Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2015

Menjawab buku "Jesus adalah Muslim?": #19: Bukan kehendak Jesus sendiri?

Senarai lengkap siri post ini di sini . Pada muka surat 20 dan 21 buku ini, penulis memberikan kenyataan berikut: "Dan Aku iaitu Jesus bukan datang atas kehendakku sendiri, tetapi Dia yang mengutus aku." ( John : 8:42) Ayat ini menunjukkan Jesus hanyalah utusan Allah dan dia menjadi Rasul bukan atas kehendaknya tetapi atas kehendak Allah. Sekiranya Jesus adalah anak Allah ataupun Allah, pasti Jesus menjadi rasul mengikut kehendaknya sendiri, bukan kerana kehendak tuhan. Ini kerana tuhan dan Jesus adalah satu dalam tiga ataupun triniti. Penulis sekali lagi memetik ayat Alkitab di luar konteks, dan kali ini, penulis tidak memetik keseluruhan ayat John 8:42. Saya berikan ayat tersebut: "Kata Yesus kepada mereka: "Jikalau Allah adalah Bapamu, kamu akan mengasihi Aku, sebab Aku keluar dan datang dari Allah. Dan Aku datang bukan atas kehendak-Ku sendiri, melainkan Dialah yang mengutus Aku." (Yohanes 8:42, TB) Jesus dengan jelas mengatakan Dia k