Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Natal/Krismas

Menjawab buku "Jesus adalah Muslim?": #11: 25 Disember?

Senarai lengkap siri post ini di sini . Sekali lagi, penulis mengulang kesilapan yang telah dilakukan olehnya di awal buku ini, iaitu menuduhkan suatu kepercayaan yang tidak dipercayai oleh Kristian, dan kemudian menidakkan kepercayaan yang dituduh tersebut seolah-olah ia adalah kepercayaan Kristian. Saya percaya mana-mana orang Kristian yang tahu kepercayaan sebenar Kristian akan menggeleng-gelengkan kepala membaca tuduhan penulis yang berikut: " Gospel of Luke menunjukkan Jesus dilahirkan pada musim bunga. Beliau tidak dilahirkan pada musim sejuk ataupun pada 25 Disember. " (m/s 9) Penulis berusaha membuktikan bahawa Jesus tidak dilahirkan pada 25 Disember seolah-olah tarikh tersebut adalah tarikh sebenar kelahiran Jesus. Tuduhan penulis ini jelas menunjukkan kegagalannya dalam memahami kepercayaan sebenar Kristian tentang kelahiran Jesus.

Siri Krismas: Apakah erti sebenar Krismas?

Tulisan ini berdasarkan/terjemahan artikel ini . Erti sebenar Krismas adalah kasih. Yohanes 3:16-17 menyatakan, " Allah sangat mengasihi orang di dunia ini sehingga Dia memberikan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada Anak itu tidak binasa tetapi beroleh hidup sejati dan kekal. Allah mengutus Anak-Nya ke dunia ini bukan untuk menghakimi dunia, tetapi untuk menyelamatkannya. " Erti sebenar Krismas adalah merayakan tindakan kasih yang sangat luar biasa ini. Kisah Krismas yang sebenar adalah kisah di mana Tuhan datang menjadi manusia iaitu Peribadi Yesus Kristus. Mengapa Tuhan melakukan hal tersebut? Kerana Dia mengasihi kita! Mengapa Krismas diperlukan? Kerana kita memerlukan Juruselamat! Mengapa Tuhan sangat mengasihi kita? Kerana Dia adalah Kasih itu sendiri ( 1 Yoh 4:8 ). Mengapa kita merayakan Krismas setiap tahun? Kerana kesyukuran kita terhadap apa yang telah Tuhan lakukan untuk kita. Kita memperingati kelahiran-Nya dengan memberikan ha...

Siri Krismas: Adakah Kristian perlu merayakan Krismas?

Tulisan ini berdasarkan/terjemahan  artikel ini . Soalan: Adakah Kristian perlu merayakan Krismas? Jawapan: Perdebatan sama ada Kristian perlu atau tidak perlu merayakan Krismas telah berterusan berabad-abad lamanya. Terdapat ramai Kristian yang komited di kedua-dua belah pihak yang berbeza pendapat, mempertahankan posisi masing-masing dengan pelbagai sebab tentang sama ada Kristian perlu atau tidak perlu merayakan Krismas. Namun, apa kata Alkitab dalam hal ini? Adakah Alkitab memberikan arahan jelas sama ada Krismas adalah adalah perayaan yang perlu dirayakan oleh orang Kristian?

Selamat Hari Natal!!

Mungkin ada yang merasa hairan. Mengapa saya mengucapkan 'Selamat Hari Natal' sedangkan 25 Disember 2011 sudah lama berlalu? Bukankah hari ini adalah 7 Januari 2012? Sebenarnya, tarikh terawal perayaan Natal adalah pada tahun ke-28 Augustus dan hari ke-25 Pachon. [1] Pachon adalah salah satu bulan di dalam kalender Mesir [2] ketika itu yang mana 25 Pachon bersamaan dengan 20 Mei di dalam kalender zaman ini. 7 Januari pula adalah tarikh yang diterima oleh gereja Timur seperti gereja Coptic sebagai tarikh merayakan Natal. Jika demikian, bila kita sepatutnya merayakan Hari Natal? Apa yang dapat kita pelajari daripada hal ini? Bukan tarikh yang penting tetapi Yesus Kristus yang telah datang ke dunia untuk menebus kita dari dosa kerana Kasih-Nya yang sangat besar terhadap kita ( Yoh 3:16 ). Walaupun sebenarnya kita tidak layak. Namun, Dia telah mengasihi kita semasa kita masih lagi berdosa ( Rm 5:8 ). Natal bukan sekadar kelahiran Yesus. Natal bukan sekadar perayaan ha...