujah anda. Anda juga sering menguatkan hujah anda dengan dalil2 dari bible.”
- Mengapa tidak boleh menggunakan bukti2 sejarah? Bukankah itu adalah suatu kemestian jika kita mahu memperkatakan sesuatu secara realiti dan fakta?
- Anda pula hanya menguatkan hujah anda berdasarkan andaian dan teori tanpa sebarang bukti. Bukankah itu bukanlah sesuatu yang rasional?
Anda menulis,
”Tapi anda lupa bukti2 dari sejarah perlu selari dengan kejadian alam dan zaman masa kini untuk untuk diakui kebenarannya. Selagi bukti sejarah tidak selari @ boleh disanggah, selagi itulah bukti tersebut tidak boleh diterima pakai. Begitu juga ayat2 dari bible anda.”
- Apa kata anda berikan ketidak selarian tersebut. Apa yang anda lakukan hanyalah mengatakan tidak selari tanpa memberikan sebarang hujah atau bukti kepada ketidakselarian tersebut.
- Sebagai contoh, saya memberikan bukti sejarah bahawa Yesus telah disalibkan. Anda pula tidak memberikan apa2 bukti dan sekadar memberikan teori dan andaian.
Anda menulis,
”Seperti juga penceritaan peristiwa penyaliban Yesus yang menjadi asas kepercayaan anda, telah wujud keraguan oleh para pengkaji dalam mempercayai seterusnya mengesahkan kisah ini. Ya, anda telah memberikan hujah dari tokoh sejarah akan tetapi sejarah yang anda perkatakan itu sendiri bersumberkan dari kitab bible.”
- Bersumberkan Bible? Maksud anda Josephus, Tacitus, Pliny the Younger, dll, yang saya katakan sebelum ini mendapat sumber mereka daripada Bible? Sangat jelas anda tidak tahu!!
- Tokoh2 ini adalah penulis2 sejarah yang menulis bukan berdasarkan Alkitab. Malah, Josephus sendiri hidup pada abad pertama, di mana kebanyakkan saksi2 yang pernah melihat Yesus masih hidup.
- Maaf, sangat jelas anda tidak tahu. Apa kata anda cuba menyelidiki hal ini terlebih dahulu?
”Anda juga memberi ayat2 bible untuk menguatkan hujah anda, akan tetapi kisah yang terdapat dalam bible itu sendiri perlu disah dan diselidiki. Yang menariknya anda sendiri telah memberikan point dalam kisah itu sendiri yang mana ada terdapat juga mereka yang menyanggah kebangkitan yesus dan seterusnya memungkinkan kisah ini tertolak sama sekali.”
- Tidakkah anda tahu Bible telah berkali2 diselidiki sejak berkurun lamanya? Malah, bidang “textual criticism” berasal daripada penyelidikan manuskrip2 Alkitab.
- Persoalannya, pernahkah Al-Quran diselidiki seperti itu? Tidak pernah.
- Maka, tidakkah anda bersikap “double standard” apabila mempertikaikan Alkitab sebagai perlu disah dan diselidiki sedangkan Al-Quran sendiri tidak pernah disahkan dan diselidiki sebagaimana Alkitab diselidiki melalui “Textual Criticism”?
- Sekali lagi, hal ini mendedahkan bahawa anda belum pernah menyelidiki hal ini. Jika sudah, anda tidak akan cuba mengatakan “bible itu sendiri perlu disah dan diselidiki” kerana hakikatnya, Alkitab telah berkali2 diselidiki sehingga kini, dan ia kekal bertahan.
Anda menulis,
”Sebagai contoh, dahulu manusia menganggap bumi ini pusat dan matahari beredar mengelilingi matahari. Selepas beribu tahun, sesuai dengan perkembangan otak manusia yang seterusnya kemajuan sains dalam apa jua bidang, teori ini telah tertolak kerana tidak selari dengan kejadian alam itu sendiri.”
- Agak ironik anda menimbulkan hal ini, kerana, tahukah anda bahawa Al-Quran mengajarkan bumi adalah rata, dan matahari beredar mengelilingi bumi?
Anda menulis,
”Seperti jua kisah penyaliban itu yang tidak sesuai dan tidak diterima oleh akal fikiran manusia bahkan oleh kajian2 dari sains itu sendiri.”
- Kisah penyaliban adalah satu-satunya fakta sejarah kuno di dunia ini yang tidak disanggah oleh mana-mana ahli sejarah, sama ada Kristian atau bukan. Anda tidak tahu?
- Ia hanya ditolak oleh Muslim, tanpa bukti, dan hanya bersandarkan kepada dakwaan seorang individu yang hanya lahir 600 tahun selepas peristiwa penyaliban terjadi.
Anda menulis,
”Anda mendakwa Yesus mati, hidup kembali dan seterusnya menjadi tuhan. Bagaimanakah sains dapat membuktikan kisah ini? Bagaimanakah anda dapat menyelarikan kejadian alam dengan peristiwa ini seperti yang sains telah buktikan dalam menolak teori2 seperti diatas? Bagaimana anda dapat selarikan kisah tuhan yang diseksa, disalib, mati, dikebumikan, dan hidup kembali setelah 3 hari dengan kisah kejadian alam dengan ketepatan matematik yang luar biasa (yang tentunya dilakukan oleh Tuhan Yang Maha Mulia, Bijaksana, Berkuasa, Perkasa dan Maha Segalanya)? Bukankah kisah ini bertentangan dengan statement anda sendiri?"
- Tidak ada yang bertentangan. Anda sendiri yang menghadkan kuasa Tuhan. Adakah TUHAN yang Maha Kuasa tidak dapat datang sebagai manusia, mati sebagai manusia, dan bangkit semula dan kembali kepada sifat asal-Nya iaitu TUHAN?
Anda juga cuba menggunakan artikel dari GotQuestion.org. Masalahnya, artikel itu sendiri tidak mengatakan kita menyembah Tuhan yang sama. Yang dikatakan adalah
"Agama Islam dan agama Kristian percaya bahawa terdapat satu Tuhan tunggal yang mencipta alam ini. Oleh itu, dalam konteks ini orang Kristian dan orang Muslim menyembah Tuhan yang sama."
Dalam konteks "terdapat satu Tuhan yang mencipta alam ini" sahaja persamaan yang ada. Namun, hal tersebut juga adalah fahaman.
Lagipun, artikel tersebut ditulis dengan tujuan menginjil Muslim, sudah tentu penulisnya cuba mencari persamaan di antara Islam dan Kristian. Sama seperti anda yang cuba mencari persamaan di antara Kristian dan Islam, kerana anda juga cuba berdakwah secara tidak langsung.
http://www.mahasiswakeren.com/artikel/215alkitab.html
Terima kasih dengan link tersebut.
Saya ingin membalas satu persatu akan tetapi denga ilmu dan kemampuan diri yang terhad saya akan menjawabnya sekaligus beberapa ulasan anda.
Ingin saya tegaskan
menurut al-quran, Allah telah menukar rupa Nabi Isa kepada seseorang yang lain. Sebetulnya Allah tak perlu pun menerangkan tindakanNya itu. Jika anda tanya saya kenapa tidak Allah perlu untuk menjelaskan kepada anak murid Nabi Isa? Sebabnya Allah Maha Mengetahui segala urusanNya.
Dan saya ingin melontarkan kepada anda kembali soalan ini yakni kenapa sebelum terjadinya peristiwa tsb, Yesus tidak menjelaskan peristiwa ini kepada anak muridnya kerana menurut anda anak2 murid Yesus lari bertemperian dan ketakutan sewaktu ditangkap oleh pesuruh2 penguasa? Bukankah reaksi anak2 murid Yesus itu sendiri menjelaskan yang mereka tidak diberitahu oleh Yesus sebelum peristiwa itu terjadi. Bukankah ini menunjukkan Yesus sendiri memilih untuk tidak memberitahu kepada anak2 muridnya? @ sememangnya Yesus sendiri tidak tahu dirinya akan ditangkap? Jika menurut anda, tujuan Yesus dilahirkan sebagai manusia adalah untuk melalui peristiwa tersebut agar manusia bebas dari dosa, bukankah sepatutunya Yesus telah mengkhabarkan hal ini kepada anak2 muridnya? Lalu mengapa anak2 muridnya masih lagi bereaksi seperti orang yang ketakutan, berlari menyelamatkan diri lalu menyembunyikan diri? Malah sehinggakan Petrus memotong telinga orang yang menangkap Yesus..Bukankah ini semua adalah reaksi normal dari anak2 murid yang tidak tahu bahawasanya Yesus itu perlu untuk ditangkap serta dibunuh?
Anda menulis,
"menurut al-quran, Allah telah menukar rupa Nabi Isa kepada seseorang yang lain. Sebetulnya Allah tak perlu pun menerangkan tindakanNya itu. Jika anda tanya saya kenapa tidak Allah perlu untuk menjelaskan kepada anak murid Nabi Isa? Sebabnya Allah Maha Mengetahui segala urusanNya."
- Mengapa tidak? Tidakkah Allah tahu bahawa tindakan tersebut telah membuatkan murid2 Yesus menyangka Yesus telah mati disalibkan, dan seterusnya telah memulakan kepercayaan Kristianiti bahawa Yesus telah mati disalibkan, dan bangkit dari kematian?
- Anda mengatakan kepercayaan tersebut adalah palsu dan salah, namun, menurut Al-Quran, siapa yang memulakan kepercayaan tersebut? Allah sendiri.
- Maaf, namun penjelasan anda bahawa "Sebabnya Allah Maha Mengetahui segala urusanNya" sangat tidak munasabah. Adalah lebih baik anda mengakui bahawa anda tidak tahu dan kemudian menyelidiki hal ini dengan saksama.
Anda menulis,
"Dan saya ingin melontarkan kepada anda kembali soalan ini yakni kenapa sebelum terjadinya peristiwa tsb, Yesus tidak menjelaskan peristiwa ini kepada anak muridnya kerana menurut anda anak2 murid Yesus lari bertemperian dan ketakutan sewaktu ditangkap oleh pesuruh2 penguasa? Bukankah reaksi anak2 murid Yesus itu sendiri menjelaskan yang mereka tidak diberitahu oleh Yesus sebelum peristiwa itu terjadi. Bukankah ini menunjukkan Yesus sendiri memilih untuk tidak memberitahu kepada anak2 muridnya? @ sememangnya Yesus sendiri tidak tahu dirinya akan ditangkap? Jika menurut anda, tujuan Yesus dilahirkan sebagai manusia adalah untuk melalui peristiwa tersebut agar manusia bebas dari dosa, bukankah sepatutunya Yesus telah mengkhabarkan hal ini kepada anak2 muridnya? Lalu mengapa anak2 muridnya masih lagi bereaksi seperti orang yang ketakutan, berlari menyelamatkan diri lalu menyembunyikan diri? Malah sehinggakan Petrus memotong telinga orang yang menangkap Yesus..Bukankah ini semua adalah reaksi normal dari anak2 murid yang tidak tahu bahawasanya Yesus itu perlu untuk ditangkap serta dibunuh?"
- Maaf tanpa nama, namun, sangat jelas anda tidak tahu dan belum pernah menyelidiki hal ini.
- Jika anda telah menyelidikinya, anda tidak akan bertanya soalan2 ini.
- Yesus telah memberitahu lebih awal bahawa Dia akan ditangkap, diseksa, dibunuh, dan akan bangkit dari kematian. Malah, para pemimpin Yahudi yang menangkap-Nya juga tahu dengan hal tersebut. Cuma, murid-murid-Nya belum mengerti, dan para pemimpin Yahudi tersebut pula tidak percaya.
- Saya berikan beberapa petikan ayat Alkitab untuk hal ini:
Lukas 18:31-34
"Yesus memanggil kedua belas murid-Nya, lalu berkata kepada mereka: "Sekarang kita pergi ke Yerusalem dan segala sesuatu yang ditulis oleh para nabi mengenai Anak Manusia akan digenapi. Sebab Ia akan diserahkan kepada bangsa-bangsa yang tidak mengenal Allah, diolok-olokkan, dihina dan diludahi, dan mereka menyesah dan membunuh Dia, dan pada hari ketiga Ia akan bangkit." Akan tetapi mereka sama sekali tidak mengerti semuanya itu; arti perkataan itu tersembunyi bagi mereka dan mereka tidak tahu apa yang dimaksudkan."
Matius 27:62-63
"Keesokan harinya, yaitu sesudah hari persiapan, datanglah imam-imam kepala dan orang-orang Farisi bersama-sama menghadap Pilatus, dan mereka berkata: "Tuan, kami ingat, bahwa si penyesat itu sewaktu hidup-Nya berkata: Sesudah tiga hari Aku akan bangkit."
Tiwas :
- Siapa kata mereka tidak mengetahui kubur Yesus? Tidakkah anda tahu beberapa orang murid Yesus sendiri yang membaringkan, membersihkan luka, membungkus dengan kain lenan, dan merempahi mayat Yesus?
- Bukan itu sahaja, pihak pemimpin Yahudi yang menentang Yesus ketika itu juga tahu di mana kubur Yesus..
Saya tertarik dengan statement anda yang mengatakan anak2 murid Yesus menguruskan mayat Yesus dan pemimpin Yahudi juga turut tau di mana kuburnya dan jika benar kenyataan anda ini, di manakah kedudukan bekas kubur Yesus pada zaman ini?
Tiwas :
- Mereka tahu Yesus telah benar2 mati. Malah, askar Rom yang menjalankan hukuman salib tersebut juga tahu Yesus telah mati. Adakah anda cuba mengatakan Yesus terselamat dan masih hidup ketika disalibkan?
- Maka, apabila seorang yang sudah diketahui telah pun mati, tiba-tiba menampakkan dirinya dalam keadaan hidup, tidakkah itu bererti orang tersebut telah hidup kembali?
- Itulah yang terjadi, di mana Yesus yang telah mati, menampakkan diri-Nya dalam keadaan hidup.
Kenyataan anda ini juga boleh menguatkan kenyataan saya iaitu bukannya Nabi Isa disalibkan kerana mungkin saja askar Rom sendiri tidak kenal rupa Nabi Isa malah cuma kenal nama shj. Kenyataan anda ini tidak menunjukkan adanya seseorang yang melihat sendiri Yesus yang telah dikebumikan bangkit dan keluar dari kuburnya.
Tiwas :
- Ya, kerana itu adalah bukti bahawa Dia adalah Tuhan. Kerana, sebelum itu, Yesus telah berkata bahawa Dia akan mati, dan bangkit semula dari kematian.
- Yesus juga telah berkata bahawa Dia berkuasa memberikan nyawa-Nya, dan mengambil-Nya kembali, suatu perbuatan yang hanya layak dilakukan Tuhan.
Jika benar dia ada mengatakan begitu, Si Petrus takkan bertindak memotong telinga askar yang menangkap Yesus dan murid yg lainnya lari bertemperian menyembunyikan diri dalam keadaan takut.
- Kerana, Yesus telah menyatakan bahawa mereka akan diseksa, dibunuh, ditindas, kerana memberitakan Injil iaitu keselamatan melalui Yesus Kristus.
- Tuhan bukan tidak berkuasa, tetapi, Tuhan telah mengatakan hal itu yang akan terjadi.
- Dan, kematian mereka hanyalah sementara, kerana Yesus juga telah berkata bahawa pada akhir zaman, Dia akan kembali dengan sepenuh kemuliaan-Nya sebagai Tuhan, dan akan menghakimi seluruh umat manusia.
- Maka, berdasarkan kata2 ini, mereka sanggup mati, kerana mereka tahu, di akhir nanti, Tuhan akan membangkitkan mereka yang percaya kepada-Nya.
Soalan ini akan berbalik kepada anda sendiri, mengapa pula Tuhan yang telah menebus manusia dari dosa perlu menyatakan pada anak2 muridnya bahawasanya mereka akan diseksa, dibunuh, ditindas, kerana memberitakan Injil iaitu keselamatan melalui Yesus Kristus? Mengapa tidak Yesus sendiri memberitakan kepada orang lainnya spt penguasa Yahudi, Raja, Askar? Bukankah tujuan dia melalui peristiwa tersebut untuk menyelamatkan manusia? Bukankah tindakan Yesus yang meninggalkan anak muridnya untuk diseksa, dibunuh, ditindas akan mencambahkan lagi banyak dosa dan seterusnya misinya untuk menyelamatkan manusia akan gagal?
Tiwas :
- Sebenarnya, Petrus telah dengan berani menentang mereka yang cuba menangkap Yesus, malah, Petrus telah menetak telinga salah seorang dari mereka sehingga putus.
- Namun, Yesus melarang murid-murid-Nya mempertahankan-Nya, malah, menyembuhkan semula telinga yang ditetak tersebut.
- Setelah Yesus ditangkap, barulah mereka lari kerana takut. Kerana ‘Ketua’ mereka (iaitu Yesus) telah ditangkap.
- Dan, penyaliban Yesus harus terjadi. Memang itulah rencana dan tujuan Yesus datang ke dunia, untuk mati bagi menebus kita dari dosa.
Ini yang peliknya. Bukankah tindakan Petrus dan yg lainnya melarikan diri adalah akibat dari reaksi semulajadi mereka yang tidak tau apa2 tentang tujuan penyelamayan Yesus?
Tiwas :
- Jika murid-murid Yesus berdiam diri dan tidak memunculkan diri, adakah mereka akan ditangkap atau dibunuh? Sudah tentu tidak, kerana tujuan utama Yesus ditangkap oleh mereka (iaitu pemimpin Yahudi ketika itu) adalah untuk menghalang ajaran Yesus dari berkembang.
- Namun, murid-murid Yesus keluar dari persembunyian mereka dan dengan berani memberitakan kebangkitan Yesus.
- Jika Yesus tidak bangkit, bukankah pemimpin Yahudi ini dengan mudah dapat menghalang mereka dengan menunjukkan mayat Yesus yang masih ada di dalam kubur?
- Namun, mereka tidak dapat berbuat demikian, mengapa? Kerana kubur Yesus kosong. Tidak ada mayat lagi di dalamnya. Mengapa kosong? Kerana Yesus telah bangkit.
- Jika penguasa mahu murid-murid Yesus mati dari awal lagi, mengapa mereka tidak menangkap kesemua murid2 Yesus sekaligus ketika mereka bersama-sama dengan Yesus, termasuk ketika Yesus disalibkan?
Ini yang anda sendiri patut fikirkan. Mengapa penguasa tidak menangkap dan membunuh mereka pada masa yg sama Yesus ditangkap? Mengikut penceritaan anda, banyak peluang penguasa untuk menangkap lalu membunuh anak2 murid Yesus. Mengapa setelah timbul dakwaan Ketuhanan Yesus barulah mereka diburu dan dibunuh.?
- Persoalannya, apa yang membuatkan “para pengecut” ini berubah menjadi berani?
- Jika pada asalnya mereka takut, mengapa mereka tiba2 menjadi berani?
- Hanya ada satu jawapan yang munasabah, iaitu Yesus benar2 telah bangkit dari kematian, bertemu dengan mereka, dan memberikan keyakinan kepada mereka bahawa Dia benar2 adalah Tuhan dan Juruselamat.
- Sekali lagi, apa kata anda juga fikirkan hal ini dengan rasional.
- Mengapa penguasa zaman tersebut mahu memprogandakan ajaran Yesus dengan menyongsangkannya, sedangkan, sejarah jelas menyatakan, penguasa zaman itu menindas mana-mana orang yang mengakui Yesus sebagai Tuhan dan Juruselamat?
Andaian hanyalah andaian. Teori tetaplah teori.Andaian tidak memerlukan bukti dan saksi malah mempergunakan kisah itu sendiri untuk terus mencipta andaian lainnya sehinggalah andaian itu sendiri akan mencipta ‘keraguan munasabah’. Dan anda perlu menyangkal andaian2 saya bagi memasuki tahap seterusnya iaitu pengesahan dari bukti2 dan saksi2. Anda sendiri memberikan kenyataan - Hanya ada satu jawapan yang munasabah, iaitu Yesus benar2 telah bangkit dari kematian, bertemu dengan mereka, dan memberikan keyakinan kepada mereka bahawa Dia benar2 adalah Tuhan dan Juruselamat. Walhal anda lupa ini semua hanyalah andaian berdasarkan dari kisah2 itu sendiri
- Adakah anda sedar anda langsung tidak memberikan sebarang sebab untuk mempercayai cerita Al-Quran dan Nabi Muhammad? Sebaliknya, anda memberikan suatu hujah yang bersifat “circular reasoning”.
- Cuba anda fikirkan,
1) Siapa yang mendakwa dirinya adalah Nabi? Nabi Muhammad sendiri.
2) Siapa yang mendakwa dirinya menerima wahyu dari Tuhan? Nabi Muhammad sendiri.
3) Apabila kenabiannya dipersoalkan, kepada siapa atau apakah yang digunakan oleh Nabi Muhammad untuk mempertahankan dakwaannya? Al-Quran.
4) Namun, Al-Quran adalah wahyu yang didakwa oleh Nabi Muhammad adalah daripada Allah. Siapa yang dapat mengesahkannya? Tidak ada.
5) Maka, apa cara Nabi Muhammad untuk mengesahkannya? Dengan mengatakan Al-Quran akan mengesahkan apa yang terkandung di dalam kitab2 sebelum itu iaitu Taurat dan Injil.
6) Namun, kandungan Taurat dan Injil sangat bercanggah dengan kandungan Al-Quran. Khususnya kisah penyaliban Yesus.
- Maka, bagaimana anda boleh mengatakan “Cerita dari alquran dan Nabi Muhammad amat dipercayai kerana sememangnya begitulah sifat kebenaran” sedangkan isi kandungannya bercanggah dengan dakwaannya sendiri?
Anda telah tersalah arah dalam membincangkan peristiwa penyaliban ini dengan cuba mengheret Nabi Muhammad dalam dialog ini. Dasar saya mempercayai al-quran (dalam memberitakan kisah ini) kerana apa yang dinyatakan dapat diterima oleh akal fikiran manusia. Al-Quran mendakwa orang lain yang disalib kerana ianya selari dengan firman Tuhan itu sendiri yang terdapat dalam al-quran iaitu TUHAN ITU ESA,TUHAN MAHA MULIA, MAHA BERKUASA, MAHA PENCIPTA.Pastinya Tuhan Yang Maha Berkuasa mampu mengubah rupa orang lain kepada muka Nabi Isa.Tuhan Yang Maha Mulia tidak akan menjadi manusia untuk dihina, diseksa dan dibunuh semata2 kerana menebus manusia dari dosa kerana al-quran mengajar bayi yang baru lahir adalkah SUCI dari DOSA. Malah al-quran menegaskan Allah tidak mempunyai anak, jauh sekali diperanakkan dan tiada sekutu baginya. Ini semua membuktikan al-quran konsisten dengan ayatNya sendiri apabila menolak peristiawa penyaliban ini. Bahkan al-quran mengiktiraf kewujudan ajaran kitab Zabur, Taurat, Injil kerana di dalamnya sendiri tertulis pentingnya mengEsakan Tuhan. Bukankah akidah al-quran dalam perkara ini selari dengan Zabur, Taurat, Injil? Malangnya anda telah menafsir 3 Tuhan dalam 1 kesatuan yang mana saya fikir bertentangan dengan ayat Injil itu sendiri yang mengEsakan Tuhan.
- Maksud anda pengikut2 Nabi Muhammad sanggup bergadai nyawa? Namun, ketika itu, Nabi Muhammad sudah berkuasa dan berpengaruh.
- Sudah tentu para pengikutnya sanggup bergadai nyawa.
- Ia jauh berbeza dengan situasi murid2 Yesus, di mana Yesus tidak memberikan sebarang harta atau kuasa kepada mereka, sebaliknya Yesus mengatakan mereka akan mati kerana mengikut Dia.
- Hal ini juga berbeza kerana pengikut2 Nabi Muhammad sanggup mati untuk hal yang mereka “anggap” benar.
