Soalan: Siapakah yang berkuasa untuk menentukan sama ada kita layak atau tidak layak untuk masuk ke syurga?
Jawapan: Hanya Tuhan yang layak menentukan hal tersebut.
Matius 7:21-23,"21 Bukan setiap orang yang berseru kepada-Ku: Tuhan, Tuhan! akan masuk ke dalam Kerajaan Sorga, melainkan dia yang melakukan kehendak Bapa-Ku yang di sorga. 22 Pada hari terakhir banyak orang akan berseru kepada-Ku: Tuhan, Tuhan, bukankah kami bernubuat demi nama-Mu, dan mengusir setan demi nama-Mu, dan mengadakan banyak mujizat demi nama-Mu juga? 23 Pada waktu itulah Aku akan berterus terang kepada mereka dan berkata: Aku tidak pernah mengenal kamu! Enyahlah dari pada-Ku, kamu sekalian pembuat kejahatan!" (Alkitab T.B Bahasa Indonesia)
Ulasan
Jelas melalui ayat Matius 7:21-23 ini, Yesus telah menyatakan secara langsung bahawa Dia berkuasa menentukan sama ada kita layak atau tidak layak untuk masuk ke dalam syurga. Namun, bukankah kuasa menentukan tersebut hanya ada pada Tuhan?
Apabila Yesus mengakui bahawa Dia layak berbuat demikian, sangat jelas bahawa Dia telah menyamakan diri-Nya dengan Tuhan. Mengapa? Kerana Dia mengakui boleh melakukan hal yang hanya dapat dilakukan oleh Tuhan, iaitu membenarkan dan menolak kita dari memasuki syurga.
Ulasan
Perenggan terakhir ayat tersebut menunjukkan Jesus/Isa tidak mengaku manusia yg mengikutnya kerana walaupun manusia itu berbuat kebaikan tetapi mereka telah sesat krn mengatakan dia adalah anak tuhan.
Jesus/Isa juga mengaku yg dia membawa ajaran yg sama seperti Musa a.s dan pernyataan ini sama seperti pengakuan Muhammad saw yg mengatakan membawa ajaran yg sama seperti Musa a.s dan Isa a.s.
Bahagian mana yang mengatakan Yesus hanyalah seorang nabi?
Bukankah jelas Yesus menggambarkan diri-Nya berkuasa menolak atau menerima manusia untuk memasuki syurga? Adakah nabi biasa mempunyai hak tersebut?
"21 Bukan setiap orang yang berseru kepada-Ku: Tuhan, Tuhan! akan masuk ke dalam Kerajaan Sorga, melainkan dia yang melakukan kehendak Bapa-Ku yang di sorga.- Ayat ini menunjukkan kalau nak masuk syurga kena ikut dan taat perintah ALLAH SWT yang kamu gelar Tuhan Bapa.
22 Pada hari terakhir banyak orang akan berseru kepada-Ku: Tuhan, Tuhan, bukankah kami bernubuat demi nama-Mu, dan mengusir setan demi nama-Mu, dan mengadakan banyak mujizat demi nama-Mu juga? 23 Pada waktu itulah Aku akan berterus terang kepada mereka dan berkata: Aku tidak pernah mengenal kamu! Enyahlah dari pada-Ku, kamu sekalian pembuat kejahatan!" - Ayat ini membawa maksud walaupun mereka berbuat kebaikan tapi Isa/Jesus tidak kenal mereka kerana mereka telah sesat.
Mengikut ajaran Islam setiap nabi akan KENAL setiap umatnya pada harI pembalasan nanti iaitu di padang Masyar. Setiap Nabi akan mendapat keistimewaan dari Allah iaitu Syafaat(recommendation) utk umatnya masuk syurga. Namun syafaat(recommendation) ini mestilah mendapat keizinan dari ALLAH SWT terlebih dahulu. Ini lah yang dimaksudkan oleh ayat bible diatas.
Walaupun paus2 cuba menyelewengkan kitab taurat yang asal tapi mereka tidak dapat juga mengahpuskan semua ayat yang benar yg terdapat dlm taurat asal. Maha Suci Allah.
Anda mengatakan Allah swt adalah Tuhan Bapa? Maaf, sebenarnya anda silap.
Bagi Kristian, istilah Allah hanyalah panggilan umum untuk "Tuhan". Lagipun, ayat Matius 7:22 ini sangat bercanggah dengan kepercayaan anda di mana Islam melarang sesiapa pun memanggil Allah sebagai Bapa.
Apa yang anda telah lakukan adalah memasukkan 'pemahaman luar' ke dalam ayat Matius 7:21 tersebut, dengan mengatakan Bapa = Allah swt.
