Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2013

Sebuah Dialog Kristian-Muslim - 3

Baru-baru ini, seorang Muslim yang menggunakan alias "tanpa nama" telah berdialog dengan saya di dalam blog ini. Berikut saya paparkan semula dialog kami. (Dialog ini terbahagi-bahagi di dalam post-post yang berbeza.)
- Untuk dialog pertama, ia bermula di sini. - Untuk dialog kedua, ia bermula di sini. - Untuk dialog ketiga, ia bermula di sini. - Untuk dialog keempat, ia bermula di sini.

Puasa Kristian - apa yang dikatakan di dalam Alkitab?

Berdasarkan/terjemahan dari artikel ini.

Alkitab tidak memerintahkan orang-orang Kristian untuk wajib berpuasa. Tuhan tidak memerlukan atau menuntutnya daripada orang-orang Kristian. Pada masa yang sama, Alkitab menyatakan berpuasa sebagai sesuatu yang baik, menguntungkan, dan berfaedah. Kitab Kisah Para Rasul mencatatkan bahawa orang-orang percaya berpuasa sebelum mereka membuat pilihan yang penting (Kis 13:2; 14:23). Berpuasa dan berdoa seringkali dikaitkan bersama (Luk 2:37; 5:33).