Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2013

10 fakta asas tentang Perjanjian Baru yang perlu diketahui oleh setiap Kristian: #2: "Semua penulisan Apokripa ditulis pada abad kedua atau lebih lewat"

Post ini adalah terjemahan/berdasarkan siri post ini. *Senarai penuh siri ini di sini.

Oleh Michael J. Kruger
Di dalam post sebelum ini, kita telah memperkatakan tentang fakta asas pertama tentang kanon Perjanjian Baru, iaitu penulisan-penulisan Perjanjian Baru adalah catatan Kristian terawal yang kita miliki. Kita juga telah menjelaskan dengan berhati-hati bahawa tarikh penulisan kitab-kitab ini tidak menjadikannya sebagai sebahagian daripada kanon, tetapi tarikh penulisan awal ini menunjukkan bahawa kitab-kitab ini ditulis pada waktu di mana saksi-saksi kepada kehidupan Yesus masih lagi hidup.

10 fakta asas tentang Perjanjian Baru yang perlu diketahui oleh setiap Kristian: #1: "Perjanjian Baru adalah penulisan Kristian terawal yang kita miliki"

Post ini adalah terjemahan/berdasarkan siri post ini. *Senarai penuh siri ini di sini.
Oleh Michael J. Kruger
Siri ini direka khusus untuk orang percaya mempelajari beberapa fakta asas tentang kanon Perjanjian Baru  fakta-fakta yang mungkin membantu ketika berbual dengan orang yang tidak percaya atau mereka yang ingin tahu. Fakta yang pertama ini merupakan hal yang sangat asas sehingga sering terlepas pandang. Fakta tersebut ialah: kanon Perjanjian Baru adalah penulisan Kristian terawal yang kita miliki.

Apa yang menjadikan Alkitab sangat istimewa?

Berdasarkan/terjemahan buku Answer & Reasons (Omnibus Edition: Two Books in One) tulisan Josh McDowell & Don Stewart.
Kristianiti percaya dan mengajarkan bahawa Alkitab (Bible) adalah satu-satunya Firman Tuhan. Walaupun ia ditulis oleh manusia, Penulis Mutlaknya adalah Tuhan yang Mahakuasa. Dakwaan ini bukan direka-reka oleh gereja, tetapi adalah dakwaan yang dibuat sendiri oleh Alkitab.
"tetapi firman Tuhan kekal selama-lamanya." (1 Petrus 1:25a TMV). "Semua yang tertulis di dalam Alkitab diilhami oleh Allah" (2 Timotius 3:16a TMV). "Hal itu demikian kerana tidak ada nubuat yang disampaikan oleh para nabi, berasal daripada kehendak manusia. Tetapi Roh Allah menguasai orang semasa mereka menyampaikan perkhabaran yang datang daripada Allah." (2 Petrus 1:21 TMV).

Bukankah Perjanjian Baru ditulis beratus-ratus tahun selepas kehidupan Kristus?

Artikel ini berdasarkan/diterjemahkan dari artikel ini.
Walaupun ada sesetengah orang mengatakan kitab-kitab di dalam Perjanjian Baru ditulis 100-300 tahun selepas Kristus mati, hakikatnya adalah kitab-kitab tersebut selesai ditulis sebelum berakhirnya abad pertama oleh mereka yang mengenal Yesus secara peribadi, pernah berjumpa dengan-Nya, atau mereka yang menerima arahan terus daripada murid-murid-Nya.[1]

Siapakah Yesus yang sebenar: Yesus di dalam Alkitab atau Yesus di dalam Al-Quran?

Artikel asal boleh dibaca di sini.
Oleh: William Lane Craig Suatu perbandingan tentang bagaimana Yesus digambarkan di dalam Perjanjian Baru dan di dalam Al-Quran untuk menentukan mana satu yang lebih boleh dipercayai. Yesus dari Nazareth adalah Individu paling berpengaruh yang pernah hidup. Dua puluh abad selepas kematian-Nya, Dia kekal memberikan daya tarik kepada fikiran kita semua. Rancangan televisyen khas oleh Peter Jennings yang bertajuk "In Search of Jesus" menarik lebih 16 juta penonton di seluruh negara. Filem arahan Mel Gibson, "The Passion of Christ" memperolehi pulangan sebanyak 370 juta dollar. Buku tulisan Dan Brown, "The DaVinci Code", menjadi buku yang sangat laris sehingga melebihi 100 juta cetakan di dalam 40 bahasa. Sangat jelas kita masih terpesona terhadap Yesus.
Namun, siapakah Dia yang sebenarnya? Adakah Dia, seperti yang dinyatakan di dalam Alkitab, adalah Anak Tunggal Allah? Atau adakah Dia hanyalah nabi biasa, seperti yang telah d…

Persoalan: "Tuhan yang Maha Kasih tidak akan mewujudkan neraka"

Post ini adalah terjemahan sebahagian daripada kandungan buku The Reason For God oleh Tim Keller. Muka surat 76 hingga 79.
Pada zaman moden ini, orang menganggap neraka adalah seperti berikut: Tuhan memberikan kita masa, namun jika kita tidak membuat pilihan yang betul sehinggalah kita meninggal, Tuhan akan melemparkan roh kita ke dalam neraka untuk selama-lamanya. Ketika roh-roh malang ini jatuh ke dalam neraka, mereka menjerit meminta pengampunan, tetapi Tuhan berkata, "Sudah terlambat, kamu telah diberi peluang, sekarang kamu terima akibatnya!" Gambaran seperti ini sebenarnya menunjukkan salah faham terhadap sifat sebenar kejahatan.

Gambaran Alkitabiah yang sebenar adalah: dosa memisahkan kita daripada Tuhan, di mana Dia adalah sumber kepada segala sukacita dan kasih, pengetahuan atau semua hal-hal yang baik. Memandangkan kita pada asalnya dicipta untuk menikmati hadirat Tuhan, maka hanya dengan berada di dalam hadirat-Nya kita akan berhasil, berkembang maju, dan mencapai…