Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2014

Senarai post "Siri Persoalan Umum"

Menjawab buku "Jesus adalah Muslim?": #18: Tidak tahu bila kiamat akan terjadi?

Senarai lengkap siri post ini di sini.
Pada muka surat 18 buku ini, penulis memberikan dakwaan berikut: Allah yang mengajarkan kepada Jesus perihal kebijaksanaan, Taurat, dan Injil. Jesus tidak mengetahui apa-apa berkaitan perkara ghaib, perkara yang sudah terjadi dan akan terjadi seperti hari kiamat. Jesus hanya manusia biasa. Sekiranya tidak diberitahu oleh Allah, dia tidak akan tahu segala hal. Sebagai bukti Jesus bukan Allah dan tidak sama dengan Allah adalah, Jesus tidak mengetahui bila kiamat akan berlaku. Jesus berkata, "Tidak ada seorang pun yang tahu, malaikat-malaikat di syurga tidak tahu, dan anak pun tidak, hanya Bapa yang tahu." (Matthew: 24:36) Sebelum itu, berikut saya berikan terjemahan sebenar ayat Matius 24:36. "Tetapi tentang hari dan saat itu tidak seorangpun yang tahu, malaikat-malaikat di sorga tidak, dan Anakpun tidak, hanya Bapa sendiri." (TB) "Meskipun demikian, tidak seorang pun mengetahui hari atau waktunya, sama ada malaikat-malaikat…

Menjawab buku "Jesus adalah Muslim?": #17: "Melengkapkan" Taurat?

Senarai lengap siri post ini di sini.
Pada muka surat 18 buku ini, penulis memberikan kenyataan berikut: Seiring dengan misi dan dakwah Jesus selepas dewasa, beliau diangkat menjadi rasul bagi menyampaikan risalah Allah, iaitu mengembalikan ajaran Taurat Nabi Musa kepada Bani Israel. Oleh itu, dalam Injil Jesus disebut "melengkapkan" Taurat. Maksudnya, Jesus bukan pembawa risalah baru tetapi melengkapi Taurat sesuai dengan zamannya. Perkara yang diharamkan dalam Taurat juga dilarang oleh Jesus dan perkara yang diperintahkan dalam Taurat juga diamalkan Jesus. Tidak ada yang diubah Jesus dalam Taurat. Penulis telah memberikan suatu tafsiran kepada apa yang disebutnya sebagai "Jesus 'melengkapkan' Taurat". Penulis juga mengatakan bahawa "dalam Injil, Jesus disebut 'melengkapkan' Taurat". Namun, penulis tidak memberikan ayat yang memperkatakan hal tersebut. Maka, saya berikan ayat tersebut, yang dapat ditemui pada Injil Matius (Matthew) 5:17-18…