- Murid2 Yesus pula sanggup mati untuk hal yang mereka “tahu” adalah benar.
Nampaknya anda perlu membuat kajian lagi.
Tiwas :
- Saya tidak memanipulasi penggunaan ayat tersebut. Kerana penjelasan yang anda cuba berikan adalah tidak tepat menggambarkan keselamatan yang diberikan melalui Yesus Kristus.
- Keselamatan tersebut diberikan kepada semua orang, malah, ketika kita masih belum mengenal Dia atau menerima Dia, kita sudah diberikan tawaran keselamatan tersebut.
- Hal ini berbeza dengan kepercayaan anda, di mana tawaran keselamatan hanya akan diberikan jika anda sudah tunduk kepada Allah. Malah, itu pun belum menjamin anda akan diselamatkan kerana Allah akan menilai anda sama ada anda layak atau tidak berdasarkan usaha anda untuk tunduk kepada Allah.
Dalam Islam, bayi yang baru lahir dari zaman Nabi Adam hinggalah kini adalah suci dari dosa. Bagaimana pula menurut kristian?????????
- Bezanya, Allah anda menuntut usaha anda, TUHAN yang saya sembah pula memberikan keselamatan tersebut secara percuma.
Bukankah selepas percaya akan keselamatan tersebut, penganut kristian dituntut untuk berusaha agar tidak melakukan dosa. Jika melakukan dosa pastinya masuk neraka. Bukankah anda juga kena berusaha untuk mengawal hawa nafsu anda juga? Atau anda ingin mengatakan selepas percaya akan keselamatan tersebut, penganut kristian tidak perlu berusaha untuk mengawal diri dari membuat dosa? Jika begitu umat kristian bisa saja melakukan dosa apa pun asal saja percaya pada keselamatan tsb.?
Tiwas :
- Dan ini tidak menunjukkan kita menyembah Tuhan yang sama.
Anda bisa saja mengatakan tidak sama tapi hakikatnya kenyataan anda mengatakan sebaliknya.
- Baiklah, salah satu argumen kewujudan Tuhan adalah “fine tuning”.
- Argumen ini menyatakan kewujudan alam semesta ini mempunyai ketepatan matematik yang sangat jitu, sehingga adalah mustahil alam semesta ini wujud secara rawak.
- Kemustahilan tersebut adalah seperti menghambur satu set daun terup ke udara dan apabila jatuh membentuk sebuah model rumah yang sempurna. Hal tersebut adalah mustahil. Maka, satu-satunya penjelasan yang munasabah adalah wujud suatu kuasa yang sangat bijaksana, telah membentuk alam semesta ini, dan kuasa tersebut adalah Tuhan.
- Dari argumen ini, dapatkan kita menyimpulkan bahawa Tuhan itu Tunggal atau Triniti? Sudah tentu tidak. Kita hanya dapat menyimpulkan Tuhan wujud.
Jadi Tuhan itu pastinya - suatu kuasa yang sangat bijaksana.(kenyataan anda) Anda fikir kenyataan anda selari dengan kenyataan anda Tuhan jadi makhluk ciptaanNYa sendiri dan diseksa, dihina, dibunuh oleh makhluk ciptannya sendiri dengan tujuan menyelamatkan makhluk ciptaannya dari dosa. Anda fikir ini suatu kuasa yang sangat bijaksana?
Tiwas :
- Maaf, di mana Tomas mempertikaikan penyaliban Yesus? Bukankah Tomas mengatakan hanya setelah memasukkan jarinya pada bekas paku baru dia percaya bahawa Yesus telah bangkit dari kematian?
- Bukankah ini menunjukkan Toman juga mengakui Yesus TELAH disalibkan?
- Dan, apa kata anda berikan tulisan2 menyanggah penyaliban Yesus yang banyak tersebut jika anda yakin dengan tulisan2 tersebut. Keengganan anda hanya menunjukkan anda sendiri tidak yakin.
Sepertinya anda kelihatan amat terpelajar kerana blog ini kepunyaan anda. Anda bisa saja mencarinya akan tetapi jika ada kesempatan saya akan cuba mencarinya untuk anda.
Tiwas :
- Hal ini sudah saya tegaskan berkali2. Tidak, Tuhan kita tidak sama.
Hermmm…pemahaman kita saja yang berlainan. Adakah anda akan jadi murtad bila mengungkapkan Tuhan kita adalah sama seperti saya?
Tiwas :
- Maaf, perumpamaan yang anda berikan sudah melebihi apa yang saya berikan. Tujuan saya hanyalah menjelaskan konsep pengorbanan Tuhan menurut perspektif Kristianiti menggunakan perumpamaan tersebut.
- Apa yang anda lakukan adalah membawa perumpamaan tersebut lebih jauh melebihi tujuan asal saya memberikannya. Semata2 mahu menidakkan perumpamaan tersebut.
Terima kasih kerana mengakui.
- Baiklah, secara ringkas “dosa asal” bukanlah dosa yang diwariskan oleh Adam kepada kita, tetapi, “dosa asal” adalah akibat dosa yang masuk ke dalam dunia kita oleh kerana perbuatan Adam.
Bagaimana dengan dosa warisan?
Tiwas :
- Benar, Allah yang anda sembah menuntut anda untuk berusaha, namun, TUHAN yang saya sembah tahu bahawa usaha saya tidak akan pernah cukup untuk sampai kepada standard yang diingini-Nya.
- Jika hanya dengan usaha kita, kita dapat mencapai standard Tuhan, tidakkah itu menunjukkan standard Tuhan terlalu rendah? Tidakkah ini suatu penghinaan kepada kekudusan-Nya?
Saya fikir anda telah salah faham. Saya tidak pernah fikir ada standard Tuhan dalam kita berusaha mencari keredhaanNya. Saya fikir bila kita berusaha untuk mencari keredhaan Tuhan, ini menunjukkan betapa Agungnya Kuasa Tuhan kerana kita yang berusaha untukNya dan keredhaanNya tiada had. Sememangnya itu yang layak untuk Tuhan. Tapi jika anda mangatakan usaha sahaja tidak cukup untuk mencapai keredhaanNya bermakna ada perkara lain(penyaliban) untuk mencapai keredhaanNya.Seolah2 anda meletakkan had iaitu untuk mendapat syurga cukup hanya dengan percaya pada sesuatu perkara itu (penyaliban), dan kesannya tidak diperlukan usaha ke arah itu. Saya fikir secara tidak langsung anda mengatakan ada had (had keredhaan Tuhan = penyaliban) untuk mencapai keredhaan Tuhan walhal keredhaan Tuhan itu luas dan hanya dia shj yang berhak untuk redha atu tidak.
Anda menulis,
Tiwas :
- Anda berkata, “Malah kepercayaan anda ini tidak selari dengan Keagungan Tuhan yang mencipta alam ini dengan ketepatan matematik yang anda sendiri katakan ”. Maaf, bagaimana anda sampai kepada kesimpulan ini sedangkan anda langsung tidak memberikan sebarang hujah untuk hal ini?
Jawapan sebelumnya.
Tanpa Nama berkata,
” Adakah Tuhan Ynag Maha Berkuasa yang mencipta keajaiban alam ini memerlukan dirinya berkorban untuk memebus manusia dari dosa. Terlalu besar sangatkah dosa manusia itu sehingga memerlukan Tuhan itu sendiri menebus dosa bagi pihak makhluk ciptaannaya?”
Tiwas :- Bukan kerana dosa itu terlalu besar, tetapi kerana manusia itu terlalu lemah dan tidak berdaya untuk menebus sendiri dosa tersebut.
Serupa le tu..Dosa jadi besar kerana manusia lemah. Namun tidak menjawab persoalan saya(ada di atas)
Tiwas :
- Ya, saya telah pun mempertimbangkan semua yang anda nyatakan di atas, dan hakikatnya, semua andaian dan teori tersebut tidak disokong dengan bukti yang kukuh.
- Sangat jelas anda sendiri yang belum pernah menyelidikinya kerana anda memberikan andaian tersebut seolah ia mempunyai bukti kukuh.
- Apa kata anda menyelidikinya?
Jawapan di atas.
- Persoalannya, apakah percanggahan yang wujud dengan mempercayai TUHAN yang Maha Kuasa dengan kesanggupan TUHAN yang Maha Kuasa itu menjadi manusia dan mati sebagai manusia?
- Bukankah TUHAN tersebut cukup berkuasa untuk melakukan hal tersebut?
- Tanpa anda sedari, anda sebenarnya meletakkan suatu had kepada kekuasaan Tuhan dengan menganggap TUHAN yang Maha Kuasa tersebut tidak mampu menjadi manusia dan mati sebagai manusia, lalu bangkit dari kematian.
Bukan saya yang meletakkan had. Anda yang meletakkan had.
Saya mengakui dan percaya Tuhan berkuasa menukar rupa orang lain menyerupai Nabi Isa tetapi anda menafikannya.
Saya berkata Tuhan yang Mulia tidak memerlukan diriNya untuk dihina, diseksa & dibunuh oleh makhluk ciptaanNya tapi anda mengatakan sebaliknaya.
Saya berkata Tuhan Yang Maha Berkuasa telah menetapkan bayi yang baru lahir adalah suci dari dosa (dosa tidak berkuasa untuk menyanggah ketetapan Tuhan)tapi anda mengatakan bayi yang baru lahir memikul dosa warisan.(dosa lagi kuat dari Tuhan).
Saya mengatakan Tuhan Yang Maha Kuasa mengampunkan dosa Nabi Adam dan manusia yang lain2nya bila2 masa yang DIa suka tapi anda mengatakan Adam punca manusia berdosa seolah2 Tuhan tidak berkuasa untuk mengampuninya bahkan Tuhan perlu mati di bunuh untuk menebus manusia dari dosa-bukankah ini menunjukkan kuasa Tuhan ada had?.
Saya mengatakan Tuhan tidak menjadi makhluk ciptaanNya kerana KEMULIAAN TUHAN itu sendiri tetapi anda yang mengatakan Tuhan menjadi manusia kerana perlu menebus manusia ari dosa.
Tiwas :
- Mengapa tidak boleh menggunakan bukti2 sejarah? Bukankah itu adalah suatu kemestian jika kita mahu memperkatakan sesuatu secara realiti dan fakta?
- Anda pula hanya menguatkan hujah anda berdasarkan andaian dan teori tanpa sebarang bukti. Bukankah itu bukanlah sesuatu yang rasional?
Telah saya berikan jawapan di atas. Kita belum pun melepasi tahap keraguan munasabah. Masih banyak lagi persoalan dan andaian hasil dari jawapan anda sendiri.
Tiwas :
- Agak ironik anda menimbulkan hal ini, kerana, tahukah anda bahawa Al-Quran mengajarkan bumi adalah rata, dan matahari beredar mengelilingi bumi?
Saya amat tertarik untuk membincangkan al-quran dalam sudut pandangan anda pula.
Saya fikir lebih elok kita habiskan dahulu persoalan mengenai kisah penyaliban yesus dahulu.
Anda menulis,
Tiwas :
- Tidak ada yang bertentangan. Anda sendiri yang menghadkan kuasa Tuhan. Adakah TUHAN yang Maha Kuasa tidak dapat datang sebagai manusia, mati sebagai manusia, dan bangkit semula dan kembali kepada sifat asal-Nya iaitu TUHAN?
Jawapan di atas.
Tanpa Nama :
"Agama Islam dan agama Kristian percaya bahawa terdapat satu Tuhan tunggal yang mencipta alam ini. Oleh itu, dalam konteks ini orang Kristian dan orang Muslim menyembah Tuhan yang sama."
Tiwas :
Dalam konteks "terdapat satu Tuhan yang mencipta alam ini" sahaja persamaan yang ada. Namun, hal tersebut juga adalah fahaman.
Lagipun, artikel tersebut ditulis dengan tujuan menginjil Muslim, sudah tentu penulisnya cuba mencari persamaan di antara Islam dan Kristian. Sama seperti anda yang cuba mencari persamaan di antara Kristian dan Islam, kerana anda juga cuba berdakwah secara tidak langsung.
Maaf saudara. Saya melakukan ini bukan untuk menarik saudara kepada ajaran Islam. Saya melakukannya kerana mencari kebenaran. Hanya Allah yang berkuasa memberi petunjuk dan hidayah.
Tiwas :
- Maaf tanpa nama, namun, sangat jelas anda tidak tahu dan belum pernah menyelidiki hal ini.
- Jika anda telah menyelidikinya, anda tidak akan bertanya soalan2 ini.
- Yesus telah memberitahu lebih awal bahawa Dia akan ditangkap, diseksa, dibunuh, dan akan bangkit dari kematian. Malah, para pemimpin Yahudi yang menangkap-Nya juga tahu dengan hal tersebut. Cuma, murid-murid-Nya belum mengerti, dan para pemimpin Yahudi tersebut pula tidak percaya.
- Saya berikan beberapa petikan ayat Alkitab untuk hal ini:
Lukas 18:31-34
"Yesus memanggil kedua belas murid-Nya, lalu berkata kepada mereka: "Sekarang kita pergi ke Yerusalem dan segala sesuatu yang ditulis oleh para nabi mengenai Anak Manusia akan digenapi. Sebab Ia akan diserahkan kepada bangsa-bangsa yang tidak mengenal Allah, diolok-olokkan, dihina dan diludahi, dan mereka menyesah dan membunuh Dia, dan pada hari ketiga Ia akan bangkit." Akan tetapi mereka sama sekali tidak mengerti semuanya itu; arti perkataan itu tersembunyi bagi mereka dan mereka tidak tahu apa yang dimaksudkan."
Matius 27:62-63
"Keesokan harinya, yaitu sesudah hari persiapan, datanglah imam-imam kepala dan orang-orang Farisi bersama-sama menghadap Pilatus, dan mereka berkata: "Tuan, kami ingat, bahwa si penyesat itu sewaktu hidup-Nya berkata: Sesudah tiga hari Aku akan bangkit."
Hermmm..anda seharusnya menjawab tanpa memberikan ayat dari kitab anda ini kerana sekarang ini anda menguatkan kenyataan al-quran yang mengatakan Injil anda telah dimanipulasi oleh tangan2 tidak bertanggungjawab. Lihat shja, bagaimana penjelasan Yesus mengenai perkara penting ini tidak bisa difahami oleh ke dua2 belas anak muridnya? Bukankah ini lagi mengarut?? Takkanlah seorang pun dari mereka gagal memahami kenyataan ini walhal dari awal lagi tujuan Yesus turun ke bumi untuk melalui peristiwa ini? Dan banyak lagi soalan yang akan ditanya oleh saya.Sepertinya Injil anda seperti menyelaraskan penulisan agar diselarikan dengan kisah penyaliban itu. Kita pastinya akan membicarakan penulisan kitab Injil samaada boleh dipercayai tulisannya pada masa yang lain ya..Nanti saya akan buktikan pada anda melalui tulisan penulis itu sendiri.
Kecelaruan ini makin parah pabila dalam Injil sendiri mengajak manusia untuk menyembah serta memuliakan Tuhan yang Esa. Akan tetapi kisah ini pula mengangkat manusia sebagai Tuhan. Bukankah terdapat percanggahan yang amat jelas dalam Injil dan kisah itu sendiri? Mengajak manusia untuk menyembah Tuhan yang Esa akan tetapi pada masa yang sama meyakini peristiwa ini malahan untuk merelevankan ajaran ini telah dicipta konsep Trinity yang mana 3 dalam 1 kesatuan. Benar2 mengelirukan dan bercanggah dengan apa yang saudara sendiri yakini. Kelihatannya saudara akan melalui jalan yang penuh lingkaran, berselirat untuk tiba ke akhirnya. Persoaalannya, adakah saudara akan berjaya memahami jalan berselirat ini?3,1,Man,God,(111)...
Nampaknya anda tidak berminat untuk meneruskan dialog ini. Mungkin anda sendiri tidak punya jawapan mengapa kisah penyaliban itu sendiri bercanggah dengan ketetapan Injil untuk mengesakan Tuhan. Malah anda perlu memikirkan semula mengapa ajaran yang kononnya penuh kasih sayang namun seawal kehidupan manusia itu sendiri(bayi) perlu memikul dosa warisan sehinnga perlukan proses penyelamatan oleh Yesus. Seolah2 Tuhan tidak menyayangi bayi2 yang baru lahir kerana perlu memikul dosa yang tidak pernah dilakukan. Malahan anda mendakwa Islam penuh dengan kebencian walhal dalam Islam bayi yang baru lahir bebas dari dosa sesuai dengan keadaannya yang masih lagi lemah, tulus dsn suci. Bukankah ajaran Islam dipenuhi dengan kasih sayang yang tulus dan ikhlas. Malahan bayi yang lahir dari hasil pernzinaan tetap saja suci murni. Yang membezakan manusia hanyalah tingkat ketakwaannya. Lalu mana kebenciaan daslam Islam yang anda dakwa? Mana kasih sayang Tuhan dalam Kristian yang anda dakwa? Relevankah konsep anda dengan fitrah manusia itu sendiri?
Sejujurnya saya mencipta andaian demi andaian dengan tujuan agar hilang keraguan dalam kisah itu akan tetapi anda pula mencipta alasan demi alasan sehingga anda tergelincir dan mendedahkan kelemahan kepercayaan anda sendiri.
Adakah munasabah anda mendakwa Yesus pernah megkhabarkan kepada anak2 muridnya bahawasanya dia akan disalib akan tetapi anak2 muridnya gagal utk memahami? Malahan reaksi yang ditunjukkan oleh anak2 murid sewaktu terjadi proses penangkapan sehingga Yesus dibunuh menunjukkan mereka TIDAK TAHU bukan TIDAK MENGERTI???
Adakah munasabah Yesus yang datang ke bumi dengan misi menyelamat manusia dari dosa akan tetapi telah membuatkan manusia yang merencanakan, menangkap, menyeksa, menghina, membunuh terjerumus ke lembah dosa?
Adakah munasabah Yesus yang telah hidup kembali tidak menunjukkan dirinya kepada mereka yang tidak percaya kepadanya seperti pendeta Yahudi, askar, penguasa, pemerintah, raja.? Bukankah itu tujuan dia hidup semula untuk menunjukkan betapa berkuasanya dia boleh hidup semula..Seharusnya dia menunjukkan kekuasaannya pada mereka yang menolaknya???
Terima kasih atas pengakuan anda mengenai bayi yang baru lahir. Jelas kita berbeza bukan.
Seorang mengatakan Tuhan Maha Adil kerana menetapkan bayi yang baru lahir adalah suci dari dosa.
Seorang mengatakan Tuhan Maha Penyayang hingga menetapkan bayi yang baru lahir terikat dengan dosa warisan. Lalu mana kasih sayang yang anda war-war kan itu?
Anda tak perlu menjawabnya kerana ianya jelas anda sendiri menyanggahi kenyataan anda sendiri.
Baiklah saudara Tiwas. Rasanya anda tidak lagi berminat untuk meneruskan dialog ini kerana betapa penerangan kepercayaan anda untuk memberitakan penyelamatan yesus adalah tidak penting spt yang rakan anda katakan. Semoga kita semua beroleh hidayah dari Allah yang Esa.
Sekali lagi, maaf kerana lambat memberikan respon. Cuma, memang saya agak kurang masa terluang kebelakangan ini. Komen anda sudah saya berikan respon (separuh). Akan saya paparkan apabila sudah lengkap.
Semoga anda dapat bersabar.
Tuhan memberkati.
Berikut merupakan respon2 saya kepada poin2 anda sebelum ini yang anda nanti-nantikan. Semoga anda membacanya dengan saksama.
”Saya tertarik dengan statement anda yang mengatakan anak2 murid Yesus menguruskan mayat Yesus dan pemimpin Yahudi juga turut tau di mana kuburnya dan jika benar kenyataan anda ini, di manakah kedudukan bekas kubur Yesus pada zaman ini?”
- Bagaimana hal ini boleh menidakkan peristiwa penyaliban Yesus? Hanya kerana lokasi tepat kubur Yesus hari ini tidak dapat dipastikan hari ini, tidak bererti peristiwa penyaliban tersebut tidak terjadi.
- Selain itu, soalan ini mendedahkan bahawa anda kurang tahu tentang sejarah perkembangan Kristianiti. Sudah saya nyatakan sebelum ini, selama 3 abad berturut-turut, sesiapa yang percaya bahawa Yesus adalah Tuhan dan Juruselamat dianiayai dan ditindas? Maka, bagaimana mereka dapat menjaga lokasi sebenar kubur Yesus sehingga hari ini?
- Bukan itu sahaja, Yerusalem telah diserang oleh kerajaan Rom pada tahun 70 masihi. Akibatnya, orang2 Yahudi meninggalkan Yerusalem. Maka, bagaimana para pemimpin Yahudi juga dapat kekal tahu lokasi sebenar kubur Yesus?
---------------------------
Saya menulis,
- Mereka tahu Yesus telah benar2 mati. Malah, askar Rom yang menjalankan hukuman salib tersebut juga tahu Yesus telah mati. Adakah anda cuba mengatakan Yesus terselamat dan masih hidup ketika disalibkan?
- Maka, apabila seorang yang sudah diketahui telah pun mati, tiba-tiba menampakkan dirinya dalam keadaan hidup, tidakkah itu bererti orang tersebut telah hidup kembali?
- Itulah yang terjadi, di mana Yesus yang telah mati, menampakkan diri-Nya dalam keadaan hidup.
Anda menjawab,
”Kenyataan anda ini juga boleh menguatkan kenyataan saya iaitu bukannya Nabi Isa disalibkan kerana mungkin saja askar Rom sendiri tidak kenal rupa Nabi Isa malah cuma kenal nama shj. Kenyataan anda ini tidak menunjukkan adanya seseorang yang melihat sendiri Yesus yang telah dikebumikan bangkit dan keluar dari kuburnya.”
- Sekali lagi, kenyataan anda ini menunjukkan anda tidak tahu/belum menyelidiki hal ini.
- Yang menyerahkan Yesus kepada askar Rom untuk disalibkan adalah para pemimpin Yahudi ketika itu. Kemudian, sepanjang proses penyaliban tersebut terjadi, murid-murid Yesus ada bersama-sama dengan orang ramai yang lain yang mana juga telah menyaksikan peristiwa penyaliban tersebut.
- Ketika itu, Yesus sangat dikenali dikalangan penduduk Yerusalem. Ke mana sahaja Dia berada, akan ada ramai orang yang mendengar ajaran-Nya.
- Maka, apabila anda mengatakan “mungkin saja askar Rom sendiri tidak kenal rupa Yesus” sangat mendedahkan bahawa anda belum pernah menyelidiki hal ini dengan saksama.
-------------------------
Saya menulis,
- Ya, kerana itu adalah bukti bahawa Dia adalah Tuhan. Kerana, sebelum itu, Yesus telah berkata bahawa Dia akan mati, dan bangkit semula dari kematian.
- Yesus juga telah berkata bahawa Dia berkuasa memberikan nyawa-Nya, dan mengambil-Nya kembali, suatu perbuatan yang hanya layak dilakukan Tuhan.
Anda menjawab,
”Jika benar dia ada mengatakan begitu, Si Petrus takkan bertindak memotong telinga askar yang menangkap Yesus dan murid yg lainnya lari bertemperian menyembunyikan diri dalam keadaan takut.”
- Bukankah sudah saya jelaskan bahawa murid-murid Yesus belum mengerti ketika itu?
- Kerana, Yesus telah menyatakan bahawa mereka akan diseksa, dibunuh, ditindas, kerana memberitakan Injil iaitu keselamatan melalui Yesus Kristus.
- Tuhan bukan tidak berkuasa, tetapi, Tuhan telah mengatakan hal itu yang akan terjadi.
- Dan, kematian mereka hanyalah sementara, kerana Yesus juga telah berkata bahawa pada akhir zaman, Dia akan kembali dengan sepenuh kemuliaan-Nya sebagai Tuhan, dan akan menghakimi seluruh umat manusia.
