Selamat Datang

Ingin mencari sesuatu? Lihat senarai topik di kolum kiri atau gunakan "search" di kolum kanan blog ini. Selamat melayari.

Jumaat, 12 Februari 2016

Apakah panggilan dan gelaran yang diberikan kepada Yesus?

Diterjemahkan dari artikel ini.

Terdapat lebih 200 panggilan dan gelaran yang diberikan kepada Yesus di dalam Alkitab. Berikut adalah yang lebih terkenal, disusun dalam tiga bahagian yang mencerminkan sifat semulajadi Kristus, posisi-Nya di dalam kesatuan Triniti Allah, dan pelayanan yang telah dilakukan-Nya di bumi bagi pihak kita.

Khamis, 11 Februari 2016

Injil berusia 1,500 tahun adalah Injil Barnabas? Benar atau palsu?

Sumber
Pada tahun 2012, berita tentang penemuan sebuah manuskrip Injil berusia 1,500 tahun heboh diperkatakan. Hari ini, jika kita membuat carian rambang di dalam internet, ada banyak laman web yang memaparkan berita tersebut.[1]

Setiap berita yang ada memaparkan pengisian yang hampir sama. Kebanyakan laman web memaparkan berita ini seolah-olah penemuan manuskrip Injil tersebut sudah diselidiki dan sudah disahkan sebagai asli.
Antara hal yang dipaparkan sebagai "fakta" oleh kebanyakkan laman-laman web ini adalah:
1. Ia berusia 1,500 tahun.
2. Ia adalah Injil Barnabas.

Namun, hakikatnya, keaslian Injil ini belum lagi diselidiki. Malah, ia juga tidak diketahui dengan pasti adakah ia Injil Barnabas atau bukan. Perkaitan manuskrip Injil 1500 tahun ini dengan Injil Barnabas hanyalah spekulasi.[2] 

Sabtu, 2 Januari 2016

Menjawab buku "Jesus adalah Muslim?": #28: Kitab-kitab Apokripa lagi?

Senarai penuh siri ini di sini.

Pada muka surat 46 hingga 49, penulis sekali lagi cuba menggunakan kitab-kitab apokripa untuk menyokong kesnya. Namun, seperti yang telah diperkatakan pada poin 9 sebelum ini, kitab-kitab apokripa ini adalah kitab-kitab palsu yang ditulis pada zaman di mana semua nama-nama yang kononnya menulis kitab-kitab apokripa tersebut sudah lama meninggal dunia.

Lebih teruk lagi, semua kitab-kitab apokripa yang diberikan penulis sebenarnya menidakkan dakwaan penulis sendiri. Kita hanya perlu membaca sendiri kitab-kitab apokripa tersebut. Mungkin, itulah sebabnya penulis hanya memetik ayat-ayat dan bahagian-bahagian tertentu sehingga konteks sebenar ayat dan bahagian tersebut "dapat disembunyikan" oleh penulis.

Penulis telah menterjemahkan bahagian/ayat kitab-kitab apokripa tersebut ke dalam Bahasa Melayu. Dan terjemahan yang diberikan penulis agak mengelirukan. Ditambah dengan terjemahan nama kitab yang diberikan penulis tanpa memberikan nama asal kitab tersebut. Agak sukar untuk mencari kitab asal kerana penulis langsung tidak memberikan sebarang sumber rujukan.

Berikut adalah nama kitab-kitab yang diberikan oleh penulis. Anda bandingkan dengan nama sebenar kitab-kitab tersebut.

