Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2014

Menjawab buku "Jesus adalah Muslim?": #16: Burung daripada tanah?

Senarai lengkap siri post ini di sini.
Pada muka surat 14 buku ini, penulis memberikan ayat Al-Quran berikut sebagai renungan dan juga kesimpulan untuk bab 1 buku tersebut. Penulis memetik ayat dari surah Al-Maidah, ayat 110.
Apa yang menarik adalah ayat tersebut menyebut bagaimana Jesus (Nabi Isa menurut Muslim) telah membentuk tanah seperti burung, kemudian meniupnya, lalu terbentuk menjadi burung yang sebenar.
Mukjizat ini langsung tidak disebut di dalam keempat-empat Gospel. Dan ia tidak disebut kerana suatu sebab yang munasabah. Sebenarnya, kisah ini hanya terdapat di dalam dua buah kitab Gospel apocrypha, iaitu "The Arabic Gospel of the Infancy of the Saviour" dan "Infancy Gospel of Thomas". Dan seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, kedua-dua Gospel apocrypha ini sebenarnya adalah palsu!

Menjawab buku "Jesus adalah Muslim?": #15: Parthenogenesis?

Senarai lengkap siri post ini di sini.
Pada muka surat 12 buku ini, penulis cuba menunjukkan bahawa Al-Quran selari dengan sains dengan mengaitkan kelahiran Jesus tanpa ayah bukanlah perkara luar biasa menurut sains. Penulis cuba mengaitkan proses Parthenogenesis dengan kisah kelahiran Jesus. Namun, ini bukanlah sesuatu yang menghairankan, kerana, Alkitab juga menyatakan Yesus dilahirkan tanpa ayah. Malah, teori mengaitkan kelahiran Jesus tanpa ayah dengan proses Parthenogenesis ini bukanlah sesuatu yang asing di dalam kepercayaan Kristian.[1] Maka, cubaan penulis untuk menggambarkan seolah-olah hanya Al-Quran yang selari dengan proses ini agak pelik.
Dalam keghairahan penulis memperkatakan hal ini, beliau telah melakukan satu lagi kesilapan fakta di dalam penulisannya. Penulis mendakwa: Perkara serupa ini hanya diceritakan dalam Gospel of Luke sahaja. Mungkin Gospel-gospel lain seperti Matthew, Mark, dan John menganggap peristiwa Maryam didatangi oleh malaikat Jibril sebagai peristiw…

Menjawab buku "Jesus adalah Muslim?": #14: Salasilah Jesus?

Senarai lengkap siri post ini di sini.
Pada muka surat 10 buku ini, penulis cuba mempersoalkan salasilah Jesus: Luke menerangkan secara meleret dan tidak selari dengan salasilah keturunan Jesus iaitu daripada keturunan ayah. Kemudian, Luke memperincikan salasilah Jesus sehingga Adam dan 'Anak Tuhan'. Luke menegaskan Jesus dan Yusuf (Jospeh) adalah daripada keturunan Daud (David). Salasilah ini penuh dengan kontroversi. Sekiranya Luke mengatakan Jesus bukan anak Yusuf iaitu seorang tukang kayu dan juga suami Maryam, maka beliau bukan anak hasil hubungan zina mereka. Bermakna, Jesus adalah roh suci yang datang daripada Allah. Oleh itu, Jesus tidak mempunyai salasilah daripada sebelah bapa, tetapi mempunyai keturunan sebelah ibunya, iaitu Maryam binti Imran. Namun, salsasilah sebelah ibu ini tidak ditulis dalam keempat-empat Gospel kerana bagi mereka, ayah kepada Maryam bernama Imran dan bukan daripada keturunan Nabi Daud. Luke bertegas mengatakan Jesus daripada keturunan Nabi Daud…

Menjawab 9 kecelaruan fakta terhadap kepercayaan Kristian - Bahagian III

Bahagian I boleh dibaca di sini. Bahagian II boleh dibaca di sini. ----------------------------------- "Post ini timbul dari komen yang ditinggalkan oleh seorang pengunjung tanpa nama blog ini. Komen-komen tersebut boleh dibaca bermula di sini. Selain itu, seorang lagi pembaca blog ini (tidak akan saya nyatakan nama beliau) juga meminta (melalui mesej) agar respon diberikan kepada kesembilan poin di dalam komen tersebut." -----------------------------------
Kita lihat poin kelima, 5. Alkitab mengajarkan kalau oranag Kristen mati harus dikafani Syariat yang ada dalam Alkitab menyebutkan bahwa kalau orang Kristian itu mati, seharusnya mereka dikafani (ini adalah kewajiban). “Dan sesudah ia menurunkan mayat itu, ia mengafaninya dengan kain lenan, lalu membaringkannya di dalam kubur yang digali di dalam bukit batu, dimana belum pernah dibaringkan mayat.” (Lukas 23:53)“Orang yang telah mati itu datang keluar, kaki dan tangannya masih terikat dengan kain kafan dan mukanya tertutup de…

Menjawab 9 kecelaruan fakta terhadap kepercayaan Kristian - Bahagian II

Bahagian I boleh dibaca di sini. ------------------------------------------------- Post ini timbul dari komen yang ditinggalkan oleh seorang pengunjung tanpa nama blog ini. Komen-komen tersebut boleh dibaca bermula di sini. Selain itu, seorang lagi pembaca blog ini (tidak akan saya nyatakan nama beliau) juga meminta (melalui mesej) agar respon diberikan kepada kesembilan poin di dalam komen tersebut. -------------------------------------------------
Kita lihat poin ketiga, 3. Bersunat wajib bagi laki-laki Kristian Perintah sunat bukan perintah baru, melainkan sudah ditetapkan Allah lama dan jauh sebelum Yesus lahir ke dunia. Lihat dalil pada kitab Kejadian 17:10-11 yang berbunyi : (10) Inilah perjanjian-Ku, yang harus kamu pegang perjanjian antara aku dan kamu serta keturunanmu, yaitu setiap laki-laki di antara kamu harus disunat. (11) haruslah dikerat kulit khatanmu dan itulah akan menjadi tanda perjanjian antara kamu dan Aku.Orang Kristian juga tidak dapat mengambil teladan baik dari N…

