1.Pengenalan - Menjawab "Wanita Dalam Islam dan Wanita Dalam Tradisi Judaeo-Kristian: Mitos dan Kenyataan"
Bahagian ini adalah respon terhadap tulisan ini . Artikel asal boleh dibaca di sini . Perhatian! Mungkin ada di antara anda yang tidak senang dengan respon ini. Jika anda merasakan anda tidak sanggup menghadapi perkara negatif tentang kepercayaan anda, serta tidak terbuka kepada pandangan yang berbeza dengan fahaman anda, jangan teruskan. Pengenalan Terdapat keperluan untuk menjawab dakwaan-dakwaan yang diberikan Muslim tentang bagaimana Kristianiti melayan wanita, berbanding contoh-contoh yang ada di dalam Islam. Untuk membantu dalam usaha ini, kami telah menggunakan tulisan oleh Sherif Muhammad (disingkatkan kepada SM), yang mana mencabar banyak pengajaran kita mengenai wanita. Walaupun tulisan oleh SM ini akan dijadikan sebagai model, respon kami akan memasukkan cabaran dan respon tambahan untuk membantu para pembaca menilai hal ini dengan lebih luas. Tujuan yang diberikan oleh SM mengenai isu ini patut dipuji, membandingkan posisi wanita di dalam tiga kepe...