  • Bible Dua Kitab Jesus. (Nama sebenar: The First Book of IEOU. Boleh dibaca di sini m/s 135-138.)
  • Bible Wahyu Peter. (Nama sebenar: The Apocalypse of Peter. Boleh dibaca di sini, m/s 197-199.)
  • Bible Risalah Kedua Set Agung. (Nama sebenar: Second Treatise of the Great Seth. Boleh dibaca di sini.)
  • Bible Perbuatan-perbuatan John. (Nama sebenar: The Acts of John. Boleh di baca di sini.)
Penulis telah memetik beberapa bahagian di dalam kitab-kitab ini yang seolah-olah menggambarkan bukan Jesus yang disalibkan tetapi orang lain. Apa yang tidak diberitahu oleh penulis adalah semua kitab-kitab ini adalah berfahaman Gnostik. Lebih spesifik, Kristian-Gnostik. Dan salah satu pemahaman Kristian-Gnostik adalah Jesus wujud dalam bentuk roh dan telah memasuki tubuh seseorang.[1] Maka, apabila Jesus disalibkan, Gnostik percaya Jesus tidak disalibkan tetapi hanya tubuh tersebut yang disalibkan kerana Jesus adalah roh. Maka, itulah sebabnya petikan-petikan yang diberikan menulis seolah-olah mengatakan orang lain dan bukan Jesus yang disalibkan. 

Kepercayaan Gnostik ini berbeza dengan apa yang cuba dikatakan oleh penulis. Menurut penulis, bukan Jesus yang disalibkan tetapi diganti oleh orang lain sedangkan kitab-kitab yang dipetik oleh penulis menyatakan "tubuh fizikal" Jesus disalib cuma bukan "tubuh roh" Jesus. Kitab-kitab apokripa ini tidak pernah mengatakan ada orang lain (contohnya Judas) yang mengganti Jesus.

Maka, apabila kitab-kitab apokripa ini mengatakan Jesus tidak disalib tetapi "orang lain", ia sebenarnya merujuk kepada tubuh yang digunakan Jesus, bukan Judas atau sesiapa pun juga. 

Mengapa kepercayaan sebenar Gnostik yang menjadi dasar kepada kitab-kitab apokripa tersebut tidak dijelaskan oleh penulis? Jawapannya jelas, iaitu agar hujah penulis kelihatan kukuh walhal di sebaliknya fakta sebenar disembunyikan.

Nota
[1] Sebagai contoh, pada permulaan kitab Second Treatise of the Great Seth, Jesus berkata, "I visited a bodily dwelling. I cast out the one who was in it first, and I went in." Terjemahan, "Aku melawat satu tubuh. Aku mengusir yang ada di dalamnya, dan aku masuk ke dalam."

Khamis, 31 Disember 2015

Menjawab buku "Jesus adalah Muslim?": #30: Bukan Jesus yang disalib?

Senarai lengkap siri ini di sini.

Pada muka surat 56 hingga 58, penulis sekali lagi cuba mengatakan bukan Jesus yang disalibkan. Kali ini, penulis cuba memetik ayat Matthew 27:46 berikut:
"Kira-kira jam tiga berserulah Yesus dengan suara nyaring: "Eli, Eli, lama sabakhtani?" Artinya: Allah-Ku, Allah-Ku, mengapa Engkau meninggalkan Aku?" (Matthew 27:46, TB)
Namun, apa yang tidak dijelaskan penulis, Jesus sebenarnya sedang mengungkapkan semula ayat dari kitab Mazmur 22:1,
"Untuk pemimpin biduan. Menurut lagu: Rusa di kala fajar. Mazmur Daud. Allahku, Allahku, mengapa Engkau meninggalkan aku? Aku berseru, tetapi Engkau tetap jauh dan tidak menolong aku." (Mazmur 22:1, TB)
Mengapa Jesus berseru menggunakan ayat Mazmur 22:1 tersebut? Ia untuk menarik perhatian terhadap Mazmur 22 yang mana pada ayat 11 hingga 18 adalah seperti berikut:

Rabu, 30 Disember 2015

Menjawab buku "Jesus adalah Muslim?": #29: Percanggahan perincian kebangkitan Jesus?

Senarai lengkap siri ini di sini.

Pada muka surat 50 hingga 53, penulis cuba menimbulkan keraguan kepada peristiwa kebangkitan Jesus dengan mendakwa terdapat percanggahan pada perincian kisah kebangkitan tersebut.

Berapa orang wanita?