- Maka, berdasarkan kata2 ini, mereka sanggup mati, kerana mereka tahu, di akhir nanti, Tuhan akan membangkitkan mereka yang percaya kepada-Nya.
Anda menjawab
”Soalan ini akan berbalik kepada anda sendiri, mengapa pula Tuhan yang telah menebus manusia dari dosa perlu menyatakan pada anak2 muridnya bahawasanya mereka akan diseksa, dibunuh, ditindas, kerana memberitakan Injil iaitu keselamatan melalui Yesus Kristus? Mengapa tidak Yesus sendiri memberitakan kepada orang lainnya spt penguasa Yahudi, Raja, Askar? Bukankah tujuan dia melalui peristiwa tersebut untuk menyelamatkan manusia? Bukankah tindakan Yesus yang meninggalkan anak muridnya untuk diseksa, dibunuh, ditindas akan mencambahkan lagi banyak dosa dan seterusnya misinya untuk menyelamatkan manusia akan gagal?”
- Kerana, Dunia tidak mahu menerima Injil keselamatan tersebut. Buktinya, anda sendiri menolaknya, termasuk ramai lagi orang2 sebelum kita.
- Dan cuba anda fikirkan, mengapa murid2 Yesus kekal memberitakan Injil Keselamatan kepada orang lain jika Yesus sendiri telah memberikan amaran bahawa dengan berbuat demikian, mereka akan mengalami penyeksaan, malah dibunuh?
- Dan, anak-anak murid Yesus tidak gagal. Buktinya, Kristianiti merupakan antara kepercayaan terbesar di dunia pada saat ini.
Sebaliknya, menurut Al-Quran, Nabi Isa dan murid-muridnya (iaitu hawariyun) telah gagal, walaupun Allah telah menjanjikan kejayaan bagi mereka! Bagaimana? Biar saya jelaskan.
1. Menurut Al-Quran, Yesus (Nabi Isa) tidak mengajarkan bahawa Dia adalah Tuhan dan Juruselamat.
2. Ini bererti, menurut kepercayaan Islam, murid-murid Yesus (Nabi Isa) juga tidak mengajarkan bahawa Yesus (Nabi Isa) adalah Tuhan dan Juruselamat.
3. Kemudian, Allah telah berfirman kepada Nabi Isa seperti berikut:
“(Ingatlah) ketika Allah berfirman: "Wahai Isa! Sesungguhnya Aku akan mengambilmu dengan sempurna, dan akan mengangkatmu ke sisiKu, dan akan membersihkanmu dari orang-orang kafir, dan juga akan menjadikan orang-orang yang mengikutmu mengatasi orang-orang kafir (yang tidak beriman kepadamu), hingga ke hari kiamat. Kemudian kepada Akulah tempat kembalinya kamu, lalu Aku menghukum (memberi keputusan) tentang apa yang kamu perselisihkan".” (surah 3:55)
- Perhatikan ayat yang ditebalkan, Allah telah berjanji bahawa murid-murid Yesus (Nabi Isa) akan mengatasi orang-orang kafir. Siapakah orang-orang kafir ini? Adakah mereka yang percaya kepada Yesus sebagai nabi atau yang percaya bahawa Yesus adalah Tuhan dan Juruselamat?
- Mereka adalah orang-orang yang percaya bahawa Yesus bukan sekadar nabi, tetapi adalah Tuhan dan Juruselamat.
4. Namun, selama 600 tahun, iaitu sebelum kedatangan Islam dan Nabi Muhammad, wujudkah mana-mana pihak yang mengatakan Yesus hanyalah nabi biasa dan tidak disalibkan? Tidak ada!
5. Tidakkah ini menunjukkan bahawa murid-murid Yesus (nabi Isa) tidak berjaya “mengatasi orang-orang kafir” seperti yang difirmankan Allah? Dalam kata lain, mereka telah gagal, malah, menurut anda, pengajaran mereka telah dipesongkan oleh “pemerintah zaman tersebut”.
6. Dalam kata lain, Allah sendiri gagal menunaikan janji-Nya untuk menjadikan murid-murid Yesus mengatasi orang-orang kafir, kerana hakikatnya, hari ini, kepercayaan bahawa Yesus telah disalibkan dan disembah sebagai Tuhan telah mengatasi kepercayaan yang diajarkan oleh Nabi Muhammad.
”Ini yang anda sendiri patut fikirkan. Mengapa penguasa tidak menangkap dan membunuh mereka pada masa yg sama Yesus ditangkap? Mengikut penceritaan anda, banyak peluang penguasa untuk menangkap lalu membunuh anak2 murid Yesus. Mengapa setelah timbul dakwaan Ketuhanan Yesus barulah mereka diburu dan dibunuh.?”
- Persoalannya, mengapa walaupun murid-murid Yesus ini diburu dan dibunuh, mereka (iaitu murid-murid Yesus) kekal memberitakan bahawa Yesus adalah Tuhan dan Juruselamat walaupun mereka tahu mereka akan dibunuh kerana menyebarkan kepercayaan tersebut?
- Untuk mendapat kuasa? Tidak, mereka hidup dalam keadaan tertindas.
- Untuk mendapat Kekayaan? Tidak, mereka mati dalam keadaan miskin.
- Untuk mendapat Kemahsyuran? Tidak, mereka dilihat sebagai hina oleh masyarakat zaman tersebut.
- Maka, untuk apa? Cuba anda renungkan.
---------------
Anda menulis,
”Andaian hanyalah andaian. Teori tetaplah teori.Andaian tidak memerlukan bukti dan saksi malah mempergunakan kisah itu sendiri untuk terus mencipta andaian lainnya sehinggalah andaian itu sendiri akan mencipta ‘keraguan munasabah’. Dan anda perlu menyangkal andaian2 saya bagi memasuki tahap seterusnya iaitu pengesahan dari bukti2 dan saksi2. Anda sendiri memberikan kenyataan - Hanya ada satu jawapan yang munasabah, iaitu Yesus benar2 telah bangkit dari kematian, bertemu dengan mereka, dan memberikan keyakinan kepada mereka bahawa Dia benar2 adalah Tuhan dan Juruselamat. Walhal anda lupa ini semua hanyalah andaian berdasarkan dari kisah2 itu sendiri”
- Bezanya, saya memberikan kesimpulan saya berdasarkan bukti yang ada.
Sebagai contoh, kita mempunyai bukti sejarah di luar Alkitab bahawa
1) Yesus telah disalibkan.
2) pengikut-pengikut Yesus dan Kristian2 awal menyembah Yesus sebagai Tuhan dan Juruselamat.
- Melalui bukti2 ini, bukankah itu sudah menyangkal andaian dan teori yang anda berikan?
- Anda pula? Adakah anda mempunyai sebarang bukti yang boleh menyokong andaian anda bahawa Yesus tidak disalibkan atau pengajaran Yesus telah dipesongkan? Tidak ada.
- Dan saya setuju bahawa andaian hanyalah andaian, dan teori tetaplah teori. Jika andaian dan teori ini tidak disertakan dengan bukti, ia kekal hanyalah andaian dan teori yang tidak berasas.
”Anda telah tersalah arah dalam membincangkan peristiwa penyaliban ini dengan cuba mengheret Nabi Muhammad dalam dialog ini.”
- Tidak, kerana yang mengatakan Yesus tidak disalibkan adalah Nabi Muhammad sendiri.
Anda menulis,
”Dasar saya mempercayai al-quran (dalam memberitakan kisah ini) kerana apa yang dinyatakan dapat diterima oleh akal fikiran manusia. Al-Quran mendakwa orang lain yang disalib kerana ianya selari dengan firman Tuhan itu sendiri yang terdapat dalam al-quran iaitu TUHAN ITU ESA,TUHAN MAHA MULIA, MAHA BERKUASA, MAHA PENCIPTA.Pastinya Tuhan Yang Maha Berkuasa mampu mengubah rupa orang lain kepada muka Nabi Isa.”
- Masalahnya, mengapa Allah perlu melakukan hal tersebut, iaitu mengubah rupa orang lain kepada muka Nabi Isa untuk menyelamatkan Nabi Isa?
- Tidakkah Allah mampu terus menyelamatkan Nabi Isa di hadapan semua orang yang mahu menyalibkannya? Mengapa perlu melakukan muslihat dengan menggantikan orang lain untuk menyelamatkan Nabi Isa? Lebih dari itu, tidakkan Allah bersikap tidak adil apabila menggantikan Nabi Isa dengan orang lain yang tidak bersalah?
- Bukan itu sahaja, menurut perspektif Al-Quran, tindakan Allah ini telah menyebabkan ramai orang terpedaya (termasuk murid-murid Yesus) dengan menyangka Yesus telah disalibkan, dan seterusnya mereka menyembah Dia sebagai Tuhan dan Juruselamat.
- Kemudian, orang-orang yang terperdaya ini pula dikatakan adalah kafir dan seburuk2nya mahkluk oleh Allah sendiri, sedangkan, mereka diperdaya oleh Allah sendiri.
- Maka, persoalannya bukan sama ada Allah berkuasa atau tidak menggantikan Nabi Isa dengan orang lain, tetapi mengapa Allah telah menyebabkan ramai orang terperdaya dan seterusnya melaknat orang2 yang diperdaya oleh Allah sendiri?
Anda menulis,
”Tuhan Yang Maha Mulia tidak akan menjadi manusia untuk dihina, diseksa dan dibunuh semata2 kerana menebus manusia dari dosa kerana al-quran mengajar bayi yang baru lahir adalkah SUCI dari DOSA.”
- Mengapa tidak? Adakah Tuhan Yang Maha Kuasa tidak mampu melakukan semua itu?
Anda menulis,
”Malah al-quran menegaskan Allah tidak mempunyai anak, jauh sekali diperanakkan dan tiada sekutu baginya. Ini semua membuktikan al-quran konsisten dengan ayatNya sendiri apabila menolak peristiawa penyaliban ini.”
- Masalahnya, anda salah faham dengan maksud gelaran “Anak” yang diberikan kepada Yesus. Ia bukan bermaksud Tuhan telah melahirkan Anak. Kristian tidak pernah percaya bahawa Tuhan itu boleh beranak seperti manusia boleh beranak.
- Bagaimana anda boleh salah faham? Kerana, Al-Quran anda sendiri salah faham dengan maksud gelaran “Anak” tersebut yang digunakan oleh Ahli Kitab (iaitu Kristian dan Yahudi).
- Al-Quran menyangka gelaran “Anak” tersebut bermaksud “lahir secara biologi melalui hubungan suami isteri”. Ini jelas di dalam ayat Al-Quran berikut:
“‘Dan (ketahuilah wahai kaum kami!) Bahawa sesungguhnya: tertinggilah kebesaran dan keagungan Tuhan kita daripada beristeri atau beranak.”
- Jika benar Al-Quran adalah wahyu daripada Tuhan, mengapa ia boleh tersilap di dalam menyatakan kepercayaan Kristian tentang maksud gelaran “Anak” tersebut dengan menyangka ia bermaksud Tuhan memperanakkan Yesus secara biologi (iaitu beristeri)?
- Dan, bagaimana pula hal ini membuktikan Yesus tidak disalibkan? Bukankah ia hanya jelas menunjukkan salah faham (tentang gelaran “Anak”) yang wujud di dalam Al-Quran itu sendiri?
”Bahkan al-quran mengiktiraf kewujudan ajaran kitab Zabur, Taurat, Injil kerana di dalamnya sendiri tertulis pentingnya mengEsakan Tuhan. Bukankah akidah al-quran dalam perkara ini selari dengan Zabur, Taurat, Injil? Malangnya anda telah menafsir 3 Tuhan dalam 1 kesatuan yang mana saya fikir bertentangan dengan ayat Injil itu sendiri yang mengEsakan Tuhan.”
- Adakah kitab Zabur, Taurat dan Injil ini adalah kitab sama yang ada sebelum kelahiran Nabi Muhammad dan yang ada pada kita hari ini?
- Jika anda katakan tidak, di manakah kitab2 itu hari ini?
- Jika anda katakan ya, mengapa isi kandungan kitab2 ini bercanggah dengan isi kandungan Al-Quran?
------------------
Anda menulis,
”Dalam Islam, bayi yang baru lahir dari zaman Nabi Adam hinggalah kini adalah suci dari dosa. Bagaimana pula menurut kristian?????????”
- Menurut Kristian, setiap manusia yang lahir sejak Adam jatuh ke dalam dosa, telah jatuh ke dalam akibat dosa. Ini bererti, tidak ada yang terlepas dari akibat dosa tersebut. Di dalam kitab Mazmur (atau Zabur menurut Islam) Daud menulis,
“Aku jahat sejak aku dilahirkan; aku berdosa sejak aku dalam kandungan.” (Mazmur 51:5)
------------------
Anda menulis,
”Bukankah selepas percaya akan keselamatan tersebut, penganut kristian dituntut untuk berusaha agar tidak melakukan dosa. Jika melakukan dosa pastinya masuk neraka. Bukankah anda juga kena berusaha untuk mengawal hawa nafsu anda juga? Atau anda ingin mengatakan selepas percaya akan keselamatan tersebut, penganut kristian tidak perlu berusaha untuk mengawal diri dari membuat dosa? Jika begitu umat kristian bisa saja melakukan dosa apa pun asal saja percaya pada keselamatan tsb.?”
- Sudah tentu Kristian perlu berusaha untuk tidak berbuat dosa, namun, Kristian juga tahu, dia diselamatkan bukan kerana usaha tersebut.
- Usaha untuk tidak berbuat dosa tersebut adalah respon kepada keselamatan yang telah diberikan melalui beriman kepada Yesus Kristus sebagai Tuhan dan Juruselamat.
- Ia seperti perumpamaan “hutang” yang saya berikan sebelum ini di sini.
---------------
Anda menulis,
”Jadi Tuhan itu pastinya - suatu kuasa yang sangat bijaksana.(kenyataan anda) Anda fikir kenyataan anda selari dengan kenyataan anda Tuhan jadi makhluk ciptaanNYa sendiri dan diseksa, dihina, dibunuh oleh makhluk ciptannya sendiri dengan tujuan menyelamatkan makhluk ciptaannya dari dosa. Anda fikir ini suatu kuasa yang sangat bijaksana?”
- Adakah Tuha tidak cukup berkuasa untuk melakukan semua itu?
Hermmm…pemahaman kita saja yang berlainan. Adakah anda akan jadi murtad bila mengungkapkan Tuhan kita adalah sama seperti saya?
- Sudah tentu, kerana anda percaya kepada Allah, sedangkan saya percaya kepada TUHAN (YHWH).
---------------
Anda menulis,
Bagaimana dengan dosa warisan?
- Mengapa dengan dosa warisan? Adakah anda cuba mengatakan Kristian percaya dosa adam telah diwariskan kepada kita?
----------------
Anda menulis,
”Saya fikir anda telah salah faham. Saya tidak pernah fikir ada standard Tuhan dalam kita berusaha mencari keredhaanNya. Saya fikir bila kita berusaha untuk mencari keredhaan Tuhan, ini menunjukkan betapa Agungnya Kuasa Tuhan kerana kita yang berusaha untukNya dan keredhaanNya tiada had. Sememangnya itu yang layak untuk Tuhan. Tapi jika anda mangatakan usaha sahaja tidak cukup untuk mencapai keredhaanNya bermakna ada perkara lain(penyaliban) untuk mencapai keredhaanNya. Seolah2 anda meletakkan had iaitu untuk mendapat syurga cukup hanya dengan percaya pada sesuatu perkara itu (penyaliban), dan kesannya tidak diperlukan usaha ke arah itu. Saya fikir secara tidak langsung anda mengatakan ada had (had keredhaan Tuhan = penyaliban) untuk mencapai keredhaan Tuhan walhal keredhaan Tuhan itu luas dan hanya dia shj yang berhak untuk redha atu tidak.”
- Anda tidak pernah terfikir tentang “standard Tuhan”? Standard Tuhan adalah sempurna, Dapatkah kita mencapai kesempurnaan itu?
- Maksud keredhaan yang anda berikan juga tidak selari dengan apa yang saya maksudkan dengan “standard Tuhan”.
- Sebaliknya, keredhaan Tuhan di dalam Kristianiti adalah kesanggupan-Nya menanggung akibat dosa tersebut bagi pihak kita.
- Keredhaan Tuhan di dalam Kristianiti tidak ada hadnya sehingga Dia sanggup merendahkan diri-Nya, menjadi seperti kita, menerima akibat dosa perbuatan kita bagi pihak kita.
”Bukan saya yang meletakkan had. Anda yang meletakkan had.
Saya mengakui dan percaya Tuhan berkuasa menukar rupa orang lain menyerupai Nabi Isa tetapi anda menafikannya.”
- Kerana, adalah tidak munasabah untuk Tuhan sengaja memperdaya ramai orang, sehingga percaya bahawa Yesus disalibkan, dan kemudian melaknat mereka yang terpedaya tersebut, sedangkan Allah sendiri yang menyebabkan salah faham tersebut.
Anda menulis,
”Saya berkata Tuhan yang Mulia tidak memerlukan diriNya untuk dihina, diseksa & dibunuh oleh makhluk ciptaanNya tapi anda mengatakan sebaliknaya.”
- Saya tidak mengatakan Tuhan memerlukan diri-Nya untuk dihina, diseksa & dibunuh. Sebaliknya, saya mengatakan Tuhan sendiri yang memilih untuk melakukannya. Mengapa? Kerana Dia cukup berkuasa untuk melakukannya.
Anda menulis
”Saya berkata Tuhan Yang Maha Berkuasa telah menetapkan bayi yang baru lahir adalah suci dari dosa (dosa tidak berkuasa untuk menyanggah ketetapan Tuhan)tapi anda mengatakan bayi yang baru lahir memikul dosa warisan.(dosa lagi kuat dari Tuhan).”
- Anda yang mengatakan dosa lebih kuat dari Tuhan. Sedangkan, Kristian tidak pernah percaya dengan hal tersebut.
- Pemahaman anda tentang dosa warisan juga bukanlah pemahaman yang dipercayai oleh Kristian.
Anda menulis,
”Saya mengatakan Tuhan Yang Maha Kuasa mengampunkan dosa Nabi Adam dan manusia yang lain2nya bila2 masa yang DIa suka tapi anda mengatakan Adam punca manusia berdosa seolah2 Tuhan tidak berkuasa untuk mengampuninya bahkan Tuhan perlu mati di bunuh untuk menebus manusia dari dosa-bukankah ini menunjukkan kuasa Tuhan ada had?.”
- Tuhan memang Maha Kuasa untuk mengampunkan dosa manusia, namun, itu tidak bererti Tuhan mengampunkannya begitu sahaja tanpa sebarang akibat. Jika Tuhan mengampunkan kita begitu sahaja, mengapa pula Tuhan masih mengwujudkan neraka? Bukankah lebih baik Tuhan mengampunkan kita begitu sahaja?
- Selain itu, jika Allah telah mengampunkan Adam begitu sahaja, mengapa Adam tidak dikembalikan ke dalam Firdaus?
- Selalunya, jawapan yang diberikan oleh Muslim adalah kerana Allah mahu menguji manusia. Namun, jika demikian, tidakkah Allah tahu ujian tersebut telah mengakibatkan ramai orang berdosa? Tidakkah ini menunjukkan Allah sengaja membuatkan kita berdosa, sedangkan Dia sudah mengampunkan Adam?
- Hakikatnya, penjelasan yang diberikan di dalam kepercayaan Islam tidak selari dengan realiti yang ada, iaitu kita masih hidup di dalam tubuh yang fana, di dalam dunia yang sementara, dan berdosa.
Anda menulis,
”Saya mengatakan Tuhan tidak menjadi makhluk ciptaanNya kerana KEMULIAAN TUHAN itu sendiri tetapi anda yang mengatakan Tuhan menjadi manusia kerana perlu menebus manusia ari dosa.
- Adakah dengan menjadi mahkluk ciptaan-Nya sendiri Kemuliaan Tuhan hilang? Tidak. Malah, itu menunjukkan kekuasaan-Nya di mana Dia mampu melakukannya.
- Tuhan juga tidak memerlukan kita, tetapi oleh kerana Kasih-Nya, Dia sanggup datang, atas kerelaan-Nya sendiri, untuk menebus kita dari dosa. Agar kita layak berdiri di hadapan kekudusan-Nya.
Saya menulis,
- Mengapa tidak boleh menggunakan bukti2 sejarah? Bukankah itu adalah suatu kemestian jika kita mahu memperkatakan sesuatu secara realiti dan fakta?
- Anda pula hanya menguatkan hujah anda berdasarkan andaian dan teori tanpa sebarang bukti. Bukankah itu bukanlah sesuatu yang rasional?
Anda menjawab,
”Telah saya berikan jawapan di atas. Kita belum pun melepasi tahap keraguan munasabah. Masih banyak lagi persoalan dan andaian hasil dari jawapan anda sendiri.”
- Maaf, di mana bukti yang anda katakan “telah saya berikan di atas”?
- Hakikatnya, anda masih belum memberikan sebarang bukti untuk mana-mana hujah anda tentang penyaliban Yesus.
Saya amat tertarik untuk membincangkan al-quran dalam sudut pandangan anda pula.
Saya fikir lebih elok kita habiskan dahulu persoalan mengenai kisah penyaliban yesus dahulu.
- Baiklah.
------------
Anda menulis,
”Hermmm..anda seharusnya menjawab tanpa memberikan ayat dari kitab anda ini kerana sekarang ini anda menguatkan kenyataan al-quran yang mengatakan Injil anda telah dimanipulasi oleh tangan2 tidak bertanggungjawab. Lihat shja, bagaimana penjelasan Yesus mengenai perkara penting ini tidak bisa difahami oleh ke dua2 belas anak muridnya? Bukankah ini lagi mengarut?? Takkanlah seorang pun dari mereka gagal memahami kenyataan ini walhal dari awal lagi tujuan Yesus turun ke bumi untuk melalui peristiwa ini?”
- Saya memberikan kenyataan dari ayat Alkitab kerana sebelum ini anda mengatakan mengapa Yesus tidak memberitahu lebih awal kepada murid-murid-Nya bahawa Dia akan disalibkan.
- Dan, bagaimana hal ini menguatkan kenyataan Al-Quran bahawa Injil telah dimanipulasi oleh tangan2 tidak bertanggungjawab? Bukankah ini hanya menunjukkan Al-Quran bercanggah dengan apa yang terdapat di dalam Alkitab?
- Murid2 Yesus tidak memahaminya kerana ketika itu mereka menyangka Mesias (Al-Masih) akan menjadi raja yang akan memimpin bangsa Israel bebas dari jajahan kerajaan Rom.
- Bagi mereka, Mesias tidak sepatutnya mati disalibkan. Atas sebab itulah mereka tidak mengerti mengapa Yesus berkata sedemikian.
Anda menulis,
”Dan banyak lagi soalan yang akan ditanya oleh saya.Sepertinya Injil anda seperti menyelaraskan penulisan agar diselarikan dengan kisah penyaliban itu. Kita pastinya akan membicarakan penulisan kitab Injil samaada boleh dipercayai tulisannya pada masa yang lain ya..Nanti saya akan buktikan pada anda melalui tulisan penulis itu sendiri.”
- Saya nantikan hujah2 anda.
----------
Anda menulis,
”Melalui kisah penyaliban itu yang mana kisah itu sendiri menimbulkan persoalan dan seterusnya menyemaikan andaian-andaian yang boleh diterima akal, malahan sesetengah perkara dalam kisah itu amat meragukan telah dipercayai dan diyakini oleh saudara dengan cuba mencari alasan untuk menampung kelemahan kisah itu..”
- Ini masalahnya, anda kerap berkata seperti ini, namun, sehingga kini, anda masih belum memberikan sebarang bukti untuk dakwaan anda. Anda hanya memberikan andaian.
