Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2012

Apakah itu Keselamatan? Apakah doktrin Kristian tentang Keselamatan?

Post ini berdasarkan/terjemahan artikel inidari laman web Got Questions.
Keselamatan adalah kelepasan daripada bahaya atau penderitaan. Menyelamatkan adalah membebaskan atau melindungi. Perkataan ini membawa pemahaman tentang kemenangan, kesihatan, atau pemeliharaan. Kadang-kala, Alkitab menggunakan perkataan diselamatkan atau keselamatan untuk merujuk kepada keselamatan yang berifat fizikal dan sementara, seperti ketika Paulus dilepaskan dari penjara (Filipi 1:19).

36 Tujuan Tuhan Dalam Penderitaan Kita

Artikel ini berdasarkan/terjemahan tulisan ini dan ini.
Apabila kesusahan, pencubaan, dan penderitaan terjadi di dalam kehidupan kita, selalunya soalan pertama yang akan kita tanya adalah, "Mengapa?" Mengapa Tuhan membenarkan hal ini terjadi? Mengapa Tuhan membenarkan penderitaan terjadi? Mungkin terdapat sebarang tujuan dalam penderitaan ini?
Joni Eareckson Tada telah mengalami sendiri kesusahan hidup dan mengongsikan pengalaman dan renungannya tentang penderitaan di dalam buku-buku tulisannya. Berikut adalah lampiran dari bukunya, When God Weeps: Why Our Sufferings Matter to the Almighty.

Mark Mittelberg: tentang peranan Roh Kudus semasa kita berkongsi tentang iman kita

Ketika kita berada di dalam pengembaraan luar biasa iaitu mengongsikan iman kita dengan orang lain, Roh Kudus merupakan pembimbing kita yang tidak kelihatan. Dia menarik minat orang, menghangatkan hati mereka, memberikan penjelasan kepada minda mereka, membuka mata mereka, dan kadang-kala menyemai imaginasi mereka dengan mimpi-mimpi dan idea-idea yang bersifat menyelamatkan--dan kemudian Dia membuka peluang-peluang dan memimpin kita untuk menggunakan peluang tersebut sebaik mungkin. Itulah sebabnya kita dapat berdoa, bersedia, dan melangkah dengan berani. Kita sebenarnya menyertai Tuhan di dalam perusahaan-Nya untuk mencapai orang-orang dunia ini untuk mengenal siapakah Dia yang sebenarnya, "sabar...tidak ingin sesiapa pun binasa. Dia mahu semua orang bertaubat daripada dosa." (2 Petrus 3:9)*

Dipetik dan diterjemahkan dari buku The Unexpected Adventure, m/s 230. * Ayat Alkitab yang digunakan adalah terjemahan Alkitab Berita Baik Bahasa Malaysia.

Sebuah Dialog Kristian-Muslim - 2

Baru-baru ini saya telah berinteraksi dengan seorang Muslim di ruangan komen post ini. Berikut saya paparkan semula dialog kami.
Anda sebagai pembaca boleh menilai sendiri setiap poin yang ditimbulkan di dalam dialog tersebut.
Tiwas (Kristian), tandzul khanzul (Muslim)

Siri persoalan umum: Memandangkan Yesus mempunyai Tuhan, bagaimana Dia sendiri boleh menjadi Tuhan?

Artikel ini adalah berdasarkan/diterjemahkan dari artikel ini.
Soalan: Menurut Ibrani 1:8-9, Yesus sebagai Tuhan mempunyai Tuhan di atas-Nya. Ada Kristian mengatakan bahawa Ibrani 1:8-9 merujuk kepada kemanusiaan Yesus, di mana semasa menjadi manusia, Dia mempunyai Tuhan di atas-Nya. Masalah kepada penjelasan ini adalah ia membuatkan Yesus dianggap sebagai Tuhan ketika Dia dalam keadaan manusia, yang mana bererti kemanusiaan-Nya diangkat menjadi Tuhan. Bagaimana Kristian dapat mengatasi masalah-masalah ini?
Jawapan:

Siri persoalan umum: Yesus berkata Bapa lebih besar daripada diri-Nya, membuktikan Dia bukan Tuhan

