Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel percanggahan

Bagaimana menjawab kontradiksi yg ternyata banyak bercanggahan seperti didakwa Muslim?

Tajuk post ini sebenarnya adalah berdasarkan komen yang diberikan oleh saudara Alex di post sebelum ini . Persoalan ini sangat baik dan penting kerana Muslim sering memetik ayat-ayat atau peristiwa dari Alkitab yang menurut mereka adalah suatu percanggahan. Untuk merungkai masalah ini, kita perlu terlebih dahulu mengetahui asas dan pemahaman yang menjadi dasar kepada dakwaan-dakwaan tersebut. Punca utama dakwaan-dakwaan ini timbul adalah kerana Muslim melihat definisi 'Firman Tuhan' mengikut apa yang mereka percaya tentang Al-Quran. Mereka kemudian mengunakan definisi tersebut untuk menilai Alkitab. Menurut Muslim, seluruh Al-Quran diturunkan (tanzil) dari syurga tanpa sebarang campur tangan manusia. Di mana Nabi Muhammad, melalui perantaraan malaikat Jibril, telah menerima wahyu Firman Tuhan iaitu Al-Quran daripada Tuhan. Maka, atas pemahaman mereka bahawa Al-Quran adalah Firman Tuhan yang tidak mempunyai sebarang campur tangan manusia, diturunkan terus dari syurga, maka...

Adakah Alkitab mengatakan bahawa Yesus dicipta?

Artikel ini diterjemah dari laman web Come Reason Ministries dan boleh dibaca di sini . Hello Lenny, Bagaimana anda menjelaskan Kolose 1:15? Adakah Yesus [Firman atau Logos] merupakan ciptaan pertama di antara semua ciptaan (Gk Kosmos)? Jaime