- Malah, apabila saya memberikan bukti sejarah dan meminta anda berbuat demikian, anda berdalih dengan mengatakan “anda tidak memerlukan bukti”. Tidakkah anda sedar kenyataan anda ini sangat tidak munasabah?
”Kecelaruan ini makin parah pabila dalam Injil sendiri mengajak manusia untuk menyembah serta memuliakan Tuhan yang Esa. Akan tetapi kisah ini pula mengangkat manusia sebagai Tuhan. Bukankah terdapat percanggahan yang amat jelas dalam Injil dan kisah itu sendiri? Mengajak manusia untuk menyembah Tuhan yang Esa akan tetapi pada masa yang sama meyakini peristiwa ini malahan untuk merelevankan ajaran ini telah dicipta konsep Trinity yang mana 3 dalam 1 kesatuan. Benar2 mengelirukan dan bercanggah dengan apa yang saudara sendiri yakini. Kelihatannya saudara akan melalui jalan yang penuh lingkaran, berselirat untuk tiba ke akhirnya. Persoaalannya, adakah saudara akan berjaya memahami jalan berselirat ini?3,1,Man,God,(111)...”
- Bila pula Injil mengangkat manusia menjadi Tuhan? Anda maksudkan Yesus? Bukankah telah dijelaskan, Yesus, adalah Tuhan yang menjadi manusia. Dia tidak diangkat menjadi Tuhan.
- Malah, selama 600 tahun (sebelum kemunculan Islam), tidak ada seorang pun yang mengatakan Yesus hanyalah manusia biasa dan tidak disalibkan. Hanya Nabi Muhammad yang berkata demikian.
- Ya, saya memahami jalan yang anda katakan berselirat ini. Saya sudah melaluinya. Anda pula bagaimana, sudahkah anda sendiri menyelidiki kepercayaan anda secara kristis? Atau anda sekadar menurut sahaja tanpa banyak soal?
Setelah membaca respon2 anda setakat ini, sangat jelas anda belum lagi menyelidiki dengan saksama kepercayaan sebenar Kristian. Anda memberikan andaian berdasarkan apa yang anda sangkakan adalah kepercayaan Kristian. Contohnya, anda mempertikaikan “dosa warisan” dengan menyangka doktrin ini memperkatakan tentang dosa yang diwariskan oleh Adam kepada kita, sedangkan, itu bukanlah kepercayaan sebenar Kristian. Juga gelaran “Anak” yang anda sangkakan adalah bermaksud “Anak yang dilahirkan melalui proses hubungan suami isteri”. Malah, anda menyangka Yesus adalah manusia yang diangkat menjadi Tuhan.
Bukan itu sahaja, anda juga tidak tahu tentang sejarah penyaliban Yesus serta bukti2 yang menyokong peristiwa tersebut. Anda hanya mendasarkan hujah anda kepada apa yang dikatakan oleh seorang individu, yang hidup 600 tahun kemudian, yang mengaku adalah nabi, tanpa sebarang bukti, dan menerimanya begitu sahaja tanpa banyak soal.
Yang menghairankan, anda memberi beberapa cadangan kepada saya untuk menyelidiki kepercayaan saya sendiri, namun, pernahkah anda berbuat demikian untuk kepercayaan anda sendiri?
Bukan itu sahaja, ada banyak hujah2 anda yang tidak munasabah. Contohnya, anda cuba menggunakan argumen kewujudan Tuhan (fine tuning) untuk mengatakan bahawa Tuhan itu Tunggal dan bukan Triniti, sedangkan argumen tersebut hanya menunjukkan kewujudan Tuhan tanpa menyatakan bagaimanakah Tuhan tersebut (sama ada tunggal atau Triniti).
Apa yang saya lihat adalah anda hanya cuba memutar-belitkan kenyataan2 saya, tanpa memberikan sebarang hujah untuk menyokong posisi anda. Sehingga kini, anda telah mengabaikan beberapa soalan yang saya berikan, di mana, timbul dari dakwaan anda sendiri, contohnya, anda mengatakan Injil hari ini adalah palsu, maka, di mana Injil yang benar? Anda juga mengelak dari menjawab mengapa Allah perlu menukar Yesus (nabi Isa) dengan orang lain sehingga Kristianiti bermula. Anda memberikan teori demi teori, andaian demi andaian, namun, semuanya tidak anda sertakan dengan sebarang bukti.
Sangat mudah untuk anda menidakkan Kristianiti sebenarnya. Apa yang anda perlu lakukan, hanyalah menunjukkan, dengan bukti, bahawa Yesus tidak disalibkan, Yesus tidak bangkit dari kematian, dan pengikut-pengikut-Nya tidak menyembah-Nya sebagai Tuhan.
Dan anda perlu terlebih dahulu membuktikan bahawa Yesus tidak disalibkan. Saya boleh memberikan bukti2 di luar Alkitab, yang menyokongkan bahawa Yesus telah disalibkan. Bagaimana dengan anda, dapatkah anda memberikan bukti di luar Al-Quran yang menyokongkan bahawa Yesus tidak disalibkan?
Anda mahu mengatakan Alkitab telah diubah/diseleweng? Boleh, namun, sila berikan bukti untuk menyokong dakwaan anda.
3. Kemudian, Allah telah berfirman kepada Nabi Isa seperti berikut:
“(Ingatlah) ketika Allah berfirman: "Wahai Isa! Sesungguhnya Aku akan mengambilmu dengan sempurna, dan akan mengangkatmu ke sisiKu, dan akan membersihkanmu dari orang-orang kafir, dan juga akan menjadikan orang-orang yang mengikutmu mengatasi orang-orang kafir (yang tidak beriman kepadamu), hingga ke hari kiamat. Kemudian kepada Akulah tempat kembalinya kamu, lalu Aku menghukum (memberi keputusan) tentang apa yang kamu perselisihkan".” (surah 3:55)
Matius 7:22-23
22 Pada Hari Kiamat banyak orang akan berkata kepada-Ku, ‘Ya Tuhan, ya Tuhan, bukankah dengan nama Tuhan kami memberitakan perkhabaran Allah? Bukankah dengan nama Tuhan kami mengusir roh jahat, serta melakukan banyak mukjizat?’
23 Tetapi Aku akan menjawab, ‘Aku tidak mengenal kamu! Pergilah dari sini, hai kamu yang tidak mentaati Allah!’
Sebenarnya saya ingin mengelak dari menggunakan dalil2 dari al-quran @ injil kerana keterbatasan ilmu yang saya ada(Hanya pada Allah saya berserah). Tapi saya fikir perlu menerangkannya DAN SAYA MEMILIH UNTUK MENJAWAB PERTANYAAN INI DAHULU. Bandingkan ayat dari al-quran kemudiannya Injil @ dari Injil ke al-quran. Dan cubalah kupas ayat dari al-quran : ……KAMU PERSELISIHKAN.
Ayat dari al-quran adalah situasi di mana Allah berkata terus pada Nabi Isa tetapi di Injil ayat itu diucapkan Nabi isa di hari kiamat pada orang2orang yang mendakwa menyampaikan perkhabaran dari Allah dan mengusir roh jahat dengan menggunakan nama Tuhan Yeus (mereka menganggap Nabi Isa adalah Tuhan Yesus). Lalu dihalau Nabi Isa yang mendakwa dia tidak kenal mereka dan membidas mereka yang tidak mentaati Allah.
Pendek kata, mereka yang dibidas dalam injil ini adalah mereka yang mendakwa Nabi Isa (dalam al quran) adalah Tuhan. Dan untuk merungkai persoalan anda mengenai “dan juga akan menjadikan orang-orang yang mengikutmu mengatasi orang-orang kafir (yang tidak beriman kepadamu), hingga ke hari kiamat.”, pada hari kiamat nanti Nabi Isa akan mengucapkan ‘Aku tidak mengenal kamu! Pergilah dari sini, hai kamu yang tidak mentaati Allah!’
Bukankah jelas ALLAH telah berfirman terdapatnya ‘KAMU PERSELISIHKAN’. Persoalannya apa yang diperselisihkan dan siapa yang berselisih? Ayat ini di tujukan pada Nabi Isa, dan semestinya tujuan ayat ini pada umat kristian . Lalu ada apa dengan umat ini? - Perselisihan tentang kebenaran peristiwa penyaliban. Seterusnya fitnah ketuhanan itu pula. Adakah perkara ini benar? Ya, kerana dalam kristian sendiri terdapat mazhab yang menolak konsep ketuhanan Yesus dan Triniti. Kerana dalam penganut2 kristian itu sendiri, terdapat perselisihan mengenai konsep ketuhanan spt contoh paling mudah adalah anda dan saudara Alex. Saya yakin jika ditanya ttg konsep ketuhanan dalam kristian, jawapan anda pastinya berbeza dengan Alex.(sebab saya pernah baca dialog anda, Alex dan Hikmatun. )Malah saya yakin akan ada Kisah Penyelamatn Yesus versi Alex pula.
4. Namun, selama 600 tahun, iaitu sebelum kedatangan Islam dan Nabi Muhammad, wujudkah mana-mana pihak yang mengatakan Yesus hanyalah nabi biasa dan tidak disalibkan? Tidak ada!
5. Tidakkah ini menunjukkan bahawa murid-murid Yesus (nabi Isa) tidak berjaya “mengatasi orang-orang kafir” seperti yang difirmankan Allah? Dalam kata lain, mereka telah gagal, malah, menurut anda, pengajaran mereka telah dipesongkan oleh “pemerintah zaman tersebut”.
6. Dalam kata lain, Allah sendiri gagal menunaikan janji-Nya untuk menjadikan murid-murid Yesus mengatasi orang-orang kafir, kerana hakikatnya, hari ini, kepercayaan bahawa Yesus telah disalibkan dan disembah sebagai Tuhan telah mengatasi kepercayaan yang diajarkan oleh Nabi Muhammad.
SETELAH SERIBU EMPAT RATUS TAHUN BERLALU.
Adakah saya percaya Tuhan ada 3?
TIDAK. ALLAH ESA keran jika saya percaya Tuhan ada 3, alam semesta tidak mungkin akan terjadi dengan ketepatan yang luar biasa. Kalau saya percaya, saya juga kena percaya pada kemungkinan banjir besar terjadi kerana Tuhan no3 murka pada manusia dan gempa bumi terjadi kerana Tuhan No 1 murka pad Tuhan No 3 kerana membuat dunia jadi banjir besar. Dunia pastinya huru hara sebab ke tiga2nya berkuasa.
Adakah saya percaya Nabi Muhammad adalah Tuhan?
TIDAK. DIA HANYALAH MANUSIA BIASA YANG DIUTUSKAN OLEH ALLAH. Kerana Allah adalah Esa jadi kalau saya katakana Nabi Muhammada jadi Tuhan, saya dah menyanggahi keEsaan Allah itu sendiri.
Adakah saya percaya Tuhan telah menjadi manusia dan turun ke bumi dengan misi menyelamat manusia dengan cara mati diseksa, dihina di tiang salib dan kemudiannya mengambil masa 3 hari bumi untuk hidup kembali dan seterusnay tuhan itu melepaskan peluang untuk memberitahu kepada mereka yang merencanakan hukuman tersebut dengan mengumumkan “AKULAH TUHAN KAMU. AKU HIDUP KEMBALI UNTUK MENUNJUKKAN KEKUASAAN AKU. SEMBAHLAH AKU’” yang mana ini akan menjayakan misinya?
TIDAK. Sebab sehinnga sekarang masih lagi ramai yang membuat dosa dan adalah mengarut untuk mempercayai bayi yang baru lahir itu berdosa.
Adakah saya percaya bila Allah mewahyukan kepada Nabi Muhammad bahawasanya yang disalib itu bukan Nabi Isa?
YA. Kerana Allah Maha Berkuasa dan keyakinan ini selari dengan keimanan saya di atas.
Untuk persolan lainnya, akan saya usahakan secepat mungkin..
Anda menulis,
"Sebenarnya saya ingin mengelak dari menggunakan dalil2 dari al-quran @ injil kerana keterbatasan ilmu yang saya ada(Hanya pada Allah saya berserah)."
- Saya berterima kasih dengan kerendahan hati anda untuk mengakui keterbatasan anda. Sekurang2nya, ia menunjukkan anda bersedia untuk kemungkinan di mana tafsiran anda tidak tepat.
- Dan, tafsiran anda tentang Matius 7:22-23 memang kurang tepat. Saya pernah menulis tentang ayat ini di sini. Apa kata anda membacanya?
Tentang ayat Al-Quran tersebut, perhatikan, di katakan bahawa Nabi Isa (Yesus) akan diangkat ke sisi Allah. Menurut anda, adakah Nabi Isa sudah diangkat atau belum?
Tentang saya dan saudara Alex, memang wujud perbezaan fahaman di antara kami. Namun, kami sependapat dari segi penyaliban dan kebangkitan Yesus, yang mana adalah dasar iman Kristianiti. Jika anda cuba menggunakan hal ini sebagai dalil anda, maka, adakah anda akan menerima jika saya juga mengatakan anda (saya andaikan anda seorang sunni/sunnah) juga berbeza fahaman dengan Syiah atau Ahmadiyah atau Sufi?
Anda menulis,
"SETELAH SERIBU EMPAT RATUS TAHUN BERLALU.
Adakah saya percaya Tuhan ada 3?
TIDAK. ALLAH ESA keran jika saya percaya Tuhan ada 3, alam semesta tidak mungkin akan terjadi dengan ketepatan yang luar biasa. Kalau saya percaya, saya juga kena percaya pada kemungkinan banjir besar terjadi kerana Tuhan no3 murka pada manusia dan gempa bumi terjadi kerana Tuhan No 1 murka pad Tuhan No 3 kerana membuat dunia jadi banjir besar. Dunia pastinya huru hara sebab ke tiga2nya berkuasa."
- Ini masalahnya (sekali lagi), apa yang anda katakan bukanlah kepercayaan Kristian. Saya juga tidak percaya Tuhan itu Tiga. Gambaran yang anda berikan jauh terpesong dari kepercayaan sebenar Kristian.
- Ironiknya, Al-Quran sendiri juga tersilap dalam menggambarkan Triniti, apabila Al-Quran menggambarkan Triniti sebagai Tritheisme, di mana Allah, Maria dan (Nabi Isa) Yesus adalah anggota2 di dalam konesp tersebut.
- Jika Al-Quran benar2 adalah wahyu Tuhan, mengapa ia boleh tersilap dalam menyatakan kepercayaan sebenar Kristian tentang Triniti?
Anda menulis,
"Adakah saya percaya Nabi Muhammad adalah Tuhan?
TIDAK. DIA HANYALAH MANUSIA BIASA YANG DIUTUSKAN OLEH ALLAH. Kerana Allah adalah Esa jadi kalau saya katakana Nabi Muhammada jadi Tuhan, saya dah menyanggahi keEsaan Allah itu sendiri."
- Maaf, apa kaitan hal ini dengan dialog kita? Pernahkah saya mendakwa anda percaya hal tersebut? Tidak.
Untuk hal2 lain, saya nantikan respon anda. Tuhan memberkati.
p/s: kebetulan, saya ada sedikit masa terluang hari ini. ;)
Awak sgt ssh utk menerima dn memahami apa yg saudara Tiwas jelaskn...
Seb. engkau membuat diri awak tertutup utk mempercayai dan menerima akan kenyataan2 itu...
Dlm Kristian... umat2nya akan berdoa terlebih dahulu sblm membaca Firman Tuhan yg tertulis di dlm Alkitab itu... supaya Roh Allah/Roh Kudus menyertai mereka... dan membuatkan mereka memahami apa yg disampaikan oleh Firman tersebut...
Apabila Roh Kudus menyertai kita... kita membaca Firman Tuhan itu dgn sokongan olehnya dan kita Memahami akan maksud2 ayat Firman yg disampaikan itu... Apabila kita menutup hati kita untuk mempercayai dan ingin mengetahui apakah Firman Tuhan yg disampaikan itu... ditambah lagi kita membaca ayat2 Firman berkenaan seperti membaca buku-buku sejarah... sdh pasti kita tidak dikurniakan utk memahami akan ayat2 berkenaan... :)
Sekian dari Saya... Tuhan Memberkati. :)
Menyembah Tuhan Yesus = menyekutukan Tuhan
- Dan, tafsiran anda tentang Matius 7:22-23 memang kurang tepat. Saya pernah menulis tentang ayat ini di sini. Apa kata anda membacanya?
Dan apa kata tafsiran anda sendiri yang kurang tepat??? Bagaimana kita bisa mengetahui tafsiran siapa yang tepat??
Anda menafsir Yesus adalah Tuhan kerana dia mengaku dia yg akan menentukan siapa yang masuk syurga. Bagaimana dengan ayat ini : melainkan dia yang MELAKUKAN KEHENDAK Bapa-Ku di sorga? Bagaimana sekiranya saya menafsirkan Yesus menentukan sesiapa jua yang akan memasuki syurga adalah mereka yang MELAKUKAN KEHENDAK bapa-Ku (Tuhan). Bukankah jelas keputusan Yesus juga terikat pada KEHENDAK Bapa-Ku (ALLAH).? @ bolehkan Yesus yang anda dakwa sebagai Tuhan menentukan sesiapa juga boleh masuk syurga asalkan dia sendiri yang berkehendakkan sebegitu tanpa terikat pada kehendak yang lain?
Berkenaan ayat al-quran tsb, saya kira semuanya dalam pengetahuan Allah samaada Nabi Isa sudah diangkat @ belum, sudah mati spt manusia biasa @ di angkat ke sisi Allah? Apa yang penting Nabi Isa tetap manusia biasa dan telah diselamatkan oleh Allah dari peristiwa penyaliban tsb.
Secara peribadinya, saya mempercayai selagi manusia itu mengakui dan menyembah Allah yang Esa, tidak memperanakkan malah tidak diperanakkan dan meyakini Nabi Muhammad hanyalah manusia biasa yang dicipta Allah untuk menjadi utusanNya. saya kira dia adalah seorang yang beriman kepada Allah S.WT..
Bagaimana dengan anda berdua??
- Ini masalahnya (sekali lagi), apa yang anda katakan bukanlah kepercayaan Kristian. Saya juga tidak percaya Tuhan itu Tiga. Gambaran yang anda berikan jauh terpesong dari kepercayaan sebenar Kristian.
- Ironiknya, Al-Quran sendiri juga tersilap dalam menggambarkan Triniti, apabila Al-Quran menggambarkan Triniti sebagai Tritheisme, di mana Allah, Maria dan (Nabi Isa) Yesus adalah anggota2 di dalam konesp tersebut.
- Jika Al-Quran benar2 adalah wahyu Tuhan, mengapa ia boleh tersilap dalam menyatakan kepercayaan sebenar Kristian tentang Triniti?
Itulah masalah yang sebenarnya..Anda mengatakan Tuhan itu Esa tapi pada masa yang sama anda mengatakan Tuhan itu 3…Malah banyak sekali dalam dialog kita anda memanggil Tuhan Yesus..Kepercayaan anda sendiri dalam isu penyaliban itu sendiri telah memecahkan Tuhan pada 3…Anda seolah mengatakan 1+1+1=1 walah 1+1+1=3???Lagipun telah beribu tahun berlalu, anda fikir sekian jutaan penganut kristian yang wujud dari dulu sehingga sekarang, berapa ramai yang mangatakan Tuhan ada 3..Tuhan 3 dalam 1 kesatuan Tuhan 100%Yesus 100% roh kudus 100% @ Tuhan 60% Yesus 30% ROh Kudus 10%..APa kata anda berbincang dengan saudara Alex…?
Al-quran adalah benar dari Allah adalah kerana di dalamnya dituntut untuk menyembah Allah yang Esa…noktah…
Jadi kisah apa yang paling dapat diyakini dari keputusan yang kita capai setelah mengakui bahawa alam ini dijadikan dengan ketepatan matematik yang luar biasa???Cuma satu jawapannya iaitu al-quran kerana dalam al-quran kita dituntut menyembah Tuhan yang Satu, Yang Maha Mulia, Yang Maha Bijaksana, Yang Maha Berkuasa...
Jadi bagaimana kita menerangkan terjadinya perpecahan, peperangan, pembunuhan yang terjadi di muka bumu pada hari ini seolah2 Tuhan tidak Berkuasa dan Mengetahui? Semua penjelasan ada terdapat dalam al-quran itu sendiri...Manusia dicipta untuk menjadi khalifah di muka bumi ini, bermakna setiap keputusan yang manusia buat akan mendatangkan akibat samaada baik @ buruk dan semestinya akan dipertanggungjawabkan kelak..Pendek kata, manusia dianugerahkan oleh Sang Pencipta dengan satu perkara yang tidak dimiliki oleh makhluk2 lainnya..Apakah itu??? Manusia adalah satu2nya makhluk yang diberi hak untuk membuat pilihan dan pastinya tiap pilihan ada akibatnya..Sudah semestinya Tuhan Maha Mengasihi..Diciptakan untuk manusia akal fikiran dan nafsu untuk mengimbangi tiap pilihan itu...Dan untuk menyalahkan Tuhan dengan setiap akibat yang kita tanggung hari ini berpunca dari pilihan kita sendiri adalah perbuatan yang hina sama sekali walhal telah Tuhan kirimkan utusanNya sebagai peringatan dan kitabNya sebagai pedoman untuk menguatkan akal fikiran dan membendung hawa nafsu yang tidak berkesudahan...
Dan semestinya anda harus menyalahkan kepercayaan anda sendiri kerana mempercayai Tuhan yang tutun ke bumi untuk menjadi manusia lalu dibunuh untuk menebus manusia dari dosa dan kemudiannya hidup kembali lalu kembali ke tempat asalnya namun gagal menjayakan misinya untuk membuktikan ketuhannya pada masa itu...Sewajarnya saya mengatakan begitu kerana beban pembuktian terpikul pada bahu anda kerana mengatakan perkara yang di luar kelaziman akal fikiran dan bercanggah dengan kemuliaaan Tuhan itu sendiri...
- Saya memberikan kenyataan dari ayat Alkitab kerana sebelum ini anda mengatakan mengapa Yesus tidak memberitahu lebih awal kepada murid-murid-Nya bahawa Dia akan disalibkan.
- Dan, bagaimana hal ini menguatkan kenyataan Al-Quran bahawa Injil telah dimanipulasi oleh tangan2 tidak bertanggungjawab? Bukankah ini hanya menunjukkan Al-Quran bercanggah dengan apa yang terdapat di dalam Alkitab?
- Murid2 Yesus tidak memahaminya kerana ketika itu mereka menyangka Mesias (Al-Masih) akan menjadi raja yang akan memimpin bangsa Israel bebas dari jajahan kerajaan Rom.
- Bagi mereka, Mesias tidak sepatutnya mati disalibkan. Atas sebab itulah mereka tidak mengerti mengapa Yesus berkata sedemikian.
Yesus turun kebumi untuk menebus manusia dari dosa melalui cara dibunuh di tiang salib…Anak2 murid menyangka dia untuk menjadi raja kepada Israel untuk pembebasan dari kerajaan Rom..Come on le Tiwas,,,kalau adapun yang menyangka Yesus akan menjadi Raja Israel untuk bebas dari Rom ianya adalah Pendeta2 Yahudi, bukan anak2 murid. Anak2 murid adalah orang yang paling rapat dengan Yesus, takkanlah mereka tidak diberitahu akan tujuan kedatangan Yesus… Bertahun belajar, mengikuti Yesus, dan sehingga detik dia ditangkap, takkanlah seorang pun tidak difahamkan oleh Yesus yang dia akan ditangkap, dibunuh untuk menebus manusia dari dosa dan setelah itu kembali jadi Tuhan dan semua manusia mesti menyembahnya…Reaksi diaorang sewaktu proses tangkapan pun dah menunjukkan yang mereka tidak tau akan tujuan Yesus…Jika pun anak2 murid menyangka Yesus akan manjadi Raja Israel mengapa mereka tidak mempertahankannya???
Kisah penyaliban ini sendiri menimbulkan keraguan dan banyak persoalan..
