Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2012

12.Ibu - Menjawab "Wanita Dalam Islam dan Wanita Dalam Tradisi Judeo-Kristian: Mitos dan Kenyataan"

Bahagian ini adalah respon kepada tulisan ini. Artikel asal boleh dibaca di sini. Perhatian!Mungkin ada di antara anda yang tidak senang dengan respon ini. Jika anda merasakan anda tidak sanggup menghadapi perkara negatif tentang kepercayaan anda, serta tidak terbuka kepada pandangan yang berbeza dengan fahaman anda, jangan teruskan.
Ibu Argumen SM
Perjanjian Lama mengandungi banyak perintah-perintah supaya ibu bapa diberikan layanan yang baik dan bertimbang rasa, dan mengutuk mereka yang tidak menghormati ibu bapa (cth: Im 20:9; Ams 15:20). Walaupun tidak menghormati bapa disebut secara bersendiri di beberapa tempat, contohnya “Anak yang bijak mendengarkan didikan ayahnya” (Ams 13:1), ibu tidak pernah disebut secara bersendiri. Selanjutnya, tiada penekanan khusus mengenai melayan ibu dengan baik sebagai tanda penghargaan di atas susah-payahnya melahirkan dan menyusukannya. Menurut Perjanjian Baru, seorang Kristian tidak layak menjadi hawari Kristus melainkan beliau membenci ibunya (Luk 1…