Penulis cuba mengatakan wujud percanggahan kerana "Wanita-wanita yang diceritakan datang ke kubur tidak sama dalam ketiga-tiga Gospel Sinoptik". Penulis mendakwa percanggahan ini wujud kerana "Gospel of John hanya menyebut seorang wanita bernama Maria Magdalena". Namun, penulis sendiri kemudian memberikan penjelasan kepada percanggahan tersebut apabila berkata "Namun, dalam Gospel of John wanita itu menggunakan kata ganti nama 'kami' semasa bercakap, seolah-olah dia mempunyai teman". 

Jumaat, 18 Disember 2015

Menjawab buku "Jesus adalah Muslim?": #27: Injil Barnabas?

Senarai siri ini lengkap di sini.

Pada muka surat 39 hingga 46, penulis sekali lagi menggunakan Injil Barnabas sebagai "bukti" bahawa Judas yang disalibkan menggantikan Jesus. Injil Barnabas sudah saya perkatakan di dalam poin 9 sebelum ini. Ia bukanlah Injil asli dan sudah terbukti palsu. Bukan di dalam siri ini sahaja, Injil Barnabas juga telah diperkatakan beberapa kali di dalam blog ini. Malah, terdapat sarjana Muslim yang mengakui Injil Barnabas adalah injil palsu.[1]

Apa yang menariknya, penulis telah memberikan terjemahan Bahasa Melayu kepada Injil Barnabas. Setakat ini, tidak ada terjemahan Bahasa Melayu bagi Injil Barnabas. Mungkin ia terjemahan penulis sendiri?

Sudah banyak yang diperkatakan tentang kepalsuan Injil Barnabas ini, Tindakan penulis menggambarkannya sebagai injil "benar" menunjukkan penulis sama ada tidak tahu atau sengaja menggunakan tipu helah untuk menyokong dakwaannya. Penulis mencatatkan Injil Barnabas disusun pada abad kedua Masihi![2] Namun, tanpa disedari penulis, pada abad kedua Masihi, Barnabas sudah lama meninggal dunia! Menurut tradisi gereja, Barnabas mati pada tahun 61 Masihi, iaitu pada abad pertama Masihi.[3] Ini menunjukkan tarikh yang diberikan penulis sendiri juga tidak membuktikan ia ditulis oleh Barnabas. Bagaimana Barnabas dapat menyusun Injil Barnabas pada abad kedua Masihi jika dia sudah pun meninggal pada abad pertama masihi?

Hakikatnya, sesiapa yang cuba menggunakan Injil Barnabas sebagai "bukti" dan "benar", walaupun individu tersebut tahu Injil Barnabas adalah palsu, hanya menunjukkan individu tersebut terdesak dan tidak jujur. Adakah penulis buku ini tahu Injil Barnabas adalah palsu? Hanya penulis buku  ini sendiri yang tahu. 

Nota
[1] The Concise Encyclop√¶dia of Islam, Cyril Glass√©, Stacey International, 2008. m/s 88.
[2] Jesus adalah Muslim?, m/s 39.
[3] The Oxford Dictionary of the Christian Church, m/s 160.

Isnin, 14 Disember 2015

Menjawab buku "Jesus adalah Muslim?": #26: Bagaimana Judas mati?

Senarai lengkap siri ini di sini.

Pada muka surat 36 hingga 39 buku ini, penulis cuba memberikan beberapa "kemungkinan" bagaimana Judas mati. Apa yang menariknya, penulis sendiri tidak pasti dan mengakhiri setiap "kemungkinan" dengan ungkapan hanya Allah mengetahuinya.

Penulis cuba menggambarkan cara kematian Judas yang diceritakan di dalam Alkitab bercanggah. Penulis memetik Matthew 27:3-8 yang mengatakan Judas membunuh diri dengan menggantung dirinya. Kemudian, penulis memetik Acts 1:18-19 yang menceritakan Judas jatuh dan tubuhnya terbelah sehingga semua isi perutnya terkeluar.