1. Mengapa anak2 murid tidak difahamkan oleh Yesus ttg tujuan dia dilahirkan di muka bumi sehingga memberi reaksi sebegitu?
2. Mengapa Yesus sendiri tidak mengisytiharkan pada penghukum2nya serta penguasa bahawa dia adalah Tuhan sebaliknya naik ke langit dan membiarkan tanggungjawab itu kepada anak muridnya untuk menyebarkannya sehingga diseksa dan dibunuh?
3. Bukankah tindakan Yesus kembali ke langit mengakibatkan manusia yang menghukumnya, penguasa tsb akan menanggung dosa yang mana seterusnya menggagalkan misi menebus manusia dari dosa?
Banyak persoalan yang timbul dari kisah ini..Jika masuk court pun belum tentu hakim akan benarkan perbicaraan penuh kerana kisah ini saja gagal melepasi keraguan yang munasabah dari segi objektif, saksi dll..
- Kerana, adalah tidak munasabah untuk Tuhan sengaja memperdaya ramai orang, sehingga percaya bahawa Yesus disalibkan, dan kemudian melaknat mereka yang terpedaya tersebut, sedangkan Allah sendiri yang menyebabkan salah faham tersebut.
Anda yang memilih untuk percaya kisah itu…Yang memperdayakan anda adalah anda sendiri…Mereka yang menangkapnya. Yang menghukumnya pun ragu2 yang mereka tangkap adala Nabi Isa, tapi anda percaya pada mereka juga…
Tiwas
- Saya tidak mengatakan Tuhan memerlukan diri-Nya untuk dihina, diseksa & dibunuh. Sebaliknya, saya mengatakan Tuhan sendiri yang memilih untuk melakukannya. Mengapa? Kerana Dia cukup berkuasa untuk melakukannya.
Anda mengatakan dia berkuasa tapi kalau betul berkuasa mesti dia tak bagi orang hukumnya kan…kalaupun memang dia perlu lalui proses itu untuk menebus manusia dari dosa, itu dah menunjukkan dia perlu mati untuk melengkapkan proses dan tujuan itu yang membawa erti dia sendiri terikat pada proses itu yang menunjukkan dia tak berkuasa…Malah anda mengatakan dia berkuasa tapi mengapa tidak dia mengisytiharkan ketuhanannya pada penguasa agar mereka tunduk kepadanya? Bukankah ini menunjukkan keterbatasannya dan perlunya dia mengikut proses tertentu untuk menyempurnakan proses tsb.? Bukankah begitu?
Tiwas
- Anda yang mengatakan dosa lebih kuat dari Tuhan. Sedangkan, Kristian tidak pernah percaya dengan hal tersebut.
- Pemahaman anda tentang dosa warisan juga bukanlah pemahaman yang dipercayai oleh Kristian.
Peristiwa tsb sendiri menunjukkan betapa dia perlu mati untuk menebus manusia dari dosa yang mana menunjukkan dosa itu dapat mematikan tuhan – keterbatasan kuasa tuhan..Anda memahaminya sesuai dengan kehendak anda yang berdasarkan peristiwa tsb, jika anda memahaminya dengan cara lain, automatiknya keimanan anda akan runtuh…
Tiwas
- Tuhan memang Maha Kuasa untuk mengampunkan dosa manusia, namun, itu tidak bererti Tuhan mengampunkannya begitu sahaja tanpa sebarang akibat. Jika Tuhan mengampunkan kita begitu sahaja, mengapa pula Tuhan masih mengwujudkan neraka? Bukankah lebih baik Tuhan mengampunkan kita begitu sahaja?
- Selain itu, jika Allah telah mengampunkan Adam begitu sahaja, mengapa Adam tidak dikembalikan ke dalam Firdaus?
- Selalunya, jawapan yang diberikan oleh Muslim adalah kerana Allah mahu menguji manusia. Namun, jika demikian, tidakkah Allah tahu ujian tersebut telah mengakibatkan ramai orang berdosa? Tidakkah ini menunjukkan Allah sengaja membuatkan kita berdosa, sedangkan Dia sudah mengampunkan Adam?
- Hakikatnya, penjelasan yang diberikan di dalam kepercayaan Islam tidak selari dengan realiti yang ada, iaitu kita masih hidup di dalam tubuh yang fana, di dalam dunia yang sementara, dan berdosa.
Saya telah menjawabnya sebelum ini iaitu manusia diberi hak untuk membuat pilihan..Dan Allah menyertakan pada kita akal dan nafsu untuk mengimbangi pilihan yang kita buat..Dan juga Allah telah mengutuskan UtusanNya sebagai peringatan..Setelah semua ini, adakah anda masih mengatakan Tuhan tidak adil? Berkenaan syurga dan neraka, tiap perbuatan pasti ada akibat..dari situ kita akan lebih bertanggungjawab untuk membuat pilihan kita…Tapi manusia itu lebih menuruti hawa nafsu dari akal dan fikiran…manusia telah lupa pada janjinya untuk mengEsakan Allah. Dunia tidak berdosa..Hanya mereka yang percaya kepada hasutan Iblis shj akan mengatakan dunia ini berdosa kerana sememangnya Iblis bertujuan agar kita putus harapan pada kasih tuhan dengan mengatakan dunia ini berdosa dan lalu mengambil kesempatan pada mereka yang telah putus harapan agar berputus asa dari usaha untuk mencari keredhaanAllah. Satu2nya yang dihukum, dilaknat oleh Tuhan adalah Iblis bukannya ciptaan2 Tuhan yang lainnya…
- Adakah dengan menjadi mahkluk ciptaan-Nya sendiri Kemuliaan Tuhan hilang? Tidak. Malah, itu menunjukkan kekuasaan-Nya di mana Dia mampu melakukannya.
- Tuhan juga tidak memerlukan kita, tetapi oleh kerana Kasih-Nya, Dia sanggup datang, atas kerelaan-Nya sendiri, untuk menebus kita dari dosa. Agar kita layak berdiri di hadapan kekudusan-Nya.
Secara peribadi, saya akan menjawab Allah Maha Berkuasa unutk melakukan apa sahaja..Tapi anda jangan lupa seluruh proses penyelamatan yang anda dakwa itu secara total telah menghina dan merendahakan keMuliaan Tuhan itu sendiri.
Anda yang menafsirkan Tuhan telah datang atas kerelaanNya..Benarkah tafsiran anda itu?
Tiwas
- Maaf, di mana bukti yang anda katakan “telah saya berikan di atas”?
- Hakikatnya, anda masih belum memberikan sebarang bukti untuk mana-mana hujah anda tentang penyaliban Yesus.
Hujah2 saya bersandarkan dari kenyataan anda adalah bukti kerana kenyataan anda sendiri menimbulkan lebih banyak persoalan..Kenyataan anda 1 = 3 yang menimbulkan pertanyaan bukannya kenyataan saya 1 = 1…
- Mengapa dengan dosa warisan? Adakah anda cuba mengatakan Kristian percaya dosa adam telah diwariskan kepada kita?
Saya menantikan keterangan anda…
Tiwas
- Anda tidak pernah terfikir tentang “standard Tuhan”? Standard Tuhan adalah sempurna, Dapatkah kita mencapai kesempurnaan itu?
- Maksud keredhaan yang anda berikan juga tidak selari dengan apa yang saya maksudkan dengan “standard Tuhan”.
- Sebaliknya, keredhaan Tuhan di dalam Kristianiti adalah kesanggupan-Nya menanggung akibat dosa tersebut bagi pihak kita.
- Keredhaan Tuhan di dalam Kristianiti tidak ada hadnya sehingga Dia sanggup merendahkan diri-Nya, menjadi seperti kita, menerima akibat dosa perbuatan kita bagi pihak kita.
Dan kini anda mengatakan Tuhan sanggup merendahkan diri seperti kita???? Begini rupanya ajaran kristian mempengaruhi pemikiran anda..…Maafkan saya..setau saya cuma Iblis saja yang cuba merendahkan Tuhan dengan mengajak manusia menyembahnya..Bermaksud jika anda mempercayai Iblis dan seterusnya menyembah Iblis, bukankah anda secara tidak langsung menyamakan Tuhan dengan Iblis – menjadikan Tuhan sama dengan Iblis…????Lalu jika anda mengatakan Tuhan sanggup merendahkan diri menjadi seperti manusia bukankah anda mengatakan Tuhan sama seperti manusia yang mana anda sendiri telah mengikuti kata Iblis untuk merendah2 kan kemuliaan Tuhan????
- Adakah kitab Zabur, Taurat dan Injil ini adalah kitab sama yang ada sebelum kelahiran Nabi Muhammad dan yang ada pada kita hari ini?
- Jika anda katakan tidak, di manakah kitab2 itu hari ini?
- Jika anda katakan ya, mengapa isi kandungan kitab2 ini bercanggah dengan isi kandungan Al-Quran?
Saya akan mengatakan kitab tersebut telah diubah suai…
Tiwas;
- Menurut Kristian, setiap manusia yang lahir sejak Adam jatuh ke dalam dosa, telah jatuh ke dalam akibat dosa. Ini bererti, tidak ada yang terlepas dari akibat dosa tersebut. Di dalam kitab Mazmur (atau Zabur menurut Islam) Daud menulis,
“Aku jahat sejak aku dilahirkan; aku berdosa sejak aku dalam kandungan.” (Mazmur 51:5)
Ini bermaksud setiap bayi yang baru lahir???
Tiwas
- Sudah tentu Kristian perlu berusaha untuk tidak berbuat dosa, namun, Kristian juga tahu, dia diselamatkan bukan kerana usaha tersebut.
- Usaha untuk tidak berbuat dosa tersebut adalah respon kepada keselamatan yang telah diberikan melalui beriman kepada Yesus Kristus sebagai Tuhan dan Juruselamat.
- Ia seperti perumpamaan “hutang” yang saya berikan sebelum ini di sini.
Perumpamaan anda tidak membantu malah tidak boleh diterima..
Tiwas
- Adakah Tuha tidak cukup berkuasa untuk melakukan semua itu?
Semestinya Tuhan Maha Berkuasa..Persoalannya adakah proses itu menunjukkan kekuasaannya???
- Masalahnya, mengapa Allah perlu melakukan hal tersebut, iaitu mengubah rupa orang lain kepada muka Nabi Isa untuk menyelamatkan Nabi Isa?
- Tidakkah Allah mampu terus menyelamatkan Nabi Isa di hadapan semua orang yang mahu menyalibkannya? Mengapa perlu melakukan muslihat dengan menggantikan orang lain untuk menyelamatkan Nabi Isa? Lebih dari itu, tidakkan Allah bersikap tidak adil apabila menggantikan Nabi Isa dengan orang lain yang tidak bersalah?
- Bukan itu sahaja, menurut perspektif Al-Quran, tindakan Allah ini telah menyebabkan ramai orang terpedaya (termasuk murid-murid Yesus) dengan menyangka Yesus telah disalibkan, dan seterusnya mereka menyembah Dia sebagai Tuhan dan Juruselamat.
- Kemudian, orang-orang yang terperdaya ini pula dikatakan adalah kafir dan seburuk2nya mahkluk oleh Allah sendiri, sedangkan, mereka diperdaya oleh Allah sendiri.
- Maka, persoalannya bukan sama ada Allah berkuasa atau tidak menggantikan Nabi Isa dengan orang lain, tetapi mengapa Allah telah menyebabkan ramai orang terperdaya dan seterusnya melaknat orang2 yang diperdaya oleh Allah sendiri?
Telah saya katakan, mereka yang terlibat dalam proses penangkapan itu sendiri ragu2 akan siapa sebenarnya yang ditangkap…Dan pendeta2 yahudi bersama2 penguasa, demi mengekalkan kekuasaan dan ego, mereka menisytiharkan sememangnya Nabi Isa ditangkap walhal mereka sendiri meraguinya…Sebab itulah sehingga kini kubur yang didakwa Nabi Isa tidak wujud…Dan saya percaya pendeta2 Yahudi @ penguasa Rom ketika itu sendiri yang menyebarkan carita anak2 murid Nabi Isa menganggap Nabi Isa adalah Tuhan dan menggunakan alasan ini untuk menyeksa dan membunuh mereka...Dan yang kelakarnya, fitnah yang dicipta dan dibantu pula oleh penyusup dari luar (Paus) yang mempopularkan konsep trinity ini pula yang menjadi pegangan oleh umat kristian… Saya kira orang yang digantikan oleh Allah itu sememangnya layak mendapat balasan sedemikian rupa kerana dia adalah pengkhianat..
”Tuhan Yang Maha Mulia tidak akan menjadi manusia untuk dihina, diseksa dan dibunuh semata2 kerana menebus manusia dari dosa kerana al-quran mengajar bayi yang baru lahir adalkah SUCI dari DOSA.”
Tiwas
- Mengapa tidak? Adakah Tuhan Yang Maha Kuasa tidak mampu melakukan semua itu?
Kerana dihina, diseksa, dibunuh hanya layak pada makhluk2 ciptaanNYa..
Tiwas
- Masalahnya, anda salah faham dengan maksud gelaran “Anak” yang diberikan kepada Yesus. Ia bukan bermaksud Tuhan telah melahirkan Anak. Kristian tidak pernah percaya bahawa Tuhan itu boleh beranak seperti manusia boleh beranak.
- Bagaimana anda boleh salah faham? Kerana, Al-Quran anda sendiri salah faham dengan maksud gelaran “Anak” tersebut yang digunakan oleh Ahli Kitab (iaitu Kristian dan Yahudi).
- Al-Quran menyangka gelaran “Anak” tersebut bermaksud “lahir secara biologi melalui hubungan suami isteri”. Ini jelas di dalam ayat Al-Quran berikut:
“‘Dan (ketahuilah wahai kaum kami!) Bahawa sesungguhnya: tertinggilah kebesaran dan keagungan Tuhan kita daripada beristeri atau beranak.”
- Jika benar Al-Quran adalah wahyu daripada Tuhan, mengapa ia boleh tersilap di dalam menyatakan kepercayaan Kristian tentang maksud gelaran “Anak” tersebut dengan menyangka ia bermaksud Tuhan memperanakkan Yesus secara biologi (iaitu beristeri)?
- Dan, bagaimana pula hal ini membuktikan Yesus tidak disalibkan? Bukankah ia hanya jelas menunjukkan salah faham (tentang gelaran “Anak”) yang wujud di dalam Al-Quran itu sendiri?
Mengapa anda tidak membuat bancian kepada berbilion umat kristian yang ada di muka bumi ini??? Nanti anda akan dapat jawapan tentang kecelaruan gelaran ‘ANak’ yang difahami oleh penganut kristian…Malah pemahaman ttg gelarana ‘Anak’ umat kristian terdahulu pastinya lain dari umat yang kini..Malah anda dgn Alex juga…Malah Iblis pasti gembira kerana hari ini anda akan katakan gelaran ‘Anak’ hanyalah metafora, akan tetapi esok lusa tafsiran anda pastinya lain pula…Malah mulut anda mengatakan lain, tapi jauh disudut hati anda yang terletaknya akidah akan mengiktikadkannya lain pula…Adakah al-quran tersilap?TIDAK SAMA SEKALI..perhatikan sekeliling anda..perhatikan perkembangan agama kristian itu sendiri…perhatikan bila anda mengatakan Tuhan mengasihi anda sehingga sanggup berkorban untuk mati di tiang salib bagi menebus anda dari dosa…perhatikan bila anda mengatakan Tuhan menghantar anaknya (yesus) untuk melakukan misi ini…
- Persoalannya, mengapa walaupun murid-murid Yesus ini diburu dan dibunuh, mereka (iaitu murid-murid Yesus) kekal memberitakan bahawa Yesus adalah Tuhan dan Juruselamat walaupun mereka tahu mereka akan dibunuh kerana menyebarkan kepercayaan tersebut?
- Untuk mendapat kuasa? Tidak, mereka hidup dalam keadaan tertindas.
- Untuk mendapat Kekayaan? Tidak, mereka mati dalam keadaan miskin.
- Untuk mendapat Kemahsyuran? Tidak, mereka dilihat sebagai hina oleh masyarakat zaman tersebut.
- Maka, untuk apa? Cuba anda renungkan.
Saya fikir, tidak timbul pun tujuan ini kerana mereka tetap akan dibunuh hanya kerana mereka anak murid Nabi Isa…Lagipun, fitnah ini datangnya dari penguasa dan pendeta Yahudi..Untuk menjayakan fitnah ini, mereka perlu dibunuh, mereka perlu ditindas….
Jika anda hidup pada zaman itu dan datang pada anda membawa berita Yesus telah bangkit menjadi Tuhan…Tidakkah anda akan bertanya jika benar kata2mu, dimanakah tuhan kamu itu, mengapa dia tidak menyelamatkan kamu ketika ini dari penindasan???Tidakkah anda akan bertanya kepada mereka ini,,,jika benar dia adalah tuhan, mengapa tidak dia menghukum terus pendeta2 yahudi dan pengusa yang telah membunuhnya @ mengisytiharkan ketuhanannya kepada mereka agar mereka percaya serta bertaubat yg mana akan menyempurnakan misi penyelamatan manusia dari dosa???
Anda lihat dan fikir sendiri??Bukankah telah saya katakan, kisah ini sendiri menimbulkan lebih banyak persoalan…
Tiwas
- Bezanya, saya memberikan kesimpulan saya berdasarkan bukti yang ada.
Sebagai contoh, kita mempunyai bukti sejarah di luar Alkitab bahawa
1) Yesus telah disalibkan.
2) pengikut-pengikut Yesus dan Kristian2 awal menyembah Yesus sebagai Tuhan dan Juruselamat.
- Melalui bukti2 ini, bukankah itu sudah menyangkal andaian dan teori yang anda berikan?
- Anda pula? Adakah anda mempunyai sebarang bukti yang boleh menyokong andaian anda bahawa Yesus tidak disalibkan atau pengajaran Yesus telah dipesongkan? Tidak ada.
- Dan saya setuju bahawa andaian hanyalah andaian, dan teori tetaplah teori. Jika andaian dan teori ini tidak disertakan dengan bukti, ia kekal hanyalah andaian dan teori yang tidak berasas.
Dan spt yang anda katakan yang sukar difahami tidaklah bermakna ianya tidak benar bukan?
Berkenaan perkara ini, saya boleh saja mencari di internet, di blog2 islam lain untuk memberi bukti pada anda..Akan tetapi adakah bukti itu benar??? Adakah kita akan berdialog pula untuk membuktikan kebenaran bukti itu pula sebelum dapat mencapai objektif dialog ini???
Ya,,ini semua hanyalah teori dan andaian akan tetapi bukankah ini yang paling boleh diterima akal fikiran? Atau anda memilih untuk mempercayai bukti2 walau tidak selari dengan akal fikiran anda?
- Kerana, Dunia tidak mahu menerima Injil keselamatan tersebut. Buktinya, anda sendiri menolaknya, termasuk ramai lagi orang2 sebelum kita.
- Dan cuba anda fikirkan, mengapa murid2 Yesus kekal memberitakan Injil Keselamatan kepada orang lain jika Yesus sendiri telah memberikan amaran bahawa dengan berbuat demikian, mereka akan mengalami penyeksaan, malah dibunuh?
- Dan, anak-anak murid Yesus tidak gagal. Buktinya, Kristianiti merupakan antara kepercayaan terbesar di dunia pada saat ini.
Mengapa tidak anda bertanya pada diri sendiri mengapa yesus tidak membuktikan ketuhannya kepada mereka yang telah menzaliminya agar mereka percaya dan bertaubat, agar tiada siapa yang akan terkorban dan agar seluruh manusia pada masa kini percayakan ketuhanannya????
Mengapa pula, jika yesus sedar anak mudridnya akan diseksa, dibunuh jika memberitakan ketuhanannya lalu dia tidak menghalang shja..malah memberi amaran pula???Klakar sekali kerana tujuan dia untuk menyelamatkan manusia dari dosa, menunjukkan ketuhanan tapi cuma memberi amaran shj…jika benar dia kasih pada anak2 muridnya, mesti dia yang pergi tunjuk ketuhanannya pada penguasa tsb spya anak2 muridnya tidak diseksa…
Sebaliknya, menurut Al-Quran, Nabi Isa dan murid-muridnya (iaitu hawariyun) telah gagal, walaupun …..:
“(Ingatlah) ketika Allah berfirman: "Wahai Isa! Sesungguhnya Aku akan mengambilmu dengan sempurna, dan akan mengangkatmu ke sisiKu, dan akan membersihkanmu dari orang-orang kafir, dan juga akan menjadikan orang-orang yang mengikutmu mengatasi orang-orang kafir (yang tidak beriman kepadamu), hingga ke hari kiamat. Kemudian kepada Akulah tempat kembalinya kamu, lalu Aku menghukum (memberi keputusan) tentang apa yang kamu perselisihkan".” (surah 3:55)
- Perhatikan ayat yang ditebalkan, Allah telah berjanji bahawa murid-murid Yesus (Nabi Isa) akan mengatasi orang-orang kafir. Siapakah orang-orang kafir ini? Adakah mereka yang percaya kepada Yesus sebagai nabi atau yang percaya bahawa Yesus adalah Tuhan dan Juruselamat?
- Mereka adalah orang-orang yang percaya bahawa Yesus bukan sekadar nabi, tetapi adalah Tuhan dan Juruselamat.
4. Namun, selama 600 tahun, iaitu sebelum kedatangan Islam dan Nabi Muhammad, wujudkah mana-mana pihak yang mengatakan Yesus hanyalah nabi biasa dan tidak disalibkan? Tidak ada!
5. Tidakkah ini menunjukkan bahawa murid-murid Yesus (nabi Isa) tidak berjaya “mengatasi orang-orang kafir” seperti yang difirmankan Allah? Dalam kata lain, mereka telah gagal, malah, menurut anda, pengajaran mereka telah dipesongkan oleh “pemerintah zaman tersebut”.
6. Dalam kata lain, Allah sendiri gagal menunaikan janji-Nya untuk menjadikan murid-murid Yesus mengatasi orang-orang kafir, kerana hakikatnya, hari ini, kepercayaan bahawa Yesus telah disalibkan dan disembah sebagai Tuhan telah mengatasi kepercayaan yang diajarkan oleh Nabi Muhammad.
Ayat ini diucapkan oleh Allah pada Nabi Isa sebelum peristiwa tsb…membuktikan bahawasanya Allah Maha Mengetahui akan niat jahat serta fitnah yang ditimbulkan mereka yang memesongkan ajaran Nabi Isa ataupun orang kafir… Siapakah orang-orang kafir ini? Adakah mereka yang percaya kepada Yesus sebagai nabi atau yang percaya bahawa Yesus adalah Tuhan dan Juruselamat?(kenyataan Tiwas)Maha Suci Allah yang Maha Mengetahui Peristiwa Masa Depan….sudah tentu mereka yang percaya bahawa Yesus adalah Tuhan!!!!Bukankah ayat ini membuktikan bahawa al-quran itu benar2 dari Allah…?
Dan tafsiran ayat ini pula ‘mengatasi orang-orang kafir (yang tidak beriman kepadamu), hingga ke hari kiamat’…sebelum itu boleh anda beri ayat2 al-quran yang mengatakan anak2 murid Nabi Isa dibunuh?
- Bagaimana hal ini boleh menidakkan peristiwa penyaliban Yesus? Hanya kerana lokasi tepat kubur Yesus hari ini tidak dapat dipastikan hari ini, tidak bererti peristiwa penyaliban tersebut tidak terjadi.
- Selain itu, soalan ini mendedahkan bahawa anda kurang tahu tentang sejarah perkembangan Kristianiti. Sudah saya nyatakan sebelum ini, selama 3 abad berturut-turut, sesiapa yang percaya bahawa Yesus adalah Tuhan dan Juruselamat dianiayai dan ditindas? Maka, bagaimana mereka dapat menjaga lokasi sebenar kubur Yesus sehingga hari ini?