Siri Defenders: Asas-asas Doktrin Kristian (Bahagian 1)

Diterjemahkan dari transkrip ini. -----------------------------------

Kutipan ayat Alkitab untuk kelas kita hari ini adalah 1 Petrus 3:15, "Tetapi dengan tulus hormatilah Kristus sebagai Tuhan dalam hidup kamu. Hendaklah kamu sentiasa bersedia memberikan jawapan kepada sesiapa sahaja yang meminta kamu menjelaskan harapan yang kamu miliki. Tetapi lakukanlah hal itu dengan lemah lembut dan hormat." Jadi, menurut Petrus, kita semua sebagai orang-orang Kristian yang percaya perlu bersedia untuk memberikan jawapan kepada mana-mana orang tidak percaya yang bertanya tentang kepercayaan kita. Dan kita perlu memberitakan kepercayaan kita dengan lemah lembut dan hormat. Ayat ini akan menjadi motivasi kepada apa yang kita lakukan di dalam kelas "Defenders" ini.

Menjawab 9 kecelaruan fakta terhadap kepercayaan Kristian - Bahagian I

Pendahuluan Post ini timbul dari komen yang ditinggalkan oleh seorang pengunjung tanpa nama blog ini. Komen-komen tersebut boleh dibaca bermula di sini. Selain itu, seorang lagi pembaca blog ini (tidak akan saya nyatakan nama beliau) juga meminta (melalui mesej) agar respon diberikan kepada kesembilan poin di dalam komen tersebut.
Komen yang diberikan oleh tanpa nama tersebut diambil dari laman answering misionaris (namun, asal artikel tersebut adalah dari laman ini). Artikel tersebut juga sudah lama beredar di dalam internet dan berkemungkinan ditulis dari Indonesia berdasarkan sistem ejaan yang digunakan (contohnya, Kristian disebut Kristen). Bukan itu sahaja, respon kepada poin-poin yang ditimbulkan juga telah banyak diberikan (walaupun mungkin bukan menjawab artikel tersebut secara terus) seperti yang diberikan di laman Answering-islam.org (cth: 1, 2, 3). 
Namun, respon khusus untuk artikel tersebut nampaknya tidak ada (atau mungkin belum saya temui). Maka, di dalam post ini, kita…

Apakah yang dikatakan di dalam Alkitab tentang meminum arak/wain? Adakah ia suatu perbuatan dosa untuk seorang Kristian meminum arak/wain?

Diterjemahkan dari artikel ini. * Terdapat juga terjemahan Bahasa Melayu artikel ini. Namun, beberapa istilah dan ayat yang digunakan di dalam terjemahan tersebut tidak begitu tepat. ----------------------------------
Soalan: Apakah yang dikatakan di dalam Alkitab tentang meminum arak/wain? Adakah ia suatu perbuatan dosa untuk seorang Kristian meminum arak/wain?
Jawapan:

Allah dan Tuhan dalam Terjemahan Alkitab

29 Januari 2013 Allah dan Tuhan dalam Terjemahan Alkitab
Artikel ini diterjemahkan dari Bahasa Inggeris dari website Krisis & Praxis
Mengapa Tidak Mungkin Menggantikan Allah dengan Tuhan dalam Terjemahan Alkitab
Orang Muslim di beberapa negara lain di dunia (Arab, Afrika Utara, Pakistan dan Indonesia) tiada bantahan dan tidak bimbang akan kemungkinan keliru apabila orang Kristian menggunakan perkataan Allah. Sebaliknya, segolongan orang Muslim Malaysia pula mendakwa mereka keliru; suatu fenomena yang sangat aneh. Pemerhatian ini membuktikan kebenaran kepada andaian bahawa isu Allah ini merupakan isu Melayu buatan dan bukan isu Muslim sebenar. Sebenarnya, bantahan yang dirancang terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 31 Dec 2009 untuk membenarkan Catholic Herald (dan orang Kristian) menggunakan perkataan Allah harus dilihat sebagai manipulasi sinis oleh ahli-ahli politik Melayu untuk mendapatkan undi daripada masyarakat mereka.
Rujuk Malaysiakini 31/12/2009, “Court Declares Allah B…

"الله" atau "Allah" yang dilarang?

Pada 2 Januari 2014 yang lalu, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah melakukan serbuan (tanpa waran) ke pejabat Bible Society of Malaysia (BSM) di Petaling Jaya. JAIS kemudian merampas kira-kira 321 buah Alkitab Bahasa Melayu dan 16 buah Alkitab Bahasa Iban. Alkitab-Alkitab ini dirampas kerana dikatakan mengandungi perkataan "Allah" yang mana adalah dilarang dari digunakan oleh bukan-Muslim di dalam Negeri Selangor.
Dan esok, iaitu pada 5 Januari 2014, beberapa pertubuhan NGO Islam dan juga sebuah parti politik merancang untuk melakukan demonstrasi "aman" di hadapan gereja-gereja seluruh Selangor bagi membantah penggunaan istilah "Allah" oleh orang-orang Kristian yang menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar di dalam ibadah mereka.
[Update: Parti politik tersebut baharu sahaja membatalkan rancangan untuk melakukan demonstrasi tersebut.]
Namun, apakah sebenarnya yang dilarang? Istilah "Allah" dalam tulisan rumi atau dalam tulisan…