Penulis kemudian menulis,
Melalui kedua-dua versi cerita ini, yang mana kita dapat jadikan pegangan? Judas membunuh diri dengan cara menggantung diri ataupun Judas mati tersungkur dan isi perutnya terkeluar. (m/s 38)
Perhatikan ungkapan yang digariskan pada kenyataan penulis. Beliau mengatakan "mati tersungkur" sedangkan jika kita membaca Acts 1:18-19, tidak ada disebut Judas "mati tersungkur". Malah, Acts 1:18-19 langsung tidak menyebut bahawa sebab kematian Judas adalah mati tersungkur.

Jumaat, 10 April 2015

Menjawab buku "Jesus adalah Muslim?": #25: Jesus berubah wajah?

Senarai lengkap siri ini di sini.

Pada muka surat 34-35, penulis cuba memberikan hujah bahawa "Jesus mempunyai mukjizat mengubah wajah" sehingga Dia "dapat mengaburi mata tentera Rom, Yahudi, dan murid-murid beliau".

Dan untuk menyokong hujahnya, penulis memetik Luke 24:13-18 dan Matthew 27:3-6. Kemudian, berdasarkan ayat-ayat ini, penulis cuba mengatakan bahawa Jesus telah mengubah wajahnya menyerupai Judas! Penulis menulis,
Sekiranya kita mendakwa orang yang disalib adalah Judas, maka orang yang kelihatan seperti Judas tadi sebenarnya adalah Jesus.
Ketika saya membaca dakwaan penulis ini, saya benar-benar terkejut betapa terdesaknya penulis ini sehingga sanggup memutar belitkan ayat Bible yang begitu jelas tidak menyokong dakwaannya!

Jika kita membaca kisah selanjutnya Luke 24:13-18 yang cuba digunakan penulis, kita akan serta merta mengetahui bahawa penulis memberikan dakwaan yang tidak berasas. Perhatikan kisah selanjutnya,

Khamis, 9 April 2015

Menjawab buku "Jesus adalah Muslim?": #24: Siapakah Judas?

Senarai lengkap siri ini di sini.

Pada muka surat 31 buku ini, penulis berkata,
Agama Islam mempunyai konsep sendiri iaitu orang yang disalib bukan Jesus, tetapi orang lain yang wajahnya ditukar supaya menyerupai Jesus.
Siapakah "orang lain" tersebut? Pada muka surat 32-34, penulis memberikan penjelasan yang panjang lebar tentang Judas, iaitu murid yang mengkhianati Jesus menurut Bible.

Penulis sangat menekankan tentang Judas. Mengapa? Kerana ini merupakan poin penting untuk beliau meneruskan dakwaannya yang seterusnya, iaitu: Jesus dikatakan berubah wajah menjadi Judas dan Judas pula berubah wajah menjadi Jesus (m/s 36).

Siapakah Judas? Bible dengan jelas menyatakan bahawa dia adalah.
1. Salah seorang daripada 12 murid Jesus (Matius 10:2-4).
2. Yang akan mengkhianati Jesus (Markus 14:10-11).
3. Mati menggantung diri dan perutnya terbelah (Matius 27:5; Kisah Para Rasul 1:18).

Apa yang menarik, sumber penjelasan yang diberikan oleh penulis tentang Judas adalah dari Bible dan bukan dari Al-Quran. Mengapa? Kerana nama Judas tidak pernah disebut di dalam Al-Quran. Bukan itu sahaja, Judas juga tidak disebut di dalam mana-mana hadis sebagai yang menggantikan Jesus. (Akan diperkatakan dengan lebih lanjut pada poin #30 nanti.)

Penulis juga berkata,
Beliau (Jesus) juga tidak pernah mengaitkan pengkhianatan itu dengan penyalibannya bagi menebus dosa umat manusia. (m/s 33)
Mungkin penulis tidak tahu (atau sengaja menyembunyikan fakta sebenar!). Hakikatnya, Jesus sendiri berkata bahawa Dia akan diserahkan untuk disalibkan,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...