Siri post ini adalah berdasarkan/terjemahan tulisan James Hickey. Untuk melihat tujuan dan indeks keseluruhan siri post ini, sila klik di sini . '' Pada hari Sabat kami ke luar bandar dan pergi ke tepi sungai, kerana kami berfikir di situ terdapat tempat orang Yahudi berdoa. Kami duduk dan bercakap dengan wanita-wanita yang berkumpul di situ. " (Kis 16:13) Lukas menyatakan bahawa wanita Yahudi berkumpul di tepi sungai. Josephus mengesahkan (a) tepi sungai atau laut kadang-kala menjadi tempat perkumpulan orang-orang Yahudi pada zaman Greek (diandaikan apabila tiada rumah ibadat Yahudi di kawasan tersebut), dan; (b) dia menjelaskan asal-usul kebiasaan tersebut. " Perintah Halicarnassus...kami telah mengarahkan, sesuai dengan kesanggupan para lelaki dan wanita Yahudi, boleh merayakan Hari Sabat, dan melakukan amalan kepercayaan mereka, menurut hukum-hukum Yahudi; dan boleh [mengadakan perjumpaan] di pinggir laut, sesuai dengan kebudayaan nenek moyang mere...
Pertimbangkan semuanya; ikutlah apa yang baik.