Artikel ini berdasarkan/diterjemahkan dari artikel ini.
Soalan: Yesus berkata Bapa lebih besar daripada diri-Nya, membuktikan bahawa Dia bukan Tuhan. Tidak ada yang lebih besar daripada Tuhan.Jawapan:

Lee Strobel: tentang menjawab persoalan

Apabila seseorang menimbulkan bantahan terhadap Kristianiti yang tidak mampu anda berikan jawapan, respon terbaik bukanlah bercakap dengan tergagap-gagap atau merajuk, menjadi bingung atau marah, atau mereka-reka penjelasan hanya kerana mahu mengatakan sesuatu. Beritahu peribadi tersebut dengan jujur bahawa anda sebenarnya tidak tahu, dan kemudian jemput dia untuk mencari jawapan bersama-sama dengan anda.


Dipetik dan diterjemahkan dari buku The Unexpected Adventure, m/s 28.

Siri persoalan umum: Jika Yesus itu Tuhan, mengapa Tuhan boleh mati?

Artikel ini berdasarkan/terjemahan kepada artikel ini.
Soalan: Jika Yesus itu Tuhan, mengapa Tuhan boleh mati? Siapa yang menguruskan alam semesta ini ketika Yesus mati selama tiga hari?Jawapan:

Terjemahan: "Di mana Yesus telah mengatakan 'Aku adalah Tuhan, sembahlah Aku'?" dan "Siapa yang mengubah Kitab Injil?"

Kristian seringkali diajukan dengan persoalan berikut: "Di mana Yesus telah mengakui keTuhanan-Nya di dalam Alkitab?" atau "Kitab Injil telah diubah!" Berikut merupakan artikel yang menjawab kedua-dua persoalan tersebut yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia.

Artikel asal kepada kedua-dua terjemahan ini boleh dibaca di sini (Where did Jesus say, 'I am God, Worship Me'?) dan di sini (Who Corrupted the Gospel?)
Terjemahan Bahasa Malaysia kedua-dua artikel ini boleh dibaca di sini (Di mana Yesus telah mengatakan, "Aku adalah Tuhan, sembahlah Aku"?) dan di sini (Siapa yang mengubah Kitab Injil?)
Berikut adalah petikan ringkas kedua-dua terjemahan artikel tersebut; "Ramai orang Muslim di seluruh dunia telah dilatih untuk bertanya kepada orang-orang Kristian, “Di mana Yesus telah mengatakan, ‘Aku adalah Tuhan, sembahlah Aku’ dan ungkapan tersebut wajib seperti itu?” Namun, jika Muslim mengatakan Yesus hanya boleh mendakwa diriNya Tuhan hanya d…

Paul Washer: tentang Pujian & Penyembahan

"Pujian penyembahan sepatutnya bersifat mengajar. Ia sepatutnya adalah suatu alat untuk mengajar...Di dalam Kolose 3:16, dikatakan 'Hendaklah ajaran Kristus yang penuh berkat meresap di hati kamu.' Ini menunjukkan penyembahan timbul daripada seseorang yang dipenuhi dengan Firman Tuhan. 'Hendaklah kamu saling mengajar dan menasihati dengan segala kebijaksanaan. Nyanyikanlah mazmur, nyanyian pujian, dan lagu rohani.'
Maka, tujuan menyanyikan pujian di dalam gereja, yang pertama dan utama adalah memuliakan Tuhan, dan kedua adalah mengajar. Iaitu mengajar mereka yang menyanyi, untuk menguatkan mereka, menegur mereka, dan saya percaya juga boleh menjadi suatu alat kesaksian untuk mereka yang belum percaya.
Namun, bagi saya ada satu masalah di dalam muzik (penyembahan) moden hari ini. Bukan kesemuanya, tetapi kebanyakan darinya. Mereka tidak mengikut prinsip ini (Alkitab), ia lebih kepada perasaan. Saya akan bersikap jujur dengan anda, dan jika anda berasa marah, maafk…

