Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel doa

Yesus: "Menurut kamu, siapakah Aku ini?"

Persoalan ini kelihatan agak klise. Sebagai orang percaya, sudah tentu kita akan mengatakan Yesus adalah Mesias, Anak Allah yang hidup. [1] Hal itu benar. Malah, Yesus sendiri mengakuinya. [2] Masalahnya, ramai orang Kristian yang keliru apabila disoal seperti berikut: "Jika Yesus itu Tuhan, mengapa Dia merasa lapar seperti manusia?" [3] "Jika Yesus itu Tuhan, mengapa Dia mengatakan Bapa yang mengutus-Nya?" [4] "Jika Yesus itu Tuhan, mengapa Dia menggambarkan diri-Nya sebagai nabi?" [5] Bagaimana kita, sebagai orang yang percaya, menghadapi hal ini? Berterus terang Jika kita tidak tahu, adalah lebih baik kita mengaku tidak tahu. Jangan terperangkap dengan persoalan yang diberikan dengan mengada-adakan penjelasan yang kita sendiri tidak pasti benar atau tidak. Kita perlu sedar, walaupun kita tidak tahu akan sesuatu itu, ia tidak bererti sesuatu itu tidak benar. Contohnya, saya tidak tahu bagaimana graviti bertindak, namun, itu tidak bererti gravi...

David R. Burfield: tentang doa

Doa salah satu kunci untuk menilai, merancang dan melaksanakan visi gereja. Berdoa sepatutnya menjadi cara hidup para pemimpin. Semua perbincangan dan keputusan para pemimpin patut disertai dengan doa yang sungguh-sungguh. Jemaah juga sepatutnya didorong untuk mendoakan projek gereja pada setiap kesempatan: kebaktian mingguan, persekutuan doa, kelompok sel, sekolah minggu dan doa peribadi. dipetik dari buku Gereja yang Hidup , m/s 160.

Mengapa Yesus Berdoa?

Artikel ini diterjemahkan dari laman web All About Jesus Christ dan boleh dibaca di sini . Jika Dia adalah Tuhan, mengapa Yesus berdoa? Berdoa adalah bahagian yang penting dalam kehidupan Yesus. Banyak kali di dalam Injil, kita membaca bahawa Yesus berdoa atau mengasingkan diriNya dari murid-muridNya untuk berdoa sendirian. Mengapa Yesus berdoa? Yesus berdoa kerana hubunganNya dengan Bapa. Dalam Yohanes bab 17, kita dapat membaca doa Yesus sebagai Imam Besar. Doa ini adalah doa syafaat Yesus untuk murid-murid dan semua yang akan percaya kepadaNya kerana kesaksian mereka ( Yoh 17:20 ). Dalam doa ini, kita melihat hubungan Yesus dengan Bapa dan keyakinan bahawa di dalam diriNya mempunyai peruntukan yang sempurna dan rancangan daripada BapaNya. Hubungan Yesus dengan Bapa adalah kuasa yang membawa keselamatan kepada manusia.

Timothy Keller: tentang doa

"Semasa mengalami masa kegelapan di dalam hidupnya, seorang wanita di dalam jemaat pelayanan saya mengadu bahawa dia telah berdoa berkali-kali, 'Tuhan, tolong saya untuk mencari Engkau,' namun dia tidak menemui apa-apa. Seorang sahabat Kristian mencadangkan kepadanya untuk mengubah doanya kepada, 'Tuhan, carilah saya, lagi pun Engkau adalah Gembala Baik yang mencari domba yang hilang.' Dia menyimpulkan hal ini semasa datang berjumpa dengan saya, 'Satu-satunya sebab mengapa saya dapat menceritakan hal ini kepada anda ialah - Dia melakukannya.'" dipetik dan diterjemahkan dari buku The Reason for God , m/s 240.