- Bukan itu sahaja, Yerusalem telah diserang oleh kerajaan Rom pada tahun 70 masihi. Akibatnya, orang2 Yahudi meninggalkan Yerusalem. Maka, bagaimana para pemimpin Yahudi juga dapat kekal tahu lokasi sebenar kubur Yesus?
Semestinya perkara ini penting…Jika lokasi bekas kubur Yesus diketahui, pelbagai kajian dapat dilakukan pada masa kini…Malah mungkin akan memberi impak yang besar kepada kepercayaan kristian pada masa kini….Mula2 yesus tidak membuktikan ketuhanannya pada penguasa ketika itu sebaliknya balik ke langit, kemudian anda mendakwa yesus telah memberi amaran kepada anak muridnya jika mereka tetap menyebarkan ketuhanannya mereka aka diseksa (3 abad berturut), dibunuh yang mana menunjukkan dia tidak dapat berbuat apa2 (tak berkuasa untuk menghalang), sekarang anda mengatakan kerajaan Rom telah menyerang Yerusalem sehinnga pemimpin Yahudi lupa akan lokasi sebenar kubur Yesus membawa makna Yesus kat langit pun tak mampu menghalang kejadian ini berlaku, ini semua membuktikan bahawasanya Yesus adalah manusia biasa kan???
Saya,
”Jika benar dia ada mengatakan begitu, Si Petrus takkan bertindak memotong telinga askar yang menangkap Yesus dan murid yg lainnya lari bertemperian menyembunyikan diri dalam keadaan takut.”
Tiwas
- Bukankah sudah saya jelaskan bahawa murid-murid Yesus belum mengerti ketika itu?
Itu yang peliknya..bertahun mengikut Yesus tapi masih tak faham misi Yesus…ermmmm….pelik2
Bagaimana saya dapat memahami 1+1+1 = 1 walahal saya diajar 1+1+1 = 3..Bagaimana saya mahu menerangkan 1 adalah 1 kepada mereka yang mengatakan 1 adalah 3 dalam 1 kesatuan????Anda menuduh saya tertutup walhal anda yang mempercayai sesuatu yang pelik sekali...cubalah anda membaca Injil dengan hati yang terbuka, bersihkan akal fikiran anda, bandingkan dengan kejadian semesta ini..
Anda menulis,
Mengapa tidak anda bertanya pada diri sendiri mengapa yesus tidak membuktikan ketuhannya kepada mereka yang telah menzaliminya agar mereka percaya dan bertaubat, agar tiada siapa yang akan terkorban dan agar seluruh manusia pada masa kini percayakan ketuhanannya????
- Siapa kata Yesus tidak membuktikan keTuhanan-Nya? Dia telah membuktikannya, namun, tetap ada orang yang memilih untuk tidak percaya kepada-Nya.
- Buktinya adalah Dia bangkit dari kematian. Namun, apa kata mereka yang tidak mahu percaya? Mereka cuba menuduh anak-anak murid Yesus telah mencuri mayat Yesus. Ini sebenarnya secara langsung menunjukkan mereka mengakui bahawa kubur Yesus benar-benar kosong.
- Mengapa kubur tersebut kosong? Kerana Yesus benar2 telah bangkit.
Anda menulis,
Mengapa pula, jika yesus sedar anak mudridnya akan diseksa, dibunuh jika memberitakan ketuhanannya lalu dia tidak menghalang shja..malah memberi amaran pula???Klakar sekali kerana tujuan dia untuk menyelamatkan manusia dari dosa, menunjukkan ketuhanan tapi cuma memberi amaran shj…jika benar dia kasih pada anak2 muridnya, mesti dia yang pergi tunjuk ketuhanannya pada penguasa tsb spya anak2 muridnya tidak diseksa…
- Kerana, diakhir nanti, iaitu pada Akhir Zaman, semua murid-murid-Nya serta yang percaya kepada-Nya, akan diselamatkan. Bukankah itu jauh lebih baik?
- Lagipun, seksaan yang dialami oleh murid-murid-Nya serta orang-orang yang percaya kepada-Nya hanyalah sementara, iaitu di dunia sahaja.
- Tuhan telah pun menyatakan diri-Nya, namun, kekal ada manusia yang memilih untuk menolaknya. Kerana kita semua diberikan kebebasan memilih oleh Tuhan. Tidak ada paksaan di dalam menerima Kasih daripada Tuhan.
Sekarang, saya pulangkan soalan ini kepada anda, menurut perspektif anda sebagai Muslim.
Mengapa, ketika Allah menyelamatkan Isa, Dia tidak melakukannya secara terang-terangan tanpa perlu menggantikannya dengan orang lain secara tipu daya/muslihat? Bukankah dengan menyelamatkan Isa secara terang-terangan akan membuktikan bahawa Isa benar-benar adalah utusan dari Allah?
Ayat ini diucapkan oleh Allah pada Nabi Isa sebelum peristiwa tsb…membuktikan bahawasanya Allah Maha Mengetahui akan niat jahat serta fitnah yang ditimbulkan mereka yang memesongkan ajaran Nabi Isa ataupun orang kafir… Siapakah orang-orang kafir ini? Adakah mereka yang percaya kepada Yesus sebagai nabi atau yang percaya bahawa Yesus adalah Tuhan dan Juruselamat?(kenyataan Tiwas)Maha Suci Allah yang Maha Mengetahui Peristiwa Masa Depan….sudah tentu mereka yang percaya bahawa Yesus adalah Tuhan!!!!Bukankah ayat ini membuktikan bahawa al-quran itu benar2 dari Allah…?
Dan tafsiran ayat ini pula ‘mengatasi orang-orang kafir (yang tidak beriman kepadamu), hingga ke hari kiamat’…sebelum itu boleh anda beri ayat2 al-quran yang mengatakan anak2 murid Nabi Isa dibunuh?
Tentang surah 3:55,
Nampaknya, anda tidak menjawab persoalan yang timbul dari ayat Al-Quran tersebut.
- Dikatakan orang-orang kafir tersebut akan diatasi oleh murid-murid Yesus (atau “hawariyun” menurut Islam).
- Namun, adakah murid-murid Yesus tersebut telah mengatasi orang-orang kafir yang dikatakan di dalam surah 3:55 tersebut?
- Realitinya (dan juga fakta), kepercayaan yang muncul dan berkembang sejak abad pertama (iaitu zaman kehidupan Yesus dan murid-murid-Nya) adalah kepercayaan bahawa Yesus telah disalibkan, bangkit dari kematian, dan adalah Tuhan.
- Maka, tidakkah ini menunjukkan janji Allah di dalam surah 3:55 tidak ditepati?
Anda bertanya,
“sebelum itu boleh anda beri ayat2 al-quran yang mengatakan anak2 murid Nabi Isa dibunuh?”
- Tidak ada dicatatkan apa yang terjadi kepada anak2 murid Yesus di dalam Al-Quran. Malah, nama2 murid Nabi Isa juga tidak dinyatakan di dalam Al-Quran.
- Namun, kita boleh mengetahuinya melalui penulisan2 Muslim awal seperti Ibn Ishaq dan At-Tabari.
- Menariknya, penulis2 awal Muslim ini mencatatkan nama-nama murid Nabi Isa, iaitu, Peter (Petrus), Paul (Paulus), Andrew (Andreas), Matthew (Matius), Thomas (Tomas), Philip (Filipus), John (Yohanes), James (Yakobus), Bartholomew (Bartholomeus), Simon, dan Judah. (sumber: The Life of Muhammad: A translation of Ishaq’s Sirat Rasul Allah, m/s 653. Anda boleh merujuk bahagian tersebut di sini.)
- Lebih menarik, nama-nama tersebut adalah nama murid2 sama yang memberitakan kebangkitan Yesus dan sebagai Tuhan dan Juruselamat.
Saya fikir, tidak timbul pun tujuan ini kerana mereka tetap akan dibunuh hanya kerana mereka anak murid Nabi Isa…Lagipun, fitnah ini datangnya dari penguasa dan pendeta Yahudi..Untuk menjayakan fitnah ini, mereka perlu dibunuh, mereka perlu ditindas….
- Bukti anda?
- Selain itu, dengan mengakui bahawa “mereka tetap akan dibunuh hanya kerana mereka anak murid Nabi Isa”, anda secara langsung mengakui janji Allah pada surah 3:55 tidak ditepati. Bagaimana?
- Kerana, menurut surah tersebut, murid-murid Nabi Isa akan mengatasi orang-orang kafir (ini termasuk para pemimpin Yahudi). Namun, adakah hal tersebut terjadi menurut kefahaman Islam? Tidak. Malah, menurut anda, mesej asal murid-murid Nabi Isa telah dipesongkan, malah mereka anda katakan telah difitnah.
- Selain itu, untuk apa para pemimpin Yahudi memfitnah murid-murid Yesus sebagai mempertuhankan Nabi Isa? Dan, jika ia adalah fintah, mengapa murid2 Yesus tidak menafikannya?
- Maaf, andaian anda tidak munasabah dan menunjukkan anda belum menyelidiki hal ini dengan saksama.
Anda menulis,
Jika anda hidup pada zaman itu dan datang pada anda membawa berita Yesus telah bangkit menjadi Tuhan…Tidakkah anda akan bertanya jika benar kata2mu, dimanakah tuhan kamu itu, mengapa dia tidak menyelamatkan kamu ketika ini dari penindasan???Tidakkah anda akan bertanya kepada mereka ini,,,jika benar dia adalah tuhan, mengapa tidak dia menghukum terus pendeta2 yahudi dan pengusa yang telah membunuhnya @ mengisytiharkan ketuhanannya kepada mereka agar mereka percaya serta bertaubat yg mana akan menyempurnakan misi penyelamatan manusia dari dosa???
- Benar, dan itulah yang dikatakan oleh mereka yang tidak percaya kepada berita kebangkitan tersebut. Namun, murid-murid Yesus memberikan bukti yang tidak dapat disangkal oleh sesiapa pun pada zaman tersebut, iaitu, kubur Yesus kosong.
- Kerana, jika Yesus tidak bangkit dari kematian, sudah pasti kubur tersebut masih berisi mayat-Nya. Namun, tidak ada seorang penentang2 pun yang pergi ke kubur Yesus, mengambil mayat-Nya, dan kemudian mempamerkannya sebagai bukti bahawa Yesus tidak bangkit. Mengapa? Kerana mereka tidak dapat berbuat demikian.
- Dan, perlu diketahui, yang melihat Yesus yang telah bangkit bukan seorang dua, tetapi lebih 500 orang. Malah, berita kebangkitan Yesus bermula di Yerusalem, iaitu tempat Yesus disalibkan.
- Selain itu, murid-murid Yesus tidak lagi takut kepada seksaan secara fizikal, kerana, mereka percaya bahawa di Akhir Zaman nanti, Yesus akan kembali sebagai Raja dan Hakim yang akan mengadili seluruh umat manusia. Mereka tidak takut mati, kerana mereka telah melihat sendiri tubuh Yesus yang telah bangkit dari kematian.
Saya pulangkan persoalan anda,
Tidakkah anda terfikir, jika benar Nabi Isa adalah sekadar utusan Allah, mengapa Allah tidak menghukum terus para pemimpin Yahudi yang mahu menyalibkan Nabi Isa dan mengisytiharkan kerasulan Nabi Isa kepada mereka agar mereka percaya serta bertaubat yang mana akan mengelakkan wujudnya kepercayaan Kristian di dalam dunia ini?
Dan spt yang anda katakan yang sukar difahami tidaklah bermakna ianya tidak benar bukan?
Berkenaan perkara ini, saya boleh saja mencari di internet, di blog2 islam lain untuk memberi bukti pada anda..Akan tetapi adakah bukti itu benar??? Adakah kita akan berdialog pula untuk membuktikan kebenaran bukti itu pula sebelum dapat mencapai objektif dialog ini???
- Apa salahnya anda memberikan bukti2 tersebut dan kemudian kita selidiki kebenarannya?
- Bukankah menyelidiki kebenaran sesuatu dakwaan dan andaian itu perlu dilakukan sebelum menerimanya sebagai benar?
- Jujur saya katakan, saya menyelidiki kepercayaan Kristianiti sebelum menerimanya sebagai benar. Bagaimana dengan anda, pernahkan anda menyelidiki kepercayaan anda sendiri sebelum menerimanya sebagai benar?
Anda menulis,
Ya,,ini semua hanyalah teori dan andaian akan tetapi bukankah ini yang paling boleh diterima akal fikiran? Atau anda memilih untuk mempercayai bukti2 walau tidak selari dengan akal fikiran anda?
- Maaf, bagaimana ia boleh diterima akal jika ia bertentangan dengan bukti dan fakta yang ada?
- Sebagai contoh, jika mengandaikan bumi ini rata kerana kerana kita melihat keadaan sekeliling kita secara kasarnya adalah rata, namun, bukti yang anda menunjukkan dunia ini berbentuk oblate spheroid, maka, adakah anda kekal berpegang kepada andaian tersebut jika bukti yang ada adalah sebaliknya?
- Sama halnya dalam peristiwa penyaliban Yesus. Bukti yang ada menunjukkan Yesus memang telah disalibkan di Yerusalem pada sekitar tahun 33 masihi. Maka, adakah munasabah anda kekal berpegang kepada andaian akal fikiran anda walaupun telah terbukti bahawa andaian tersebut tidak tepat?
Sehingga kini, anda masih belum memberikan sebarang bukti bahawa Yesus tidak disalibkan. Anda hanya cuba mempersoalkan bukti yang saya berikan, namun, itu tidak cukup. Anda sendiri juga perlu memberikan bukti yang menyokong posisi anda.
Telah saya katakan, mereka yang terlibat dalam proses penangkapan itu sendiri ragu2 akan siapa sebenarnya yang ditangkap…Dan pendeta2 yahudi bersama2 penguasa, demi mengekalkan kekuasaan dan ego, mereka menisytiharkan sememangnya Nabi Isa ditangkap walhal mereka sendiri meraguinya…Sebab itulah sehingga kini kubur yang didakwa Nabi Isa tidak wujud…Dan saya percaya pendeta2 Yahudi @ penguasa Rom ketika itu sendiri yang menyebarkan carita anak2 murid Nabi Isa menganggap Nabi Isa adalah Tuhan dan menggunakan alasan ini untuk menyeksa dan membunuh mereka...Dan yang kelakarnya, fitnah yang dicipta dan dibantu pula oleh penyusup dari luar (Paus) yang mempopularkan konsep trinity ini pula yang menjadi pegangan oleh umat kristian… Saya kira orang yang digantikan oleh Allah itu sememangnya layak mendapat balasan sedemikian rupa kerana dia adalah pengkhianat..
- Andaian yang anda telah berikan ini benar-benar mendedahkan anda belum pernah menyelidiki hal ini.
- Jujur saya katakan, saya agak kasihan dengan anda, kerana anda jelas tidak tahu apa yang anda katakan, malah, mungkin anda tidak tahu asal usul andaian ini.
- Sebagai persoalan asas untuk menguji kemunasabahan teori anda, “Apakah motif ‘pendeta2 Yahudi @ penguasa Rom ketika itu menyebarkan cerita anak2 murid Nabi Isa menganggap Nabi Isa adalah Tuhan dan menggunakan alasan ini untuk menyeksa dan membunuh mereka’?
- Dan, adakah anda mempunyai sebarang bukti untuk mengesahkan andaian2 anda ini?
Kerana dihina, diseksa, dibunuh hanya layak pada makhluk2 ciptaanNYa..
- Maksud anda? Kita layak dihina, diseksa dan dibunuh?
- Dan, bukankah di akhir peristiwa “dihina, diseksa dan dibunuh” tersebut, Yesus bangkit dari kematian, sekaligus menunjukkan kekuasaan-Nya?
--------------------
Anda menulis,
Mengapa anda tidak membuat bancian kepada berbilion umat kristian yang ada di muka bumi ini??? Nanti anda akan dapat jawapan tentang kecelaruan gelaran ‘ANak’ yang difahami oleh penganut kristian…
- Maaf, untuk mengetahui pengajaran sebenar Kristian, bukan dengan bertanya kepada majoriti Kristian, tetapi menyelidiki apa yang diajarkan di dalam Alkitab.
- Sama juga, untuk mengetahui pengajaran sebenar Islam, bukan dengan bertanya kepada majoriti Muslim, tetapi menyelidiki Al-Quran.
Anda berkata,
Malah pemahaman ttg gelarana ‘Anak’ umat kristian terdahulu pastinya lain dari umat yang kini..
- Sudahkah anda menyelidiki hal tersebut untuk membuat kesimpulan ini?
Anda menulis,
Malah anda dgn Alex juga…Malah Iblis pasti gembira kerana hari ini anda akan katakan gelaran ‘Anak’ hanyalah metafora, akan tetapi esok lusa tafsiran anda pastinya lain pula…Malah mulut anda mengatakan lain, tapi jauh disudut hati anda yang terletaknya akidah akan mengiktikadkannya lain pula… Adakah al-quran tersilap?TIDAK SAMA SEKALI..
- Maaf, mungkin anda perlu menjelaskan bagaimana Al-Quran tidak tersilap. Bukankah dengan jelas konteks ayat Al-Quran tersebut menyangka gelaran anak tersebut adalah “anak hasil hubungan suami isteri”? Dengan jelas ia bukanlah kepercayaan Kristian atau pun Yahudi. Namun, Al-Quran mengatakannya seolah-olah ia adalah kepercayaan Kristian atau Yahudi.
- Bukan itu sahaja, Triniti juga disangkakan di dalam Al-Quran sebagai Allah, Maria (Maryam) dan Yesus (Nabi Isa), sedangkan, Kristian tidak percaya hal tersebut.
- Jika benar Al-Quran tidak tersilap, mengapa doktrin2 penting Kristianiti ini diperincikan secara salah di dalam Al-Quran?
Anda menulis,
perhatikan sekeliling anda..perhatikan perkembangan agama kristian itu sendiri…perhatikan bila anda mengatakan Tuhan mengasihi anda sehingga sanggup berkorban untuk mati di tiang salib bagi menebus anda dari dosa…perhatikan bila anda mengatakan Tuhan menghantar anaknya (yesus) untuk melakukan misi ini…
- Saya telah memperhatikannya, bagaimana dengan anda?
- Adakah kitab Zabur, Taurat dan Injil ini adalah kitab sama yang ada sebelum kelahiran Nabi Muhammad dan yang ada pada kita hari ini?
- Jika anda katakan tidak, di manakah kitab2 itu hari ini?
- Jika anda katakan ya, mengapa isi kandungan kitab2 ini bercanggah dengan isi kandungan Al-Quran?
Anda menjawab,
Saya akan mengatakan kitab tersebut telah diubah suai…
- Bilakah kitab tersebut diubah suai? Sebelum kelahiran Nabi Muhammad atau selepas?
----------------------
Saya menulis,
- Menurut Kristian, setiap manusia yang lahir sejak Adam jatuh ke dalam dosa, telah jatuh ke dalam akibat dosa. Ini bererti, tidak ada yang terlepas dari akibat dosa tersebut. Di dalam kitab Mazmur (atau Zabur menurut Islam) Daud menulis,
“Aku jahat sejak aku dilahirkan; aku berdosa sejak aku dalam kandungan.” (Mazmur 51:5)
Anda menjawab,
Ini bermaksud setiap bayi yang baru lahir???
- Setiap bayi yang lahir, lahir di dalam akibat dosa. Tidak bererti mereka telah melakukan dosa, tetapi, mereka lahir di dalam akibat dosa.
- Akibat dosa adalah maut, kerana Adam dan Hawa telah melanggar perintah Tuhan dengan memakan buah yang dilarang di Firdaus. Itulah sebabnya kita boleh dan akan mati, kerana akibat dosa tersebut yang mana masuk ke dalam dunia kita melalui Adam dan Hawa.
- Tidak ada yang terkecuali, termasuk setiap bayi yang baru lahir.
-------------------
Saya menulis,
- Sudah tentu Kristian perlu berusaha untuk tidak berbuat dosa, namun, Kristian juga tahu, dia diselamatkan bukan kerana usaha tersebut.
- Usaha untuk tidak berbuat dosa tersebut adalah respon kepada keselamatan yang telah diberikan melalui beriman kepada Yesus Kristus sebagai Tuhan dan Juruselamat.
- Ia seperti perumpamaan “hutang” yang saya berikan sebelum ini di sini.
Anda menjawab,
Perumpamaan anda tidak membantu malah tidak boleh diterima..
- Terpulang kepada anda untuk menerimanya atau tidak.
---------------------
Anda menulis,
Semestinya Tuhan Maha Berkuasa..Persoalannya adakah proses itu menunjukkan kekuasaannya???
- Mengapa tidak? Bukankah Tuhan yang datang menjadi manusia, mati seperti manusia, kemudian bangkit dari kematian dengan tubuh manusia, dan kemudian kembali semula kepada kemuliaan-Nya di syurga sebagai Tuhan, menunjukkan Tuhan berkuasa melakukan hal yang bagi kita adalah mustahil?
- Mengapa dengan dosa warisan? Adakah anda cuba mengatakan Kristian percaya dosa adam telah diwariskan kepada kita?
Anda menjawab,
Saya menantikan keterangan anda…
- Nampaknya, anda mengelak dari menyatakan kefahaman anda tentang “dosa warisan”.
- Saya sudah pun menjelaskannya secara ringkas sebelum ini. Saya jelaskan sekali lagi.
1. Dosa warisan atau dosa asal bukanlah dosa yang diwariskan kepada manusia oleh Adam dan Hawa.
2. Dosa warisan atau dosa asal adalah berkenaan dengan akibat dosa yang telah masuk ke dalam dunia akibat perbuatan Adam dan Hawa yang melanggar perintah Tuhan.
3. Akibat dari perlanggaran tersebut, setiap manusia sejak Adam dan Hawa di bawah kuasa dosa, iaitu maut.
------------------
Anda menulis,
Dan kini anda mengatakan Tuhan sanggup merendahkan diri seperti kita???? Begini rupanya ajaran kristian mempengaruhi pemikiran anda..…Maafkan saya..setau saya cuma Iblis saja yang cuba merendahkan Tuhan dengan mengajak manusia menyembahnya..Bermaksud jika anda mempercayai Iblis dan seterusnya menyembah Iblis, bukankah anda secara tidak langsung menyamakan Tuhan dengan Iblis – menjadikan Tuhan sama dengan Iblis…????Lalu jika anda mengatakan Tuhan sanggup merendahkan diri menjadi seperti manusia bukankah anda mengatakan Tuhan sama seperti manusia yang mana anda sendiri telah mengikuti kata Iblis untuk merendah2 kan kemuliaan Tuhan????
- Ya, bagi anda, ia adalah suatu kehinaan, namun, bagi Kristian, ia adalah suatu keagungan.
- Saya berikan suatu perumpamaan lagi, untuk menjelaskan perbuatan Tuhan yang saya sembah ini, yang sanggup datang menyelamatkan manusia, yang mahu menerima-Nya.
1. Seorang Raja yang sedang memakai seluruh pakaian kebesarannya, diiringi dengan seluruh kemegahannya sedang berjalan di tepi sebatang sungai. Sungai tersebut kotor dan berlumpur.
2. Kemudian, seorang anak kecil telah jatuh ke dalam sungai tersebut. Anak kecil itu terkapai2 meminta pertolongan kerana dia tidak mampu menyelamatkan dirinya.
3. Apakah reaksi raja tersebut? Ada dua pilihan,
a) Raja tersebut menanggalkan seluruh pakaian kebesarannya, mengenepikan kemegahannya, lalu terus terjun ke dalam sungai yang kotor dan berlumpur tersebut, untuk menyelamatkan anak kecil yang hampir lemas itu.
Atau,
b) Raja tersebut mengajar anak kecil tersebut cara-cara untuk berenang, tanpa berbuat apa2, sambil memperhatikan sama ada anak kecil tersebut dapat melakukan apa yang diajarkannya dari tebing sungai tersebut. Kerana, tidak layak untuk seorang raja mengabaikan kemegahannya dan terjun ke dalam sungai yang kotor hanya untuk menyelamatkan seorang anak kecil.