Dan perhatikan ayat 22-23, Yesus melarang mereka daripada memasuki syurga bukan kerana mereka memanggil Dia sebagai Tuhan, tetapi kerana mereka melakukan 'kejahatan'.
Selain itu, menurut kepercayaan Kristian, yang mempunyai kuasa mutlak untuk membenarkan atau menolak manusia dari masuk ke syurga adalah Tuhan sendiri.
Dan setahu saya, kepercayaan anda juga begitu, di mana yang mempunyai kuasa mutlak untuk membenarkan atau menghalang seseorang itu masuk syurga hanya ada pada Allah swt.
Melalui ayat Matius 7:21-23 ini jelas menunjukkan bahawa Yesus mengakui mempunyai kuasa mutlak tersebut.
Dan anda telah memberikan dakwaan berikut:
"Walaupun paus2 cuba menyelewengkan kitab taurat yang asal tapi mereka tidak dapat juga mengahpuskan semua ayat yang benar yg terdapat dlm taurat asal. Maha Suci Allah."
- Masalahnya, bagaimana anda tahu ayat mana yang telah diseleweng dan tidak diseleweng?
- Dakwaan anda ini juga mempunyai masalah dari segi kronologi sejarah dan tidak munasabah. Biar saya jelaskan:
1. Manuskrip2 kuno salinan kitab2 Taurat terawal yang ada hari ini berusia beratus-ratus tahun sebelum Masihi (contohnya, manuskrip2 yang ditemui di kawasan Laut Mati).
2. Isi manuskrip2 kuno kitab2 Taurat ini pula kekal sama dengan isi yang terdapat di dalam kitab Taurat hari ini. Dengan kata lain, apa yang ada di dalam Alkitab/Bible hari ini adalah sama dengan manuskrip2 kuno kitab2 Taurat tersebut.
3. "Paus" pula hanya wujud beberapa abad selepas Masihi.
4. Maka, bagaimana pula para "paus" ini mengubah isi kitab Taurat sedangkan terdapat manuskrip2 kuno yang jauh lebih awal daripada kewujudan mereka? (Melainkan mereka mempunyai sebuah mesin masa untuk kembali ke masa lampau dan mengubah isi manuskrip2 tersebut. Namun, saya percaya anda tahu hal tersebut tidak masuk akal.)
http://alexanderwathern.blogspot.com
Dan juga satu blog lagi iaitu:
http://hikmatun.wordpress.com/
by the way, saya tak pernah menyatakan Allah tuhan bapa tetapi pihak kamu yang mengatakan Allah Tuhan bapa mengikut keprcayaan trininity kamu.
Sila pergi ke blog yang saya beri di atas untuk keterangan lanjut. Tanyalah segala persoalan yang ada di hati anda ttg Islam, Insyaallah saudara saya itu boleh menjawabnya.
Sebenarnya, saya pernah berdialog di blog hikmatun.
Untuk alexanderwathern pula, pemilik blog tersebut tidak memberikan respon yang telah saya berikan suatu ketika dahulu.
Anda menulis,
"by the way, saya tak pernah menyatakan Allah tuhan bapa tetapi pihak kamu yang mengatakan Allah Tuhan bapa mengikut keprcayaan trininity kamu."
- Saya juga tidak memperkatakan hal tersebut, anda sendiri yang mengatakan Allah swt adalah Tuhan Bapa di sini.
- Maka, saya hanya menjelaskan bahawa hal tersebut tidak tepat.
Dan terima kasih kerana anda sudi meluangkan masa untuk memberikan komen.
Tuhan memberkati.
Terima kasih kerana sudi luangkan masa berdialog.
Saya cadangkan saudara kemukakan soalan2 dalam bentuk point kpd hikmatun.
tq.
Alhamdulillah
Sya fikir ulasan ZAmzuri Bujok adalah tepat..dalam ayt tersebut x de satupn yg menunjukkan yg Jesus mangaku dia boleh menentukan siapa yg masuk syurga...seperti sebelum ini,,ini adalah pertama kali sya membaca ayat yg kamu berikan...x timbul pn dia memberi pendapat luar @ x selari dgn pendapat anda...sya harap anda boleh menerima ulasan zamzuri dgn hati terbuka...
Mungkin, anda perlu memberikan lebih dari itu? Apa kata anda nyatakan di mana pendapat saudara Zamzuri dan saya yang anda katakan sebagai,
"x timbul pn dia memberi pendapat luar @ x selari dgn pendapat anda"
Kerana agak jelas saya mengatakan Yesus adalah Tuhan, dan Zamzuri pula menidakkannya. Bukankah pendapat kami tidak selari?
Dan, memandangkan ini kali pertama anda membaca ayat ini, apa kata anda menyelidikinya lebih dalam lagi agar anda memahami apa yang diperkatakan di dalam ayat tersebut.