Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel doktrin

Siri Defenders: Asas-asas Doktrin Kristian (Bahagian 1)

Diterjemahkan dari transkrip ini . ----------------------------------- Kutipan ayat Alkitab untuk kelas kita hari ini adalah 1 Petrus 3:15, " Tetapi dengan tulus hormatilah Kristus sebagai Tuhan dalam hidup kamu. Hendaklah kamu sentiasa bersedia memberikan jawapan kepada sesiapa sahaja yang meminta kamu menjelaskan harapan yang kamu miliki. Tetapi lakukanlah hal itu dengan lemah lembut dan hormat. " Jadi, menurut Petrus, kita semua sebagai orang-orang Kristian yang percaya perlu bersedia untuk memberikan jawapan kepada mana-mana orang tidak percaya yang bertanya tentang kepercayaan kita. Dan kita perlu memberitakan kepercayaan kita dengan lemah lembut dan hormat. Ayat ini akan menjadi motivasi kepada apa yang kita lakukan di dalam kelas "Defenders" ini.

Apakah itu Keselamatan? Apakah doktrin Kristian tentang Keselamatan?

sumber Post ini berdasarkan/terjemahan artikel ini   dari laman web Got Questions . Keselamatan adalah kelepasan daripada bahaya atau penderitaan. Menyelamatkan adalah membebaskan atau melindungi. Perkataan ini membawa pemahaman tentang kemenangan, kesihatan, atau pemeliharaan. Kadang-kala, Alkitab menggunakan perkataan diselamatkan atau keselamatan  untuk merujuk kepada keselamatan yang berifat fizikal dan sementara, seperti ketika Paulus dilepaskan dari penjara ( Filipi 1:19 ).

Triniti terlalu kompleks, Tauhid lebih mudah?

Triniti merupakan antara doktrin penting di dalam Kristianiti. Namun, ia juga dilihat sebagai doktrin yang terlalu kompleks. Akibatnya, Kristianiti selalu diserang melalui doktrin ini, terutamanya oleh Muslim. Yang menyedihkan, ramai orang Kristian sendiri tidak tahu tentang Triniti. Akhirnya, si Kristian sering kehilangan kata-kata apabila berhadapan dengan persoalan-persoalan yang mempersoalkan doktrin Triniti. Perkara ini patut berubah. Kita, orang Kristian, sepatutnya lebih bersedia dan tahu tentang doktrin ini. Di dalam post ini, saya akan memperkatakan khusus tentang bagaimana menghadapi persoalan tentang doktrin Triniti jika disoal oleh Muslim .

Siapakah Kristus?

Artikel ini diterjemahkan dari buku Christian Beliefs , m/s 67-70. - terjemahan ayat Alkitab yang digunakan adalah Berita Baik. Melalui peribadi Yesus Tuhan telah datang ke dunia kita secara fizikal. Tuhan yang kekal datang untuk tinggal di dunia yang sementara. Dia, yang mengetahui situasi yang sepatutnya wujud datang ke tempat situasi yang adalah sebaliknya. Di dalam Yesus, Tuhan dan manusia menjadi satu peribadi, peribadi yang tidak sama seperti peribadi-peribadi lain di dunia dan tidak akan ada yang seperti itu. Yesus Kristus adalah, dan selama-lamanya demikian, Tuhan sepenuhnya dan manusia sepenuhnya di dalam satu peribadi. Dan peribadi tersebut telah mengubah haluan sejarah selama-lamanya.  Yesus – Manusia Sepenuhnya

Dasar Alkitabiah kepada Doktrin Triniti: Garis Besar - Bahagian I (Terjemahan)

Artikel ini diterjemah dari artikel tulisan  Robert M. Bowman, Jr . Tajuk asal artikel ini ialah  The Biblical Basis of the Doctrine of the Trinity: An Outline Study . Artikel asal untuk post ini boleh dibaca di  sini .  Penerangan di dalam tanda [..] dan berwarna  perang  adalah tambahan dari saya untuk menjelaskan istilah tertentu yang memerlukan penjelasan lanjut. Untuk Pengenalan klik sini . I. Hanya Ada Satu Tuhan A. Satu Tuhan: Kenyataan Tersurat 1.  PL: Ul 4:35, 39 ; 32:39 ; 2 Sam 22:32 ; 2 Raj 5:15 ; Yes 37:20 ; 43:10 ; 44:6-8 ; 45:5, 14, 21-22 ; 46:9 . 2.  PB: Yoh 5:44 ; Rm 3:30 ; 16:27 ; 1 Kor 8:4-6 ; Gal 3:20 ; Ef 4:6 ; 1 Tim 1:17 ; 2:5 ; Yak 2:19 ; Yud 25 . B. Tiada seperti Tuhan (dalam zatNya) 1.  Kenyataan tersurat: Kel 8:10 ; 9:14 ; 15:11 ; 2 Sam 7:22 ; 1 Raj 8:23 ; 1 Taw 17:20 ; Mzm 86:8 ; Yes 40:18, 25 ; 44:7 ; 46:5, 9 ; Yer 10:6-7 ; Mi 7:18 . 2.  Menjadi sama seperti Tuhan adalah tipu muslihat Syaitan: Kej 3:5 ;...