- Bagi anda, mana satukah perbuatan yang menunjukkan kebesaran raja tersebut?
Anda yang memilih untuk percaya kisah itu…Yang memperdayakan anda adalah anda sendiri…Mereka yang menangkapnya. Yang menghukumnya pun ragu2 yang mereka tangkap adala Nabi Isa, tapi anda percaya pada mereka juga…
- Dari mana anda tahu bahawa mereka ragu2 semasa menangkap Yesus? Al-Quran?
- Tapi, kisah di dalam Al-Quran tersebut tidak selari dengan bukti2 yang ada.
- Hakikatnya, tidak ada sesiapa pun yang meragui bahawa Yesus telah disalibkan pada zaman tersebut. Malah, penulis sejarah bukan Kristian juga mencatatkan peristiwa penyaliban tersebut sebagai benar2 telah terjadi dan Yesus benar2 telah disalibkan.
- Maka, sekali lagi, mana satu yang patut saya percayai? Kesaksian daripada mereka yang menyaksikan sendiri peristiwa tersebut, atau pun cerita yang disampaikan oleh seorang individu 600 tahun kemudian yang tidak disokong dengan sebarang bukti?
----------------
Anda menulis,
Anda mengatakan dia berkuasa tapi kalau betul berkuasa mesti dia tak bagi orang hukumnya kan…kalaupun memang dia perlu lalui proses itu untuk menebus manusia dari dosa, itu dah menunjukkan dia perlu mati untuk melengkapkan proses dan tujuan itu yang membawa erti dia sendiri terikat pada proses itu yang menunjukkan dia tak berkuasa…Malah anda mengatakan dia berkuasa tapi mengapa tidak dia mengisytiharkan ketuhanannya pada penguasa agar mereka tunduk kepadanya? Bukankah ini menunjukkan keterbatasannya dan perlunya dia mengikut proses tertentu untuk menyempurnakan proses tsb.? Bukankah begitu?
- Kerana, kita perlu menerima-Nya secara sukarela, tanpa paksaan. Lagipun, apa jaminan anda bahawa jika Yesus muncul di hadapan anda saat ini, mengakui bahawa Dia adalah Tuhan, anda akan percaya kepada-Nya? Malah, Yesus telah melakukan banyak mukjizat di hadapan pemimpin2 Yahudi, dan dapat menjawab setiap tuduhan yang dilemparkan kepada-Nya. Namun, para pemimpin Yahudi kekal menolak-Nya.
- Di dalam Kristianiti, kita bebas menolak-Nya.
- Lagipun, Adam dan Hawa sendiri tinggal di Firdaus bersama2 Tuhan, dan mengetahui kemuliaan-Nya, namun, mereka kekal boleh secara bebas melanggar perintah-Nya.
- Iblis sendiri juga sebelum ini menghadap Tuhan, namun, juga bebas melanggar perintah-Nya.
- Musa juga melakukan banyak mukjizat di hadapan Firaun, namun, Firaun tetap tidak percaya.
- Jika Dia menyatakan kekuasaan-Nya begitu sahaja, dan membuatkan kita tunduk kerana takut dan terpaksa, itu bukanlah kasih, tetapi paksaan. Di dalam Kristianiti, Kasih itu bukan paksaan, tetapi kerelaan kita untuk mengasihi.
- Yesus telah melakukan mukjizat yang sangat luar biasa, iaitu bangkit dari kematian. Namun, pihak pemimpin Yahudi ketika itu juga kekal menolak-Nya.
----------------
Anda menulis,
Peristiwa tsb sendiri menunjukkan betapa dia perlu mati untuk menebus manusia dari dosa yang mana menunjukkan dosa itu dapat mematikan tuhan – keterbatasan kuasa tuhan..Anda memahaminya sesuai dengan kehendak anda yang berdasarkan peristiwa tsb, jika anda memahaminya dengan cara lain, automatiknya keimanan anda akan runtuh…
- Siapa kata dosa itu dapat mematikan Tuhan? Nampaknya anda salah faham dengan menyangka ketika Yesus mati, ke-Tuhan-an-Nya juga mati.
- Yang mati hanyalah kemanusiaan Yesus, dan bukan keilahian-Nya. Saya berikan post ini sebagai penjelasan untuk salah faham anda ini.
Saya telah menjawabnya sebelum ini iaitu manusia diberi hak untuk membuat pilihan..
- Saya tertarik dengan kenyataan anda ini. Sebagai Muslim, adakah anda mempunyai hak untuk murtad? Sudah tentu tidak bukan? Kerana jika anda murtad, darah anda akan menjadi halal untuk ditumpahkan, iaitu anda halal untuk dibunuh oleh Muslim lain.
- Maka, bagaimana pula anda mempunyai hak untuk membuat pilihan jika anda dilarang dari mempraktikan hak membuat pilihan tersebut?
Anda menulis,
Dan Allah menyertakan pada kita akal dan nafsu untuk mengimbangi pilihan yang kita buat..Dan juga Allah telah mengutuskan UtusanNya sebagai peringatan..Setelah semua ini, adakah anda masih mengatakan Tuhan tidak adil?
- Saya tidak mempertikaikan hal ini, cuba anda baca semula respon saya untuk hal tersebut. Yang saya timbulkan adalah mengapa Allah kekal menguji kita walaupun Dia sudah mengampunkan Adam?
Anda menulis,
Berkenaan syurga dan neraka, tiap perbuatan pasti ada akibat..dari situ kita akan lebih bertanggungjawab untuk membuat pilihan kita…Tapi manusia itu lebih menuruti hawa nafsu dari akal dan fikiran…manusia telah lupa pada janjinya untuk mengEsakan Allah.
- Benar, tiap perbuatan ada akibatnya. Mungkin anda tidak sedar, namun, ini adalah salah satu penjelasan kepada doktrin “dosa warisan” atau “dosa asal”.
- Kecenderungan kita untuk menuruti hawa nafsu berbanding hal-hal rohani menunjukkan kita berada di dalam akibat dosa.
Anda menulis,
Dunia tidak berdosa..Hanya mereka yang percaya kepada hasutan Iblis shj akan mengatakan dunia ini berdosa kerana sememangnya Iblis bertujuan agar kita putus harapan pada kasih tuhan dengan mengatakan dunia ini berdosa dan lalu mengambil kesempatan pada mereka yang telah putus harapan agar berputus asa dari usaha untuk mencari keredhaanAllah. Satu2nya yang dihukum, dilaknat oleh Tuhan adalah Iblis bukannya ciptaan2 Tuhan yang lainnya…
- Jika benar dunia ini tidak berdosa, mengapa begitu banyak perbuatan dosa dilakukan di dalam dunia ini?
- Mengapa dunia akan mati dan binasa pada akhirnya?
- Adakah ini bermaksud Allah telah mencipta dunia yang tidak sempurna, di mana kesengsaraan, kematian, dan kejahatan wujud? Kerana, menurut kepercayaan anda, dunia ini tidak rosak kerana dosa. Maka, adakah kesengsaraan, kematian dan kejahatan di dalam dunia ini sengaja diwujudkan Tuhan sebagai ujian kepada manusia sedangkan Dia tahu ramai di antara kita akan berbuat dosa?
- Kristianiti pula mengajarkan bahawa dunia ini dicipta pada asalnya adalah sempurna dan tiada cacat celanya. Namun, akibat perlanggaran manusia terhadap perintah Tuhan, dosa telah masuk dan merosakkan segalanya. Perlanggaran tersebut terjadi kerana Tuhan memberikan kita kebebasan untuk mengasihi-Nya atau tidak. Malangnya, Adam dan Hawa memilih untuk melanggar perintah Tuhan.
- Itulah sebabnya di dunia hari ini wujud kesengsaraan, kematian dan kejahatan. Semuanya kerana dosa. Dosa telah membuatkan kita terputus hubungan dengan Tuhan yang kudus. Akibatnya, kita berada di bawah murka-Nya terhadap dosa, kerana kita hidup di dalam akibat dosa. Semua ini selari dengan realiti yang kita alami sekarang.
Secara peribadi, saya akan menjawab Allah Maha Berkuasa unutk melakukan apa sahaja..Tapi anda jangan lupa seluruh proses penyelamatan yang anda dakwa itu secara total telah menghina dan merendahakan keMuliaan Tuhan itu sendiri.
Anda yang menafsirkan Tuhan telah datang atas kerelaanNya..Benarkah tafsiran anda itu?
- Tentang penghinaan yang anda katakan, telah saya berikan respon di atas.
- Tentang kerelaan Tuhan, ya, tafsiran tersebut adalah benar, dan ia dinyatakan oleh Yesus sendiri. Sudah tentu, anda tidak akan percaya, namun, hakikatnya Yesus memang telah menyatakannya sendiri. Saya berikan ayat berikut sebagai bukti (walaupun anda berkemungkinan menolaknya)
“26 Tidaklah demikian di antara kamu. Barangsiapa ingin menjadi besar di antara kamu, hendaklah ia menjadi pelayanmu,
27 dan barangsiapa ingin menjadi terkemuka di antara kamu, hendaklah ia menjadi hambamu;
28 sama seperti Anak Manusia datang bukan untuk dilayani, melainkan untuk melayani dan untuk memberikan nyawa-Nya menjadi tebusan bagi banyak orang."” (Matius 20:26-28)
- Jelas di sini Yesus memberikan suatu pengajaran tentang kerendahan hati dan kesanggupan-Nya merendahkan diri-Nya sebagai tebusan.
----------------
Anda menulis,
Hujah2 saya bersandarkan dari kenyataan anda adalah bukti kerana kenyataan anda sendiri menimbulkan lebih banyak persoalan..Kenyataan anda 1 = 3 yang menimbulkan pertanyaan bukannya kenyataan saya 1 = 1…
- Maaf, namun, bagaimana dengan kenyataan anda yang tidak anda berikan sebarang bukti untuk menyokongnya, contohnya, anda percaya Yesus tidak disalibkan, namun, di mana bukti anda?
- Anda masih mahu mempersoalkan tentang Triniti? Kebetulan, saya sedang menyiapkan suatu artikel tentang Triniti. Mungkin, setelah siap, anda boleh membacanya?
Yesus turun kebumi untuk menebus manusia dari dosa melalui cara dibunuh di tiang salib…Anak2 murid menyangka dia untuk menjadi raja kepada Israel untuk pembebasan dari kerajaan Rom..Come on le Tiwas,,,kalau adapun yang menyangka Yesus akan menjadi Raja Israel untuk bebas dari Rom ianya adalah Pendeta2 Yahudi, bukan anak2 murid.
- Sekali lagi, ini mendedahkan anda belum menyelidiki hal ini (nampaknya sudah berkali2 saya berkata sedemikian..maaf, Cuma itulah hakikatnya apabila saya membaca poin2 yang anda cuba katakan)
- Gelaran Mesias/Al-Masih/Kristus adalah gelaran untuk seorang Juruselamat yang akan datang dari keturunan Daud untuk membebaskan bangsa Israel.
- Ketika itu pula, bangsa Israel sedang dijajah oleh kerajaan Rom. Maka, mereka sedang menanti2kan Mesias/Al-Masih/Kristus untuk membebaskan mereka dan mengangkat semula kegemilangan bangsa Israel seperti pada zaman Daud dan Salomo.
- Namun, Yesus datang untuk melakukan hal yang lebih besar lagi, iaitu menjadi Juruselamat kepada seluruh umat manusia.
- Sebagai bukti bahawa murid-murid Yesus menyangka Dia akan membebaskan bangsa mereka dari jajahan Rom, saya berikan ayat berikut (walaupun anda berkemungkinan akan menolaknya)
“19 Kata-Nya kepada mereka: "Apakah itu?" Jawab mereka: "Apa yang terjadi dengan Yesus orang Nazaret. Dia adalah seorang nabi, yang berkuasa dalam pekerjaan dan perkataan di hadapan Allah dan di depan seluruh bangsa kami.
20 Tetapi imam-imam kepala dan pemimpin-pemimpin kami telah menyerahkan Dia untuk dihukum mati dan mereka telah menyalibkan-Nya.
21 Padahal kami dahulu mengharapkan, bahwa Dialah yang datang untuk membebaskan bangsa Israel. Tetapi sementara itu telah lewat tiga hari, sejak semuanya itu terjadi.” (Lukas 24:19-21)
Anda menulis,
Anak2 murid adalah orang yang paling rapat dengan Yesus, takkanlah mereka tidak diberitahu akan tujuan kedatangan Yesus… Bertahun belajar, mengikuti Yesus, dan sehingga detik dia ditangkap, takkanlah seorang pun tidak difahamkan oleh Yesus yang dia akan ditangkap, dibunuh untuk menebus manusia dari dosa dan setelah itu kembali jadi Tuhan dan semua manusia mesti menyembahnya…Reaksi diaorang sewaktu proses tangkapan pun dah menunjukkan yang mereka tidak tau akan tujuan Yesus…Jika pun anak2 murid menyangka Yesus akan manjadi Raja Israel mengapa mereka tidak mempertahankannya???
- Yesus telah mengatakan hal tersebut berkali2 kepada murid-murid-Nya, namun, mereka tidak memahaminya kerana ketika itu semuanya masih belum terjadi.
- Yang pasti, diakhir semua itu, murid-muridNya faham dan telah memberitakan peristiwa kebangkitan dan keselamatan melalui Yesus Kristus.
- Dan mereka telah cuba mempertahankannya, di mana Petrus telah menyerang askar2 yang cuba menangkap Yesus. Namun, setelah Yesus sendiri menegah Petrus (dan murid-murid yang lain) dan menyerahkan diri-Nya untuk ditangkap, murid-murid-Nya lari seperti kawanan domba yang kehilangan pengembala domba.
- Cuba anda baca terlebih dahulu kisah tersebut. Kerana sangat jelas anda belum pernah membacanya. Bagaimana anda dapat memberikan komen atau kritikan jika anda sendiri belum pernah membaca keseluruhan kisah tersebut?
Anda menulis,
Kisah penyaliban ini sendiri menimbulkan keraguan dan banyak persoalan..
1. Mengapa anak2 murid tidak difahamkan oleh Yesus ttg tujuan dia dilahirkan di muka bumi sehingga memberi reaksi sebegitu?
2. Mengapa Yesus sendiri tidak mengisytiharkan pada penghukum2nya serta penguasa bahawa dia adalah Tuhan sebaliknya naik ke langit dan membiarkan tanggungjawab itu kepada anak muridnya untuk menyebarkannya sehingga diseksa dan dibunuh?
3. Bukankah tindakan Yesus kembali ke langit mengakibatkan manusia yang menghukumnya, penguasa tsb akan menanggung dosa yang mana seterusnya menggagalkan misi menebus manusia dari dosa?
Banyak persoalan yang timbul dari kisah ini..Jika masuk court pun belum tentu hakim akan benarkan perbicaraan penuh kerana kisah ini saja gagal melepasi keraguan yang munasabah dari segi objektif, saksi dll..
- Sudah saya berikan respon di atas.
Menyembah Tuhan Yesus = menyekutukan Tuhan
- Juga sudah saya berikan respon di atas.
---------------
Anda menulis,
Bagaimana saya ingin menyelidiki ajaran untuk menyembah Tuhan yang Esa...?Bagaimana saya ingin membuktikan pada anda 1 adala 1 tak mungkin dalam 1 ada 2 @ 3 ????
- Anda hanya perlu membuktikan bahawa Tuhan tidak mampu menjadi 1 dengan 3 Peribadi di dalam 1 tersebut.
- Mungkin anda tidak sedar, anda nampaknya menilai Tuhan menurut keterbatasan akal fikiran manusia. Anda cuba membataskan kekuasaan Tuhan dengan mengatakan Tuhan tidak boleh itu dan ini.
- Hanya Tuhan yang boleh menyatakan bagaimanakah sifat diri-Nya kepada manusia. Hal ini akan saya sentuh di dalam sebuah artikel yang akan saya postkan di blog ini. Maka, saya berhenti sampai di sini dahulu untuk hal ini.
Anda menulis,
Telah saya simpulkan pada anda, jika dunia ini tidak wujudnya kitab2 spt injil dan al-quran, kesimpulan paling munasabah adalah wujudnya Tuhan. Bagaimanakah Tuhan itu. DIa adalah tunggal kerana jika DIa ada sekutu, mustahil kejadian alam ini bisa terjadi dengan ketepatan matematik yang luar biasa akan porak peranda dan mustahil untuk kita menyembah Tuhan yang terpecah2 kuasanya...Ini bermaksud DIa adalah Maha Bijaksana, Maha Berkuasa, Maha Mulia...Jika keyakinan ini cuba diselarikan dengan kisah penyaliban, ini bermakna akan menyanggahi persetujuan kita bahawa Tuhan itu Maha Berkuasa, Maha Bijaksana, Maha Mulia...
- Maaf, tapi poin2 anda di dalam hal ini sangat2 tidak munasabah. Kerana, sifat-sifat Tuhan (seperti tunggal, maha pengasih, maha pengampun, maha adil, dll) tidak akan dapat kita ketahui dengan hanya melihat kepada kejadian alam.
- Maka, bagaimana anda boleh sampai kepada kesimpulan bahawa Allah itu Tunggal tanpa Allah sendiri menyatakannya kepada kita? Kerana sifat2 ini hanya dapat diketahui melalui Firman-Nya, bukan melalui kejadian alam atau pun argumen2 dari sudut sains dan matematik mahupun fizik.
- Ini masalahnya, anda menggunakan argumen yang salah untuk membuktikan sifat-sifat Tuhan. Ini hanya mendedahkan bahawa anda tidak pernah menyelidiki argumen2 tersebut.
- Sebagai contoh, para ahli fizik mendapati cakerawala kita ini bermula dari satu titik dan kemudian meletus dan berkembang menjadi cakerawala yang ada sekarang. Teori tersebut dikenali sebagai “teori big bang”.
- Yang menjadi persoalan mereka adalah apa yang mencetuskan letusan big bang tersebut? Adakah wujud suatu agen yang menyebabkannya berlaku? Atau adakah tidak wujud sebarang agen yang menyebabkannya berlaku?
- Di sini, beberapa hipotesis telah diberikan, iaitu,
1) wujud ejen yang mencetuskannya. Apakah ejen tersebut? Ada yang mengatakan ia adalah tenaga quantum. Ada yang mengatakan ia adalah Tuhan.
2) tidak ada ejen yang mencetuskannya, tetapi cakerawala muncul begitu sahaja dari keadaan ‘kosong’.
- Berdasarkan penerangan ringkas ini, dapatkah kita menyimpulkan bahawa Allah itu tunggal, maha pengasih, maha mulia, dll melalui argumen ini? Tidak sama sekali.
- Maka, saya sangat hairan apabila anda masih dengan yakin menggunakankan hujah tersebut untuk mengatakan Tuhan itu Tunggal (dan Maha Mulia, Maha Pengasih dsb.), sedangkan argumen/hujah tersebut tidak memberikan kesimpulan yang anda berikan.
Jadi kisah apa yang paling dapat diyakini dari keputusan yang kita capai setelah mengakui bahawa alam ini dijadikan dengan ketepatan matematik yang luar biasa???Cuma satu jawapannya iaitu al-quran kerana dalam al-quran kita dituntut menyembah Tuhan yang Satu, Yang Maha Mulia, Yang Maha Bijaksana, Yang Maha Berkuasa...
- Sekali lagi, kesimpulan anda tidak selari dengan hujah yang anda cuba berikan. Bagaimana ketepatan matematik yang luar biasa tersebut menuju kepada Al-Quran? Mengapa bukan Alkitab, atau kitab2 kepercayaan lain?
- Anda tidak menjelaskannya, sebaliknya, terus melompat kepada kesimpulan tersebut tanpa sebarang hujah mahupun bukti.
- Bagaimana jika saya juga mengatakan ketepatan matematik yang luar biasa ini menuju kepada Alkitab sebagai satu2nya jawapan kerana di dalam Alkitab kita diajar untuk menyembah Tuhan yang Esa, Yang Maha Mulia, Yang Maha Bijaksana, Yang Maha Berkuasa, dll. Tanpa memberikan suatu penjelasan, adakah anda akan kesimpulan saya tersebut? Saya percaya anda tidak akan menerimanya. Sudah pasti akan menuntut suatu penjelasan daripada saya.
- Jadi, apa kata anda cuba konsisten dalam hal ini.
Anda menulis,
Jadi bagaimana kita menerangkan terjadinya perpecahan, peperangan, pembunuhan yang terjadi di muka bumu pada hari ini seolah2 Tuhan tidak Berkuasa dan Mengetahui? Semua penjelasan ada terdapat dalam al-quran itu sendiri...Manusia dicipta untuk menjadi khalifah di muka bumi ini, bermakna setiap keputusan yang manusia buat akan mendatangkan akibat samaada baik @ buruk dan semestinya akan dipertanggungjawabkan kelak..Pendek kata, manusia dianugerahkan oleh Sang Pencipta dengan satu perkara yang tidak dimiliki oleh makhluk2 lainnya..Apakah itu??? Manusia adalah satu2nya makhluk yang diberi hak untuk membuat pilihan dan pastinya tiap pilihan ada akibatnya..Sudah semestinya Tuhan Maha Mengasihi..Diciptakan untuk manusia akal fikiran dan nafsu untuk mengimbangi tiap pilihan itu...Dan untuk menyalahkan Tuhan dengan setiap akibat yang kita tanggung hari ini berpunca dari pilihan kita sendiri adalah perbuatan yang hina sama sekali walhal telah Tuhan kirimkan utusanNya sebagai peringatan dan kitabNya sebagai pedoman untuk menguatkan akal fikiran dan membendung hawa nafsu yang tidak berkesudahan...
- Saya tidak mempersoalkan pilihan yang ada pada kita sebagai manusia. Hal itu juga diajarkan di dalam Alkitab. Masalahnya, punca kepada manusia menjadi khalifah tersebut adalah apa? Kerana Adam bukan? Namun, bukankah Adam telah pun diampunkan menurut Al-Quran. Maka, mengapa Adam kekal diusir dari Firdaus jika dia sudah diampuni oleh Allah?
- Dari perspektif Kristianiti, punca kepada hawa nafsu, keinginan untuk melakukan perbuatan2 buruk, dan semua yang tidak berkenan di hadapan Tuhan adalah akibat dosa. Ia selari dengan realiti yang ada hari ini, di mana dunia semakin hari semakin rosak dan menuju kepada kemusnahan.
- Dari perspektif Islam pula, punca kepada hawa nafsu, keinginan untuk melakukan perbuatan2 buruk, dan semua yang tidak berkenan di hadapan Allah adalah....? Jika kita meneliti jawapan anda, punca tersebut adalah Allah sendiri. Kerana, Allah yang menjadikan manusia sebagai khalifah di bumi walaupun Adam telah pun diampunkan. Malah, ini juga menunjukkan dunia yang dicipta oleh Allah adalah tidak sempurna kerana ia penuh dengan kesengsaraan, malapetaka dan kerosakan.
- Menurut Kristianiti, malapetaka, bencana, kemusnahan, kematian dan semua perkara yang jahat di dalam dunia ini adalah akibat dosa.
- Menurut Islam pula bagaimana? Mengapa dunia ini penuh dengan hal2 tersebut? Adakah ketika Allah menciptakan dunia ini, hal2 tersebut juga diadakan oleh-Nya?
Dan semestinya anda harus menyalahkan kepercayaan anda sendiri kerana mempercayai Tuhan yang tutun ke bumi untuk menjadi manusia lalu dibunuh untuk menebus manusia dari dosa dan kemudiannya hidup kembali lalu kembali ke tempat asalnya namun gagal menjayakan misinya untuk membuktikan ketuhannya pada masa itu...