15 mitos tentang terjemahan Alkitab

Artikel ini adalah terjemahan tulisan Daniel B. Wallace. Artikel asal boleh dibaca di sini.
1. Mungkin, mitos nombor satu tentang terjemahan Alkitab adalah kononnya terjemahan perkataan demi perkataan adalah yang terbaik. Jerome memberikan hujah menentang pendapat ini, dengan menyatakan bahawa terjemahannya terhadap Vulgate bukanlah perkataan-demi-perkataan tetapi maksud-demi-maksud. Begitulah yang sepatutnya. Sesiapa yang boleh bertutur lebih dari satu bahasa akan tahu bahawa terjemahan perkataan-demi-perkataan adalah mustahil jika seseorang mahu berkomunikasi secara berkesan menggunakan bahasa lain.
Akan tetapi, ironiknya sebilangan sarjana Alkitab yang mana sepatutnya lebih tahu tentang hal ini, kekal mengagung-agungkan terjemahan perkataan-demi-perkataan seolah-olah ia adalah yang terbaik. Mungkin, terjemahan Alkitab Bahasa Inggeris yang paling banyak menggunakan kaedah terjemahan perkataan-demi-perkataan ini adalah oleh Wycliffe, dibuat pada tahun 1380-an. Walaupun diterjemahkan d…

Panggilan Untuk Menilai sesi 1 - Doktrin Merbahaya (Bahagian 1)

Ini merupakan sebuah siri video yang memperkatakan tentang 'Word of Faith' yang mana sangat mempengaruhi gereja masa kini. Disampaikan oleh Justin Peters.

Bahagian pertama ini memperkatakan serba sedikit tentang asal-usul fahaman 'word of faith' ini yang mana sebenarnya bersifat 'cult' atau bidaah dan sangat bercanggah dengan ajaran Alkitab yang sebenar.
Bahagian seterusnya akan dimuat naik pada masa akan datang. Jika anda fasih berbahasa Inggeris, anda boleh terus menonton keseluruhan siri video ini di sini (Sesi 1), sini (Sesi 2), dan di sini (Sesi 3).

Kisah Para Rasul 19:24

Siri post ini adalah berdasarkan/terjemahan tulisan James Hickey. Untuk tujuan dan senarai penuh siri post ini, sila klik di sini.
"Di kota itu ada seorang tukang perak bernama Demetrius, yang biasa membuat model kuil Dewi Artemis. Usahanya mendatangkan penghasilan yang besar bagi pekerja-pekerjanya." (Kis 19:24) Terdapat cukup banyak penulisan Greek (daripada teater kuno, sejarah, biografi, dll.) yang menyebut tentang Artemis--juga dikenali sebagai dewi Greek, Diana. Mari kita lihat dua contoh berikut: "Pada mulanya orang-orang dari Efesus. Mereka mengatakan bahawa Diana dan Apollo tidak dilahirkan di Delos, sama seperti kepercayaan karut tersebut."
(Tacitus, Annals 3.61) "Chersiphron adalah arkitek pertama di dalam pembinaan kuil Diana; seorang selepas dia kemudian memperbesarkannya, namun apabila Herostratus membakarnya, rakyat tersebut membina sebuah lagi yang lebih indah.Untuk tujuan itu mereka mengumpulkan barangan perhiasan wanita, sumbangan daripada ha…

Kisah Para Rasul 19:13

Siri post ini adalah berdasarkan/terjemahan tulisan James Hickey. Untuk tujuan dan senarai penuh siri post ini, sila klik di sini. "Beberapa orang Yahudi yang pergi ke serata tempat dan mengusir roh jahat, cuba menggunakan nama Tuhan Yesus untuk mengusir roh jahat. Mereka berkata kepada roh-roh jahat, "Aku mengusir kamu demi nama Yesus yang diberitakan oleh Paulus."" (Kis 19:13) Pengembara Yahudi yang menjadi penghalau roh jahat dan ahli magik/pelaku mukjizat adalah perkara yang biasa di tanah Israel abad pertama. Contohnya, Jospehus memberitahu kita tentang seorang lelaki yang ditemuinya sendiri: "...saya sendiri pernah melihat seorang lelaki di negeri asal saya, yang bernama Eleazer, membebaskan orang-orang yang dikuasai roh jahat di hadapan Vespasain dan anak-anak lelakinya, serta dihadapan kapten-kapten dan seluruh pasukan tenteranya." (Jospehus, Ant. 8.2.5) Satu lagi contoh, Honi, disebut oleh Jospehus dan Mishnah Yahudi: "Ada seorang lelaki, be…