Dasar Alkitabiah kepada Doktrin Triniti: Garis Besar - Pengenalan (Terjemahan)

Artikel ini diterjemah dari artikel tulisan Robert M. Bowman, Jr . Tajuk asal artikel ini ialah The Biblical Basis of the Doctrine of the Trinity: An Outline Study . Artikel asal untuk post ini boleh dibaca di sini .  Penerangan di dalam tanda [..] dan berwarna  perang  adalah tambahan dari saya untuk menjelaskan istilah tertentu yang memerlukan penjelasan lanjut. Seringkali doktrin Triniti [ atau Tritunggal ] dituduh sebagai tidak berdasarkan Alkitab. Walaupun perkataan Triniti tidak ada di dalam Alkitab, pengajaran doktrin ini memang Alkitabiah. Doktrin ini hanyalah suatu cara formal dalam menyusun secara sistematik enam kenyataan berikut, yang dapat dilihat sebagai dasar kepada doktrin ini: Hanya ada Satu Tuhan (iaitu, hanya satu objek tunggal yang disembah). Tuhan ini adalah Esa, dipanggil dengan nama Yehovah atau Yahweh di dalam Perjanjian Lama (TUHAN). Bapa kepada Tuhan Yesus Kristus ialah Tuhan, iaitu TUHAN. Anak, iaitu Yesus Kristus adalah Tuhan, iaitu TU...

Menjawab "Asal Usul Kristian Katholik-Paul si Pembohong!" (III)

Menjawab "Asal Usul Kristian Katholik-Paul si Pembohong!" (I) Menjawab "Asal Usul Kristian Katholik-Paul si Pembohong!" (II) Pada beberapa minggu yang lalu, saya terjumpa dengan sebuah blog yang memperkatakan tentang Kristianiti. Terdapat sebuah post yang bertajuk “Asal Usul Kristian Katholik-Paul si Pembohong!” Anda boleh membaca post tersebut di sini . *Untuk memudahkan penulisan, saya akan menamakan ‘penulis blog tersebut’ sebagai TUR, singkatan kepada nama blognya, takusahrisau. TUR menulis, 2. Inkarnasi (kelahiran semula) Menurut Paul, Nabi Isa as telah melakukan inkarnasi di bumi melalui benih Daud as (Rujuk Rom 1:3-4; Galatians 4:4-5; Colossians 1:15; dan Hebrews 1:3). Dengan demikian, Paul telah melahirkan doktrin bahawa Nabi Isa adalah anak lelaki kepada Joseph(bukan Nabi Yusuf as) dan Maryam sebagaimana salasilah yang ditulis oleh Matius (Mat. 1:1-16). Ia sekaligus menuduh Joseph bersetubuh dengan Maryam dan melahirkan Isa as. Ia sangat mengeliruk...

Menjawab "Asal Usul Kristian Katholik-Paul si Pembohong!" (II)

Menjawab "Asal Usul Kristian Katholik-Paul si Pembohong!" (I) Pada beberapa minggu yang lalu, saya terjumpa dengan sebuah blog yang memperkatakan tentang Kristianiti. Terdapat sebuah post yang bertajuk “Asal Usul Kristian Katholik-Paul si Pembohong!” Anda boleh membaca post tersebut di  sini . *Untuk memudahkan penulisan, saya akan menamakan ‘penulis blog tersebut’ sebagai TUR, singkatan kepada nama blognya, takusahrisau. TUR menulis, Paul atau nama asalnya iaitu Saul, lahir di Tarsus(Ephesus) di ibu kota Cicillia di Turki. Bapanya adalah berketurunan Yahudi dari kabilah Bunyamin(adik kandung Nabi Yusuf as) manakala ibunya pula adalah daripada keturunan Rom. - Tarsus dan Efesus adalah tempat yang berbeza. Rujuk peta di bawah. - Paulus memang seorang Yahudi keturunan suku Benyamin ( Flp 3:5 ), cuma, tidak dinyatakan keturunan ibu Paulus. Hanya dikatakan dia dilahirkan sebagai warganegara Roma ( Kis 22:28 ).