- Gagal? Maaf, jika Yesus telah gagal, mengapa kepercayaan bahawa Yesus adalah Tuhan dan Juruselamat berkembang?
- Sebaliknya, kepercayaan bahawa Yesus hanyalah nabi biasa yang diajarkan di dalam Islam pula tidak berkembang walaupun dikatakan Allah telah menjanjikan kemenangan bagi ajaran tersebut.
Anda menulis,
Sewajarnya saya mengatakan begitu kerana beban pembuktian terpikul pada bahu anda kerana mengatakan perkara yang di luar kelaziman akal fikiran dan bercanggah dengan kemuliaaan Tuhan itu sendiri...
- Maaf, anda juga perlu membuktikan dakwaan anda. Tidak cukup sekadar mengatakan saya salah/silap. Anda juga perlu membuktikan bahawa anda benar.
- Tentang konsep Triniti, akan saya berikan respon di dalam sebuah artikel yang akan saya postkan di blog ini pada masa akan datang.
Dan apa kata tafsiran anda sendiri yang kurang tepat??? Bagaimana kita bisa mengetahui tafsiran siapa yang tepat??
- Dengan menyelidiki konteks ayat yang hendak ditafsir tersebut. Jelas anda tidak menafsirkannya berdasarkan konteks sebenar ayat tersebut.
Anda menulis,
Anda menafsir Yesus adalah Tuhan kerana dia mengaku dia yg akan menentukan siapa yang masuk syurga. Bagaimana dengan ayat ini : melainkan dia yang MELAKUKAN KEHENDAK Bapa-Ku di sorga? Bagaimana sekiranya saya menafsirkan Yesus menentukan sesiapa jua yang akan memasuki syurga adalah mereka yang MELAKUKAN KEHENDAK bapa-Ku (Tuhan). Bukankah jelas keputusan Yesus juga terikat pada KEHENDAK Bapa-Ku (ALLAH).? @ bolehkan Yesus yang anda dakwa sebagai Tuhan menentukan sesiapa juga boleh masuk syurga asalkan dia sendiri yang berkehendakkan sebegitu tanpa terikat pada kehendak yang lain?
- Tidakkah anda sedar, kehendak Bapa dan Yesus adalah sama, malah, mereka mempunyai kuasa yang sama dalam menentukan siapa yang layak untuk masuk ke syurga?
- Yesus juga mengatakan diri-Nya dan Bapa adalah satu.
Anda menulis,
Berkenaan ayat al-quran tsb, saya kira semuanya dalam pengetahuan Allah samaada Nabi Isa sudah diangkat @ belum, sudah mati spt manusia biasa @ di angkat ke sisi Allah? Apa yang penting Nabi Isa tetap manusia biasa dan telah diselamatkan oleh Allah dari peristiwa penyaliban tsb.
- Bukankah di awal dialog kita ini anda sendiri mengatakan Yesus telah diangkat ke syurga. Sekarang, anda seperti tidak pasti.
- Saya bertanya hal tersebut kerana di dalam surah 3:55 tersebut, dikatakan Yesus telah diangkat ke syurga, dan, pengikut2Nya (iaitu hawariyun) akan mengatasi orang2 kafir.
- Ini bererti, kronologi peristiwa tersebut adalah:
Yesus hendak disalibkan → Yesus diganti dengan orang lain →Yesus diangkat → setelah diangkat, murid2Nya akan mengatasi orang2 kafir hingga akhir zaman (kiamat).
- Namun, berdasarkan perspektif Islam, murid2 Yesus tidak mengatasi orang2 kafir kerana anda sendiri mengatakan ajaran Yesus telah dipesongkan oleh orang2 kafir.
- Sekaligus menunjukkan Allah gagal menunaikan janji-Nya di dalam surah tersebut.
- Namun, anda tidak menjawab soalan tersebut, dan berdolak-dalik dengan mengatakan “Apa yang penting Nabi Isa tetap manusia biasa dan telah diselamatkan oleh Allah dari peristiwa penyaliban tsb.”
- Masalahnya, bagaimana anda sampai kepada kesimpulan tersebut sedangkan anda langsung tidak menjelaskan permasalahan yang timbul dari surah tersebut?
Anda menulis,
Secara peribadinya, saya mempercayai selagi manusia itu mengakui dan menyembah Allah yang Esa, tidak memperanakkan malah tidak diperanakkan dan meyakini Nabi Muhammad hanyalah manusia biasa yang dicipta Allah untuk menjadi utusanNya. saya kira dia adalah seorang yang beriman kepada Allah S.WT..
- Saya tidak mempertikaikan hal tersebut. Anda sendiri yang menimbulkannya.
tulah masalah yang sebenarnya..Anda mengatakan Tuhan itu Esa tapi pada masa yang sama anda mengatakan Tuhan itu 3…Malah banyak sekali dalam dialog kita anda memanggil Tuhan Yesus..Kepercayaan anda sendiri dalam isu penyaliban itu sendiri telah memecahkan Tuhan pada 3…Anda seolah mengatakan 1+1+1=1 walah 1+1+1=3???Lagipun telah beribu tahun berlalu, anda fikir sekian jutaan penganut kristian yang wujud dari dulu sehingga sekarang, berapa ramai yang mangatakan Tuhan ada 3..Tuhan 3 dalam 1 kesatuan Tuhan 100%Yesus 100% roh kudus 100% @ Tuhan 60% Yesus 30% ROh Kudus 10%..APa kata anda berbincang dengan saudara Alex…?
Al-quran adalah benar dari Allah adalah kerana di dalamnya dituntut untuk menyembah Allah yang Esa…noktah…
- Seperti yang telah saya katakan di atas, hal Triniti ini akan saya berikan respon melalui artikel yang akan saya paparkan pada masa akan datang. Artikel tersebut masih dalam proses pemurnian.
Berikut respon saya,
Anda menulis,
Semestinya perkara ini penting…Jika lokasi bekas kubur Yesus diketahui, pelbagai kajian dapat dilakukan pada masa kini…Malah mungkin akan memberi impak yang besar kepada kepercayaan kristian pada masa kini…
- Anda seperti tidak tahu tentang kajian yang telah dijalankan untuk mengetahui lokasi kubur Yesus. Kajian tersebut telah lama dijalankan. Nampaknya, sekali lagi hal ini mendedahkan anda belum menyelidiki hal ini.
Anda menulis,
Mula2 yesus tidak membuktikan ketuhanannya pada penguasa ketika itu sebaliknya balik ke langit, kemudian anda mendakwa yesus telah memberi amaran kepada anak muridnya jika mereka tetap menyebarkan ketuhanannya mereka aka diseksa (3 abad berturut), dibunuh yang mana menunjukkan dia tidak dapat berbuat apa2 (tak berkuasa untuk menghalang), sekarang anda mengatakan kerajaan Rom telah menyerang Yerusalem sehinnga pemimpin Yahudi lupa akan lokasi sebenar kubur Yesus membawa makna Yesus kat langit pun tak mampu menghalang kejadian ini berlaku, ini semua membuktikan bahawasanya Yesus adalah manusia biasa kan???
- Kadang2, saya tertanya2 cara anda berfikir, kerana kesimpulan yang anda berikan (iaitu: ini semua membuktikan bahawasanya Yesus adalah manusia biasa kan???) langsung tidak ada perkaitan dengan poin2 yang anda berikan.
- Anda seperti terdesak menggunakan sebarang poin, walaupun poin2 tersebut tidak munasabah, hanya kerana mahu menidakkan bukti dan fakta yang ada.
- Sudah saya jelaskan, seksaan dunia tidak dapat mengapa2kan mereka (murid2 Yesus), kerana mereka percaya di akhir zaman nanti, mereka akan dibangkitkan dan menerima keselamatan kekal daripada Yesus Kristus.
- Maka, untuk apa murid2 Yesus takut dengan seksaan fizikal, sedangkan Tuhan mampu membangkitkan mereka semula dengan tubuh yang baru dan tidak akan binasa di akhir zaman nanti?
- Untuk apa Yesus menyelamatkan tubuh fana murid-muridNya, kerana, yang dibunuh hanyalah tubuh, dan roh mereka kekal dilindungi oleh Tuhan.
Tentang Petrus,
Bukankah Petrus mengerti juga akhirnya tentang misi Yesus setelah semuanya terjadi (iaitu penyaliban dan kebangkitan Yesus)? Malah, Petrus lah yang mula2 memberitakan Injil Keselamatan tersebut kepada orang lain, dan kira2 3000 orang menjadi percaya melalui khotbah Petrus.
Tidak ada yang pelik, anda hanya cuba menafikannya sedaya upaya anda, walaupun anda tidak mempunyai sebarang bukti untuk menyokong penafian anda tersebut. Satu2nya sandaran anda adalah Al-Quran, namun, anda juga tahu Al-Quran muncul 600 tahun selepas peristiwa tersebut. Malah, isi kandungan Al-Quran bercanggah dengan peristiwa yang disaksikan oleh Petrus.
Kita Manusia... kita tdk mengetahui kekuasaan Tuhan. Bagi kita adalah mustahil, tetapi bagi dia... tiada apa pn yg mustahil baginya. Oleh itu, tahap kemampuan pemikiran manusia hanya lah 1+1+1 = 3 ... lojik... memang lojik ... tidakkah lojik apabila Tuhan berkata... Allah, Tuhan Yesus, Roh Kudus itu adalah sama "Aku juga" Tuhan Allah mu... Cthnya : Nama saya Imanuel, apabila saya berada di Asia... saya dipanggil Benjamin... apabila saya berada di Eropah... saya dipanggil Samuel... dan saya beritahu anda... Imanuel=Benjamin=Samuel=adalah sama 1 org... iaitu saya... Lojik kn...
``Sekian... Tuhan Memberkati...`` :)
Bolehkah buka satu ruangan utk Pertanyaan-Pertanyaan ataupun Sesi Soal Jawab Firman Tuhan... Saudara Tiwas sendirilah yg memberikan tajuk yg sesuai... Bolehkah saya gunakan ruangan itu untuk menyanakan tentang Firman Tuhan yg tertulis di dlm Alkitab... Mungkin ada jg saudara-saudara yg lain ingin belajar dn mendalami lagi Firman Tuhan itu... Saya cuma ingin menguatkan lagi Pemahaman saya tentang isi-isi Firman Tuhan berkenaan.
``Terima Kasih...`` :)
Akan saya usahakan.
Btlkah Kristian melahirkan Amerika dn Israel...
Menarik juga ini jika anda perjelaskan... apa yg saya tahu setekat ini... Nenek Moyang org-org Israel ialah Abraham, Isyak, Yakub... Musa... Harun... dn mereka ini Menyembah 1 Tuhan... Tuhan Allah... yg menyatakan bahawa yg Engkau sembah tu adalah "Aku"... "Aku" lah Tuhan Allah mu... tdk ada yg lain...``
``Sekian... Tuhan Memberkati....`` :)
Ya, tiada yang mustahil untuk Tuhan melakukan apa sahaja...akan tetapi mustahil saya mempercayai bahawa Tuhan yang Maha Berkuasa telah mengorbankan dirinya di tangan makhluk ciptaannya sendiri bagi menyelamatkan manusia dari dosa sedangkan sehingga pada masa kini anda, saya, tiwas dan seluruh umat manusia masih lagi melakukan dosa dengan mempertikaikan kebenaran ajaran masing2..
Saya enggan tunduk pada Raja b, kerana kelihatan seperti dia sendiri tak berkuasa untuk membolehkan anak kecil itu pandai berenang sehingga Raja sendiri perlu mengajar.
Saya tunduk pada Raja yang melakukan apa sahaja yang dia mahukan, contohnya dalam perumpamaan anda, mungkin dia boleh saja membiarkan anak kecil itu mati lemas dan kemudiannya hidupkan anak kecil itu kembali @ mungkin dia boleh menyelamatkan anak kecil itu dengan memerintahkan air sungai sendiri menolak anak kecil ke tebing @ bisa saja Raja memerintahkan sungai menelan anak itu akan tetapi anak kecil itu tetap hidup.
Saya cuma akan tunduk pada Raja yang benar2 berkuasa yang tidak terikat pada pilihan, yang tidak terikat pada perasaan emosi, yang bekuasa melakukan apa saja, yang menentukan hidup mati...
Jelas, akibat pemahaman anda mengenai Trinity dan peristiwa penyaliban itu, anda secara tidak sedar telah menghadkan kekuasaan Tuhan, malah sehingga ke tahap kemampuan manusia biasa. ajaran yang diilhamkan dari sang Iblis...
Anda melihat sesuatu itu megah kerana melihat diri sendiri lemah..Dan untuk menutup kekecewaan anda, anda cuba mengatakan kemegahan itu adalah keangkuhan lalu dikelirukan bahawa ketidakangkuhan adalah kerendahan..
Kebesaran Raja adalah apabila dia berkuasa menentukan hidup mati pengikutnya dengan sesuka hatinya.
Kebesarana Raja bukannya dia perlu @ tidak menyelamatkan anak kecil itu kerana dia yang berkuasa menentukan hidup mati anak kecil tsb...
Sebenarnya walaupun nama berbeza... sebenarnya mereka ini tdk berpisah. Maksud saya adalah mereka adalah tetap 1. Cth. lain : Misalannya di Syurga Tuhan sebenarnya Bernama "Imanuel" ... tetapi org2 d Bumi tdk tahu akan nama itu... jadi... di Arab adalah yg memanggil Tuhan sbg "Allah", di Asia sbg "Tuhan" ... di Eropah sbg "God" ... dan mngkn lebih byk lagi nama-nama lain mengikut Bangsa & Bahasa yg ada di dunia ini... tetapi mereka masih menujukan kepada 1 Tuhan tadi iaitu "Imanuel" ...
Begitu jg halnya dgn Iman Kristian... walaupun mereka sering menyebut Allah, Tuhan Yesus, Roh Kudus... tetapi mereka menyandarkannya kepada yg Mencipta Alam ini.
Tentang Anda, Saya, dan Tiwas... itu sdh pasti seb. kita adalah manusia yg berdosa. Tuhan yg sgt adil itu memberikan kebebasan kpd kita utk memilih jln... Sama ada percaya dgn dia... ataupun tidak...
``Sekian... Tuhan Memberkati...`` :)
Saya berkata di atas kerana itu yg tercatat di dlm perjanjian lama Alkitab. Di perjanjian baru... Tuhan Allah telah turun ke bumi sbg seorg Anak Manusia... iaitu yg di panggil Tuhan Yesus... sebenarnya... itu ialah dia juga... bkn org lain... Yesus ada dlm dia... Dia ada dlm Yesus... mereka sama... 1 sahaja... "Tuhan Allah" sgt2 la berkuasa... dia tdk boleh sewenang2nya turun ke Bumi dgn sifat "Allah"nya yg sebenar utk dilihat oleh semua manusia di Bumi ini... hanya yg terpilih sahaja boleh berjumpa dia... Iaitu seperti apa yg tertulis di dlm Alkitab Perjanjian Lama... Ada tertulis... Musa akan jmpa dia di Bukit Sinai... dan org ramai tdk boleh menghampirinya dan jgn melepasi sempadan yang telah ditetapkan... jika tidak mereka akan mati.
Tetapi, apa bila "Tuhan Allah" turun ke Bumi sbg Anak Manusia... dia boleh mengajar Umat Manusia di Bumi dgn bersemuka dengan mereka... tanpa ada batas... dan dgn itulah bagaimana "Tuhan Allah" mengkabarkan Kerajaan Surganya...
``Sekian... Tuhan Memberkati....`` :)
Nampaknya anda sekali lagi memesongkan maksud perumpamaan yang saya berikan. Ia bukan berkenaan dengan "kemampuan" raja tersebut, tetapi "kesanggupannya" menyelamatkan anak tersebut.
Allah yang anda sembah seperti raja yang tidak berbuat apa2 tersebut, kerana adalah tidak layak untuk dia 'mengotorkan' dirinya, dan sekadar memberikan arahan bagaimana untuk selamat.
Tuhan yang saya sembah pula adalah raja yang sanggup datang sendiri menyelamatkan kita kerana Dia tahu kita tidak mampu menyelamatkan diri kita sendiri hanya dengan usaha kita sendiri. Dia sanggup bertindak kerana kasih-Nya kepada kita.
Masalahnya, adakah Allah yang disembah oleh Adam dan Nabi Muhammad adalah Allah yang sama?
Perlu diketahui, istilah Allah adalah sekadar istilah umum yang merujuk kepada Tuhan dalam bahasa Arab. Ia bukan merujuk kepada Tuhan yang spesifik. Namun, cara anda menggunakan istilah "Allah" ini adalah spesifik, iaitu merujuk kepada Allah yang diberitakan oleh Nabi Muhammad.
Maka, jika Allah yang anda katakan adalah Allah yang diberitakan oleh Nabi Muhammad, maka, "Allah" yang anda percayai bukan "Allah" yang dipercayai oleh Kristian. Maka, adalah bermasalah untuk Kristian mengucapkan 'Tiada Tuhan yang aku sembah melainkan Allah' berdasarkan konteks kepercayaan anda kerana Allah yang kita sembah adalah berbeza.
Kita boleh berdebat ttg perkara ini untuk 10000 tahun lagi..kita boleh bentangkan fakta berserta bukti2 dari mana2 zaman dan sumber..
Saya menyembah Tuhan yang disembah oleh Nabi Adam, Nabi Musa, Nabi Isa, Nabi Muhammad dan seluruh Nabi dan Rasul, Anda juga menyembah Tuhan yang anda dakwa sebahagiannya telah menjadi manusia yakni apa yang saya percayai adalah utusan Tuhan...
Jadi kenapa tidak anda menyebutnya saja 'Tiada Tuhan yang aku sembah melainkan .......(Imanuel=Benjamin=Samuel-perumpamaan dari Linz.)?
Berkenaan Tuhan yg sama ini saya tidak boleh berkata apa dgn itu. Hal ini kerana saya tidak tahu tentang kepercayaan anda. Saya hanya meceritakan berkenaan apa yg saya percaya. Saya tidak pernah utk membuatkan kepercayaan anda dlm perbicaraan saya kerana itu bukan kewajiban saya membidas kepercayaan anda. Saya menghormati kepercayaan anda.
Tentang Perjanjian lama yg saya ceritakn tersebut. Walaupn Musa diajak oleh "Tuhan Allah" utk bertemu dgn dia d Gng. Sinai... sebenarnya "Tuhan Allah" turun dlm liputan awan tebal kpd Musa. Dan, pernah juga Musa bertanya kpd "Tuhan Allah"... jika "Tuhan Allah" berkenaan kpd dia, supaya "Tuhan memperlihatkan hadiratnya kpd Musa. "Tuhan Allah" berkata kpd Musa, kerana tiada 1 pn Manusia di bumi ini yg mampu utk melihat dia... termasuk Musa... maka "Tuhan Allah" berkata kepada Musa supaya dia berdiri di atas batu besar... dan "Tuhan Allah" menutup mata Musa dan selepas "Tuhan Allah" melintas Musa... "Tuhan Allah" membuka tgnnya dan "Tuhan Allah" berkata Musa engkau tdk akan melihat wajahku... tetapi engkau hanya akan dpt melihat belakangku...
``Sekian, Tuhan Memberkati...`` :)
Kita telah pun memperkatakan hal ini dengan panjang lebar sebelum ini (saya andaikan anda adalah tanpa nama yang sama).
Jelas Allah yang diberitakan oleh Nabi Muhammad adalah berbeza dengan Allah yang saya percayai, iaitu Allah yang memanggil diri-Nya sebagai YHWH.
Maka, apabila saya mengatakan 'Tiada Tuhan yang aku sembah melainkan Allah', ia tidak merujuk kepada Allah yang anda sembah. Namun, anda cuba membawa istilah "Allah" tersebut secara spesifik, iaitu "Allah" yang diberitakan oleh Nabi Muhammad, dan kemudian cuba mengatakan "Allah" tersebut adalah "Allah" sama yang dipercayai oleh Kristian.
Contohnya,
A memanggil ayahnya sebagai "bapa".
B juga memanggil ayahnya sebagai "bapa".
Maka, apabila B berkata: "Saya mengasihi bapa saya", adakah kita akan keliru dan menyangka B mengasihi ayah kepada A? Sudah tentu tidak.
Namun, apabila anda cuba mengatakan Allah di dalam Islam adalah Allah di dalam Kristianiti, sedangkan ia tidak sama, Ia seperti anda mengatakan:
"memandangkan A dan B memanggil ayah mereka sebagai "bapa", maka, mereka mempunyai ayah yang sama."
Maaf tanpa nama, kita mungkin menggunaan istilah yang sama (iaitu Allah) dan percaya kepada beberapa perincian yang sama (seperti Tuhan Maha Kuasa, Pencipta segalanya dll), namun, apabila kita lebih menyelidiki hal ini, kita percaya kepada Allah yang berbeza.
Saya tdk pernah menyelidiki Agama dan Kepercayaan anda. Sdh cukup saya katakan bahawa Anda beragama Islam dan anda percaya dgn anutan anda. Saya beragama Kristian dan saya yakin dgn anutan saya. Adakah saya menyakitkan hati anda apabila saya beriman seperti itu. Terus terang saya katakan, saya tidak tahu anutan anda.
Tanpa Nama,
Saudara Tiwas sdh menyelidiki Anutan anda, dan saya tahu dia pasti dgn apa yg dikatakannya. Saya sendiri msh belajar dn mahu lbh mendalami lagi utk memahami isi-isi Firman Tuhan yg "Tuhan Allah" sampaikan dlm Alkitabnya. Seb. dlm Perjanjian Baru, kebanyakan Firman Tuhan yg disampaikan byk dlm bentuk perumpamaan.
Apabila saya membaca Firman Tuhan dari Perjanjian Lama... sebenarnya dia berkesinambungan dgn apa yg berlaku dn diceritakan di dlm Perjanjian Baru. Dn saya mulai faham. Tetapi saya perlu lbh dekat lagi dgn "Tuhan Allah" agar saya lbh difahamkan/dimengertikan lagi tentang "Hadirat Allah" itu.
``Sekian... Tuhan Memberkati...`` :)
Kesimpulan :-
Kristian menyembah Tuhan yang disembah oleh Jesus iaitu Tuhan yang disembah oleh Adam.
Muslim menyembah Tuhan yang disembah oleh Muhammad iaituTuhan yang disembah Adam.
Adakah kalian akan menerima kesimpulan ini?
Terdapat beberapa masalah dengan kesimpulan anda,
1. Anda mengandaikan Yesus "menyembah" Tuhan seperti manusia biasa, sedangkan, Kristian percaya Yesus adalah Firman yang menjadi manusia, yang mana adalah TUHAN.
2. Anda mengatakan "Tuhan yang disembah oleh Adam", masalahnya, anda merujuk Adam yang mana satu? Adam menurut Al-Quran atau Adam menurut Alkitab?
3. Kesimpulan anda kekal membawa kepada hal yang sama, iaitu "Tuhan yang disembah oleh Adam".
Kesimpulan yang lebih tepat adalah,
Kristian menyembah Tuhan yang dinyatakan melalui Yesus Kristus.
Muslim menyembah Tuhan yang diberitakan oleh Nabi Muhammad.
Saya pn sebenarnya tdk faham, tdk tahu, dan tdk jelas. Sama ada Tuhan yg kita sembah ini adalah sama ataupun tdk.
Sama-samalah kita berdoa dn selidiki...
``Sekian... Tuhan Memberkati....`` :)
Apapun tidak kira apa jua yang anda perkatakan mengenai Adam dari al-quran @ al-kitab, hakikatnya kita semua diajar dan mempercayai bahwasanya kita semua berasal dari 'Adam' yang dicipta Tuhan yang Maha Berkuasa....
Rasanya saya juga akan teruk dihentam oleh saudara seagama apabila mereka membaca kenyataan saya dalam blog ini...Mungkin dalam hati mereka akan menuduh saya telah menyimpang berdasarkan kenyataan saya ini...
Bagaimana dengan anda,?